Friday, July 11, 2008

NAJIB TERJERAT


Apabila Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) umum yang dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan menyerahkan kepimpinan kerajaan dan parti kepada timbalannya, Najib Tun Razak, ramai yang pasti lega dengan harapan krisis kepimpinan yang sedang menghantui UMNO akan selesai.Mungkin ada kebenarannya jika kita lihat atau amati dari satu sudut. Tetapi, jika ditinjau dari sudut lain, kita akan dapati bahawa strategi Pak Lah cukup bijak dan kena pada sasaran.Pak Lah sedar dan tahu bahawa kepimpinannya sedang dan akan dicabar pada perhimpunan agung UMNO hujung tahun ini bukan sahaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah tetapi oleh Najib sendiri. Jika dicabar, Pak Lah belum pasti akan dipilih semula bahkan ada yang percaya bahawa Pak Lah mungkin tidak akan mendapat 30 peratus pencalonan daripada bahagian UMNO. Satu jalan keluar yang dapat menjamin kedudukan Pak Lah ialah dengan mengumumkan bahawa dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan Najib pula meminta (mengarah?) semua bahagian UMNO supaya menyokong Pak Lah sebagai presiden parti pada Disember ini. Dengan itu, kedudukan Pak Lah adalah selamat selain kedudukan Najib terjamin. Dengan sokongan kuat daripada bahagian-bahagian UMNO, Pak Lah akan dapat dengan mudah mempertahankan jawatannya dan sekali gus memastikan hasrat Tengku Razaleigh untuk mencabarnya kerana agak sukar bagi Ku Li memperolehi pencalonan dalam keadaan yang diwujudkan itu. Pak Lah bijak dalam mengatur strategi yang menjamin kedudukannya sehingga Jun 2010, memberi kelegaan dan harapan kepada Najib dan memendekkan kerjaya politik Ku Li. Tapi, Adakah Pak Lah benar-benar memikirkan akan menyerah tampuk pemerintahan ke tangan Najib? Itu yang menjadi persoalan.. Kelihatannya seperti ada udang di sebalik batu. Ada maksud yang tersirat disebalik pengumuman tersebut. Ada semacam memberi tanda-tanda dan ugutan yang tersendiri. Mungkinkah C4 akan kembali memainkan peranan? Mungkin juga kerana C4 lah ianya terjadi demikian?Tunggu dan lihat!!

No comments: