Monday, July 14, 2008

PANDANGAN AHLI UMNO TERHADAP MAHATHIRISME - DOLLAHISME

Pemikiran merupakan sesuatu yang tidak statik. Ianya berubah-ubah menurut keperluan dan tujuan. Pemikiran yang memiliki tujuan adalah cita-cita dan impian. Ada manusia yang tidak dapat berfikir, maka dia akan mengikut sahaja landasan yang telah sedia ada dan kadangkala terdedah dengan serangan eksplotasi. Seorang yang bercita-cita akan mengatur arah cita-citanya samada mengambil kesempatan daripada keadaan yang sedia ada ataupun mengambil pendekatan songsang demi melancarkan arah atau juga melindungi arah matlamat. Ramai orang yang tergolong dalam orang yang bercita-cita. Bagaikan ada satu desakkan dalam jiwanya untuk merangka dan mencapai sesuatu. Ramai juga orang yang sekadar mengikut kebiasaan sahaja. Penilaian tentang sesuatu perkara itu bergantung kepada rujukkan yang sedia ada atau jalan yng telah disediakan oleh orang lain dan telah jadi budaya.
Dalam kes ini saya mengenali TUN sebagai orang yang bercita-cita manakala kebanyakkan saingan maupun lawannya adalah orang yang mengikut kebiasaan sahaja. Seorang yang belajar ekonomi telah meletakkan dirinya dalam formalisme ekonomi dunia. Apabila dia menjadi pakar dalam ekonomi dia akan digunapakai oleh politik untuk sesuatu tujuan. Maka formalisme ekonomi dunia dianggap sesuatu yang benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.Tetapi mangsa kepada formalisme itu dianggap tidak berupaya melalui arus benar ini dan akan dibantu untuk sama-sama melaluinya. Maka wujudlah penjajahan bentuk baru oleh negara dominan kepada negara lemah.Akan wujud pihak yang memperjuangkan nasib dan menentang arus. Pihak ini akan dianggap outsider dan tidak bertamadun. Di sinilah duduk letak TUN. Beliau sentiasa memperjuangkan hak-hak untuk bebas membuat keputusan sendiri dan menentang tembok sempadan ekonomi yang digarap oleh barat. Perjuangan perlu ada matlamat dan arah. Manifesto perlu disiarkan dalam mencari pengaruh dan memberitahu yang lain tujuan dan matlamat.
Perjuangan TUN satu peperangan minda dengan barat. Beliau mampu menyerang barat dan mengucar-kacirkan pertahanan barat melalui kata-kata dan logika. Akibatnya TUN mendapat sokongan daripada negara-negara membangun yang menanti-nantikan peluang untuk bebas dan revolusi ekonomi dunia. Kerana itu di era TUN kita dengar berbagai persidangan dan diskusi ekonomi melibatkan golongan haluan kiri formalisme ekonomi dunia. Pastinya beliau dicemuh dan diserang balas kerana tindakkannya itu telah menjadi batu penghalang kepada matlamat dominasi abadi barat kepada dunia. Kekuatan TUN terletak kepada sokongan dari dalam dan sokongan itu diperolehi bila dia dapat memberi service yang baik kepada rakyat. Namun setiap perkara itu mesti ada pro dan kontranya. Maka golongan yang kurang selesa pastinya golongan yang selesa mengikut mainstream sahaja. Maka itulah sepanjang 22 tahun wujud berbagai peringkat penentangan pada dasar MAHATHIRISME. Oleh kerana service yang bagus dan konsisten lawan-lawan tadi akhirnya mengakui dan ramai yang akhirnya akur untuk kembali kepada arus songsang MAHATHIRISME. Menyalahkan TUN dan eranya sebagai punca kepada keadaan yang berlaku sekarang bukanlah kefahaman sebenar tentang siapa TUN. Kesalahan itu terletak kepada kelemahan pemikiran ORANG MELAYU yang menjadi dominan di negara ini. Orang melayu baik yang fanatik menyokong maupun yang agresif menentang termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang pro ataupun kontra KEBANYAKKANNYA tidak memiliki kualiti pemikiran. Mengikut formalisme dunia tanpa dapat menyumbang pemikiran baru dan sekadar menjadi mangsa diskriminasi barat. Ataupun menentang formalisme dunia tanpa dapat mencetuskan pemikiran baru yang logik dan menentang membabi-buta.
Inilah jawapan kepada kata-kata TUN "Saya gagal merubah orang Melayu" dalam ucapan akhirnya di Perhimpunan Agung UMNO sebelum beliau mengumumkan persaraannya. Penganti beliau AAB merupakan titik lemah kepada MAHATRISME. Dari hari ke sehari barat memulakan kempen menyerang struktor MAHATHIRISME dari dalam dan melalui segala sumber yang ada. Barat yang mempunyai pengalaman luas dan sejarah penjajahan yang panjang tidak sukar untuk menembusi tembok itu. Maka pengaruh TUN dapat diketepikan dan AAB mula menjadi proksi barat untuk menarik semula Malaysia dalam arus Formalisme olahan barat. Akhirnya dasar TUN yang selama ini menjadi benteng kekuatan dan altenatif negara-negara membangun lainnya untuk menidakkan atau sekurang-kurangnya melambatkan proses globalisasi telah runtuh dengan cepat. Malaysia tidak lagi menjadi contoh kepada dunia ketiga. AAB sepatutnya meneruskan dan mendokong dasar yang telah sedia ada sekiranya dia TIDAK MAMPU DAN TIDAK LANGSUNG LAYAK mewujudkan pemikiran dan dasar baru. Apabila beliau cuba menyaingi ataupun 'membetulkan' apa yang dipanggil 'dosa-dosa TUN kepada dasar barat' maka beliau telah menghancurkan tembok pertahanan ideologi dan ekonomi negara.
Yang menjadi persoalannya adakah kerana AAB menggunakan kesempatan yang ada untuk menyaingi karisma TUN atau sebenarnya beliau tidak faham apa yang berlaku! Amat malanglah Malaysia sekiranya sebab yang kedua itu adalah satu kebenaran (tak faham apa yang berlaku). Tidak hairanlah dia bukan saja gagal menyaingi lawan politiknya saat ini(Anwar) malah telah jadi proksi kepada perakus-perakus di sekelilingnya. Adalah kesilapan besar bagi AAB sekiranya dia rasa dia mampu menyaingi karisma TUN kerana ianya seperti langit dan bumi.
AAB hanya barisan pemimpin biasa yang mengisi sejarah tetapi TUN memiliki klas tersendiri. Namanya tersenarai antara pemimpin dan pemikir sepanjang abad. Sepanjang 100 tahun sejarah Tanah Melayu ini hanya ada 2 orang yang sehebat itu. Mereka adalah TUN DR. MAHATHIR dan DATO' ONN JAAFAR (Baca biografi Onn Jaafar). Saya seorang yang bersetuju dengan TUN kerana saya memahami siapa dia. Saya bersetuju dengan dasarnya kerana sebagai orang biasa saya sendiri akan melakukan sepertinya sekiranya saya ditakdirkan memimpin negara kerana saya punya pemikiran yang selari dengannya.

Saya juga bersetuju dengannya kerana saya membesar sepanjang era pemerintahannya daripada seorang budak hingga menjadi ketua keluarga saya mendapat servis yang baik daripadanya, memiliki peluang ekonomi yang baik dan punya harga diri sebagai bangsa Melayu malahan saya PERCAYA dasarnya adalah yang terbaik untuk generasi saya akan datang. Bagi yang tidak bersetuju dengan TUN itu adalah hak peribadi mereka. Yang penting setuju atau tidak setuju mestilah berasaskan intelektual melalui kemampuan memproses sendiri sebab dan musababnya. Jika tidak anda hanya bertaraf budak-budak politik.

No comments: