Gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - merancang untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- Permatang Pauh) akan mengemukakan notis untuk membincangkan isu tersebut hari ini. Mengikut peraturan Parlimen, notis 24 jam diperlukan untuk mengemukakan usul tergempar.Azmin Ali (PKR-Gombak), yang juga ketua wip PKR, berkata satu pengumuman mengenaianya akan dibuat di Parlimen 'kemudian',Sekiranya usul tersebut diterima, ia mungkin dibincangkan pada hari Isnin apabila sesi Parlimen bersambung selepas cuti hujung minggu. Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat.Bagaimanapun, usul tersebut mungkin ditolak kerana Speaker Parlimen mempunyai kuasa untuk berdemikian atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.Tambahan pula, hanya satu jam perbahasan dibenarkan untuk usul seumpama itu dan juga tiada pengundian.Pihak pembangkang mungkin mempunyai pilihan untuk mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan Tetap 27, yang memerlukan notis 14 hari.Bulan lalu, Parti Progreseif Sabah (SAPP) mengejutkan negara apabila berkata ia akan menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment