Thursday, July 31, 2008

PERMATANG PAUH : PRESIDEN LETAK JAWATAN, ANWAR TANDING

Khamis, 31 Julai 2008 - PRESIDEN KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan kepada suaminya yang juga Ketua Umum Anwar Ibrahim bertanding di kawasan berkenaan.

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah akan membuat satu pengumuman peting dalam sidang media petang ini di Ibu Pejabat KeADILan.

Muktahir ini, beberapa perkara penting yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim akan diumumkan bila tiba masanya kelak.

Diantaranya adalah mengenai penyertaan beliau dalam Pilihan Raya Kecil yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Selain itu, isu yang lebih ditunggu oleh rakyat ialah mengenai kemasukan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Monday, July 28, 2008

UMNO GALAL GUGAT PAKATAN RAKYAT - ANWAR

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa Umno gagal menggugat muafakat dalama Pakatan Rakyat.

"Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.
Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian hari ini dalam satu ulasannya mengenai isu kerjasama Pakatan Rakyat dalam keadaan Umno cuba memecahbelahkan pakatan tersebut.

Justeru itu ujar beliau, Pakatan Rakyat harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyelar beliau sebagai penghalang utama ke arah pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor.

"Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi," tegas Anwar.

Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini beliau tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan, katanya.

"Malah dalam perbualan telefon saya pagi Ahad (27 Julai) dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor," ujar Anwar lagi.

Ketika itu Tuan Guru Abdul Hadi menghubunginya, Anwar menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan PAS menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.

Justeru Anwar mengulangi kenyataannya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menunjukkan sebarang keretakan, malah Umno sebenarnya gagal menggugat pakatan.

PAKATAN : WALAUPUN BERBEZA IDEALOGI, TAPI ADA TITIK PERTEMUAN - PRESIDEN PAS

IPOH, 27 Julai - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku. Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyelewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam. "PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno. Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan, Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong.

BN UMPAN 30 JUTA PIKAT ADUN PAKATAN RAKYAT?

BESUT, 27 Julai - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.
Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.

Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata. Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS. Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.

"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar. Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.

Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan. Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru.

"Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato' Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya. Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.

PARTI BARU BERTUNJANGKAN ISLAM BOLEH MENYATUKAN MELAYU - NIK AZIZ

MACHANG, Jul 27, 08 - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.

Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS. Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini semalam. Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.

Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno. Katanya, keinginan Umno mengajak PAS bermuzakarah boleh dilakukan sekiranya ia hanya berkaitan Islam. Bagaimanapun kata beliau Umno seringkali tidak memberi kerjasama untuk melaksanakan program pembangunan di negeri ini dan isu tersebut tentunya boleh membantut diteruskan muqabalah. "Lagi pun muzakarah yang dimaksudkan sebelum ini hanya lahir daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya keputusan parti Umno itu sendiri. "Muzakarah hanyalah kehendak Perdana Menteri dan bukannya Umno, kalaulah kita adakan muzakarah atau muqabalah, tiba-tiba Perhimpunan Agung Umno tidak bersetuju presidennya tak boleh buat apa-apa," katanya.
Menurutnya juga muqabalah hendaklah hanya menyentuh aspek Islam sahaja bukannya melibatkan dasar parti kerana PAS perlu menjaga hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. "Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh. "Bagi Dewan Ulamak kami bersetuju memberi mandat kepada pemimpin parti seperti presiden, timbalan, naib dan setiausaha bermuqabalah dengan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, apa yang telah dibincangkan dengan Umno hendaklah dibawa kepada Majlis Syura Ulamak sebelum dibawa ke muktamar pertengahan Ogos depan. Oleh itu beliau berharap tidak timbul sebarang fitnah hasil muqabalah dengan Umno. Beliau juga meminta ahli PAS berlapang dada dan menyerah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS bagi mengadakan sebarang muqabalah dengan Umno

DOKTOR : TIADA KESAN SAIFUL DILIWAT


Jul 28, 08 - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".


Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. Berita asal

PKR MAHU DOKTOR DILINDUNGI

Jul 28, 08 - Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.
Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi." "Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.
Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik." "Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya.
"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini"

EZAM TERINGIN MENCABAR ANWAR DI KULIM

Jul 28, 08 - Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.
Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini. "Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.
Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.
"Jika tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini. Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672.
Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain."Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.
Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi. "Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.
Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya. Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya. "Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga. Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi.

LEBIH SEPARUH SOKONG SHAHIDAN

Jul 28, 08 - Lebih separuh daripada 123 cawangan Umno di bahagian Arau mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan Kassim, meninggalkan pencabarnya tanpa sebarang pencalonan, setakat ini.
Setiausaha bahagian Seruandi Saad berkata lebih kurang 70 cawangan yang bermesyuarat setakat ini menamakan kembali bekas menteri besar itu. Mesyuarat cawangan-cawangan itu yang bermula 19 Julai lalu juga tidak mencalonkan sebarang nama lain, tambahnya.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan angka tepat jumlah cawangan yang telah mengadakan mesyuarat agung kerana berada di luar pejabat sewaktu dihubung Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur membenarkan cawangan-cawangan di bahagian itu mengadakan mesyuarat dalam satu suratnya yang diterima dua minggu lepas. Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat di bahagian itu bagi menghadapi persiapan kemungkinan pilihanraya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang terletak bawah bahagian tersebut.

WAKIL BN TERKEJUT PERGULUNGAN LIM

Jul 28, 08 - Wakil-wakil BN terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ketua menteri Pulau Pinang apabila mendahului sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. Tindakan Lim Guan Eng itu menarik perhatian ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang menganggap amalan itu "luar biasa" kerana pada sesi-sesi penggulungan kerajaan sebelumnya didahului oleh anggota-anggota exco.
"Saya minta penjelasan daripada yang amat berhormat ketua menteri dengan perubahan amalan ini kerana saya terkejut sebab biasanya sesi penggulungan akan dimulakan oleh exco manakala ketua menteri selalunya mengambil giliran terakhir," katanya ketika Lim baru memulakan ucapan penggulungan pagi tadi.
Menurut Bernama, Lim berkata perubahan itu tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri. "Mungkin ketua pembangkang tidak biasa dengan amalan ini kerana ada negeri yang ketua menteri atau menteri besar jawab untuk semua," katanya. Semasa penggulungan Lim itu, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) membangkitkan kenyataan yang dianggapnya negatif oleh ketua pegawai eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, mengenai keadaan pelaburan di negeri itu. Menurut wakil rakyat itu, kenyataan Lee memberi gambaran bahawa negeri itu berdepan dengan krisis pelaburan dari dalam dan luar negara.
Beliau mencadangkan, Lee memberi kenyataan positif mengenai iklim pelaburan Pulau Pinang bersesuaian dengan kedudukannya dalam InvestPenang dan tidak membangkitkan perkara negatif.Lee, dulunya timbalan setiausaha agung Gerakan, menimbulkan kegemparan apabila menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memegang jawatan itu - beliau kemudian dipecat daripada Gerakan.

SAPEIA MOHON BELA DIRI KES SERANG DR MAHATHIR

Jul 28, 08 - Ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff diperintah membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad secara menyembur bahan berbahaya, dua tahun lepas.
Majistret Azman Mustapha memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.Azman menetapkan 15 hingga 19 Dis ini untuk perbicaraan kes itu, lapor Bernama.
Nik Sapeia, 53, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 11 pagi 28 Julai 2006. Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran dan Khairul Anuar Wahab, manakala Nik Sapeia diwakili peguam bela Zainal Abidin Mustaffa, Mohd Ilyas Mohd Noor dan Datuk Abdul Aziz Nawi.
Ketika membacakan keputusannya, Azman berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie itu dan kemudiannya memerintahkan tertuduh agar membela diri.
Nik Sapeia, yang berada di kandang tertuduh, dilihat beberapa kali menggelengkan kepalanya selepas Azman membacakan keputusan itu, lapor agensi berita itu lagi.Turut berada di mahkamah adalah presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas dan lebih 1,000 penyokong parti itu.Nik Sapeia adalah timbalan presiden PPP dan juga pengerusi PPP Kelantan.

PATUTKAH PAS TERUS MENGANGGOTAI PAKATAN?

Jul 27, 08 - Pakatan Rakyat patut menimbang secara serius sama ada PAS patut dibenarkan terus menganggotai pakatan pembangkang itu, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Beliau mempertikaikan beberapa tindakan pemimpin PAS yang menurutnya telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan parti itu. "Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor," katanya yang menyifatkan tindakan itu berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan mengenainya.
Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS, memerintah di lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tambahnya, PAS turut mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu". "Langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya.
Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu. "Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.
KENYATAAN NASHARUDDIN
Karpal yang juga merupakan peguambela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya 10 tahun lalu, juga kecewa dengan pemimpin PAS, Nasharuddin Mat Isa berhubung tuduhan terbaru ke atas mantan timbalan perdana menteri itu. Menurut Nasharuddin orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. "Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (nasharuddin adalah timbalan presiden). Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut berdepan dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat," katanya.
Karpal berkata, rakyat Malaysia telah memberi isyarat yang jelas apabila mereka tidak mengundi mengikut kaum dalam pilihanraya umum Mac lalu.Katanya, PAS sebaliknya memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia. "PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

BPR TAHAN 8 KERETA EXCO TERENGGANU

Jul 27, 08 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.
Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.
Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu, demikian menurut laporan Bernama.
Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, ahli exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga BPR selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.
Pada masa ini, katanya, BPR telah mengambil kereta Proton Perdana V6 kerajaan negeri itu untuk siasatan berhubung kos penyenggaraannya yang terlalu tinggi.
AKUR ARAHAN TPM
BPR telah ambil kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Jadi mereka kena pakai dululah (kereta Mercedes)...perdana menteri pun dah kata, sekali-sekala boleh pakai kereta Mercedes ini," katanya kepada pemberita di Terengganu. Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan Terengganu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.
Ditanya sama ada kerajaan Terengganu akan membeli kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru kerana kereta nasional kerajaan negeri sedia ada itu didakwanya sering menghadapi masalah, Ahmad berkata: "Kalau nak beli pun tahun depan. Itu pun kalau (kerajaan negeri) ada duit." Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah berniat untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Idris Jusoh berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakan bekas menteri besar Terengganu itu, adalah yang tertinggi di kalangan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu."
Kita tidak tuju pada Datuk Seri Idris. Bukan dia salah guna, Cuma (kebetulan) kereta itu digunakan oleh Menteri Besar. Sebenarnya jumlah itu silap dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mokhtar Nong) telah pun membuat permohonan maaf," katanya.Ahmad juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai tindakan bekas menteri besar Terengganu itu yang melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau tidak memperbesar-besarkan perkara lain setelah isu mengenai pembelian kereta Mercedes itu selesai.

PRESIDEN : CABARAN HEBAT MENANTI TEE KEAT

Jul 27, 08 - Pencabar Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang bertanding jawatan presiden MCA, dikatakan telah menghimpunkan "sekumpulan calon hebat", yang disokong beberapa pemimpin berpengaruh, termasuk bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Walaupun menafikan beliau membentuk sebuah pasukan bagi menghadapi pemilihan itu, tetapi Dr Ling mengaku beliau ada berbincang dengan beberapa pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "hanya satu perbualan biasa".
Bernama melaporkan, kumpulan itu dikatakan dianggotai saki baki anggota Team A sewaktu krisis kepimpinan MCA dulu, yang memaksa Dr Ling mengundurkan diri daripada politik melalui pelan damai yang disyorkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara tokoh yang dikatakan menganggotai pasukan itu ialah bekas naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, naib-naib presiden Datuk Donald Lim dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan dua anak lelaki Dr Ling -- Datuk Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
"Nampaknya Soi Lek akan berentap dengan Tee Keat, dengan mendapat sokongan penuh daripada pasukan itu." Jika ini terjadi, macam mana Tee Keat nak bertanding jika beliau tidak ada kumpulan," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi.
CHUA NAFI ADA KUMPULAN
Semasa bercakap dengan Bernama baru-baru ini, Dr Chua tidak menafikan wujudnya kumpulan itu dan berkata beliau bercadang untuk kembali semula serta mempunyai pasukan yang akan membantunya dalam pertandingan itu nanti. "Mungkin saya telah bersara secara diam-diam daripada politik kalaulah bukan kerana keadaan yang berlaku selepas saya mengaku bahawa sayalah orang dalam VCD berkenaan. Mereka layan saya macam pariah. Kalaulah mereka layan secara lebih beradab, mungkin saya telah bersara secara terhormat dan tidak lagi berhasrat untuk kembali aktif dalam politik," katanya.
Walaupun Dr Chua tetap membisu tentang jawatan yang akan beliau tandingi, namun pemimpin ini tidak menafikan bahawa beberapa pemimpin MCA serta ahli politik senior dan veteran parti itu akan memberi sokongan jika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan tertinggi parti.
"Sesetengah orang masih berpendapat saya mempunyai pengalaman. Saya ahli politik yang berterus terang. Mereka berpendapat saya memiliki keberanian bagi menyuarakan isu yang melibatkan mereka," katanya. Anggota dan orang dalam MCA meramalkan Dr Chua akan bertanding bagi jawatan presiden dengan memilih Donald Lim sebagai regunya bagi merebut jawatan timbalan presiden dan Dr Fong serta Dr Ng sebagai regu bagi merebut jawatan naib presiden.
BERTANDING SECARA SOLO
Sementara itu, seorang anggota lama parti dan beberapa anggota MCA lain berpendapat Tee Keat perlu mempunyai kumpulan dan bertanding secara solo tidak memberi banyak harapan bagi beliau kerana ranjau yang perlu dihadapi amat menyeksakan.
Bagaimanapun, beberapa penyokong Tee Keat berkata mereka tidak nampak wujud sebarang masalah sekiranya menteri pengangkutan itu ingin bertanding secara solo. "Kenapa tidak? Selama ini pun, apa yang dipanggil `cai tan' (senarai calon), lebih bertujuan bagi menampilkan kepentingan sesuatu pasukan... ia bukan kerjasama secara berpasukan dalam erti kata sebenar.
"Demi kebaikan masyarakat Cina, kenapa tidak? Kalau seseorang itu bekerja atas dasar kerjasama berpasukan dalam erti kata sebenarnya, ia tak jadi masalah," kata bekas senator Tan Boon Yu.
Bagaimanapun, penyokong lain agak cemas apabila berdepan dengan keputusan Tee Keat untuk bertanding secara solo dengan berkata dalam politik sebenar, pendekatan "ala lone ranger" tidak wajar diamalkan.
Mereka menjadi lebih gusar apabila memikirkan tentang kemungkinan Tee Keat akan berdepan dengan sebuah pasukan kuat, yang memiliki kehebatan dari segi politik dan sumber kewangan."Saya telah menasihati beliau supaya mengkaji semula pendekatan itu. Sekurang-kurangnya, beliau perlu mempunyai sekumpulan penyokong untuk membantu beliau," kata pengerusi MCA Bahagian Pandan Eric Ong, penyokong kuat Tee Keat.
IMBAS KEMBALI
Seorang individu yang merupakan orang dalam MCA berkata Tee Keat perlu melihat kembali keputusan pemilihan parti pada 2005. Pada 2005, Tee Keat menduduki tempat ketiga dalam pertandingan bagi jawatan naib presiden, di belakang Dr Fong dan Dr Chua. Itu pun setelah mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda. "Memanglah, apabila beliau bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda MCA pada 1999, beliau melakukannya secara solo dan menang. Tapi sekarang, beliau perlu berfikir dengan mendalam jika ingin bertanding bagi jawatan presiden," katanya. Bekas Naib Presiden MCA Tan Sri Lee Kim Sai, yang pernah menjadi mentor politik Tee Keat, meragui hasrat Tee Keat untuk bertanding secara solo bagi merebut jawatan presiden MCA.
Beliau berkata bertanding secara solo hanya merupakan cara Tee Keat untuk menyatakan bahawa beliau tidak mahu mewujudkan kumpulan dalam MCA. "Kadang-kadang, orang tak perlu beritahu anda bahawa anda adalah rakannya. Ada masanya, bahasa tubuh mereka akan menerangkan perkara itu kepada anda." Mempunyai pasukan bukan perkara yang tidak baik. Apa yang kami tak mahu lihat ialah wujudnya keadaan berpuak-puak. Saya tidak fikir beliau (Tee Keat) akan berjuang secara berseorangan dan memberitahu orang lain supaya jangan menghalangnya, kerana jika anda buat begitu, anda sebenarnya menuju ke lubang kubur.
SIAPA BAKAL REGU?
"Kalau ada orang memberi sokongan, beliau akan cuba mengelak wujudnya andaian bahawa beliau membentuk suatu puak. Itu memang gaya beliau," kata Lee kepada Bernama. Tee Keat pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Lee ketika beliau menyandang jawatan Menteri Kesihatan pada 1990-an. Tetapi, sekiranya Tee Keat membuat keputusan untuk mempunyai regu, soalan seterusnya ialah siapakah yang akan beliau pilih? Ketua Pemuda MCA, yang juga Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai seolah-olah menjawab soalan ini apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding bagi jawatan nombor satu parti, sebaliknya akan menyokong Tee Keat merebut jawatan presiden.
"Saya mengagak beliaulah yang menjadi regu Tee Keat berdasarkan manifesto pemilihan," kata seorang anggota MCA yang enggan dikenali.
"Bagaimanapun, langkah paling selamat bagi Liow ialah bertanding bagi jawatan naib presiden. Tapi, siapa lagi yang akan menjadi regu Tee Keat kalau bukan Liow?" tanya seorang pemimpin bahagian.Sesetengah anggota MCA percaya Liow mengambil langkah yang berisko tinggi sekiranya beliau bertanding bagi jawatan naib presiden kerana terdapat "pihak berkepentingan" yang ingin mengalahkan beliau bagi mengambil alih jawatan menteri yang beliau sandang.

ANAK LIONG SIK MENANG DI SEGAMBUT

Jul 27, 08 - Ling Hee Kiat, anak bongsu kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini memenangi jawatan Pengerusi MCA Bahagian Segambut dengan memperolehi majoriti besar mengalahkan timbalan pengerusi bahagian itu Tan Hoe Chieow.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Ling meraih 117 undi dengan satu undi rosak sementara Tan hanya mendapat 62 undi.Ling, 36, berkata beliau bertanding merebut jawatan itu untuk bergiat cergas dalam bahagian utama parti itu berbanding sayap Pemuda. Sebelum ini beliau adalah Ketua Pemuda MCA Bahagian Segambut selama dua penggal.
"Saya berada di dalam sayap Pemuda lebih 12 tahun dan dua penggal sebagai Ketua Pemuda, saya fikir masanya adalah tepat," katanya kepada pemberita selepas membuang undi bagi jawatan itu pada Mesyuarat MCA Bahagian Segambut di Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu setelah Pengerusinya Datuk Khoo Lay Hin berhasrat untuk bersara setelah memegang jawatan itu selama 12 tahun selain untuk memberi peluang kepada muka, demikian menurut laporan Bernama.
Ketika ditanya sama ada pengaruh bapanya yang pernah menerajui parti itu selama 17 tahun membantu undiannya, beliau berkata faktor bapanya itu sentiasa berada di mana-mana. "Faktor bapa saya ada di mana-mana. Apapun, akhirnya saya perlu membuktikan kemampuan saya kerana orang akan melihat apa yang saya boleh buat atau tidak," katanya.
Proses pengundian itu bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudiannya.
SAYA CUBA SEDAYA UPAYA
Selain jawatan pengerusi, turut dipertandingkan ialah satu jawatan timbalan pengerusi, empat naib presiden, 10 ahli jawatankuasa dan 14 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan parti itu pada Oktober ini.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas kemenangannya yang diumumkan pengerusi pemilihan Datuk Ho Yoon Ping pada jam 2.45 petang tadi, Ling berkata beliau amat gembira kerana diberi peluang untuk memimpin parti di peringkat bahagian.
"Saya akan mencuba sedaya mungkin, kerja sudah bermula, sebelum saya duduk dan membuat rancangan untuk MCA Segambut," katanya. Katanya walaupun beliau masih muda, namun usia bukan penghalang untuk memimpin kerana yang penting adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja dan menyelesaikan sesuatu masalah.
"Pengaruh bapa bukan satu faktor yang besar di dalam kejayaan ini. Segambut merupakan bahagian di peringkat akar umbi yang memerlukan anda bercampur dan mengenali siapa anggota parti agar mereka memberikan anda undi, jadi saya fikir ia (faktor bapa) bukanlah faktor besar," katanya.
Sementara itu, Tan berkata beliau menerima keputusan itu kerana iadibuat dalam suasana yang demokratik dan sihat. "Saya masih di dalam MCA dan akan terus berkhidmat kepada parti kerana kekalahan itu tidak bermakna kita tidak boleh memberi sumbangan kerana perwakilan telah membuat keputusan dan kita perlu menerimanya," katanya.
HWA BENG TEWAS
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng menerima kekalahan kali kedua dalam arena politiknya apabila gagal mempertahankan jawatan Ketua bahagian MCA Kelana Jaya yang disandangnya selama lima penggal dalam pemilihan bahagian parti itu hari ini. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, beliau tewas kepada calon PKR, Loh Goh Burne di kawasan Parlimen Kelana Jaya.
Dalam pemilihan parti hari ini, Lee yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang tewas kepada Ketua Wanita bahagian Ong Chong Sian. Lee mendapat 76 undi berbanding Ong sebanyak 82 undi. Ong semalam menang jawatan Ketua Wanita bahagian dalam pemilihan sayap Wanita dan Pemuda. Dalam pilihanraya lalu, Ong tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Subang Jaya kepada Hannah Yeoh dari DAP.

NIK AZIZ : BUBAR UMNO DAN PAS, TUBUH PARTI BARU

Jul 26, 08 - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini.
Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.
Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

ANWAT UMUM TANDING DI KULIM, JENTERA TELAH PUN BERSIAP SEDIA

Isnin, 28 Julai 2008 - DALAM ceramahnya di Kulim malam tadi, Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Kulim - Bandar Bharu setelah Ahli Parlimen berkenaan menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.

“JIKA tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu ini.Terima kasih kepada Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.

Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Bharu mempunyai 67.93% undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Katanya lagi, Barisan Nasional akan menggunakan pelbagai taktik bagi menghalang beliau untuk menjejakan kaki ke Parlimen.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan, saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan,” katanya lagi. Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu, malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu. Dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .

Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.

“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.

SAH, TIADA LIWAT — LAPORAN PERUBATAN



KUALA LUMPUR, 28 Julai - LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.

Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.

Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

Laporan penuh boleh dibaca menerusi Suara Keadilan edisi 141 yang akan terbit esok.

Friday, July 25, 2008

DNA : UMNO BOLEH DIPERANGKAP? BAGAIMANA?

Oleh kerana Projek Liwat 2 ini, rakyat Malaysia yakin dan percaya, ia adalah satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional, melalui Runding Terus dengan kontraktor yang dilantik, iaitu UMNO. Jadi tajuk di atas, rasanya sesuai. Yang kita nak perangkap dan lawan ialah UMNO bukannya pihak Polis. Jadi, kalau boleh perangkap, kita perlu perangkap UMNO, maknanya ahli-ahli politik tertentunya.

Bagi UMNO, mereka tidak perlu kepada perancangan yang teliti, dalam mana-mana tindakan dan urusan yang dibuat.

Mereka tidak pernah pun membuat sesuatu, dengan betul-betul merancang, betul-betul meneliti dan betul-betul yakin, baru dilaksana, buat asal jadi saja. Lain belakang kiralah.

Apa yang penting, perkara atau perancangan itu berjalan. Soal orang ramai dan rakyat hendak mempertikai, mengutuk, mengkritik, tidak langung diambil kira

Kalau begitu pendekatan UMNO, perkara yang sama berlaku dalam pengurusan BN dalam kerajaan. Buktinya sangat jelas dan nyata, terlalu banyak projek-projek mega, rakyat kutuk dan kritik sampai hilang suara, dan adakah kerajaan dengar? Sorrylah !

Begitu juga bukan sedikit projek-projek yang dibuat, tidak dirancang dengan teliti, maka hasilnya projek terbengkalai di merata tempat, projek yang ditutup terlalu banyak, puluhan dan ratusan juta ringgit dibazirkan begitu saja.

KENAPA JADI BEGITU?
Keterlaluan campurtangan politik, dalam hal ini oleh UMNO dalam hampir seluruh projek pembangunan di seluruh Negara, menyebabkan semua ini terjadi. Malang negaraku Malaysia.

DNA

Berbalik kepada soal ujian DNA, bagaimana dengan isu liwat 2 ini, DSAI, PKR, Pakatan Rakyat dan kita semua boleh boleh memerangkap UMNO dan kerajaan BN?

Ianya sangat mudah, senang saja, tapi syaratnya mereka yang bekerja dan rapat dengan DSAI, iaitu Bahagian Perang Saraf dan Perisikan serta Team Teknikal dan Saintis (ada ke tidak ni?), perlu meneliti, mengkaji dan brainstorm betul-betul idea ini.

Ringkas, padat, strategis dan berkesan. Lepas tu apply. Kalau belum ada Pasukan Saintis & Teknkal, yang terdiri dari Saintis-Doktor, Biochemist, Hematologist, Technician Lab, wujudkan segera. Pastikan mereka ini diSCAN betul-betullah.

Sikap cuai dan kelemahan dalam aspek perancangan strategik kerajaan UMNO/BN sepatutnya diambil kesempatan secara maksimum, bagi memerangkap dan mengaggalkan semua pelan-pelan tindakan mereka. Ulasan lanjut seperti berikut ;-

1. LAPORAN PROFIL DNA, JABATAN KIMIA MALAYSIA

Tahun 1998, sample darah DSAI, telah diambil (secara paksa) dan dianalisa di Jabatan Kimia, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor

Rekod asal Profile DNA, masih disimpan dengan selamat dalam sistem komputernya. Kecualilah ianya dipadamkan, macam rekod kemasukan Allahyarham (sebab kata dah kahwin dengan orang tententu warga Malaysia) Altantuya sharribu, yang DIHILANGKAN dari rekod Jabatan Imigresen. Patutlah Ketua Pengarah nya kena PECAT, khabarnya BPR siasat

Rekod ini tidak diubah, tidak akan berubah dan tidak boleh diubah.

Tetapi, sekiranya diubah, ia akan menyebabkan satu lagi bencana kepada kerajaan UMNO/BN, kerana memperalatakan satu lagi agensi kerajaan bagi kepentingan politik kerajaan UMNO/BN. Percayalah ia tidak diubah di peringkat ini.

TINDAKAN 1 : Peguam-peguam DSAI, mesti membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan salinan PROFILE DNA, tahun 1998 ini, dengan segera

Sebagai pesakit, kita berhak untuk mendapatkan data-data peribadi PROFILE DNA tersebut.

Sekiranya ditolak [ dengan arahan pihak-pihak tertentu ] ini sudah tentu akan memberikan ‘POLITICAL MILLEAGE’ yang lebih hebat kepada DSAI. Lagi sedap kita goreng dia oranglah. Kali ni kita goreng betul-betul, kasi hanguslah.

2. LAPORAN PROFIL DNA, HOSPITAL KUALA LUMPUR
Doktor yang membuat pemeriksaan perubatan bagi tahun 1998, juga bertanggungjawab bagi ‘VALIDATE’, atau membuat tafsiran ‘INTERPRATE’ atau ‘INTERPRETATION’ atau membaca data - data PROFILE DNA, iaitu menentukan susunan protein asas, asid-asid amino dalam slaid makmal.

Skrip asal PROFILE DNA, iaitu jujukan asal asid-asid amino tidak boleh diubah, ia kekal seperti yang asal. Jangan bimbang, sistem yang digunakan dalam analisis ini sangat canggih, fully automatic.

Apa yang diubah dan boleh diubah atau dimanipulate ialah LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN, di sini pihak ‘Pegawai Perubatan’ yang telah dipaksa dan ditekan dan diperalatkan, akan membuat dan menyediakan penulisan, pelaporan dan pengdiagnosan yang PALSU. Yang ini boleh dibuat dan yang ini mungkin telah berlaku.

Contoh, katakan bacaan yang asal nya ialah A, maka dalam laporan tersebut ditulis B. Maka,dengan jelas hasilnya sudah berubah. Faham? Tak Faham? Kalau tak faham tak apa, yang penting Team DSAI kena faham . Tuan-tuan dan puan-puan sebagai orang awam mungkin boleh jadi tak faham, bukan bidangnya, tak mengapalah.

3. LAPORAN PROFIL DNA, POLIS 1998

Pada tahun 1998 juga, pihak polis iaitu Pegawai Penyiasat juga menerima satu salinan laporan pemeriksaan perubatan. Di dalamnya juga terkandung satu salinan Laporan PROFILE DNA, sekiranya berkaitan.

Siapa Pegawai Penyiasat Polis tahun 1998? Tan Sri Musa Hassan kan ! Tapi, masa tu dia dah dapat gelaran Tan Sri atau belum?

Salinan laporan PROFILE DNA ini, juga adalah tulin, kecuali ada arahan supaya diubah Slaid makmal yang asal, dalam simpanan Jabatan Kimia, adalah tulin dan tidak boleh diubah .

Apa yang diubah, boleh diubah (seperti laporan akaun bersumpah oleh DSAI ke atas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara) ialah LAPORAN nya, iaitu penulisan dan pelaporan nya.

Ini boleh dibuat dengan kerjasama pihak-pihak tertentu di Jabatan Kimia dan juga pegawai Perubatan, sekiranya dikehendakilah ATAU sekiranya diarahkan (oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan, atau atas kehendak sendiri atau mana-mana pihak)

4. LAPORAN PROFIL DNA, MAKMAL PATOLOGI FORENSIK TEMPATAN

DSAI, sekiranya belum lagi diambil sample darah dan dilakukan ujian DNA dan belum ada Laporan PROFILE DNA, elok dan sangat-sangat dicadangkan supaya dilakukan SEGERA, URGENT, ASAP.

Pilihlah mana-mana Makmal Patologi tempatan, di Lembah Kelang pun banyak.

Apa yang perlu dibuat, mengikut keadaan dan keperluan (banyak bergantung kepada UGUTAN, TEKANAN dan PAKSAAN, yang akan dikenakan oleh Pengarah JSJ, atas arahan ahli-ahli politik tertentu, nanti), membuat AKUAN BERSUMPAH ke atas LAPORAN PERUBATAN-PROFILE DNA ini.

Ini boleh dikemukakan di Mahkamah, sekiranya kes liwat 2 ini dibawa sehingga ke peringkat sabitan pertuduhan, nanti. Jangan tunggu, lakukan segera . Ini adalah Pelan Kecemasan. Jangan tunggu lama-lama !

Kerajaan UMNO/BN, walau dalam keadaan macam mana sekali pun mesti dan tidak ada pilihan lain, kes ini mesti diteruskan. Ini adalah antara hidup dan mati. DSAI, dalam keadaan macam mana MESTI didapati bersalah.

5. LAPORAN PROFIL FORENSIK, MAKLAML PATOLOGI FORENSIK LUAR NEGARA

Perkara yang sama seperti NOMBOR 4 di atas. Lakukan perkara yang sama. Cuma hantar dan dapatkan khidmat ujian DNA di Makmal Patologi dari luar Negara. Pilih mana-mana Negara sekali pun.

Team DSAI, dan Team Saintis DSAI, boleh membuat searching mana-mana laboratory yang ternama di luar negara, seperti Gribbles Lab di Australia dan lain-lain.
Ini cuma untuk menguatkan lagi hujah di Mahkamah.

6. LAPORAN PROFIL DNA, POLIS 2008

Ini yang akan menjadi masalah yang agak rumit.

Tetapi, syarat-syarat ketat seperti yang diberikan oleh DSAI, harus dan mesti dilaksanakan dan dipertahankan.

Ini termasuklah, pengambilan sampel darah diawasi oleh Pakar-pakar Patologi Forensik (MAAF, DSAI TIDAK SEBUT PERKATAAN PATOLOGI DALAM KENYATAAN-KENYATAAN AKHBAR SEBELUM INI. Sebenarnya, kalau ditinggalkan perkataan PATOLOGI, ianya tidak lengkap dan tidak tepat TERMINOLOGYnya, boleh tanya Datuk Seri Datin Seri Dr. Wan Azizah, dia tu kan seorang Pegawai Perubatan) dari dalam dan luar negeri, yang dipilih oleh Team DSAI. (Maaf, Forensik ni banyak, ada Chemical, ada Plant Forensik, di JKR pun dia ada Makmal Forensik untuk study pasal batu-batulah, yang berkaitan ialah PATOLOGI)
Begitu juga analisa makmal nanti dibuat di lab yang terpilih dan dipilih.

Sudah semestinya juga Laporan PROFILE DNA disediakan oleh Pakar Patologi Forensik yang terpilih dan dipilih

AMARAN : Jangan benarkan sama sekali kerajaan UMNO/BN campurtangan dan menentukannya dalam urusan ini.
RUMUSAN

• Apa yang perlu dibuat ialah, kesemua kelima-lima LAPORAN PROFILE DNA di atas tadi, hendaklah dikemukakan ke mahkamah untuk tujuan perbandingan • Maka, dengan itu kita akan dapat melihat dengan jelas, Laporan PROFILE DNA yang mana diubah, dimanipulasi dan dipalsukan?

Ikut mana-mana pun, ahli-ahli politik tertentu daripada kerajaan UMNO/BN akan terperangkap juga akhirnya. InsyaAllah. Kata-kata orang tua kita, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi, ingat, harus kita berjaga-jaga, sebelum tupai tu jatuh ke tanah, kena make sure beruk KJ tidak terkam dulu. Bukan apa, walaupun beruk tak makan tupai, takut-takut kerana dia tengah lapar ni, semua dia bedal.

Dari Allah kita datang, kepadanya kita berserah dan kepadanya juga kita dikembalikan.
Ya Allah !
Permudahkan semua urusan kami. Amin !
Wallah’hualam,

MUZAKARAH : SENJATA JAHAT UMNO DEMI SURVIVAL POLITIK

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Setelah banyak pihak mengemukakan pandangan berhubung isu muzakarah PAS dan Umno, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula berpendapat ia dilihat sebagai satu langkah ke belakang berbanding garis masa dan landskap politik Malaysia yang sedang ditongkah pada hari ini.

Pengerusinya, Sheikh Omar Ali berkata pihaknya melihat isu muzakarah versi kali ini adalah bersifat 'senjata jahat' yang digunakan oleh Umno dalam memastikan kekalutan survival politik yang sedang dihadapinya dapat terus dipertahankan.

"PAS dilihat seolah-olah sengaja menjerumuskan diri kepada perangkap merbahaya UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Umno sebenarnya sengaja memainkan isu ini bukan kerana benar-benar mahu membincangkan permasalahan Islam dan Melayu, tetapi ia tidak lebih sebagai senjata jahat mereka untuk menjaga survival politik parti mereka yang bagai retak menunggu belah, dan memporak-perandakan pakatan dan kerjasama sedia ada di peringkat Pakatan Rakyat.

Pada masa sama, beliau turut mengusulkan agar perbincangan tersebut bukan sekadar melibatkan PAS dan Umno, bahkan juga parti-parti politik yang lain.

"Ayuh kita bermuzakarah tanpa mengetepikan mana-mana bangsa dan agama, dengan melibatkan semua parti politik dan pertubuhan yang berkaitan," katanya.

Sheikh Omar juga menggesa PAS yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti itu agar membawakan agenda dakwah mereka dengan lebih terbuka.

"Mungkin sudah masanya untuk mengemukakan dakwah secara terbuka, kemukakan hujah dan pasarkan tawaran-tawaran yang Islam mampu berikan kepada semua kaum, bangsa dan agama dengan penuh hikmah dan bijaksana," ujarnya lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan SMM adalah merupakan maklum balas daripada pendirian Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Semenanjung (PKPIM) yang menyatakan persetujuan terhadap muzakarah PAS-Umno

Pandangan pertubuhan itu dua hari lalu telah mengundang beberapa reaksi sama ada di peringkat PKPIM sendiri mahupun individu-individu tertentu yang dilihat berminat dan terus mengambil berat terhadap hal-ehwal gerakan aktivis dan aktivitisme mahasiswa

POLIS CARI KESAN ANWAR DI LOKAP

Jul 25, 08 - Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa selepas ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit.
Mantan timbalan perdana menteri ditahan pada 16 Julai lalu di ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur berhubung dakwaan liwat terhadapnya dan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari berikutnya. "Selepas beliau (Anwar) dibebaskan - bahagian ini tidak divideokan - kumpulan forensik (polis) cepat-cepat masuk ke dalam bilik (Anwar ditahan) dan mengambil semua kesan rambut dan bulu, dan mungkin juga sel kulit Anwar," kata Sivarasa Rasiah.
"Adakah (tindakan) ini dilakukan terhadap tahanan reman? Tidak. " Kenapa ini dilakukan dalam kes Anwar? Kenapa hantar kumpulan forensik? Apakah releven siasatan dengan cara begini," kata Sivarasa, yang juga naib presiden PKR, kepada pemberita hari ini.
Beliau sebelum itu memberikan keterangan kepada polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Tindakan forensik itu, tambahnya "menimbulkan banyak persoalan" dan "motifnya diragui". Menurutnya lagi, beliau mendapat tahu mengenai tindakan pasukan forensik itu sehari selepas Anwar dibebaskan.
Ditanya sama ada kemungkinan polis mengambil DNA Anwar melalui kesan-kesan yang diambil, beliau tidak menafikannya, tetapi, menurut beliau, "secara saintifiknya sampel itu tidak boleh dipakai"."Kita boleh buat spekulasi. Apa tujuannya (ambil rambut, bulu dan sel kulit)? Kenapa mahu ambil sampel dari simen. Apa relevannya? "Mungkin dia (polis) akan cuba ambil sampel DNA dengan cara ini. Tetapi ini akan dibantah dalam mahkamah, jika digunakan."Bagaimana kamu boleh ambil sampel macam ini... sebab (dalam) lokap itu, kita tahu, ini fakta, hari sebelumnya memang dipenuhi tahanan lain. "Jadi, secara saintifik, sampel yang diambil tidak boleh dipakai (kerana mungkin bercampur dengan sampel lain)," kata Sivarasa.
PERGERAKAN ANWAR DIRAKAM
Katanya, polis juga merakam seluruh pergerakan Anwar, menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan perakam video sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, tambah Sivarasa. Rakaman kamera video dibuat oleh anggota polis yang berpakaian biasa, tambahnya. "Setiap masa. Termasuk waktu beliau hendak solat. Waktu beliau ambil air sembahyang, beliau kata (kepada polis): Berhenti rakam," katanya.
Mengulas lanjut mengenainya, Sivarasa berkata: "Saya tak pernah tengok orang yang di bawah jagaan polis dirakamkan sebegitu, dari mula sampai habis penahanan. "Saya tertanya-tanya, apa yang sedang berlaku?"Beliau menyifatkan perkara itu sebagai "keterlaluan."Menurut Sivarasa, perbuatan itu mempunyai "niat politik" dan "tidak ikhlas".
"Memang kita akan bangkitkan, dalam kes-kes lain tidak ada, tetapi dalam kes Anwar ada. Ini jadi satu persoalan. Ini menunjukkan motif pihak penyiasat. Pihak polis dalam kes ini tidak ikhlas. Ada niat politik tidak ikhlas."
Bagaimanapun, tambahnya, rakaman tidak dibuat semasa Anwar bersama doktor untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.

PM: PAS DITAWAR KONGSI KUASA

Jul 25, 08 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

"Pada ketika itu (beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac), Umno ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan."

"Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain," kata perdana menteri kepada pemberita selepas majlis Anugerah Akademik Negara di Putrajaya, petang ini. Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor. Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi memilih bersama Pakatan Rakyat. Umno rasa, itu yang boleh kita bincang dengan PAS waktu itu. Pakatan Rakyat bukan satu entiti yang kekal.

"Oleh itu, kita mulakan perbincangan dengan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor," katanya. Mengulas hasrat Singapura untuk membentuk zon ekonomi eksklusif di sekitar Pulau Batu Puteh, Abdullah berkata, setelah keputusan dibuat mengenai pulau itu, kedua-dua negara setuju mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal. "Ini bermakna kalau ada yang tidak puas hati atau meragui berkaitan dengan tuntutan, ia dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal ini dan tidak perlulah berbalah," katanya. Ketika ditanya kenyataan setiausaha negara Amerika Syarikat Condoleeza Rice berhubung dakwaan meliwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, tindakan kerajaan konsisten dengan undang-undang Malaysia.
Mengulas siasatan polis tentang kes Anwar itu, perdana menteri berkata, siasatan masih belum siap. "Polis buat apa yang mereka mahu dan polis tahu apa yang mereka hendak buat," katanya.Disoal dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaan Piala Monson anjuran kerajaan Terengganu, Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menentukan siasatannya sendiri jika meragui atau mengesyaki ada unsur rasuah. Sementara itu dalam ucapannya di majlis itu, Abdullah berkata, universiti tempatan perlu memberi lebih perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan supaya boleh meningkatkan kegemilangan."Kita kena meningkatkan nilai tambah daripada apa yang kita ada untuk terus maju. Kita tidak boleh leka dengan kemajuan hari ini."
Kita mesti ada rancangan masa depan kerana idea tanpa rancangan adalah hanya angan-angan," katanya.

MUZAKARAH : DEMO AHLI PAS BATAL

Jul 25, 08 - Ahli dan penyokong PAS yang mengugut ingin mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini membatalkan niat berbuat demikian selepas keputusan majlis syura ulama kelmarin. Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, ugutan untuk berhimpun telah dibatalkan dalam satu mesyuarat tidak lama selepas majlis syura yang bertemu di Kota Bharu menyokong pemimpin PAS "bersemuka" dengan Umno.

Sehingga jam 3 petang, perhimpunan itu diura-urakan bermula jam 2.30 petang, tiada seorang pun penyokong atau ahli PAS kelihatan di depan pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Terdapat kira-kira 15 orang wartawan dan jurugambar antaranya Sinar Harian dan Oriental Daily berada di hadapan pejabat PAS tersebut. Mereka kemudian meninggalkan tempat itu setelah tiada perhimpunan seperti diura-urakan.

Seorang kakitangan di ibu pejabat memberitahu Malaysiakini sebelum itu, beliau juga mendengar ura-ura perhimpunan tersebut. Perhimpunan itu dirancang sebagai "usaha spontan ahli-ahli akar umbi" menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan dukungan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS awal minggu ini disebarkan menjelang pertemuan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anggota-anggota majlis syura, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Peniaga-peniaga bertentangan pejabat PAS turut tertanya-tanya mengenai tujuan kehadiran wartawan dan jurugambar di hadapan premis peniagaan mereka. Tidak kelihatan anggota polis berdekatan bangunan itu.

PLIS PENGIRING TERTUDUH KES ALTANTUYA MATI MENGEJUT

Jul 25, 08 - Seorang anggota polis mahkamah yang bertugas mengiringi tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia. Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, dikatakan sesak nafas dan pengsan di hadapan pintu kamar mahkamah sejurus Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda memasuki mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi ini. Beliau yang dipercayai menghidap penyakit jantung dan kencing manis, dikatakan keletihan setelah memanjat tangga hingga ke tingkat empat sebelum rebah. Kejadian itu yang berlaku sebelum mahkamah memulakan prosiding, mengejutkan mereka yang berada di situ, demikian menurut laporan Bernama.

Seorang anggota polis cuba memberikan bantuan pernafasan CPR, sebelum mengusung mangsa dengan bantuan lima anggota polis dan seorang awam ke ambulans. Anggota polis itu disahkan meninggal jam 1.15 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN). Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi keesokannya. Penganalisi politik Abdul Razak, 47, dituduh bersubahat dengan mereka.

AKUAN BALA : SIVARASA DISIASAT POLIS

Jul 25, 08 - Naib Presiden PKR dipanggil polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian yang mengaitkan timbalan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu.Sivarasa Rasiah disiasat berhubung akuan P Balasubramaniam yang menggemparkan pada awal bulan ini, termasuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Dalam sidang media selepas disoal siasat selama lebih tiga jam, beliau berkata kebanyakan soalan polis berkaitan pertemuannya dengan penyiasat - yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan Najib, yang kini dituduh bersubahat membunuh Altantuya - dan kandungan akuan pertamanya. Hanya satu soalan tentang akuan kedua, tambahnya. Menurut beliau, semasa memberikan keterangan, polis menyoalnya sama ada akuan pertama penyiasat itu dibuat secara sukarela. Sivarasa menambah, "tiada benda baru disoal" dalam siasatan itu dan beliau "menceritakan lebih kurang apa yang diceritakan dalam sidang akhbar yang dulu tetapi kali ini lebih terperinci."

Ketika bersama polis, beliau turut bertanyakan isu akuan kedua penyiasat itu sama ada ia dibuat secara paksa, tetapi katanya, pegawai penyiasat kesnya Supt. V Muniandy "tidak memberikan jawapan yang memuaskan." Sivarasa berkata beliau memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diajukan.Ditanya kemungkinan Anwar juga disiasat polis berhubung kes ini, beliau berkata: "saya rasa tidak kerana Anwar hanya terlibat di sidang media pada hari berkenaan."

Sehari selepas mencipta kegemparan itu, Balasubramaniam bagaimanapun membuat kejutan lagi dengan menarik balik akuan awalnya dalam akuan baru pada keesokannya, 4 Julai. Beliau hingga kini tidak muncul di media dan dipercayai masih bersembunyi.

Najib sendiri menafikan kandungan akuan Balasubramaniam tersebut beberapa jam selepas ia didedahkan kepada media dalam sidang media bersama penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR, Petaling Jaya pada 3 Julai lepas.

Najib menyifatkan kandungan akuan itu sebagai "pembohongan yang dahsyat." Pemimpin kanan PKR itu ditemani peguamnya Oh Choong Ghee dan beberapa penyokong berada di luar ketika beliau memberi keterangan.

Sivarasa hadir di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi ini dan keluar lebih jam 2 petang. Beliau menjelaskan pegawai berkenaan ACP Tan Kok Liang mengambil masa untuk merekodkan keterangannya melalui komputer menyebabkan beliau berada tiga jam setengah di situ.

SATU LAGI CAWAGAN MAHU NAJIB TANDING PRESIDEN

Jul 25, 08 - Satu lagi cawangan Umno di Pahang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember depan.

Mesyuarat Umno Cawangan Bukit Kuantan 3 dalam Bahagian Paya Besar membuat usul itu dalam mesyuarat agungnnya semalam.

Ia turut mencadangkan supaya peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib dipercepatkan sebelum Disember ini bagi mengelak pertandingan jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Bukit Kuantan 3, Ahmad Ibrahim, memberitahu Bernama hari ini bahawa cawangan berkenaan mengemukakan usul itu berdasarkan beberapa faktor tanpa menerima desakan mana-mana pihak. "Faktor utama, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara presiden parti kepada timbalannya iaitu pada 2010 adalah terlalu panjang. Peralihan kuasa itu seharusnya dipercepatkan dan kita mencadangkan supaya ia diadakan sebelum Disember ini jika pertandingan jawatan nombor satu itu hendak dielakkan," katanya.

Ahmad berkata kekalahan Umno dan Barisan Nasional di lima negeri dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu memberi petunjuk bahawa perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan segera. Cawangan itu bagaimanapun tidak mencadangkan sebarang nama untuk jawatan timbalan presiden parti. Pada 17 Julai lalu, Umno Cawangan Kampung Ubai, dalam Bahagian Pekan, mencadangkan Najib untuk jawatan presiden. Dua hari selepas itu, Najib berkata beliau tetap komited kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui dengan Perdana Menteri iaitu pada Jun 2010.

KENALAN ANWAR GESA GUGURKAN DAKWAAN

Jul 25, 08 - Kenalan-kenalan lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dari negara luar menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu "sebagai menghormati hak-hak individu" yang penting untuk membina hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa.Kenalan itu termasuklah Michel Camdessus, pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); James Wolfensohn, bekas pengerusi Bank Dunia dan Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.
"Kami ingin mengulangi keyakinan pada integriti akhlaknya (Anwar), sebagai seorang yang pernah menunjukkan, tanggungjawab di peringkat negara dan antarabangsa, tahap etika kepemimpinan tertinggi, dalam memperjuangkan keadilan, keamanan dan pembangunan antarabangsa," kata mereka dalam satu kenyataan.Anwar kini sedang disiasat selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadu diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

MB: TERENGGANU BOLEH GUNA MERCEDES

Jul 25, 08 - Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kerajaan Terengganu memakai kereta Mercedes tetapi bukan untuk kegunaan barisan exconya. Keputusan itu diambil dalam pertemuan menteri besarnya Datuk Ahmad Said dengan Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak semalam. "Saya beritahu menteri besar, exco negeri tidak boleh menggunakan Mercedes, tetapi oleh kerana kereta itu sudah dibeli, kalau dijual pun rugi, saya minta ia digunakan untuk tetamu," katanya di sidang media selepas majlis Anugerah Akademik Negara di Putrajaya.
Pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang berjumlah RM3.43 juta untuk kegunaan 10 exco negeri bercanggah dengan amalan biasa yang hanya membenarkan kenderaan nasional Proton Perdana V6 Executive. Ahmad awal minggu ini dilaporkan meluluskan pembelian kereta Mercedes sebagai kenderaan rasmi exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.
Kereta Mercedes itu yang berharga RM245,000 sebuah untuk kegunaan 10 anggota exco kerajaan negeri, termasuk menteri besar, dan sebuah untuk speaker Dewan Undangan Negeri. Sementara tiga lagi untuk setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang negeri.

MENGESAN SURAT BATU PUTIH : MILIK MALAYSIA

Jul 25, 08 - Seorang ahli Persatuan Sejarah Negeri Johor sedang menjelajah ke seluruh negeri itu untuk mengesan sepucuk surat yang berusia 164 tahun yang membuktikan bahawa Batu Puteh adalah hak Malaysia.Surat tersebut ditulis pada tahun 1844 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada Sultan dan Temenggong Johor.
Surat tersebut begitu penting kerana ia bukan sahaja menyentuh permohonan pihak British untuk membina rumah api di Batu Puteh, tetapi ia turut membuktikan hak negara.
Zaaba Abdul Samad memulakan misinya itu sejak dua tahun lalu. Beliau telah menemui waris-waris keturunan Temenggong Muar yang masih tinggal di Muar dan Segamat serta waris keturunan Kesultanan Johor dengan harapan untuk mengesan surat tersebut.
"Saya turut menemui pelbagai individu yang mendakwa mereka mempunyai pelbagai dokumen bersejarah tetapi malangnya sehingga kini masih gagal menemui surat terbabit," katanya kepada Bernama.Bulan lalu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari bukti-bukti bagi membuktikan haknya terhadap Batu Puteh walaupun selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei lalu memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak ke atas batuan tersebut.Wisma Putra telahpun diarahkan supaya berusaha kembali untuk mengesan surat oleh Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1844 itu, dengan harapan penemuannya akan membantu Malaysia membuka semula kesnya terhadap Batu Puteh.
ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda, turut memutuskan bahawa Malaysia berhak ke atas Terumbu Karang Tengah manakala hak terhadap Terumbu Karang Selatin pula akan ditentukan di mana perairannya terletak. Usaha sukarelaBagi Zaaba, walaupun usahanya selama ini belum menunjukkan sebarang hasil, tetapi ia tidak pernah melemahkan semangatnya daripada terus menjelajah keseluruh Johor untuk mengesan surat berkenaan.
Sambil menyifatkan usaha sukarelanya itu sebagai tidak lebih suatu tanggungjawab seorang rakyat kepada negaranya, beliau berkata, sehingga kini beliau belum terfikir untuk menamatkan inisiatifnya itu.
"Walaupun Batu Puteh itu hanya merupakan batuan yang terletak di tengah-tengah laut, tetapi ia adalah hak milik kita semua (rakyat Malaysia dan Johor) dan usaha perlu dilakukan untuk memastikan ia (Batu Puteh) kekal milik kita semua," katanya.
Zaaba berkata beliau sehingga kini masih lagi menerima maklumat daripada pelbagai sumber di Johor tentang dokumen-dokumen bersejarah termasuk surat pada 1844 yang dipegang oleh beberapa individu.
Bagaimanapun, menurut Zaaba, oleh kerana beberapa sebab tertentu, beliau menaruh keyakinan yang amat tinggi bahawa surat penting 1844 oleh Gabenor Butterworth yang beribu pejabat di Singapura pada ketika itu, masih disimpan di republik itu ketika ini.
Satu daripada sebab di sebalik keyakinannya itu adalah kerana Singapura yang diperintah oleh British, menerusi muzium dan arkibnya, telahpun mempunyai sistem simpanan dan penjagaan dokumen-dokumen yang baik pada ketika itu, katanya. Beliau juga berkata satu usaha juga perlu dilakukan untuk bertemu dan meminta bantuan daripada waris-waris Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura untuk mengesan surat itu.
Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa waris keturunan Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura masih menyimpan pelbagai dokumen bersejarah yang berkemungkinan boleh membantu Malaysia menuntut semula haknya terhadap Batu Puteh.

Thursday, July 24, 2008

PERANCANGAN LICIK UNTUK MEMENCILKAN TG NIK AZIZ


Nampaknya cakap-cakap mengenai rundingan sulit diantara pemimpin tertinggi PAS dengan umno bukannya propaganda umno tetapi benar-benar berlangsung.

Hari telah diketahui watak-watak PAS yang pergi berunding meskipun pada mulanya tuan badannya menafikan. Hingga sampai ketahap nak menyaman.

Hari ini Presiden PAS sendiri megakui berlangsungnya rundingan ‘underground ‘ ini. Peringkat awalnya beliau juga menafikannya.

Perkembangan terbaru ini sangat mendukacitakan. Lebih mengecewakan apabila PAS mula menari mengikut irama yang dimainkan oleh umno iaitu ketuanan orang melayu.Kerana berjaya menang 6 kerusi DUN diSelangor dan berjaya menguasai Kedah, maka ebebrapa kerat pemimpinnya merasakan seolah-olah PAS sudah cukup gagah selepas PRU 12.

Apakah faedahnya ingin bersama umno yang kini berada dalam situasi kucar kacir ?umno tak ubah macam tongkang pecah. Percakaran sesama pemimpin tidak dapat disembunyikan lagi. Dengan izin Allah maka hati para pengundi cina dan india (yang selama ini cukup takut dengan PAS angkara hasutan dan momokan umno ) dibukakan untukmenyokong PAS dalam PRU 12. Jangan lupa dan angkuh, sokongan ini diperolehi dengan bantuan PKR dan DAP. Sekaligus memberi harapan kepada kita bahwa dalam PRU13 nanti akan tamatlah riwayat umno & BN yang telah bermaharajalela untuk sekian lama.

Umno dan BN kini tenggelam timbul kelemasan.Sepatutunya inilah masa untuk mengukuhkan lagi setiakawan dalam Pakatan Rakyat, Sesuatu yang tidak diduga PAS dalam senyap mengkhianati PR dengan mengadakan rundingan ‘underground’ di London. Tindakan PAS seolah-olah mencampakkan pelampung kepada umno yang sedang tenggelam timbul ditengah-tengah lautan.

Lupakah pemimpin-pemimpin PAS sebelum PRU 12 sewaktu mereka masih kuat adakah mereka menghulurkan jemputan mengajak PAS untuk sama-sama mengukuhkan lagi ketuanan melayu ? Apa yang PAS terima ialah hinaan, cacian dan pelbagai tohmahan untuk melemahkan PAS. Hari ini begitu mudah PAS melupakan segala-galanya hanya kerana janji-janji manis yang diberikan. Ya….memang untuk sepenggal mereka akan layan permintaan PAS. Tetapi selepas itu kita boleh duga nasib PAS.

Saya setuju sangat-sangat dengan lontaran keresahn TG Nik Aziz dengan perkembangan tidak sihat yang sedang berlaku dalam tubuh PAS. TG Nik Aziz peringatkan pengalaman pahit yang PAS pernah lalui dulu.Jangan sampai ianya berulang lagi.Umno adalah umno. Pegangan mereka , matlamat menghalal cara. Ini yang sedang berlaku. Matlamat mereka ialah untuk terus memegang kuasa. Situasi semasa memerlukan mereka berkorban. Jadi buat seketika mereka tidak teragak-agak mengorbankan kepentingan mereka kepada PAS. Dalam pada itu mereka merancang pelbagai pelan tindakan. Yang mereka lakukan sekarang ialah pelan jangka pendek.

Perkembangan terbaru ini samasekali tidak menguntungkan PAS. Pastinya akan adanya bantahan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli. Ini akan memecahbelahkan dan sekaligus akan melemahkan PAS. Inilah yang dibimbangi oleh TG Nik Aziz iaitu kiri kanan akan membenci PAS.Dibenci oleh ahlinya sendiri dan dibenci oleh ahli PR.

Apakah ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS yang cemburu kepada TG Nik Aziz? Apakah ada dikalangan pemimpin PAS yang memberi ilham kepada umno cara untuk merampas Kelantan daripada tangan TG ? Sekiranya PAS dapat dijinakkan menyertai umno maka boleh dihitung hari-hari PAS dalam genggaman TG.

Oleh kerana kelemahan Presiden kini kekecohan mulai berputik dalam PAS. Sedih dan hampa kerana begitu mudah PAS termasuk dalam ‘bobby trap’ yang dipasang oleh umno. Seperti yang TG ingatkan, jangan lupa pada sejarah. Ingatkan kembali cerita mudah tapi penuh pengajaran.


KISAH MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT

Tindakan PAS tak ubah seperti ‘ perempuan tua yang nyanyok’. Siang dia tenun, malam dirosakkannya. Esok dia tenun lagi tapi bila tiba malam dia rosakkan lagi. Bayangkan sekian lama penat lelah usaha untuk memenangi hati para pengundi bukan Islam dan hari ini kita berjaya. Malangnya tak semena-mena sengaja mahu dirobohkan kejayaan ini.