Friday, July 11, 2008

ADAKAH BALA DIANCAM?


Bala seorang penyiasat pesendirian yang di upah oleh Abdul Razak Baginda untuk 'menyelesaikan' kes Altantuya membuat pendedahan menyatakan :-Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya-Najib bukan sahaja pernah berjumpa Altantuya tetapi turut ada hubungan sulit-Altantunya telah bernikah dengan Razak di Korea Selatan-Altantuya datang bukan mengugut mengenai hubungan sulit tetapi mengenai tidak puas hati dengan 'deal' komisyen pembelian senjata-Kenyataannya mengenai hubungan Najib dengan kes Altantunya telah di padamkan oleh polis dalam rakaman percakapanya.Namun selepas petang Bala membuat pendedahan kenyataan bersumpahnya mengenai kes tersebut di hadapan sidang media bersama Anwar Ibrahim. Beliau di dapati hilang. Pagi keesokanya dia muncul dengan peguam yang baru dan menyatakan bahawa beliau menarik semua kenyataanya mengenai Najib (sahaja) dalam akauan bersumpah yang awal dengan membuat akuan bersumpah baru. Bala menyatakan beliau dipaksa membuat akuan bersumpah pertama.... persoalanya siapa yang memaksa beliau untuk akuan bersumpah yang pertama ?di bawah ini diperturunkan dua gambar untuk saudara nilai. Gambar dua situasi satu ketika mengumumkan akuan bersumpah yang pertama dan ketika membuat kenyataan di sebuah hotel secara tiba - tiba dalam akuan bersumpah yang kedua. Mana satu menunjukkan beliau terpaksa ?Lebih malang lagi sehari selepas itu keluarga Bala telah membuat laporan polis mengenai kehilangan tanpa dapat dikesan,Bala, isteri dan anaknya.

No comments: