Friday, July 11, 2008

SIAPAKAH YANG SEBENARNYA MENJADI MANGSA

Telah diketahui kini, bahawa Anwar terpaksa disembunyikan dan tuduhan liwat telah dalam fail siasatan pihak polis. Maka, ini bermakna mantan TPM itu bakal ditangkap dan didakwa bila-bila masa sahaja. Apakah rakyat akan membiarkan episod ini sekali lagi berlaku?. Masa semakin hampir untuk Anwar berkuasa, namun semakin dinanti semakin sukar untuk dimengerti. Anwar kini bakal didakwa atas kesalahan jenayah yang sama sepuluh tahun lalu. Jenayah yang telah membebaskannya dari jeriji penjara Sg.Buloh pada tahun 2004 lalu setelah mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bersalah. Bila kes 1998 dulu beliau tidak bersalah, ini bermakna sememangnya ada wujud konspirasi pihak tertinggi yang cuba ingin menjatuhkan dan mencemarkan imej beliau.

Jika Anwar tidak bersalah, maka manusia seperti Mahathir, Musa Hassan, Gani Patail dan ramai lagi pelakon tambahan "sandiwara liwat" dulu harus didakwa dan dibawa kemuka keadilan. Anwar berulang kali menyatakan yang beliau sudah cukup bukti untuk mengheret kesemua mereka ke mahkamah. Beliau sememangnya dianiaya dan dizalimi. Maka menjadi haknya untuk kembali menuntut pembelaan. Biarpun, Mahathir sekejap mengaku menzalimi Anwar dan dalam masa yang lain masih mengatakan Anwar "peliwat". Namun, hakikatnya Anwar telah dibebaskan dan segala bukti serta saksi yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraannya itu ternyata saksi palsu dan dusta. Ini membuktikan yang Anwar sepatutnya tidak lagi dikaitkan dengan isu liwat itu. Tambahan pula beliau terbukti tidak bersalah dan telah dibebaskan secara sah oleh mahkamah tanpa anda "rundingan pintu belakang". Pokoknya sekarang, mengapakah soal "liwat" ini ditimbulkan kembali. Walhal semasa kes Anwar dulu, bukan main ramai mangsa yang mengadu diliwat oleh Anwar. Mengapakah ketika itu pihak berkuasa tidak melayan tohmahan tersebut dan hanya mengaitkan Anwar dengan beberapa kerat individu yang rapat dengannya seperti Sukma Dermawan dan lain-lain lagi. Pun begitu, semua mangsa tersebut telah mengakui mereka telah dipaksa oleh pihak polis untuk membuat perakuan tersebut demi menjatuhkan karier politik Anwar.

Timbul persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang mengaku diliwat itu? Anak muda yang bernama Saiful Bukhari Azlan berusia hanya 23 tahun. Ini bermakna ketika kes liwat Anwar 1998 dulu beliau baru berusia 13 tahun. Masih mentah dan terlalu hingusan untuk berbicara soal politik. Namun, bagaimana liciknya percaturan pihak-pihak tertentu yang hantar "Bom C4" itu ke pejabat Anwar?. Mengapakah perkara ini tidak diselidik lebih awal. Apakah silapnya? Lantaran pihak pentadbiran pejabat Anwar boleh menerima sukarelawan parti seperti Saiful itu untuk berkhidmat sebagai Pembantu Khas Anwar.

Apakah kriteria temuduga dan saringan yang dibuat hingga menyebabkan beliau boleh berada di pejabat Anwar. Ini bermakna segala rahsia Anwar kini berada ditangannya. Bukan sahaja rahsia Anwar, malahan juga rahsia parti sudah pasti kini berada ditangan anak muda itu. Mengapakah ini terjadi. Jika dilihat kepada perjalanan ceritanya Saiful adalah merupakan bekas pemimpin pelajar di Uniten suatu ketika dulu. Bahkan beliau dipercayai menjadi pemimpin kepada puak Aspirasi Kerajaan ketika itu. Ini bermakna beliau sememangnya telah terdidik dan ditanam dengan prinsip Islam Hadhahri sejak dari awal lagi.

Maka, kononnya selepas keluar dari IPT beliau telah mendapat tawaran kerja di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana jasanya mengembangkan ideologi UMNO dikalangan mahasiswa IPT. Justeru itu juga beliau dilihat rapat dengan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu Mustapha Mohamed (lihat foto). Didikan dan acuan UMNO telah bersemadi dalam dirinya. Ketahanan mentalnya telah diasuh dengan jatidiri "hidup Melayu" tatkala dihantar ke Biro Tata Negara dan sebagainya. Mungkin di pejabat TPM jugalah segala perancangan ini berlaku. Iaitu strategi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Skrip disediakan dan Saiful haruslah menjadi pelakon utama dalam usianya 23 tahun. Maka, beliau kemungkinan besar diarahkan menjadi "perisik @ Spy untuk menyelinap masuk ke kem Anwar. Tatkala itu jugalah Saiful bersetuju menjadi sukarelawan PKR dalam pilihanraya umum yang lalu. Sebagai perisik, beliau sudah diberi arahan tertentu oleh pihak tertentu. Apa yang pasti beliau sememangnya diarahkan untuk memantau dan merekodkan segala pergerakan Anwar Ibrahim. Maknanya disini dalam masa 100 hari yang lalu pasti banyak maklumat sulit yang telah sampai ke tangan pihak-pihak tertentu.

