Friday, July 11, 2008

NAJIB MEMANG TERLIBAT

NAJIB DITUDUH BERSAMA ALTANTUYA

KUALA LUMPUR, 3 Jul: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - yang ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda. Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.
P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya. Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akuan berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai. Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya. Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari pada kenyataan beramarannya, untuk melindungi pemimpin itu.
Hantar SMS
Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya yang datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan penganalisis itu. Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor. Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya. Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara". Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara". Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.



Laporan polis
Balasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib. Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa. Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama Musa dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut. Ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya memalsukan bukti dalam kes ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998. Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.
KEMARAAN YANG CUBA DISEKAT
Kerajaan Sepatutnya Takut Kepada Rakyat, Bukan Rakyat Yang Perlu Takut Pada Kerajaan." V dalam V For Vendetta.

Selepas mencengkam kuasa selama lebih separuh abad, Barisan Nasional masih lagi mengekalkan corak strategi yang sama, iaitu mewujudkan suasana takut yang berpotensi untuk diterjemahkan kepada keadaan anarki yang mampu mengancam kestabilan negara. Budaya mengugut Barisan Nasional sekali lagi menerjah singgahsana politik di negara kita. Kali ini mereka menggunakan pendekatan yang sama, jalan cerita yang sama, kaedah yang sama, kes yang sama, iaitu sodomi. Sampai bila BN mahu memperbodohkan pemikiran rakyat? Sampai bila BN mahu menggunakan prinsip 'Matlamat Menghalalkan Cara'? Ini semua satu tuduhan jijik.

Kisahnya begini. Dua orang tokoh tersohor yakni YM Raja Petra dan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menggempur ketumbukan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Skandal dan konspirasi diulang dedah bagi meranapkan harapan kem Najib untuk mengungguli kuasa.
Selaku pemain catur politik negara, kem Najib ini dipercayai telah merancang untuk 'counter attack' Anwar dan YM Raja Petra. Seorang pemuda hingusan telah dijadikan kambing hitam dalam usaha untuk menyusahkan Anwar. Isu yang timbul sekarang ini bertujuan untuk melengah-lengahkan pergerakan kem Anwar menuju ke Putrajaya. Saya menamakan ia 'kem Anwar' kerana ia bukan sahaja melibatkan Parti Keadilan Rakyat maupun Pakatan Rakyat. Ia juga turut disertai anggota Barisan Nasional yang sememangnya diketahui mereka ini ialah penyokong Anwar.

Usaha melambat dan mengganggu perancangan Anwar ini perlu dilakukan oleh UMNO bagi membolehkannya memiliki masa yang cukup untuk mempertahankan kuasa. UMNO tahu kes sodomi ini akan hanyut seperti mana isu perternakan babi dan sebagainya. Mereka bukannya mahu kes ini digilang gemilangkan seperti di zaman Tun Dr. Mahathir. Mereka cuma mahu merosakkan perancangan Anwar untuk bertanding pilihanraya kecil dan membawa masuk anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada persepsi semasa, Anwar akan bertanding di salah satu kubu kuat Pakatan Rakyat di kawasan utara tanah air. Jangkaan pengumuman kawasan tersebut sepatutnya dibuat minggu ini tetapi terencat dengan kes sodomi yang tiba-tiba timbul. Kejayaan pemuda tersebut menyusup masuk ke dalam Parti Keadilan Rakyat tanpa menjadi ahli sewajarnya dihormati. Ini menunjukkan ramai dalang yang sedia wujud di dalam Parti Keadilan Rakyat. Mereka ini diimplankan seolah-olah bom C4 yang bersedia meletup dan merosakkan perancangan parti.

Namun setakat ini para dalang ini tidak mampu menembusi peringkat tertinggi parti. Kebanyakan dari mereka tersangkut di tengah jalan, dan akhirnya terpaksa mengisytihar keluar parti bagi menyelamatkan diri. Ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional, di mana peledak yang dipasang oleh Pakatan Rakyat bukannya peledak sebarangan. Manusia peledak ini memiliki kuasa, pangkat dan pengaruh. Mereka ialah penggubal undang-undang di Parlimen Malaysia. Strategi Pakatan Rakyat terbukti lebih maju berbanding Barisan Nasional. Ini menyebabkan BN berasa gusar. Mereka sedar mereka tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

BN sedar tempoh mereka menguasai tampuk kuasa pemerintahan negara semakin singkat ke penghujungnya. Itulah sebabnya mereka menjadi gila. Khalas. Situasi politik negara semakin panas dan suhunya semakin membahang. Anwar bakal berdepan dengan liku-liku yang merencat perancangannya. Najib Razak pula selangkah lagi untuk ditabalkan selaku Perdana Menteri Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah pula sedang mengumpul sokongan akar umbi UMNO untuk berhadapan dengan Pak Lah menjelang pemilihan UMNO Disember ini. Pak Lah pula sedang berdepan dengan krisis kehilangan sokongan dari parti komponen Barisan Nasional.

Jangkaan saya amat mudah. Berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya dalam pergerakan mereka menuju ke Putrajaya, namun selepas itu UMNO bakal memberi tentangan sengit sebaik sahaja hala tuju perjuangannya dipulihkan oleh anak raja dari Kelantan bernama Tengku Razaleigh Hamzah. Menjelang pilihanraya umum ke 13, Pakatan Rakyat bakal mengambil posisi bertahan manakala UMNO di bawah teraju Ku Li akan menyerang balas.

UMNO yang ketika itu bergelar pembangkang akan mengalami proses pembersihan akhlak dan jiwa perjuangan. Kebanyakan anasir - anasir jahat dalam UMNO akan mencuba nasib menyeberang ke dalam Parti Keadilan Rakyat kerana itulah resmi golongan opportunis. Mereka akan menyokong si pemenang.

Persoalannya mampukah parti yang saya dokongi ini, Parti Keadilan Rakyat akan terus kekal menjadi wadah perjuangan rakyat marhaen? Saya mendoakan yang terbaik untuk keADILan dan semoga golongan opportunis itu akan terbenam bersama-sama dengan nafsu serakah mereka mengejar wang dan kuasa. Dengan Izin Tuhan.

Selamat menyambut bulan Julai 2008. Selepas ini adalah waktu mencabar buat kita rakyat Malaysia.

No comments: