LAPORAN/ ADUAN
Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Kompleks Pusat islam,
Jalan Perdana,
50675 Kuala Lumpur
Pada : 9hb Julai 2008
Jam : 11 pagi
Nama Pengadu : ANWAR BIN IBRAHIM
Kad Pengenalan : 470810-07-xxxx
Alamat : No. xx, Jalan x/ xx Bukit Segambut Dalam, 51200 Wilayah Persekutuan.
Nama kena adu : MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN
Kad Pengenalan : 850706-01-5687
Alamat :
1) No 48, Jalan BU 7/6,
Bandar Utama Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Malaysia
2) d/a Ibu Pejabat Polis,
Daerah Brickfields,
Polis Diraja Malaysia,
Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur
1. Bermula pada malam Sabtu 28hb Jun 2008 televisyen RTM, TV3 dan TVBernama telah menyiarkan berita bahawa seorang pemuda telah membuat laporan polis yang mendakwa saya telah meliwatnya.
2. Pada hari-hari berikutnyaakhbar tempatan secara meluas telah melaporkan bahawa pemud atersebut bernama MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN yang membuat pengataan bahawa saya telah meliwat beliau tanpa kerelaannya pada tarikh 26.06.08 di unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur.
3. Tuduhan tersebut adalah suatu pengataan palsu yang telah menjejaskan maruah dan nama baik saya sebagai seorang Islam dan penyebaran pengataan palsu tersebut secara meluas telah membuat orang ramai memandang serong dan hina terhadap saya.
4. Saya dengan ini menafi sekeras-sekerasnya tuduhan liwat SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN terhadap saya yang mana adalah sutu FITNAH semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memusnahkan kerjaya politik saya.
5. Justeru saya memohon pihak Tuan mengambil tindakan kesalahan QAZAF terhadap MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN kerana telah membuat pengataan palsu terhadap saya iaitu menuduh saya meliwatnya yang mana merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah / Seksyen 41 (Wilayh-Wilayah Persekutuan) 1997 Akata 559 dan Hukum Syarak.
...............................................
ANWAR BIN IBRAHIM
9 Julai 2008, 10:25 pagi
No comments:
Post a Comment