Monday, September 27, 2010

MENIARAP DALAM HUJAN BERSAMA REHAL BARU

Di kala ada yang girang ketika hujan kian lebat menyerang. Ada juga yang sedang berlumba-lumba lari dari kebasahan.Huhh.. baghu tak sat aku meneghap tengah jalan. Dengan dok galaih beg laptop. Papan rehal dalam ghaga depan. Nak jadi cegheta. Aghini pi gheja xnek gheta. Eden nik moto adik ipaq ja. Moto eden taya pancit. Bulan ni saja dah dua kali taya pancit. Pi hantaq kedai dia kata kena order 2 3 haghi baghu buley buat. Rim moto eden dah kaghat blah dalam. Tiub dalam asyik tembuih kecik ja. Tak laghat nak pi tukaq tiub. Memang mughah. 8 hengget ja pon. Tapi kalo tetiap minggu buat hal, kilang curut pon buley tutup.

Skali balik tengah jalan ujan lebat. Menyesai pulak tak nek highway. Tu la gatai sangat nak balik kot bukit lengkok nak layan corner. Hahah Kelang kabut pedeghaih laghi pada ujan. Bukan laju mana pon .. Ada kot takat 60-70. Tangan sebelah dok pulaih trotle minyak. Hat sebelah lagi dok gabuih ayaq ujan. Skali suddenly gheta depan masuk simpang lambat bagi signel. Haa apa lagi. Kelam kabut tekan brek seghentak depan blakang. Skali taya moto bunga da nak habih da. Apa lagi.. Melunsoq macam oghang min skate board r wa cakap lu. Pungkoq ateh sit jadi sghopa macam dok poco poco itik pulang petang. Sat lahi kanan.. Sat laghi kighi. Nak elak daghi langgaq gheta punya pasai.. habih jadi donut dok memusing tengah jalan. Ghasa ada dekat 2 kali gak r memusing. Nasib tadak gheta mai blakang. Hadoyaiii.. Break depan patah.. Kaki pon da calaq balaq pi seghet kat jalan tar.. Malang sungguh haghi ni.. Huhu ni kompom banyak bat dosa pas ghaya!!

ANTARA KATAK, ULAR, NASI BIRYANI & LIVERPOOL

Hari ni memang penat gila tahap cipan zoo negara. Dari pagi kui 8 am dah keluaq pi Dewan JKK Sungai Kecil. Sebelum buat kerja nasib baik sempat makan roti canai 2 keping ngn segelas kopi O panas. Pastu terus menerus buat kerja. Angkat tu .. angkat ni.. Meeting tu.. Meeting ni.. Jadi pencatat meeting plk tu.. Hampeh pnya "Pit". Pas habeh meeting tolong semak senarai ahli pulak. Habeh tu dok buat resit kat ahli pulak. Sedaq-sedaq dah kui 3.30. Peghut dah macam apa lagi. Bukan takat dang dut lagi. Da buley buka disko haa. Macam-macam pnya karenah manusia yang ada. Yang nak mengundi.. Yang nak meraih undi.. Yang datang dengan "geng".. Yang "lone ranger".. Yang nak "test market".. Yang tolong bayanq yuran untuk ahli.. Macam-macam..

Yang syok tu ada geng yang nak meraih undi cam nak begaduh pon ada gak. Siap ghonyok getaih senarai calon lawan.. Hahah memang colorfull.. Ghugi tadak handycam. Len kali nak kena standby r.. Baru buley bat dokumentasi.. Ragam manusia yang kecewa dan tertawa. Bla bla bla.. Sedaq-sedaq dah kui 8.15 pm. Pengiraan kertas undi tak selesai lagi. Keputusan yang ada pon tak rasmi lagi. Rumah kenuri kengkawan skolah dah kompom terlepas. Perut makin pedih.. Agaknya kalo niat posa sunat pon dah dapat pahala. Bini asyik dok tanya.. Depa kat rumah tu dok pulun makan sampai terlena. Aduhh.. Susah hati.. Ada satu lagi kenuri yang nak kena pi. Janji dengan Kak Ilah, Kak Zue, Kak Nat & kengkawan skolah yang len kui 8.30. Sempat ka nak balik Kulim mandi, smayang, makan (kalo dan) pastu nak speedy gonzalez p Tanjong Putuih.

Speedy pnya speedy skali ikut blakang treler sawit da. Nak potong ujan duk ghintik. Dah la mata ghabun malam. Skali bedai jugak la. Nasib bik gheta depan jauh lagi. Besa dok bat record SB - Kulim 18-20 minit. Kali ni tak bley.. Stengah jam lebey! Sampai umah pon nak dekat kui 9 pm. Mandi, smayang pakai baju cam caplin teghuih ajak bini ngan Rania pedeghai Tanjong Putuih. Melilau jugak la dok caghi. Habeh tepon kengkawan tanya jalan. Kak Zue la yang jadi mangsa. At last sampai jugak. Fullamak.. Ni ghumah ka "Istana Anak Bukit". Gayat pon ada gak.. Skali park keta mata teghuih caghi kelibat Che Ah.. Hehe .. Ada ghupanya.. Dia mai bawak bonzer da.. Anak mak katakan. Tapiii.. Makanan kui dok segheyat. Tinggai laksa, kue teow, nasi himpit & ketupat pulut. Ghendang seghondeng pon tinggai sejemput.. Adehh.. Eden kecewa lagi.. Tapi mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Bla bla bla.. Jam dah nak kui 10 pm. Game Liverpool VS Sunderland dah nak mula. Kedai mamak mana yang aku nak lepak.

Rania pon dah sesiap ngan ummi dia nak balik. tak tau la dia kena olek ngan sapa dalam umah Kak Ilah. Asai dok lena teghuih segaq dok ghenyeh tengok bebudak anak & cucu menakan depa dok min. Jihadi dok makan tak habeh lagi. Ntah bghapa kali dia tambah. Skali lagi aku jadi pelumba rally. Bukan dok lumba. Dok ligan game takot tak dan nak tengok. Sampai Kulim beghenti masuk ghumah sat teghuih pedeghaih pi Kassim Mustafa yang anak pompuan dia comey tu. Tapi dah lama dah aku tak nampak dia. Maybe dia dah sambung study kot. Tak pon dah kawen laki dia tak bagi keluaq pi kedai malam. Tapi yang tu aku tak kesah.. Segak memang segak.. Tapi bini aku segak lagi (mana ada laki tak puji bini oii). Result dah 1-1. Tetiba tak dan nak highup ayaq teh O panas sedaih Liverpool dah kena leading ngan Sunderland. Adehh.. Rena stunt bewak da.. Menjeghit satu kedai. Haii banyak jugak ka penyokong Sunderland. Hampeh tuii. Nasib bik Gerrard penyelamat. Haghini poin Fantasy Premier League tak memberansangkan. Tapi kegha ok la. Point untuk Torres ada la jugak sebab Assists 2 bijik. Tungu pnya tungu memang mendebarkan. Tambah masa 6 minit. Skali masa dah "time". Al Hasil Liverpool VS Sunderland draw 2-2. Tak guna seduit punya Bent.

Akhirnya aku pulang dengan penuh kecewa. Dah la penat bat gheja saghi suntuk. Makan pon tak dan. Skali draw laa. Cemana nak meningkat ni. Nik pon tak banyak. Takat nombot 15 ja. Hampehh !! Siye menatang apa pon tak tau ngan Liverpoll lani. 6 games min baghu menang skali. Kalo tak draw kompom kalah. Sehingga lah ke saat ini. Jam pon dah kui 1.32 am. Mata dak kuyu. Anak bini dak siap mimpi pindah ghumah bagu lagi. Aku juga yang kecewa.. Aku juga yang merana. Aku juga yang NAK LENAAAAA !! ZzZzZz.. Ngantuk !! Slamat malam suma.. Bebboooiii !!!

Saturday, August 29, 2009

HUKUM MENGHINA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM (KEPALA LEMBU)

Apakah yang dimaksudkan dengan “ MENGATA “ itu ?
Adakah ia bermaksud : “ MENGEJI “ dan “ MENGHINA “ ?
Kalau ya, maka jawapannya ialah;
Walaupun Islam menganggap semua agama, ideologi, falsafah dan ajaran yang tidak berasal daripada wahyu Ilahi dan bertentangan dengannya sebagai SESAT & MENYELEWENG, akan tetapi Islam tidak membenarkan ( mengharamkan ) para penganutnya menghina agama-agama lain (Kepala Lembu) dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi menghina tuhan-tuhan mereka .
Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 108, surah al-An’am :
Ertinya : “ Janganlah kalian, wahai orang-orang mukmin, mencela patung-patung yang disembah oleh orang-orang musyrik selain Allah. Hal itu akan membuat mereka marah lantaran perbuatan kalian, dengan berbalik mencela Allah akibat sikap melampaui batas dan kedunguan mereka. Seperti apa yang Kami hiasi mereka dengan rasa cinta terhadap patung-patungnya, masing-masing umat juga Kami hiasi dengan pekerjaannya sesuai kesiapannya. Kemudian, semuanya hanya akan kembali kepada Allah di hari kiamat. Dia akan memberitahu mereka hasil perbuatannya dan akan memberikan balasannya “
Bukan itu sahaja, Malah agama Islam sendiri mengajar para peganutnya agar BERADAB di dalam berurusan dengan golongan bukan Islam, apatah lagi apabila berdialog dan berdebat dengan mereka mengenai masalah perbandingan di antara agama Islam dengan selainnya Firman Allah Ta’ala lagi menjelaskan di dalam Surah an-Nahl , ayat 125 :
Ertinya : “ Wahai Nabi, ajaklah manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanmu. Pilihlah jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak, sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap kaum awam, ajaklah mereka dengan memberikan nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran melalui jalan terdekat yang paling cocok untuk mereka. Debatlah Ahl al-Kitâb yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui perdebatan yang baik, lepas dari kekerasan dan umpatan agar mereka puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia. Tempuhlah cara itu dalam menghadapi mereka . Sesudah itu serahkan urusan mereka pada Allah yang Maha Mengetahui siapa yang larut dalam kesesatan dan menjauhkan diri dari jalan keselamatan, dan siapa yang sehat jiwanya lalu mendapat petunjuk dan beriman dengan apa yang kamu bawa “
~ ( Tafsir al-Muntakhab keluaran Kem. Waqaf Mesir )
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-‘Ankabut , ayat 46 :
Ertinya : “ Janganlah mendebat orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berselisih pendapat denganmu kecuali dengan cara yang paling tenang, paling lembut dan paling dapat diterima. Kecuali dengan orang-orang yang melampaui batas normal dalam berdebat, maka tidak ada dosa bagimu untuk menghadapi mereka dengan keras . Dan katakanlah kepada orang-orang yang kalian debat, "Kami percaya dengan apa yang diturunkan Allah kepada kami, yaitu al- Qur'ân, juga dengan apa yang diturunkan kepada kalian, yaitu Tawrât dan Injîl. Tuhan kami dan Tuhan kalian adalah satu. Dan kami hanya tunduk kepada-Nya semata “ . ~ ( Tafsir al-Muntakhab keluaran Kem. Waqaf Mesir )
Adapun mengenai sikap para ulama’ rh kita di dalam menghadapi mereka ketika berdialog ataupun perdebatan , maka itu bukanlah bermakna para ulama’ kita menghina agama-agama masyarakat bukan Islam , sebaliknya itu adalah memberikan keterangan berkenaan dengan perbezaan Islam dan keunggulannya berbanding agama-agama lain . Begitu juga , kebanyakan hujah yang digunakan oleh para pendakwah Islam ketika berhadapan dengan golongan agamawan bukan Islam adalah secara “ keris makan tuan “ agar mereka sendiri terfikir kewarasan dan kebenaran hujah yang mereka pegang selama ini ataupun kesahihan ajaran yang mereka anuti .
Jadi tidaklah timbul persoalan mengapakah ulama’ kita menghina agama-agama selain Islam kerana berdialog dan berdebat itu sendiri berbeza dengan cara menghina dan memperlekehkan secara langsung. Kalau mengata agama orang lain sendiri pada ASAL dan ASASNYA tidak dibenarkan oleh Islam, maka apatah lagi jika umat Islam itu sendiri menghina dan mempertikaikan kemampuan agama Islam yang sesuai pada setiap masa dan tempat !!?? . Jangan kita fikir umat bukan Islam sahaja menghina Islam , bahkan sebenarnya mereka itu menghina Islam disebabkan ada sebahagian umat Islam yang dungu itu sendiri yang menghina agama Islam . Ada umat yang mengaku Islam mempertikai hukum hudud , ada umat yang mengaku Islam menghina Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Ulama’ r.a , ada sebahagian manusia yang masih berani mengaku Islam tetapi terang-terang hidup dan berfikir seperti masyarakat bukan Islam ……………dsbgnya lagi .
Umat Islam sepatutnya menjadi MAHAGURU dan CONTOH TERBAIK untuk diteladani oleh golongan bukan Islam, tapi sayang seribu kali sayang , kita pula yang terpaksa belajar adab dan nilai-nilai murni daripada mereka !!! . Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Friday, August 28, 2009

KHAIRY, SHAMSUL DAN LEMBU

Lembu bagi orang Melayu dan Lembu bagi orang beragama Hindu jauh maknanya. Bagi orang Melayu peribahasa 'BODOH MACAM LEMBU' menggambarkan betapa bodohnya lembu kerana boleh dicucuk hidung dan dibawa ke sana ke sini. Tapi bagi penganut Hindu mereka mengganggap lembu itu seperti ibu sebab susu lembu diminum oleh manusia. Sebab itu ramai penganut Hindu tidak memakan daging lembu.
Semalam Khairy mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi. Beliau berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum. "Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini. "Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan. "Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.
"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya. Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.
"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya. Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya. "Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?
"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara? "Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya. Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius. "Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam. "Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina.
Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."
Dan surah Al-Kafirun, ayat 6:
"Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."
"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy. Manakala Shamsul Iskandar dan rakan-rakan amk pernah membawa seekor lembu di hadapan pejabat SPRM. Mereka membawa seekor lembu yang masih hidup untuk menggambarkan bahawa SPRM sekarang seolah-olah seperti seekor lembu yang boleh dicucuk hidung oleh umno.
SPRM bertindak memilih kes-kes tertentu. Sudah banyak laporan yang dibuat kepada SPRM terhadap pemimpin umno dan b-end, tetapi tiada tindakan oleh SPRM. Kalau ada pun sekadar melepas 'batuk di tangga'. Pandangan Khairy dan Shamsul dalam bab lembu ini memang ada kebenarannya. Saya setuju dengan pandangan kedua-duanya dalam bab lembu ini. Cumanya jangan jadi seperti peribahasa Melayu 'BODOH MACAM LEMBU' sudahlah.

SEBAT KARTIKA HAMPIRI SYARI'AH

Oleh: Dr Muhammad Nur ManutyOgos 27, 09
Komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.
Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah. Memadailah kami memberikan dua contoh berikut: Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.
Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam. Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji. Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya. Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu. Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud:
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma'idah: 38-39)
Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:
- Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak/ agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuh an NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.
(Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR)

SURAT MISTERI DEDAHKAN SPRM ANJING B-END


"Berikut merupakan surat dari Pegawai-pegawai SPRM Selangor Mendedahkan tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddih Hashim. Malaysiakini juga semalam melaporkan Surat Misteri ini. Kandungannya juga menyatakan terdapat konspirasi menjatuhkan Kerajaan Selangor yang didalangi Dato' Seri Dr Khir Toyo, dengan bantuan SPRM. Surat ini menjelaskan penahanan untuk soal siasat Teoh Beng Hock sehingga membawa kepada kematian beliau adalah atas arahan Hishamuddin sendiri.
















PECAHKAN MITOS SEMPENA MERDEKA


Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

DARI JELEBU oleh Hishamuddin Rais

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan.
Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk. Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian.
Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber.
Pertama : Pengumpulan pengalamnan.
Kedua : Kaji selidik.
Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.
Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini. Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan. Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah.
Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA : Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah ,Serawak, Singapura danPesekutuan Tanah Melayu menjadi PersekutuanMalaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA : Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialahKesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays NationalOrganisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA : Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT : Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhanBritish. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA : Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulatbulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun diciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidakada motif Nusantara/ Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM : Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India. Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH : Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah. Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet. Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

Friday, August 21, 2009

Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri. Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.
Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu. Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.
Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin. Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka. Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.
Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan. Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut. Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?
Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well. Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.
Fikir kembali, Rohaizat.

Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf. Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu. Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.

Thursday, July 31, 2008

PERMATANG PAUH : PRESIDEN LETAK JAWATAN, ANWAR TANDING

Khamis, 31 Julai 2008 - PRESIDEN KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan kepada suaminya yang juga Ketua Umum Anwar Ibrahim bertanding di kawasan berkenaan.

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah akan membuat satu pengumuman peting dalam sidang media petang ini di Ibu Pejabat KeADILan.

Muktahir ini, beberapa perkara penting yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim akan diumumkan bila tiba masanya kelak.

Diantaranya adalah mengenai penyertaan beliau dalam Pilihan Raya Kecil yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Selain itu, isu yang lebih ditunggu oleh rakyat ialah mengenai kemasukan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Monday, July 28, 2008

UMNO GALAL GUGAT PAKATAN RAKYAT - ANWAR

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa Umno gagal menggugat muafakat dalama Pakatan Rakyat.

"Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.
Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian hari ini dalam satu ulasannya mengenai isu kerjasama Pakatan Rakyat dalam keadaan Umno cuba memecahbelahkan pakatan tersebut.

Justeru itu ujar beliau, Pakatan Rakyat harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyelar beliau sebagai penghalang utama ke arah pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor.

"Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi," tegas Anwar.

Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini beliau tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan, katanya.

"Malah dalam perbualan telefon saya pagi Ahad (27 Julai) dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor," ujar Anwar lagi.

Ketika itu Tuan Guru Abdul Hadi menghubunginya, Anwar menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan PAS menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.

Justeru Anwar mengulangi kenyataannya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menunjukkan sebarang keretakan, malah Umno sebenarnya gagal menggugat pakatan.

PAKATAN : WALAUPUN BERBEZA IDEALOGI, TAPI ADA TITIK PERTEMUAN - PRESIDEN PAS

IPOH, 27 Julai - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku. Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyelewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam. "PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno. Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan, Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong.

BN UMPAN 30 JUTA PIKAT ADUN PAKATAN RAKYAT?

BESUT, 27 Julai - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.
Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.

Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata. Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS. Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.

"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar. Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.

Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan. Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru.

"Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato' Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya. Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.

PARTI BARU BERTUNJANGKAN ISLAM BOLEH MENYATUKAN MELAYU - NIK AZIZ

MACHANG, Jul 27, 08 - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.

Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS. Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini semalam. Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.

Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno. Katanya, keinginan Umno mengajak PAS bermuzakarah boleh dilakukan sekiranya ia hanya berkaitan Islam. Bagaimanapun kata beliau Umno seringkali tidak memberi kerjasama untuk melaksanakan program pembangunan di negeri ini dan isu tersebut tentunya boleh membantut diteruskan muqabalah. "Lagi pun muzakarah yang dimaksudkan sebelum ini hanya lahir daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya keputusan parti Umno itu sendiri. "Muzakarah hanyalah kehendak Perdana Menteri dan bukannya Umno, kalaulah kita adakan muzakarah atau muqabalah, tiba-tiba Perhimpunan Agung Umno tidak bersetuju presidennya tak boleh buat apa-apa," katanya.
Menurutnya juga muqabalah hendaklah hanya menyentuh aspek Islam sahaja bukannya melibatkan dasar parti kerana PAS perlu menjaga hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. "Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh. "Bagi Dewan Ulamak kami bersetuju memberi mandat kepada pemimpin parti seperti presiden, timbalan, naib dan setiausaha bermuqabalah dengan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, apa yang telah dibincangkan dengan Umno hendaklah dibawa kepada Majlis Syura Ulamak sebelum dibawa ke muktamar pertengahan Ogos depan. Oleh itu beliau berharap tidak timbul sebarang fitnah hasil muqabalah dengan Umno. Beliau juga meminta ahli PAS berlapang dada dan menyerah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS bagi mengadakan sebarang muqabalah dengan Umno

DOKTOR : TIADA KESAN SAIFUL DILIWAT


Jul 28, 08 - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".


Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. Berita asal

PKR MAHU DOKTOR DILINDUNGI

Jul 28, 08 - Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.
Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi." "Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.
Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik." "Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya.
"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini"

EZAM TERINGIN MENCABAR ANWAR DI KULIM

Jul 28, 08 - Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.
Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini. "Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.
Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.
"Jika tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini. Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672.
Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain."Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.
Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi. "Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.
Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya. Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya. "Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga. Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi.

LEBIH SEPARUH SOKONG SHAHIDAN

Jul 28, 08 - Lebih separuh daripada 123 cawangan Umno di bahagian Arau mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan Kassim, meninggalkan pencabarnya tanpa sebarang pencalonan, setakat ini.
Setiausaha bahagian Seruandi Saad berkata lebih kurang 70 cawangan yang bermesyuarat setakat ini menamakan kembali bekas menteri besar itu. Mesyuarat cawangan-cawangan itu yang bermula 19 Julai lalu juga tidak mencalonkan sebarang nama lain, tambahnya.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan angka tepat jumlah cawangan yang telah mengadakan mesyuarat agung kerana berada di luar pejabat sewaktu dihubung Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur membenarkan cawangan-cawangan di bahagian itu mengadakan mesyuarat dalam satu suratnya yang diterima dua minggu lepas. Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat di bahagian itu bagi menghadapi persiapan kemungkinan pilihanraya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang terletak bawah bahagian tersebut.

WAKIL BN TERKEJUT PERGULUNGAN LIM

Jul 28, 08 - Wakil-wakil BN terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ketua menteri Pulau Pinang apabila mendahului sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. Tindakan Lim Guan Eng itu menarik perhatian ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang menganggap amalan itu "luar biasa" kerana pada sesi-sesi penggulungan kerajaan sebelumnya didahului oleh anggota-anggota exco.
"Saya minta penjelasan daripada yang amat berhormat ketua menteri dengan perubahan amalan ini kerana saya terkejut sebab biasanya sesi penggulungan akan dimulakan oleh exco manakala ketua menteri selalunya mengambil giliran terakhir," katanya ketika Lim baru memulakan ucapan penggulungan pagi tadi.
Menurut Bernama, Lim berkata perubahan itu tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri. "Mungkin ketua pembangkang tidak biasa dengan amalan ini kerana ada negeri yang ketua menteri atau menteri besar jawab untuk semua," katanya. Semasa penggulungan Lim itu, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) membangkitkan kenyataan yang dianggapnya negatif oleh ketua pegawai eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, mengenai keadaan pelaburan di negeri itu. Menurut wakil rakyat itu, kenyataan Lee memberi gambaran bahawa negeri itu berdepan dengan krisis pelaburan dari dalam dan luar negara.
Beliau mencadangkan, Lee memberi kenyataan positif mengenai iklim pelaburan Pulau Pinang bersesuaian dengan kedudukannya dalam InvestPenang dan tidak membangkitkan perkara negatif.Lee, dulunya timbalan setiausaha agung Gerakan, menimbulkan kegemparan apabila menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memegang jawatan itu - beliau kemudian dipecat daripada Gerakan.

SAPEIA MOHON BELA DIRI KES SERANG DR MAHATHIR

Jul 28, 08 - Ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff diperintah membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad secara menyembur bahan berbahaya, dua tahun lepas.
Majistret Azman Mustapha memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.Azman menetapkan 15 hingga 19 Dis ini untuk perbicaraan kes itu, lapor Bernama.
Nik Sapeia, 53, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 11 pagi 28 Julai 2006. Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran dan Khairul Anuar Wahab, manakala Nik Sapeia diwakili peguam bela Zainal Abidin Mustaffa, Mohd Ilyas Mohd Noor dan Datuk Abdul Aziz Nawi.
Ketika membacakan keputusannya, Azman berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie itu dan kemudiannya memerintahkan tertuduh agar membela diri.
Nik Sapeia, yang berada di kandang tertuduh, dilihat beberapa kali menggelengkan kepalanya selepas Azman membacakan keputusan itu, lapor agensi berita itu lagi.Turut berada di mahkamah adalah presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas dan lebih 1,000 penyokong parti itu.Nik Sapeia adalah timbalan presiden PPP dan juga pengerusi PPP Kelantan.

PATUTKAH PAS TERUS MENGANGGOTAI PAKATAN?

Jul 27, 08 - Pakatan Rakyat patut menimbang secara serius sama ada PAS patut dibenarkan terus menganggotai pakatan pembangkang itu, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Beliau mempertikaikan beberapa tindakan pemimpin PAS yang menurutnya telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan parti itu. "Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor," katanya yang menyifatkan tindakan itu berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan mengenainya.
Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS, memerintah di lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tambahnya, PAS turut mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu". "Langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya.
Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu. "Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.
KENYATAAN NASHARUDDIN
Karpal yang juga merupakan peguambela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya 10 tahun lalu, juga kecewa dengan pemimpin PAS, Nasharuddin Mat Isa berhubung tuduhan terbaru ke atas mantan timbalan perdana menteri itu. Menurut Nasharuddin orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. "Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (nasharuddin adalah timbalan presiden). Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut berdepan dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat," katanya.
Karpal berkata, rakyat Malaysia telah memberi isyarat yang jelas apabila mereka tidak mengundi mengikut kaum dalam pilihanraya umum Mac lalu.Katanya, PAS sebaliknya memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia. "PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

BPR TAHAN 8 KERETA EXCO TERENGGANU

Jul 27, 08 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.
Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.
Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu, demikian menurut laporan Bernama.
Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, ahli exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga BPR selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.
Pada masa ini, katanya, BPR telah mengambil kereta Proton Perdana V6 kerajaan negeri itu untuk siasatan berhubung kos penyenggaraannya yang terlalu tinggi.
AKUR ARAHAN TPM
BPR telah ambil kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Jadi mereka kena pakai dululah (kereta Mercedes)...perdana menteri pun dah kata, sekali-sekala boleh pakai kereta Mercedes ini," katanya kepada pemberita di Terengganu. Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan Terengganu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.
Ditanya sama ada kerajaan Terengganu akan membeli kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru kerana kereta nasional kerajaan negeri sedia ada itu didakwanya sering menghadapi masalah, Ahmad berkata: "Kalau nak beli pun tahun depan. Itu pun kalau (kerajaan negeri) ada duit." Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah berniat untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Idris Jusoh berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakan bekas menteri besar Terengganu itu, adalah yang tertinggi di kalangan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu."
Kita tidak tuju pada Datuk Seri Idris. Bukan dia salah guna, Cuma (kebetulan) kereta itu digunakan oleh Menteri Besar. Sebenarnya jumlah itu silap dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mokhtar Nong) telah pun membuat permohonan maaf," katanya.Ahmad juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai tindakan bekas menteri besar Terengganu itu yang melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau tidak memperbesar-besarkan perkara lain setelah isu mengenai pembelian kereta Mercedes itu selesai.

PRESIDEN : CABARAN HEBAT MENANTI TEE KEAT

Jul 27, 08 - Pencabar Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang bertanding jawatan presiden MCA, dikatakan telah menghimpunkan "sekumpulan calon hebat", yang disokong beberapa pemimpin berpengaruh, termasuk bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Walaupun menafikan beliau membentuk sebuah pasukan bagi menghadapi pemilihan itu, tetapi Dr Ling mengaku beliau ada berbincang dengan beberapa pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "hanya satu perbualan biasa".
Bernama melaporkan, kumpulan itu dikatakan dianggotai saki baki anggota Team A sewaktu krisis kepimpinan MCA dulu, yang memaksa Dr Ling mengundurkan diri daripada politik melalui pelan damai yang disyorkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara tokoh yang dikatakan menganggotai pasukan itu ialah bekas naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, naib-naib presiden Datuk Donald Lim dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan dua anak lelaki Dr Ling -- Datuk Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
"Nampaknya Soi Lek akan berentap dengan Tee Keat, dengan mendapat sokongan penuh daripada pasukan itu." Jika ini terjadi, macam mana Tee Keat nak bertanding jika beliau tidak ada kumpulan," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi.
CHUA NAFI ADA KUMPULAN
Semasa bercakap dengan Bernama baru-baru ini, Dr Chua tidak menafikan wujudnya kumpulan itu dan berkata beliau bercadang untuk kembali semula serta mempunyai pasukan yang akan membantunya dalam pertandingan itu nanti. "Mungkin saya telah bersara secara diam-diam daripada politik kalaulah bukan kerana keadaan yang berlaku selepas saya mengaku bahawa sayalah orang dalam VCD berkenaan. Mereka layan saya macam pariah. Kalaulah mereka layan secara lebih beradab, mungkin saya telah bersara secara terhormat dan tidak lagi berhasrat untuk kembali aktif dalam politik," katanya.
Walaupun Dr Chua tetap membisu tentang jawatan yang akan beliau tandingi, namun pemimpin ini tidak menafikan bahawa beberapa pemimpin MCA serta ahli politik senior dan veteran parti itu akan memberi sokongan jika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan tertinggi parti.
"Sesetengah orang masih berpendapat saya mempunyai pengalaman. Saya ahli politik yang berterus terang. Mereka berpendapat saya memiliki keberanian bagi menyuarakan isu yang melibatkan mereka," katanya. Anggota dan orang dalam MCA meramalkan Dr Chua akan bertanding bagi jawatan presiden dengan memilih Donald Lim sebagai regunya bagi merebut jawatan timbalan presiden dan Dr Fong serta Dr Ng sebagai regu bagi merebut jawatan naib presiden.
BERTANDING SECARA SOLO
Sementara itu, seorang anggota lama parti dan beberapa anggota MCA lain berpendapat Tee Keat perlu mempunyai kumpulan dan bertanding secara solo tidak memberi banyak harapan bagi beliau kerana ranjau yang perlu dihadapi amat menyeksakan.
Bagaimanapun, beberapa penyokong Tee Keat berkata mereka tidak nampak wujud sebarang masalah sekiranya menteri pengangkutan itu ingin bertanding secara solo. "Kenapa tidak? Selama ini pun, apa yang dipanggil `cai tan' (senarai calon), lebih bertujuan bagi menampilkan kepentingan sesuatu pasukan... ia bukan kerjasama secara berpasukan dalam erti kata sebenar.
"Demi kebaikan masyarakat Cina, kenapa tidak? Kalau seseorang itu bekerja atas dasar kerjasama berpasukan dalam erti kata sebenarnya, ia tak jadi masalah," kata bekas senator Tan Boon Yu.
Bagaimanapun, penyokong lain agak cemas apabila berdepan dengan keputusan Tee Keat untuk bertanding secara solo dengan berkata dalam politik sebenar, pendekatan "ala lone ranger" tidak wajar diamalkan.
Mereka menjadi lebih gusar apabila memikirkan tentang kemungkinan Tee Keat akan berdepan dengan sebuah pasukan kuat, yang memiliki kehebatan dari segi politik dan sumber kewangan."Saya telah menasihati beliau supaya mengkaji semula pendekatan itu. Sekurang-kurangnya, beliau perlu mempunyai sekumpulan penyokong untuk membantu beliau," kata pengerusi MCA Bahagian Pandan Eric Ong, penyokong kuat Tee Keat.
IMBAS KEMBALI
Seorang individu yang merupakan orang dalam MCA berkata Tee Keat perlu melihat kembali keputusan pemilihan parti pada 2005. Pada 2005, Tee Keat menduduki tempat ketiga dalam pertandingan bagi jawatan naib presiden, di belakang Dr Fong dan Dr Chua. Itu pun setelah mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda. "Memanglah, apabila beliau bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda MCA pada 1999, beliau melakukannya secara solo dan menang. Tapi sekarang, beliau perlu berfikir dengan mendalam jika ingin bertanding bagi jawatan presiden," katanya. Bekas Naib Presiden MCA Tan Sri Lee Kim Sai, yang pernah menjadi mentor politik Tee Keat, meragui hasrat Tee Keat untuk bertanding secara solo bagi merebut jawatan presiden MCA.
Beliau berkata bertanding secara solo hanya merupakan cara Tee Keat untuk menyatakan bahawa beliau tidak mahu mewujudkan kumpulan dalam MCA. "Kadang-kadang, orang tak perlu beritahu anda bahawa anda adalah rakannya. Ada masanya, bahasa tubuh mereka akan menerangkan perkara itu kepada anda." Mempunyai pasukan bukan perkara yang tidak baik. Apa yang kami tak mahu lihat ialah wujudnya keadaan berpuak-puak. Saya tidak fikir beliau (Tee Keat) akan berjuang secara berseorangan dan memberitahu orang lain supaya jangan menghalangnya, kerana jika anda buat begitu, anda sebenarnya menuju ke lubang kubur.
SIAPA BAKAL REGU?
"Kalau ada orang memberi sokongan, beliau akan cuba mengelak wujudnya andaian bahawa beliau membentuk suatu puak. Itu memang gaya beliau," kata Lee kepada Bernama. Tee Keat pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Lee ketika beliau menyandang jawatan Menteri Kesihatan pada 1990-an. Tetapi, sekiranya Tee Keat membuat keputusan untuk mempunyai regu, soalan seterusnya ialah siapakah yang akan beliau pilih? Ketua Pemuda MCA, yang juga Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai seolah-olah menjawab soalan ini apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding bagi jawatan nombor satu parti, sebaliknya akan menyokong Tee Keat merebut jawatan presiden.
"Saya mengagak beliaulah yang menjadi regu Tee Keat berdasarkan manifesto pemilihan," kata seorang anggota MCA yang enggan dikenali.
"Bagaimanapun, langkah paling selamat bagi Liow ialah bertanding bagi jawatan naib presiden. Tapi, siapa lagi yang akan menjadi regu Tee Keat kalau bukan Liow?" tanya seorang pemimpin bahagian.Sesetengah anggota MCA percaya Liow mengambil langkah yang berisko tinggi sekiranya beliau bertanding bagi jawatan naib presiden kerana terdapat "pihak berkepentingan" yang ingin mengalahkan beliau bagi mengambil alih jawatan menteri yang beliau sandang.

ANAK LIONG SIK MENANG DI SEGAMBUT

Jul 27, 08 - Ling Hee Kiat, anak bongsu kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini memenangi jawatan Pengerusi MCA Bahagian Segambut dengan memperolehi majoriti besar mengalahkan timbalan pengerusi bahagian itu Tan Hoe Chieow.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Ling meraih 117 undi dengan satu undi rosak sementara Tan hanya mendapat 62 undi.Ling, 36, berkata beliau bertanding merebut jawatan itu untuk bergiat cergas dalam bahagian utama parti itu berbanding sayap Pemuda. Sebelum ini beliau adalah Ketua Pemuda MCA Bahagian Segambut selama dua penggal.
"Saya berada di dalam sayap Pemuda lebih 12 tahun dan dua penggal sebagai Ketua Pemuda, saya fikir masanya adalah tepat," katanya kepada pemberita selepas membuang undi bagi jawatan itu pada Mesyuarat MCA Bahagian Segambut di Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu setelah Pengerusinya Datuk Khoo Lay Hin berhasrat untuk bersara setelah memegang jawatan itu selama 12 tahun selain untuk memberi peluang kepada muka, demikian menurut laporan Bernama.
Ketika ditanya sama ada pengaruh bapanya yang pernah menerajui parti itu selama 17 tahun membantu undiannya, beliau berkata faktor bapanya itu sentiasa berada di mana-mana. "Faktor bapa saya ada di mana-mana. Apapun, akhirnya saya perlu membuktikan kemampuan saya kerana orang akan melihat apa yang saya boleh buat atau tidak," katanya.
Proses pengundian itu bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudiannya.
SAYA CUBA SEDAYA UPAYA
Selain jawatan pengerusi, turut dipertandingkan ialah satu jawatan timbalan pengerusi, empat naib presiden, 10 ahli jawatankuasa dan 14 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan parti itu pada Oktober ini.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas kemenangannya yang diumumkan pengerusi pemilihan Datuk Ho Yoon Ping pada jam 2.45 petang tadi, Ling berkata beliau amat gembira kerana diberi peluang untuk memimpin parti di peringkat bahagian.
"Saya akan mencuba sedaya mungkin, kerja sudah bermula, sebelum saya duduk dan membuat rancangan untuk MCA Segambut," katanya. Katanya walaupun beliau masih muda, namun usia bukan penghalang untuk memimpin kerana yang penting adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja dan menyelesaikan sesuatu masalah.
"Pengaruh bapa bukan satu faktor yang besar di dalam kejayaan ini. Segambut merupakan bahagian di peringkat akar umbi yang memerlukan anda bercampur dan mengenali siapa anggota parti agar mereka memberikan anda undi, jadi saya fikir ia (faktor bapa) bukanlah faktor besar," katanya.
Sementara itu, Tan berkata beliau menerima keputusan itu kerana iadibuat dalam suasana yang demokratik dan sihat. "Saya masih di dalam MCA dan akan terus berkhidmat kepada parti kerana kekalahan itu tidak bermakna kita tidak boleh memberi sumbangan kerana perwakilan telah membuat keputusan dan kita perlu menerimanya," katanya.
HWA BENG TEWAS
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng menerima kekalahan kali kedua dalam arena politiknya apabila gagal mempertahankan jawatan Ketua bahagian MCA Kelana Jaya yang disandangnya selama lima penggal dalam pemilihan bahagian parti itu hari ini. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, beliau tewas kepada calon PKR, Loh Goh Burne di kawasan Parlimen Kelana Jaya.
Dalam pemilihan parti hari ini, Lee yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang tewas kepada Ketua Wanita bahagian Ong Chong Sian. Lee mendapat 76 undi berbanding Ong sebanyak 82 undi. Ong semalam menang jawatan Ketua Wanita bahagian dalam pemilihan sayap Wanita dan Pemuda. Dalam pilihanraya lalu, Ong tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Subang Jaya kepada Hannah Yeoh dari DAP.

NIK AZIZ : BUBAR UMNO DAN PAS, TUBUH PARTI BARU

Jul 26, 08 - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini.
Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.
Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

ANWAT UMUM TANDING DI KULIM, JENTERA TELAH PUN BERSIAP SEDIA

Isnin, 28 Julai 2008 - DALAM ceramahnya di Kulim malam tadi, Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Kulim - Bandar Bharu setelah Ahli Parlimen berkenaan menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.

“JIKA tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu ini.Terima kasih kepada Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.

Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Bharu mempunyai 67.93% undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Katanya lagi, Barisan Nasional akan menggunakan pelbagai taktik bagi menghalang beliau untuk menjejakan kaki ke Parlimen.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan, saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan,” katanya lagi. Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu, malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu. Dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .

Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.

“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.