SEDIA BERI LALUAN
Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.
Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.
Sekiranya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, dalam tempoh 60 hari, Zulkifli dijangka memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.Bagaimanapun, terlalu awal untuk dipastikan sama ada Abdul Aziz akan dicalonkan semula bertanding di kerusi tersebut.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut mempunyai 51,995 pengundi, yang terdiri daripada 69.50 peratus Melayu, China (18.60 peratus), India (11.70 peratus), lain-lain (0.20 peratus). Zulkifli memberitahu Malaysiakini bahawa yakin dapat memenangi kes tersebut. Menurutnya, Abdul Aziz telah memfail petisyennya di bawah Akta Pilihanraya yang silap.
Ditanya sama ada beliau bersedia memberi laluan kepada Anwar sekiranya pilihanraya kecil diadakan, Zulkifli berkata, beliau sedia berbuat demikian. "Semua ahli Parlimen PKR sebelum ini telah berjanji sedia melepaskan kerusi mereka untuk Anwar, termasuk kerusi saya, di Permatang Pauh, Bandar Tun Razak dan Gombak," katanya.
No comments:
Post a Comment