Jika ini terjadi maka Anwar sememangnya dalam bahaya. Foto-foto kelibat Saiful yang dilihat bersama pemimpin kanan UMNO seperti Sahrir Samad, Mustapha Mohamed dan ramai lagi mungkin menjadi saksi penting tentang kes ini. Tambahan pula foto mesra Saiful dengan Pegawai Khas TPM jelas membuktikan beliau adalah "perisik @ Spy" yang amat disenangi oleh pihak-pihak berkenaan. Lantaran itulah Saiful diamanahkan untuk meletupkan "Bom C4" sehebat kes Altantunya disaat yang diperlukan. Maka itulah sekitar jam 5 petang tanggal 26 Jun barulah beliau diarahkan melakukannya. Maka, gemparlah seluruh negara terutamanya penyokong Pakatan Rakyat perihal Anwar bakal ditangkap berhubung dengan dakwaan "kes liwat" yang dibuat oleh Pembantu Khasnya. Mungkin bila sebut pembantu khas orang ramai akan percaya dengan mudah. Maka, sah dan sudah terang lagi bersuluh bahawa mangsa adalah perisik dan spy UMNO sebenarnya.

Namun, mereka tidak sedar bahawa Anwar dibebaskan dari penjara Sg.Buloh kerana beliau didapati tidak bersalah dan banyak pertuduhan serta kenyataan saksi-saksi yang seolah-olah macam "katon" dan sengaja direka-reka. Saksi-saksikan yang tidak relevan dikatakan sah serta tidak mempunyai keraguan serta kepentingan dipihak kerajaan. Sedangkan dalam masa yang sama saksi seperti Azizan, mendapat jawatan besar di syarikat makanan segera Mamee Double-Dacker, Ayer Keroh Melaka. Beliau yang pernah ditangkap khalwat di Melaka juga dikatakan saksi yang sah walhal ianya bertentangan dengan apa yang termaktub dalam syarat kesaksian mengikut undang-undang syariah Islam.

Tarikh dan lokasi senantiasa diubah-ubah mengikut kehendak, walaupun sudah mengangkat sumpah segala perkataan yang dikeluarkan adalah benar belaka di mahkamah. Itu belum lagi termasuk dengan isu "tilam" yang diusung ke hulu ke hilir kemudian dibuang kes begitu sahaja. Akhirnya Anwar disabit kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika itu iaitu Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang). Hakim-hakim juga boleh dijual beli seperti Agaustine Paul, Gani Patail dan juga peguam Moktar Abdullah serta ramai lagi ketika itu. Lantaran itulah Anwar baru-baru ini mengaku mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa kesemua mereka di mahkamah perihal kes beliau itu. Mungkin kerana takut, maka agenda untuk menyuruh Saiful meletupkan "Bom C4" berlaku sekarang. Ditambah lagi dengan akuan sumpah Raja Petra perihal isteri TPM Rosmah Mansor dikatakan terlibat dalam kes Altantunya. Semua ini adalah episod sedih yang bakal mengundang padah sebenarnya. Anwar bakal menjadi mangsa sekali lagi kepada politik kotor dan menjijikkan parti pemerintah. Apakah gelombang kebangkitan rakyat akan bersemarak semula selepas ini?.

Namun dalam kekalutan ini, timbul juga persoalan kenapakah pejabat Anwar tidak membuat siasatan terperinci sejak dari awal lagi menerima kemasukan Saiful sebagai sukarelawan PKR semasa pilihanraya umum lalu. Lebih malang lagi beliau diangkat pula sebagai Pembantu Khas Anwar !! Apakah sudah tiada manusia lain yang lebih sesuai dan diketahui darah perjuangannya untuk membantu Anwar?. Inilah silapnya, anak muda yang tidak faham erti "reformasi" diberi kedudukan ke tahap itu. Walhal ada ramai lagi diluar sana yang sesuai untuk jawatan tersebut. Ini menunjukkan yang pihak lawan lebih licik merencanakan strateginya untuk menjahanamkan musuh. Apabila "perisik @ Spy" dibawa masuk ke dalam, maka apa lagi yang boleh diharapkan. Bukankah segala maklumat sulit itu akan sampai ke tangan pihak lawan?. Apapun kita amatlah berharap agar keselamatan Anwar akan terjamin. Kita tidak mahu peristiwa lama berdarah kembali. Jika ini berlaku, sudah pasti kita akan meratapi satu kehilangan yang besar "mutiara dari pulau mutiara" yang bakal merubah nasib rakyat terbanyak satu hari nanti. "Liwat; Strategi Ezam Gagalkan Misi Anwar Terlaksana"
[ Melihat pada foto-foto mangsa liwat itu bersama pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan jelas sekali yang kes ini sengaja dirancang dengan teliti bagi tujuan menjahamkan karier dan masa depan politik Anwar. Biarpun segalanya ini dinafikan, namun sejak dulu, kini dan selamanya mereka ini sememangnya "lidah bercabang". Sama-samalah kita nantikan episod seterusnya drama ini ]

No comments: