Tuesday, July 8, 2008

HIKAYAT KHAIRY JAMALUDIN


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 1
(The Khairy Chronicles)

Wartawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin – Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar).

Secara hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November 2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga ‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau.

Ramai yang berkata bahawa keadaan sedemikian bukannya perkara luar biasa. Satu ketika dahulu Presiden Nixon memiliki pembantunya bernama Kissinger dan Maharaja (Tsar) Russia memiliki Rasputin. Terdapat beberapa persamaan antara tokoh-tokoh ini dengan Khairy. Yang pertama, nampak sangat semuanya berlagak laksana dalang mainan patung, main tarik-tali akan benang-benang yang mengikat watak-watak kayu patung mereka yang merupakan pemimpin negara. Mereka semuanya muncul daripada latar belakang yang tidak menentu dan menjelma secara mendadak dan naik mencanak. Malahan mereka semuanya mempunyai kelemahan tidak sedar diri kerana taksub dengan kebanggaan yang mereka terlalu perkasa, tahu akan segala-galanya dan seolah-olah bersifat halimunan, kononnya. Akhirnya mereka semua menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa. Apakah perkara semacam ini akan berlaku kepada Khairy juga?

Memang semakin jelas wujudnya rasa tidak puas hati. Orang yang mungkin paling tidak seronok dengan Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Mahathir memang ghairah menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga sanggup melantik kawan baik Khairy daripada Oxford, Dr. Vincent Lim Kian Teck sebagai Setiausaha Politik Cina yang kedua, lambat laun Mahathir mendapati bahawa kewujudan Khairy sudah semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi. Nasi sudah menjadi bubur ketika Mahathir sedar akan fenomena itu. Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah dianggap pewaris yang menggantikan tempatnya. Apa juga bahana yang telah dilakukan oleh Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi mampu merobah pemikirannya terhadap si pewaris yang menggantikan tempatnya itu selepas kehampaan beliau dalam menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Khairy terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun Mahathir sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Pernah berlaku satu peristiwa dalam majlis anjuran Pemuda UMNO bila mana Mahathir menjadi merah-muka semasa Khairy Jamaluddin bertanya apakah beliau serius mahu meletakkan jawatannya. Mahathir menganggap tindakan dan cadangan Khairy sebagai tidak kena pada tempatnya semasa beliau meminta Mahathir menghantar Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika Syarikat. Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak perlu. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (Setiausaha Politik bahagian Cina - penterjemah) melaporkan perihal kata-kata Khairy di depan pelajar Malaysia yang berkumpul secara tidak formal di London. Mathias mengadu betapa Khairy ada menyebut bahawa Mahathir dan Daim sepatutnya disumbat dalam penjara sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa.

Akan tetapi, TKT Mahathir adalah serupa dengan semua musuh Khairy. Beliau telah tersilap tafsir ‘budak mentah' itu. TKT Mahathir beranggapan bahawa sebagai pemimpin unggulan negara selama 22 tahun, dan merupakan orang yang paling perkasa di negara itu, dia mudah menolak ke tepi Khairy bila-bila masa dia suka walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi. Mahathir sudah menjadi terlalu yakin bahawa kuasa kuku besi yang mencengkam UMNO selama ini dapat digunakan sekali lagi dari sebalik tabir untuk melentukkan Khairy mengikut kehendak nafsu-nafsinya. Tetapi, tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri, Mukhriz telah menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Di sebalik sokongan wang Mahathir yang banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan ANSARA (persatuan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang diketuai dan dibiayai oleh Mukhriz). Mukhriz dapati betapa anak menantu Perdana Menteri yang baru ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang bekas Perdana Menteri. Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen bapanya sendiri apabila tewas jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dapat hanya segelintir sokongan dalam usaha merangkul jawatan di peringkat pusat.

Pada November 2003, ketika Mahathir turun takhta barulah beliau sedar betapa jawatan orang yang paling berpengaruh dan perkasa di negara ini yang dimilikinya selama itu dapat diwarisi dan diambil-alih oleh seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy ternyata merupakan orang yang paling perkasa di negara ini. Malahan lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy.

Beginilah caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghenyak kita semua.
Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah Badawi. Setiap surat, faks, dokumen, rayuan, komunikasi, surat-menyurat ataupun apa juga bentuk hidangan yang sampai ke meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk Wan Farid dan Zaki Zahid. Wan Farid dan Zaki Zahid adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Paklah. Namun demikian beliau masih menjadi tukang jaga pintu dan perlu sentiasa diberitahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu.

Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Paklah. Walaupun wujud jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Paklah dan pegawai kerajaan), segala pemilihan yang dibuat oleh pejabat Dato Thajuddeen perlu disalinkan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya. Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen terasa ralat dengan aturcara kerja yang sungguh pelik begini, disebabkan persahabatan beliau yang begitu lama dan akrab dengan Paklah, Thajudeen sudah tidak punya kuasa dan ambil kisah sangat untuk menafikan karenah anak menantu ketuanya.

Bukannya mudah dan murah untuk mendapat peluang bertemu dengan Paklah. Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Inilah yang membuatkan UMNO begitu kelam-kabut mencongak harga tol yang dikenakan. Ada pihak menyebut harganya sehingga mencecah RM50,000 yang diminta oleh orang-orang Paklah hanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Cukai pintu semacam ini memang sudah lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di Malaysia, tetapi harga dan kaedahnya tidaklah begitu tinggi seperti sekarang ini. Soalnya sekarang, bayaran RM50,000 bukan lagi mencukupi untuk mendapatkan peluang memenuhi temu janji. Masih ada syarat lain yang melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini muncul di sebalik imej Paklah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya satu persepsi semata-mata. Kalau dibanding dengan Menteri-menteri yang lain, Abdullah bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah kerana memang itu sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan kementerian yang tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara. Lagi pun beliau tidak menduduki kerusi kerajaan untuk satu tempoh yang lama. Kedudukan politik beliau sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa mengancam dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu pengecut untuk menogok minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu.

Keadaan sudah berubah sekarang ini. Abdullah Badawi memang ternyata lemah selaku seorang Perdana Menteri yang perkasa dan terpaksa menyandarkan harapan ke atas Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy Jamaluddin pula sedar betapa masanya akan sampai apabila Paklah akan dicabar oleh Najib ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh TKT Mahathir. Kerana itu dia mesti membalun harta karun selagi ada masa keemasannya.

Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikuasai oleh Khairy ialah melalui pelantikan jawatan penting daripada calon-calon pilihan Khairy, baik di pejabat Perdana Menteri mahupun di beberapa kementerian utama yang lain-lain. Tidak kurang daripada sepuluh sahabat Khairy yang sama menuntut dengan beliau dahulu dan berusia dalam lingkungan dua puluhan ataupun awal tiga puluhan, kini memegang jawatan penting seperti Ketua Eksekutif di beberapa kementerian (kita akan ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan lain perkataan beliau ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak.

Sebagai contohnya, eloklah kita ambil kisah pemergian Abdullah ke Venezuela untuk satu misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan (itinerary) ialah orang pilihan Khairy (sama-sama belajar dengannya di UK dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik Khairy). Barulah kertas itu diluluskan oleh satu mesyuarat yang melibatkan pegawai Kementerian Luar Negara. Selalunya mesyuarat itu dihadiri juga oleh Khairy walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada Venezuela, butiran perbincangan beliau dengan Presiden Hugo Chaves dibincangkan dengan pejabat peribadi Perdana Menteri (yang diketuai dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy). Segala keputusan akan dibuat oleh Abdullah selepas berbincang secara intim dengan anak menantunya di rumah kediaman mereka. Apakah yang hendak dihairankan kalau Khairy memang dapat menguasai pergerakan Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana lawatan Abdullah Badawi ke Venezuela dijalin dan mencetuskan kesannya.

Yang ketiga, Khairy Jamaludin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan cara menekankan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak memegang sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy tidak hadir beliau mungkin ketandusan nasihat. Jadi, Khairy pun tumpang sekaki. Keadaan begini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Khairy, tetapi inilah bukti betapa lemahnya Abdullah dalam menjalankan tugasnya.

Di sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya lebih mengatasi pengaruh keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy masih beristerikan anak perempuannya (Nori), Khairy Jamaluddin akan terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari ataupun tidak, di Malaysia ini, demokrasi sudah mengecut beberapa takuk sejak munculnya Khairy Jamaluddin sehinggakan tidak lagi wujud sistem periksa dan imbang di kalangan kerajaan.

Sudah tentu rakyat Malaysia semakin sedar akan kewujudan pengaruh Khairy Jamaluddin kerana cara hidup mereka banyak bergantung kepada insan ini. ‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kemunculan Khairy dan bagaimana dia mempengaruhi UMNO dan kerajaan, sambil menyebut nama sekutu dan musuhnya dan bagaimana beliau berinteraksi dengan mereka. Yang lebih penting, Malaysia Today akan cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti Khairy dan bagaimana dia gunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang luas.


Bersambung ke Bahagian 2:
Keluar Dari Dalam Tong Taik

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 2
Keluar Dari Dalam Tong Taik
(Out of the wormhole)

Kali ini adalah lebih sesuai kalau kita pergi dahulu kepada yang asas. Siapa diasi Khairy Jamaluddin ?

Buat masa kini, Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang yang paling perkasa di negara ini. Beliau amat berbeza dengan ramai ahli politik lain yang sudah dikesan akan asal usulnya kerana perjalanan hidup mereka memang sudah sedia ada dalam pengetahuan umum. Tetapi Khairy adalah laksana ‘dewa kayangan’ yang tiba-tiba muncul dalam arus perdana politik Malaysia. Ramai yang mula terpinga-pinga apakah dia ini sengaja dihantar khas oleh kuasa tertentu, seperti CIA ataupun mungkin juga perkhidmatan risikan Singapura. Bukan mudah seseorang itu mendapat kuasa besar semacam dia kecuali mereka menerima bantuan khusus daripada sumber tertentu?

Inilah yang pernah dibayangkan oleh Yahaya Ismail dalam bukunya dahulu. TKT Mahathir sudah naik risau mengenainya sehingga pada saat akhir beliau menjadi Perdana Menteri dia telah mengarahkan Cawangan Khas Polis menyediakan satu laporan mengenai Khairy. Inilah laporan yang dibuat pendua dan salinan dan dihantar kepada Najib Tun Razak. Satu salinan lagi telah dikirimkan kepada sahabat akrab Khairy di NST (Ketua Editor Kalimullah Masheerul Hassan - ini satu cerita lain untuk satu waktu yang lain ya!) Di sebalik janji-janji untuk berkhidmat secara “Mesra, Cepat dan Betul” pegawai polis yang berkuasa mengenai laporan itu tidak berani menyentuh perasaan bapa mertua Khairy yakni bakal Perdana Menteri (semasa itu) Abdullah Ahmad Badawi. Lagi pun, ketika itu Abdullah hanya menunggu masa kira-kira beberapa bulan sahaja lagi untuk mengungguli kuasa. Justeru, satu laporan yang mengatakan segala-galanya adalah dalam keadaan baik telah dikeluarkan

Namun demikian, kita mesti sedar bukanlah perkara aneh kalau ada satu-dua pegawai yang menganggotai pucuk pentadbiran digunakan oleh kuasa asing sebagai perisik upahan (tentu kita masih ingat kisah bekas Setiausaha Mahathir sendiri yang bernama Siddiq Ghouse, yang dikatakan seorang perisik upahan KGB). Segala kisah benar mengenai Khairy dan hubungan beliau dengan perkhidmatan risikan asing tidak akan tersiar secara merata kerana dia sudah terlalu rapat dengan puncak kuasa. Berbeza dengan Siddiq Ghouse, Khairy kini sudah menjadi anggota keluarga Badawi dan sudah tentu kita tidak akan menuduh seorang anggota keluarga yang rapat sebagai seorang perisik? Namun, ini tidak mengetepikan tanggapan ramai apakah Khairy berjaya meloncat ke tahap itu tanpa bantuan daripada luar?

Sebenarnya, Khairy memang dapat bantuan daripada luar, tetapi mungkin bukan daripada orang asing. Masanya memang amat sesuai untuk munculnya seorang anak muda yang bijak bestari seperti Khairy kerana selama dua puluh dua tahun TKT Mahathir mencengkam kuasa, UMNO sudah menjadi satu parti yang dianggotai oleh tukang angguk sahaja. Tidak ada orang lain lagi, yang berani tidak sebulu dengan Mahathir dan sistem pentadbiran beliau. Dalam parti yang dianggotai oleh tukang angguk dan pengamal rasuah, tentunya sesiapa yang nampak pintar dan mampu berceloteh boleh dianggap sebagai raja juga.
Maka kerana itu Khairy muncul sebagai ulat taik yang paling besar dalam tong taik yang bernama UMNO.

Eloklah kita mulakan dari tahap awal lagi. Khairy Jamaluddin dilahirkan 29 tahun dahulu. Bapa beliau ialah bekas seorang diplomat, Datuk Jamaluddin Abu Bakar yang sudah menjadi arwah sekarang. Ayah beliau berasal daripada sebuah kampung kecil di Rembau dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang politik Negri Sembilan. Salah seorang anak saudara Datuk Jamaluddin ialah Datuk Shahziman Abu Mansor, yang kini merupakan seorang Timbalan Menteri di dalam pentadbiran Abdullah Badawi dan beliau juga merupakan MP (Ahli Parlimen) Tampin.

Arwah Datuk Jamaluddin pernah berkhidmat di beberapa kedutaan kita di luar negara dan meninggal semasa berkhidmat di sana. Cara hidup berpindah-randah begini yang memberi laluan kepada Khairy menerima pendidikan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom. Khairy tidak pernah belajar di sekolah tempatan dan dalam negeri dan untuk satu tempoh yang panjang dalam hidupnya beliau amat kekok dengan bahasa ibunda sendiri, serta merasa tidak begitu selesa bersembang dengan ahli keluarganya.

Di sebalik khidmat luar negara yang panjang itu, Datuk Jamaluddin pernah juga pulang untuk berkhidmat seketika di negara sendiri. Beliau pernah bertugas di Kementerian Belia dan Sukan semasa kementerian diterajui oleh Tan Sri Samad Idris. Secara kebetulan Pengarah Belia ketika itu dan naik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian ialah seorang insan bernama Abdullah Badawi. Sebagai orang gomen, mereka berdua mengongsi kegemaran yang sama termasuk menganggotai kumpulan yang dikira “Malay ultra”. Apabila Abdullah melepaskan perkhidmatan awam pada 1974 untuk bertanding sebagai MP di Kepala Batas (yang pernah diisi oleh bapanya, bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim), mereka terus menjalin talian persahabatan itu.

Apabila Jamaluddin meninggal dunia, Abdullah dan isterinya Endon Mahmood Ambak,
terus menjalin persahabatan dengan janda Jamaluddin, yang berasal daripada Kedah. Sesungguhnya kerjaya Datuk Jamaluddin bukanlah hebat sangat. Beliau dianggap sebagai seorang yang angkuh, bergaya dan sombong. Beliau kerap cemuh oleh para pembantunya kerana sikap beliau yang lebih mementingkan perkara yang remeh-temeh. Seorang pembantu beliau pernah berkata bagaimana Datuk Jamaluddin pernah berkata bagaimana beliau lebih menghormati seseorang “yang pandai menyimpul tali-leher yang cantik daripada kualiti laporan yang disediakannya”

Khairy memang cepat pandai semasa belajar dahulu walaupun memang ada unsur-unsur besar kepala dalam dirinya. Beliau begitu kritikal akan dasar pemerintahan negara. Walaupun beliau pernah menunjukkan kekagumannya terhadap pentadbiran Mahathir, sebenarnya dia tidaklah sampai menjadi pengkagum Mahathir. Malahan, dia pernah menentang banyak tindak-tanduk Mahathir. Itupun secara diam-diam dan menyorok-nyorok.

Semasa menuntut di Oxford beliau pernah menyatakan keraguannya terhadap Mahathir kepada rakan-rakannya rakyat Malaysia di seberang laut. Sewaktu itulah dia menarik perhatian seorang insan bernama Omar Ong.

Omar Ong adalah insan berketurunan Cina. Beliau adalah anak Mustapha Ong, bekas Setiausaha Sulit Menteri Penerangan Mohamad Rahmat, dan pernah satu ketika berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik di New York dan Brazil. Kini Mustapha Ong menetap di New Zealand. Si Mustapha Ong menjadi terkenal dalam 'skandal' Anwar Ibrahim. Sepanjang perbicaraan itu telah terdedah kisah bagaimana dia cuba menyogok rasuah kepada seorang pemandu teksi keturunan Arab di New York, yang bernama Jamal Amro. Tujuan sogokan itu ialah agar Jamal sanggup mengaku yang dia menyediakan budak lelaki dan wanita untuk menghibur Anwar. Jamal Amro enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan polis menuduh Mustapha Ong cuba menyogok beliau. Mustapha Ong mendapat perlindungan daripada Mahathir walaupun keghairahan beliau itu menyebabkan kerajaan menjadi teraib, dan keaiban itu khusus terasa oleh masyarakat diplomatik di seberang laut.

Apapun, Omar Ong ternyata memang mempunyai cita-cita tinggi. Dia cuba naik dengan memaut kepada orang politik yang sedang meningkat bintangnya sebagai satu laluan mudah untuk merangkul kuasa. Omar pernah mengetuk pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui ihsan dan bantuan segelintir Setiausaha Politik beliau.

Usaha itu ternyata berjaya apabila Anwar diminta menerima ketibaan Omar Ong dan kumpulan beliau secara peribadi. Beberapa pertemuan susulan diadakan dan Omar Ong menjadi begitu berharap bahawa Anwar akan memudahkan pencapaian idamannya. Akan tetapi, ada pula beberapa halangan disebabkan tentangan daripada beberapa orang Anwaristas seperti Suhaimi Ibrahim, Fuad Hassan, dan Zahid Hamidi yang begitu rakus tidak mengongsi Anwar dengan pihak lain.

Entah macam mana Omar berjaya bertemu dengan Daim Zainuddin secara tidak disangkanya. Sejurus itu Omar sedar akan sesuatu yang besar sedang menggelegak di tahap atasan di mana Anwar Ibrahim dikatakan berkemungkinan akan dilanyak dan dilenyek. Dengan pantas Omar bertindak untuk mengubah haluan dan melupakan “Projek Anwar” dan cuba mendekati Najib Tun Razak pula. Tindakan ini dibuatnya kira-kira tiga bulan sebelum Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir.

Akan tetapi, Najib bukan calang-calang manusia untuk ditembusi oleh Omar Ong. Beliau sedar betapa Najib sudah dikepungi oleh para loyalis yang ternyata setiakawan sejak beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dahulu dan sudah tentu sesiapa yang baru muncul akan ditapis secara rapi. Kerana itu Omar berpendirian adalah lebih baik dia cuba nasibnya dengan Hishamuddin Hussein.

Ketika itu Hishamuddin Hussein merupakan muka baru dalam politik UMNO. Cuma dia mempunyai nama besar di sebalik namanya sendiri. Memang tidak syak lagi, selepas kematian Hussein Onn, TKT Mahathir berpendirian yang dia masih terhutang budi kepada Perdana Menteri Ketiga itu dan keluarganya. Mahathir melonjakkan Hishamuddin ke laluan ekspres dalam dunia politik sehingga mengetepikan orang lama dalam Pergerakan Pemuda UMNO seperti Nazri dan Zahid Hamidi. Hishamuddin naik pangkat beberapa kali dalam masa setahun.

Kenaikan pangkat yang bertubi-tubi itu telah menghenyak kepintaran Hisham. Dia bukanlah seorang yang pintar sangat masa zaman persekolahannya. Hisham pun bukan petah sangat bercakap. Muka Hisham pun bukan laku sangat disebabkan senyuman sinisnya yang mudah mengimbau ingatan kepada senyuman seorang Pope (Papa Katholik) yang terbaring kaku selepas mati. Omar Ong mula membantu menaikkan semangat Hishamuddin dan sahabatnya di Oxford yang bernama Khairy kerap datang membantunya. Tidak lama kemudian, Hishamuddin mula lebih bergantung harap kepada Khairy berbanding kepada Omar Ong.

Sebagai membalas jasa, Hishamuddin telah memperkenalkan Omar Ong dan kumpulan beliau kepada orang yang rapat dengan Dr. Mahathir seperti Setiausaha Politik, Datuk Johari Baharom dan Ketua Pengarah ISIS, Dr. Nordin Sopiee.

Secara kebetulan ketika itu, anak perempuan Abdullah Badawi bernama Nori telah masuk berkhidmat dengan ISIS sebagai seorang pembantu penyelidik. Nordin telah memperkenalkan Nori kepada Khairy. Abdullah Badawi sudah menjadi Naib Presiden UMNO ketika itu dan berkemungkinan menggantikan Anwar Ibrahim seandainya sesuatu musibah seperti helikopter terhempas menimpa beliau.

Memang berlaku kejadian helikopter Anwar jatuh terhempas. Dia tidak ada dalam helikopter itu semasa kejadian. Tetapi pada September 1998 Anwar telah tersingkir. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia Khairy tidak mempercayai segala tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar. Akan tetapi, masa itu adalah satu keemasan baginya. Itulah masa yang perlu dirangkul oleh Khairy dan Omar Ong.

Ada satu metos yang berlegar selepas kejatuhan Anwar. Metos itu mengatakan bahawa Khairy sentiasa menaruh simpati terhadap perjuangan ‘Reformasi” Anwar. Ada berita angin mengatakan satu kisah betapa seorang pelajar pernah secara terbuka meminta Mahathir melepaskan jawatannya dalam satu pertemuan Mahathir dengan pelajar-pelajar di London. Desas-desus itu mengatakan bahawa pelajar tersebut adalah Khairy, sebenarnya. Ada pula satu cerita mengatakan bahawa ketika itu Khairy merupakan sahabat lelaki kepada Nurul Izzah, anak sulung Anwar. Tetapi, persahabatan mereka tidak menjadi apabila Dr. Wan Azizah isteri Anwar enggan memilih Khairy sebagai Setiausaha Politik beliau. Sebaliknya Azizah telah melantik Nik Affendi Jaafar (kini bertugas sebagai Pengurus Kanan Hubungan Seranta KWSP).

Nampaknya semua desas-desus ini sengaja direkacipta oleh para penyokong Anwar yang mahukan Khairy menyebelahi mereka, walaupun secara senyap-senyap. Yang sebetulnya Khairy sendiri sudah nampak akan kelompongan yang disebabkan kejatuhan Anwar secara mendadak dahulu dan Khairy telah mengambil kesempatan itu untuk melonjakkan dirinya ke puncak mercu kuasa politik negara.

Inilah ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah semasa itu Dr. Mahathir. Khairy telah menggunakan khidmat Nordin Sopiee untuk cuba mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri. Permohonan beliau telah disokong oleh Hishamuddin Hussein. Apabila Mahathir menolak, setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerak-geri Khairy, si Khairy telah cuba mendapatkan peluang dengan orang yang berpangkat rendah sikit daripada Mahathir. Dia tidak pergi kepada Abdullah, tetapi kepada Najib.

Ketika itu Najib dilihat sebagai orang yang paling cocok menggantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malahan, Asiaweek telah bersuara lantang mengatakan Najib adalah tokoh yang perlu diperhati untuk jawatan itu. Akan tetapi Najib amat teliti untuk mengambil orang baru kerana tidak mahu menyentuh perasaan orang lama yang setia kepadanya. Malahan tidak ada sebab dia mesti mengambil Khairy kerana dia sudah yakin yang Mahathir akan memilih beliau sebagai pengganti. Inilah keputusan yang amat disesali Najib kemudiannya.

Impian Najib tidak kesampaian pun. Mahathir berpendirian adalah lebih mudah mengawal negara ini melalui Abdullah sebagai Timbalannya. Mahathir tidak memandang tinggi terhadap Abdullah kerana dia pernah menyokong kumpulan Tim B dalam UMNO satu ketika dahulu (yang setia kepada Musa Hitam). Orang semacam ini mudah dijadikan boneka yang baik.

Sejurus nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah menitiskan air mata di luar bilik penantian, kerana terkejut beruk dan tidak percaya akan nasib mereka. Ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Abdullah mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong. Sebagai contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan dua Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas dan bukan lagi dua orang. Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah diberikan kepada Khairy.

Bagaimanakah Khairy berjaya merangkul jawatan itu? Inilah keadaan sama-sama saling bantu membantu. Abdullah telah meminta Nordin Sopee memberikan beberapa cadangan akan nama orang yang patut mengisi jawatan yang kosong. Dua nama telah dikemukakannya. Khairy dan seorang lagi nama penyelidik ISIS (yang kini bertugas dalam kerajaan juga) akan tetapi penyelidik ISIS itu telah gagal pemeriksaan keselamatan (ibu beliau adalah seorang penyokong Reformasi) lagi pun anak perempuan Abdullah sedang dilamun cinta dan begitu ghairah menyokong nama calon yang nombor satu.

Beginilah nasib baik Khairy. Dia mula meniti tangga kejayaan kerjayanya. Dengan pantas dia membalas jasa orang-orang yang membantu mendorong dia kepada laluan ekspres tadi. Omar Ong telah ditempatkannya dalam pejabat Najib sebagai Pegawai Khas untuk menentukan segala-galanya ditanggung beres. Inilah ketentuan dan perjalanan dan aktiviti politik dalam tong taik yang bernama UMNO.

Bersambung ke Bahagian 3: Musuh Dalam Selimut
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 3
Musuh Dalam Selimut

Kebanyakan musuh Khairy di dalam UMNO adalah terdiri daripada pemimpin pelapis yang percaya dia adalah seorang anak muda hingusan yang angkuh. Mereka enggan mengakui keupayaan beliau memahami perjalanan kerajaan walaupun baru sahaja berkhidmat di jabatan Abdullah Ahmad Badawi sejak empat tahun yang lalu. Mereka beranggapan bahawa beliau ditempatkan di situ semata-mata kerana beliau anak menantu seorang Perdana Menteri. Pada waktu yang sama mereka naik mual dengan cara Khairy merancang agar para kroni beliau mendapat tempat menerajui beberapa jabatan kerajaan, daripada Pejabat Komunikasi Jabatan Perdana Menteri hinggalah kepada Khazanah Nasional.

Semua ini bukan semata-mata kerana cemburu dan iri hati sahaja. Mereka menganggap Khairy adalah ancaman sebenar dan memang amat berbahaya apabila mengambil kira cara dia naik begitu mendadak di persada kuasa. Mereka sendiri pun menyimpan hasrat yang terpendam untuk menjadi Perdana Menteri juga. Malahan, ada segelintir antara mereka itu merupakan kerusi jawatan Perdana Menteri sebagai suatu hak untuk mereka warisi. Kerana itu mereka telah mencuba sedaya upaya menangkis setiap gerak-geri Khairy dan menepisnya dengan apa juga cara. Cara amalan biasa UMNO seperti surat layang, menikam dari belakang dengan menggunakan SMS (sistem pesanan ringkas), dan persekongkolan rahsia yang direncana di bilik yang gelap dan berasap merupakan langkah biasa untuk mengetepikan pengaruh Khairy. Akan tetapi, Khairy bukannya calang-calang musuh politik dalam UMNO, setakat ini.

Ramai di kalangan musuh ketat Khairy yang sanggup menunggu masa akan kemunculan hari yang dinanti-nantikan bila mana Abdullah Badawi akan terhenyak keluar dari kerusi Presiden UMNO. Mereka yakin apabila tiba waktunya nanti, Khairy akan kehilangan kuasa pelindung yang memayunginya, dan menjadikan beliau lemah dan mudah dimamah oleh musuh-musuh politik daripada peringkat akar umbi. Musuh-musuh Khairy amat berharap cara persidangan UMNO naik marah secara terbuka ketika persidangan UMNO tahun lalu akan semakin mendidih dan meledak sebaik sahaja Abdullah jatuh tersingkir. Ketika itu barulah Khairy akan dijulang di pelantar sembelihan untuk dikorbankan.

Namun, semua ini amat dimengerti oleh Khairy dan beliau memang bersedia untuk merancang awalan. Sejak dua tahun yang berlalu selepas Abdullah Badawi naik menjadi Presiden parti, itulah sahaja kerja Khairy.

Ada dua kaedah yang digunakan oleh Khairy: Menumpulkan serangan para musuh yang mampu dipulasnya, dan meredakan bahaya yang muncul daripada golongan yang dianggapnya mudah disogok dengan habuan dan umpan. Memang ramai yang tergolong dalam kategori pertama ini seperti Azimi Daim, Norza Zakaria dan Aziz Sheikh Fadzir. Mereka bertiga ini memang dilihat sebagai pencabar berpotensi yang mampu menggugat kedudukan Khairy, khususnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

Walau bagaimana pun, mereka memang mudah disogok kerana tujuan mereka berada dalam politik sebenarnya untuk meraih kedudukan dan membalun harta karun. Mereka takut meneruskan perjuangan semacam itu dan bertindak sesuatu yang mungkin membahayakan kedudukan hidup mewah yang sedang mereka nikmati. Kerana itu Azimi diberikan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan pangkat sebagai anggota Exco. Aziz telah disogok dengan satu kerusi pada pilihan raya umum yang lalu. Norza telah diberikan satu jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO, tetapi lesen untuk mengecap duit selaku kedudukannya sebagai ‘pengutip tol’ yang perkasa dalam Kementerian Kewangan Kedua. Sesungguhnya orang politik dalam UMNO seperti ini bukanlah membahayakan sangat kedudukan Khairy kerana apa juga cara mereka membebek dan melalak, hidung mereka memang mudah ditindik dengan menyogok perut mereka sahaja, sampai kenyang bontang.

Ancaman yang lebih berbahaya sebenarnya muncul daripada kategori yang kedua. Mereka ini merupakan zuriat pucuk kepimpinan UMNO yang sudah lama menanti giliran sebelum Khairy muncul dalam arena politik. Salah seorang tokoh demikian ialah ketua ataupun bos Khairy sekarang, Hishamuddin Hussein. Pada 1999, Hishamuddin telah bertanggungjawab mengemukakan nama Khairy kepada perhatian Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad. Hishamuddin yakin bahawa adalah menjadi haknya untuk mewarisi gelaran Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti. Seperti sepupunya Najib Tun Razak (ibunya adalah kakak kepada ibu Najib, Tun Rahah) bapa beliau pernah memegang jawatan unggulan itu sebelum digulingkan secara licik oleh TKT Mahathir.

Di tahap awalan, Hishamuddin beranggapan bahawa Khairy akan mengikuti jejak langkahnya, bersabar menunggu masa. Hishamuddin memulakan kerjayanya sebagai seorang penyokong kuat Mahathir dan juga anak emas dan calon penggantinya - Anwar Ibrahim. Kerana galak menjilat Anwar, Hishamuddin naik mencanak sehingga dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Belia dan Sukan, dan melangkah kepala ketuanya dalam pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Zahid Hamidi. Akan tetapi, Hishamuddin lakukan semua ini ketika sudah berusia lewat tiga puluhan dan selepas berkhidmat lama dalam bidang perundangan sehingga menampakkan kesabaran dan kesungguhan membina kerjaya politiknya.

Khairy pula tidak percaya dengan kaedah itu semua. Apa yang diingininya mesti dicapainya dengan pantas. Kerana itu dia telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO ketika masih muda usianya sejak Nazri Aziz memegang jawatan itu. Walaupun pencapaian itu adalah berasaskan cadangan Hishamuddin yang ternyata mahu menyelamatkan kedudukannya sendiri. Kini, barulah Hishamuddin sedar betapa Khairy merupakan malapetaka yang lebih berbahaya berbanding Aziz Sheikh Fadzir ataupun sesiapa sahaja yang pernah dianggapnya demikian.

Lagi pun Hishamuddin sudah naik tidak senang hati melihatkan Khairy mewujudkan satu rangkaian jaringan sendiri dalam jentera Pemuda UMNO. Sebagai contoh, Khairy telah mencadangkan Norza menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dengan mengetepikan calon pilihan Hishamuddin sendiri. Khairy juga telah menubuhkan secara tidak formal, satu jaringan di kalangan Timbalan Ketua Pemuda UMNO di setiap bahagian di negara ini, kerana perkara semacam ini tidak pernah diwujudkan semasa Hishamuddin memegang jawatan timbalan pemuda. Kini, Hishamuddin sedar betapa jawatan yang dipegangnya sekarang adalah dengan jasa dan ihsan Khairy juga. Apabila Khairy sudah bersedia memegang tampuk kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO, maka tibalah masanya Hishamuddin mengangkat punggung dan berundur pula.

Seandainya keadaan demikian berterusan, Hishamuddin akan mendapati laluan yang sukar menuju puncak yang amat diidaminya, untuk menjadi Naib Presiden UMNO. Akan tetapi, pentas persada ini sudah penuh dihuni ramai calon yang mengidamkan pucuk kepimpinan yang sama. Tidak menghairankan kalau Hishamuddin melonjak dalam pemilihan ketua pemuda UMNO yang akan datang dan memenangi jawatan itu dengan mudah sedangkan dia sendiri akan kalah dalam percaturan untuk menang jawatan Naib Presiden.

Hisham sudah kebingungan kerana jerat yang dipasang oleh Khairy. Beliau kerap menonjol dengan pengumuman yang memaksa Hishamuddin menerima pakai pendapatnya dalam percaturan politik negara. Hishamuddin tidak lagi boleh menggunakan agenda Kemelayuan kerana Khairy telah menggunakan modal itu dulu, terutama sekali dalam bidang pendidikan yang sebenarnya tertakluk pada bidang kuasa kementerian Hishamuddin sendiri. Yang lebih penting lagi, Khairy telah memancing dengan menyauk beberapa orang penyokong lama Hishamuddin seperti Dr. Adham Baba, dan Razali Ibrahim (MP Muar) agar mula menerima wujudnya dua nakhoda dalam pergerakan Pemuda UMNO di mana Hishamuddin hanya merupakan pemegang jawatan sahaja sedangkan Khairy merupakan insan yang sebenarnya memegang kuasa.

Inilah caranya Khairy mengenakan Hishamuddin. Sudah ramai orang kepercayaan beliau yang dipacakkannya di dalam kementerian bimbingan Hishamuddin. Ada beberapa bekas pengikut setia Hishamuddin yang diberikan jawatan penting dalam kementerian ataupun kerusi Parlimen untuk mereka tandingi bukan sebagai usaha memperkasakan kedudukan Hishamuddin, tetapi untuk memperkasakan dirinya dengan cara menyisihkan mereka daripada berperanan menjadi penasihat kepada Hishamuddin. Kesannya terdapat banyak kerja kosong dalam pejabat Hishamuddin yang diisi oleh orang-orang pilihan Khairy, khususnya anggota YPCS (Young Profesional Consultative Society). Golongan professional muda ini adalah pilihan Khairy yang secara lahiriah bermuka-muka menunjukkan mereka setia kepada Hishamuddin sedangkan hakikatnya mereka adalah boneka mainan Khairy semata-mata.

Bukan susah sangat menggulingkan Hishamuddin kerana beliau bukan memiliki semangat juang – berbeza dengan orang lain, sebagai contohnya katakanlah Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Khir datang daripada latar belakang yang berbeza dengan Khairy, walaupun nama mereka itu ada kesamaannya. Akar umbi Khairy berasal daripada keluarga diplomat yang memang dihormati oleh perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Sementara itu ayah Khir ialah seorang petani yang lebih dikenali sebagai “Wak Joyo” dan dikenali sebagai seorang bekas anggota PAS. Khir mula mendaki tangga politik melalui jalinan persahabatan dengan anak-anak Mahathir, khususnya Mokhzani dan Mukhriz. Pada mulanya, Mokhzani yang semasa itu memegang jawatan Bendahari Pemuda UMNO yang mencadangkan Khir menggantikan Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor. Ketika itu Khir Toyo hanya merupakan seorang anggota dewan undangan negeri dan tidak pun menjadi pemimpin bahagian partinya. Hassan terpaksa diganti gara-gara terdedahnya skandal inses seksual peribadi.

Sudah tentu penggantian begitu tidak diseanngi oleh UMNO Selangor Lagipun Khir mempunyai nafsu idaman yang begitu tinggi. Pada usia 37, Khir ternyata merupakaan pemimpin pemuda UMNO yang lebih menonjol di negara ini selepas Hishamuddin dan Khairy. Sudah tentu Khir Toyo tidak puas dengan jawatan sebagai anggota Majlis tertinggi UMNO semata-mata. Sesungguhnya kalaulah Hishamuddin beanr-beanr jujur melepaskan jawatannya sebagai ketua pemuda UMNO sekali dulu, sudah tentu Khir Toyo merupakan calon pengganti yang paling menonjol. Apatahlagi dengan banyaknya wang gara-gara pemberian tanah kepada kumpulan Lebar Daun dan beberapa pakatan perniagaan, Khir memang sesuai untuk menyambung kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO. Cuma dia terpaksa melakukan banyak penyelesaian dengan Khairy terlebih dahulu.

Khairy pernah cuba mengenakan Khir dengan mendedahkan beberapa kesilapan yang dilakukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Khairy bernasib baik kerana kerakusan Khir juga untuk membalun harta karun daripada jawatannya sebagai Menteri Besar. Khairy hanya perlu mendedahkan segala amalan korupsi itu secara bertalu-talu. Salah satu kaedah yang digunakannya ialah dengan mendedahkan taktik Khir dalam pemberian tanah untuk dimajukan di hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam. Khir telah meluluskan tanah kepada beberapa syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya dan ahli keluarga isterinya.

Ketua Bahagian Berita di TV3, Datuk Kamarul Zaman Zainal (merupakan seorang bekas pegawai di jabatan Abdullah Badawi). Beliau telah berjumpa dengan Khairy untuk menerima arahan agar berita penyelewengan tanah itu didedahkan Datuk Kamrul Zaman tidak ada perasaan kasihan kepada Khir kerana beliau adalah pengikut setia Abdullah Badawi yang totok. Dia yakin perbuatannya itu adalah satu langkah memperkasakan kedudukan Abdullah terhadap saki-baki penjilat zaman Mahathir dahulu.

Akan tetapi Khir melawan balik dan telah menerima bantuan daripada pihak yang lebih berpengaruh dengan keluarga istana Selangor serta beberapa orang tokoh politik dan perniagaan yang rapat dengan Abdullah. Apabila TV3 mendedahkan skandal itu, mereka menjadi panik dan telah cuba mendapatkan bantuan Dato Tajuddeen Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Datuk Thajudeen telah menelefon Datuk Kamarul Zaman dan meminta beliau menghentikan serangan tersebut. Kes itu pun lenyap begitu sahaja.

Ini membuatkan Khairy menggunakan satu helah lain pula. Dia cuba mendedahkan helah bahawa Khir tidak cekap mentadbir. Pada Mei 2005, dalam satu mesyuarat perhubungan UMNO negeri hasil bisikan Khairy, Abdullah telah mempersoalkan kewajaran Selangor mengisytiharkan negeri itu sebagai sebuah negeri yang maju. Rencana asal Khir itu telah lama direncananya sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri. Tujuan beliau ialah membuat pengumuman bahawa negeri itu bertaraf negeri maju pada 31 Ogos 2005. Memanglah, Khir Toyo telah memutar belit perangkaan untuk menonjolkan Selangor sebagai sebuah negeri yang unik dan patut diumumkan sebagai negeri yang maju. Akan tetapi perkara semacam ini bukanlah baru. Kelentungan semacam ini sudah menjadi perkara biasa, seperti mana Malaysia diumumkan sebagai sebuah negara Islam oleh TKT Mahathir dahulu.

Dalam perjumpaan secara tertutup itu, Abdullah telah menghenyak Khir kerana membuat pengumuman seperti itu. Sebagai menyejukkan keadaan beliau telah membuat penekanan bagaimana dia pernah mengkritik Menteri Besar Kedah - Dato Syed Razak Syed Zain kerana membuat janji kosong mengisytiharkan Kedah sebagai sebuah negeri maju menjelang 2010. Serangan Abdullah sebenar ialah terhadap Khir Toyo. Abdullah sungguh-sungguh berpendapat bahawa dia sebenarnya membuat kritikan yang memang benar-benar membina berasaskan kekurangan asas dan alasan untuk menyokong pengisytiharan begitu.

Tetapi, Khairy menganggap perkara ini sebagai satu hikmah yang amat berguna kerana ia menunjukkan betapa Khir adalah seorang penipu besar yang tidak cekap dan tidak berguna. Sebaliknya, tujuan mengisytiharkan Selangor sebagai sebuah negeri maju telah dimulakan oleh Khir sejak 2001. Pengumuman telah dibuat kepada segenap lapisan masyarakat.

Ini merupakan satu serangan awal terhadap Khir. Khir pula sudah pasti akan membuat pengumuman itu pada Ogos nanti. Cuma kali ini ia terluka disebabkan serangan bertubi kali di hadapan, terutama sekali oleh media massa terhadap pentadbiran beliau. Perdana Menteri pula tidak memberikan sokongan beliau terhadap skim ini. Cuma muncul sokongan suam-suam daripada Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa diadakan satu pertemuan dengan UMNO Selangor.

Apabila tiba masa Khir membuat pengumuman yang dia bersedia menjadi ketua pemimpin Pemuda UMNO, banyak lagi kesilapan beliau yang akan didedahkan oleh Khairy untuk pengetahuan rakyat marhaen. Ini tidak bermakna yang Khir tidak seberapa cekap berbanding Khairy. Yang sebenarnya ialah Khir tidak mempunyai pengaruh besar terhadap pengendali media masa. Sedangkan Khairy memang perkasa dalam bidang tersebut. Khairy akan menggunakan orang-orang beliau seperti Kalimullah Masheerul Hasan (Ketua Editor Kumpulan The New Straits Times) ataupun orang-orang upahan seperti Brendan Pereira, ataupun si maharaja di The Star. Begitu juga dengan Datuk Kamarul Zaman di TV3. Semua ini adalah kaedah yang akan Khairy gunakan untuk memusnahkan Khir Toyo. Cuma, Khir Toyo tidak akan mampu melawan balik kerana dosa besarnya dan kerana pegawai akhbar beliau ialah seorang yang gagal di universiti dahulu yang tidak pun memiliki markah kredit dalam ujian bahasa semasa peperiksaan SPM dahulu.

Hishamuddin dan Khir Toyo merupakan lebih kanan daripada Khairy dalam susunan hierarki pergerakan pemuda UMNO. Akan tetapi Khairy sendiri pun akan menghadapi cabaran daripada rakan-rakan beliau dalam UMNO yang sama rapat dengan Abdullah seperti dia juga. Khairy tidak pun mengabaikan ancaman ini semua dan seperti mainan hikayat lama zaman Pertengahan dahulu, Khairy memang sudah ada rencana untuk mencekik abang-abangnya semua.


Bersambung ke Bahagian 4: Saling Cekik Mencekik

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 4
Saling Cekik Mencekik

Khairy Jamaluddin memang pintar mencipta pelbagai halangan terhadap para pencabar yang berani bersuara secara terbuka mengekang kemaraannya. Akan tetapi bagaimana caranya beliau melumpuhkan golongan muda yang pernah diasuh oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau muncul lagi? Sememangnya ada beberapa pemimpin pelapis yang telah menerima didikan dan asuhan daripada Paklah. Mereka ini semuanya adalah laksana kuda hitam yang berkemungkinan besar mencabar Khairy Jamaluddin dalam beberapa tahun yang akan datang. Salah seorang yang sudah pun mengisytiharkan niat ini secara peribadi dalam kumpulan UMNO ialah Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Perlis, Datok Zahidi Zainol Abidin, 41.

Satu ketika dahulu terjadi peristiwa bagaimana Hishamuddin Hussein bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Zahidi telah muncul sebagai salah seorang pencabar Hishamuddin – walaupun dia tahu betapa Hishamuddin adalah anak lelaki kepada seorang bekas Perdana Menteri sedangkan beliau tidak diketahui sangat oleh umum. Bekas juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia yang memiliki ijazah daripada UiTM telah mencabar Hishamuddin dengan kesedaran bahawa dia akan kalah, setelah mengambil kira Hishamuddin memang popular dan disokong kuat oleh TKT Mahathir. Dia tetap meneruskan cabarannya. Kenapa?

Zahidi merupakan salah seorang insan UMNO yang aneh. Adalah sukar untuk menganggap beliau sebagai seorang insan yang berprinsip walaupun ada nilai yang baik dalam sifatnya. Beliau ini mempunyai satu keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap keupayaan diri, dan terlalu gemar berbangga mengatakan yang dia adalah calon ‘underdog” (yang serba kekurangan). Zahidi berpendapat bahawa tidak semestinya UMNO dipimpin oleh zuriat keluarga politik yang tersohor sahaja seperti Hishamuddin Hussein Onn. Dia memang yakin terhadap menongkah arus pemikiran bangsawan.

Itulah sebabnya Zahidi sanggup mencabar Hishamuddin. Walaupun kalah teruk, dia masih mampu mencari keselesaan ‘tilam’ lama kerana dia sudah lama merupakan pengikut setia dan loyalis kepada Abdullah Badawi sejak zaman Tim B lagi. Abdullah telah lama bergantung kepada sokongan Zahidi semasa beliau merewang dahulu dan pernah menganggap Zahidi sebagai seorang anak angkatnya. Ketika Khairy muncul dalam gelanggang dan skrin radar Abdullah, Zahidi naik angin. Dia terasa betapa Abdullah sedang diheret memasuki satu taman larangan oleh seorang lulusan Oxford yang petah berkata-kata. Zahidi mahukan Abdullah lebih bersemangat ke arah nasionalisme Melayu dan tidak mudah diperkotak-katik ke arah politik era baru oleh Khairy.

Zahidi telah mencuba sebaik mungkin agar Abdullah meneruskan perjuangan lama yang lurus walaupun sempit. Sudah tentu dia tidak menyaingi mainan Khairy dan rakan-rakannya. Betapa dicuba, dia tidak mampu menguis budak hingusan itu, begitu juga halnya dengan Khairy yang tidak berjaya menguis Zahidi daripada perhatian Abdullah. Abdullah terpaksa mengimbangi jalinan yang bukan mudah dengan mereka berdua. Khairy masih merupakan penasihat yang terunggul kepada Abdullah tetapi Abdullah masih juga bergantung harap kepada Zahidi untuk memberikannya pendapat alternatif walaupun dalam banyak hal pendapat itu tidaklah penting sangat kalau dibandingkan sumbangan seorang anak menantu. Untuk mengubat hati Zahidi yang terguris, Abdullah bercadang melantik Zahidi menjadi Menteri Besar Perlis semasa pilihan raya umum dahulu seandainya Shahidan Kassim gagal menumpulkan kemaraan PAS. Zahidi telah merasa hampa apabila Shahidan berjaya melenyapkan gelombang hijau PAS dengan bantuan keluarga istana Perlis, lantas menjamin pengekalan beliau di puncak kuasa UMNO Perlis. Namun, Zahidi dinaikkan pangkat menjadi Exco Kanan dalam Dewan Undangan Negeri Perlis.

Sejak itu Khairy telah mengumumkan secara terbuka niat mahu mencabar Khairy, tentunya dengan niat memberikan satu dua pengajaran kepada golongan bangsawan. Itu sebabnya Khairy telah melantik seorang ‘ulat politik’ di kalangan kumpulan Zahidi. Ulat politik ini bernama Ben ataupun Rozabil Abdul Rahman yang merupakan salah seorang penyokong terkuat Khairy. Malahan, sejak 1999 dia sudah menjadi pemegang saham dalam sebuah syarikat milik ibu Khairy yang berpangkalan di Pulau Pinang dan Kedah yang membekalkan keperluan sekolah-sekolah di rantau itu. Ben mempunyai satu cita-cita besar untuk berpencak di arena politik kebangsaan tetapi Khairy telah meminta beliau buktikan kemampuan menghenyak Zahidi dulu di Perlis.

Ben bukan berasal daripada Perlis. Bapa beliau, Abdul Rahman Kader adalah bekas pemimpin kesatuan sekerja yang merupakan seorang Anwaris dan pernah menjadi Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di peringkat nasional dan juga di Pulau Pinang. Daripada tahun 1999 hingga 2004, Pak Rahman merupakan wakil PKR di Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pak Rahman berasal daripada Perak sedangkan Ben sudah lama menetap di Kuala Lumpur. Akan tetapi banyak perkara boleh terjadi dalam cara Khairy mencanai jaringan politik beliau. Secara tiba-tiba Ben sudah menjadi anak Perlis dan mengembangkan sayapnya atas kemahuan Khairy. Salah satu tugas beliau ialah menentukan agar Zahidi akan terjerumus ke kancah keaiban yang akan mencemar kerjaya politiknya.

Semasa pilihan raya umum yang lalu, Ben telah merencana sesuatu bagi pihak Khairy. Beliau telah merancang untuk bertemu Zahidi dengan alasan mahu mendapatkan bantuan dan sokongan beliau untuk menang pemilihan Ketua UMNO Bahagian Kangar. Ben telah menjanjikan wang kempen yang lumayan kepada Zahidi untuk memudahkan rencana ini. Zahidi bersetuju dengan mudah sambil menerima RM300,000 sebagai bayaran pendahuluan pertama.

Memang niat Ben tidak baik kerana tujuan sebenarnya ialah mahukan bukti bahawa Zahidi bergelumang dengan politik wang dan dapat dirujukkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Inilah yang terjadi seterusnya. Zahidi telah mendapati beliau menjadi sasaran siasatan oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen. Beberapa helai surat yang menuduh beliau membayar wang sogokan telah dikemukakan kepada Tengku dan beberapa rakaman perbualan telefon dalam pita rakaman di mana Zahidi telah meminta Ben mempercepatkan bayaran wang itu ke dalam akaun bank beliau telah pun diserahkan kepada ahli-ahli jawatankuasa.

Zahidi telah didapati bersalah dan diberikan amaran. Umum telah diberitahu betapa kesilapan beliau ialah menghalang orang tertentu daripada terpilih menjadi ahli perwakilan dengan cara memfitnah mereka. Namun, secara berahsia Tengku Rithauddeen telah memberi amaran kepada Zahidi jangan buat kacau seandainya beliau tidak mahu diumumkan kesalahan yang lain termasuk memberi sogokan sebanyak seribu Ringgit setiap satu kepada ahli-ahli dalam Bahagian Kangar. Semasa siasatan itu Zahidi telah diberi amaran agar tidak memberitahu pihak media apakah yang dikatakan oleh jawatankuasa kepada beliau.

Zahidi telah diberitahu betapa beliau bernasib baik disebabkan beliau adalah anak emas Paklah. Akan tetapi kalau beliau masih terus berdegil menyanggah kepimpinan bangsawan, Jawatankuasa Disiplin akan mencari jalan lain untuk menyembelihnya.

Tidak ada sesiapa yang terfikir bahawa Zahidi sanggup berdiam diri. Tidak syak lagi betapa beliau sudah sedar betapa pertaruhan mencabar Khairy bukannya satu pertaruhan yang bersih dan mudah seperti mana beliau mencabar Hishamuddin Hussein satu ketika dahulu.

Ada seorang lagi loyalis Paklah seperti Zahidi juga yang bukan daripada golongan bangsawan. Namanya ialah Reezal Marican Naina Merican berketurunan India Muslim daripada Pulau Pinang. Selama tiga tahun sebelum Khairy muncul di kediaman di Jalan Bellamy, beliau telah berkhidmat dengan Paklah dan berjaya menonjolkan ketokohannya.

Reezal Merican (yang kerap dipanggil Ustaz Merican) adalah lulusan UIA yang amat gemar dengan kemewahan berpolitik dan gadis serta pelakon wanita yang cantik-cantik. Beliau tidak dapat menerima keadaan betapa kesetiaannya selama berkhidmat dengan Paklah boleh dirungkai oleh kemunculan Khairy. Semasa Abdullah naik mengungguli jawatan pertama, Reezal fikir itulah masanya untuk beliau menikmati kejayaan itu. Dia beranggapan peranannya yang menyinar di UIA sambil menyakat hati kawan-kawan pelajar yang amat setia kepada Anwar Ibrahim, sudah pasti akan dihargai. Abdullah memang sedar akan kesetiaan beliau dalam mengukuhkan imejnya. Reezal telah mengharapkan bahawa Abdullah akan menghadiahkan beliau dengan satu jawatan yang tinggi dalam kerajaan.

Akan tetapi bila tiba masanya Reezal telah menerima satu surat lantikan untuk bertugas di Kementerian pimpinan Shahrizat Abdul Jalil menjaga beberapa isu perpaduan negara. Khairy telah menyekat kenaikan pangkat Reezal dengan menyediakan satu memorandum mengandungi nama orang yang patut dinaikkan pangkat sebagai penasihat kepada Paklah dan nama Rezal tidak dimasukkan dalam senarai itu.

Reezal bersabar lagi. Dia cuba menonjolkan diri sebagai calon yang lebih penting dalam kerajaan baru Paklah dengan menunjukkan betapa beliau mempunyai hubungan baik dengan masyarakat pelajar universiti. Dia berjaya dilantik sebagai ketua alumni UIA dan tentunya memiliki satu pangkalan sokongan daripada golongan pelajar. Mungkin kerana inilah Paklah mengalah dan pada November 2003 melantik Reezal menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Pertama. Jawatan itu tidaklah sehebat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, tetapi apabila dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama, Reezal tidak dapat mengeluh sangat.

Khairy tidak dapat menerima perubahan ini secara selamba. Dia telah mengemukakan satu lagi memo rasmi kepada Paklah menyatakan bahawa lulusan UIA itu tidak layak dengan jawatan itu kerana tidak ada nilai tinggi dalam usaha Paklah mewujudkan satu pentadbiran yang dibarisi satu pasukan professional yang muda dan pintar belaka. Khairy juga menuduh Reezal terbabit dengan beberapa artis muda dan pembaca berita yang muda-muda belaka. Surat yang diletak di meja Paklah telah diambil dulu oleh Ketua Setiausaha Peribadi Paklah, Dato' Thajudeen Abdul Wahab yang membuat satu salinan dan menyerahkannya kepada Reezal. Setelah membacanya, Reezal bersumpah mahu bertindak balas dan menyingkirkan Khairy daripada kumpulan yang rapat dengan Paklah.

Sumpah seranah itu dibuat semasa hati panas. Akhirnya Reezal sedar diri dan berpendirian adalah lebih baik kalau beliau dilihat menyokong Khairy setidak-tidaknya buat masa ini. Dia berundur setapak ke belakang dan membiarkan Khairy bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan beliau hanya bertanding sebagai ahli Exco biasa sahaja. Sedangkan beliau mempunyai hubungan yang lebih lama dengan para perwakilan pergerakan itu. Pada waktu yang sama Reezal cuba memperkasakan tenaga dan ketumbukannya. Khairy banyak mendapat sokongan daripada lulusan luar negara dan orang bukan-Melayu serta fraksi Melayu liberal dalam UMNO. Reezal Merican lebih popular dengan golongan 30-an daripada universiti tempatan.

Satu pertembungan secara berdepan hampir tercetus kalaulah tidak disebabkan kepintaran Khairy mengelaknya.

Apakah kemampuan Khairy untuk menumpulkan pengaruh Ustaz Reezal? Sebagai lulusan Oxford, Khairy cuba menilai keadaan daripada sudut hierarki. Kalaulah diandaikan Khairy yang berkelulusan Oxford itu laksana beruk yang tertenggek di dahan yang paling tinggi, tentu sekali Reezal adalah si beruk yang bergayut di dahan bawah. Untuk menghumban si beruk di bawah itu Khairy memerlukan beruk yang lebih rendah darjatnya tetapi lebih agresif, dan lebih rela menjadi pengikut dan tidak untuk memimpin. Khairy berjaya mengesan beruk jenis ini yang bernama Datuk Abdul Azeez Rahim.

Abdul Azees mempunyai banyak persamaan dengan perwatakan Reezal. Sebagai seorang mamak dia juga mempunyai citarasa yang menyerupai citarasa Reezal Merican dan mereka berdua pernah berkahwin sebanyak dua kali. Yang lebih penting lagi, Abdul Azeez adalah seorang peniaga yang naik atas daya usaha sendiri dan sudah tentu mampu menumpulkan sebarang usaha Reezal untuk mempengaruhi ahli politik muda yang lulus di universiti tempatan. Khairy telah mencadangkan agar dicipta satu sayap baru bernama UMNO Putera dan melantik Abdul Azeez sebagai peneraju utama untuk menjangkau pengaruh di universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi. Khairy sedar betapa beliau amat kekurangan sokongan masyarakat ini dan amat memerlukannya. Abdul Azeez diberikan peranan mencari pengaruh ini sambil melumpuhkan pengaruh Reezal.

Sekali gus Reezal menjadi kucing jantan yang sudah dikasi, dikelilingi Putera UMO yang mudah disogok dan diberikan apa juga yang mereka mahu. Seandainya satu hari nanti Reezal cuba menggoncang takhta Khairy dia akan berdepan dengan satu kumpulan anggota Putera UMNO yang bersedia melibas beliau ke tepi. Khairy tidak perlu gusar lagi dilihat sebagai lulusan Oxford yang ketandusan sokongan daripada golongan kelas menengah bawahan. Itu tugas Abdul Azeez menentukan segala-galanya beres belaka.

Masa akan terus berlalu tetapi Khairy tidak mampu membiarkan dirinya menangani masalah ancaman yang mungkin muncul daripada Pemuda UMNO semata-mata. Masih ada bahaya yang lebih besar dan mengancamnya untuk menjadi seorang Perdana Menteri ketika berusia 40 tahun. Ada lagi ikan yang lebih penting untuk digoreng dan ikan itu bernama Najib...
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 5
Antara Bakal Pengganti Dan Penyamar Bermimpi
Tersebut kisah seorang ahli politik muda UMNO yang naik mencanak ke puncak kuasa. Sebenarnya dia ini seorang anak muda yang masih hingusan. Tetapi disebabkan hubungannya yang rapat dengan satu keluarga politik yang berkuasa menyebabkan dia berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam pergerakan Pemuda UMNO sedangkan usianya masih muda.

Akhirnya beliau naik memegang satu jawatan tinggi dalam pergerakan itu. Dia menjadi seorang menteri dan kerap disebut-sebut sebagai bakal menduduki jawatan Perdana Menteri. Walaupun tidak mempunyai pengalaman berpolitik sebelum menganggotai UMNO dia telah berjaya menonjol dengan cara melaga-lagakan satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain, sambil mengapi-apikan isu perkauman dan bersuara lantang menyokong konsep hak ketuanan Melayu. Semua ini dilakukannya di sebalik kepercayaan beliau yang amat bertentangan dengan semua itu dalam kehidupannya seharian. Sebagai seorang anak muda yang telah menghabiskan keseluruhan usia muda mengikuti pendidikan di luar negara membuatkan beliau susah sangat bercakap dengan petah dalam bahasa ibundanya sendiri. Mujur ada seorang isteri daripada tokoh politik yang berpengaruh tetapi tidak punya banyak ambisi politik sendiri yang sanggup memberikan sokongan agar beliau terus naik meniti tangga kuasa.

Sesiapa pun boleh dimaafkan kalau berfikiran bahawa gambaran di atas mengena Khairy Jamaluddin. Malahan sesungguhnya inilah yang diimpikan oleh Khairy. Inilah impiannya yang dilakar di sebalik satu sampul surat sebagai rencana beliau naik ke puncak kuasa politik tanah air. Cuma, khayalan demikian sudah lama dilakar oleh seorang insan sebelum Khairy dan nama beliau ialah Najib Tun Razak.

Memang Khairy dan Najib mempunyai banyak persamaan dalam usaha mereka naik ke mercu kuasa. Cuma mereka berdua tidak saling bersesuaian. Khairy sedar betapa Najib akan “menindas” beliau sebaik sahaja Abdullah Ahmad Badawi melepaskan persada politik. Begitu juga Najib, yang begitu tidak selesa dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah sehinggakan beliau sedar betapa peluang beliau menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih cerah seandainya Khairy dapat dipinggirkan.

Persinggitan antara Khairy dan Najib berpunca dari sikap Khairy yang tidak sabar dan mempunyai ambisi secara lantang mahu menjadi Presiden UMNO sebelum dia mencapai usia 40 tahun. Ini amat bertentangan dengan sikap Najib. Beliau ternyata bersabar dan mudah dilihat sebagai lembab dan kurang bertenaga. Akan tetapi Najib sesungguhnya mempertontonkan satu mainan politik yang sungguh berhati-hati berbanding Khairy yang suka bersikap begitu menonjol sekali.

Mereka memang amat faham betapa UMNO merupakan satu parti yang kecil untuk mereka berdua. Pada usia 52 tahun, Najib memang mudah menyekat kemaraan Khairy untuk 25 tahun kalau tidak lebih dari itu. Dalam politik tempoh masa satu minggu adalah dianggap satu tempoh yang panjang. Makanya dua puluh lima tahun sudah tentu laksana satu penantian yang abadi. Yang lebih menyenakkan lagi, Khairy beranggapan bahawa Najib akan bertindak membasmi segala tindakan reformasi Abdullah (bererti megenyahkan sumbangan Khairy) dan mengembalikan UMNO kepada cara lama semasa ia diterajui oleh Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad.

Najib merupakan anak emas bekas Perdana Menteri TKT Mahathir, yang paling menonjol sekali, di kalangan generasinya. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan satu bahagian pakej tolak-ansur yang diatur oleh Dr. Mahathir sebagai syarat untuk beliau turun takhta. Walaupun Mahathir sudah menerima pengakuan Abdullah bahawa beliau sanggup melantik Najib sebagai Timbalannya, Mahathir cuba memperkasakan soal warisan penggantian itu dengan memberi kiasan yang amat ketara kepada pihak media betapa Najib adalah insan yang paling sesuai untuk menjadi timbalan kepada Abdullah.

Mahathir bertungkus lumus memberikan arahan kepada beberapa anggota kabinet untuk mewar-warkan selalu betapa Najib adalah satu-satunya orang (calon tunggal) yang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang terdekat. Khalil Yaakob yang ketika itu menjadi Menteri Penerangan telah mendesak Abdullah selalu, sehingga Khairy naik angin. Apabila pilihan raya umum 2004 tiba, Khalil secara tiba-tiba mendapati dirinya dihantar untuk menjadi seorang Yang DiPertua Negeri di negeri kelahiran isterinya, Melaka.

Pada satu ketika apabila Mahathir membuat kiasan dengan cadangannya agar Timbalan Perdana Menteri dilantik pada waktu yang sama Abdullah mengangkat sumpah jawatannya sebagai Perdana Menteri yang Kelima. Abdullah hanya mengetap bibir tanpa bersuara apa-apa. Dia sedar betapa risikonya terlalu tinggi untuk menggoncang perahu sewaktu itu.

Namun demikian, Abdullah pernah juga mencuba main tarik-tarik tali dengan Mahathir. Dia mahu bahawa Timbalan Perdana Menteri merasa yang dia berhutang budi kepadanya dan bukan kepada bekas ketuanya. Kerana itu dia sengaja melengahkan masa membuatkan negara tertunggu-tunggu untuk seketika sambil memberikan kiasan kepada orang ramai betapa terdapat ramai tokoh seperti Muhiyuddin Yassin yang mungkin sesuai menjadi calon Timbalannya. Setiausaha Politik Abdullah ketika itu, Ramzi Abdul Rahman (kini Pengerusi KESEDAR) telah diminta memberitahu Dr. Shaharuddin Mohd Salleh betapa “Najib hanya dianggap calon pengganti kerana mengikut kemahuan Mahathir sahaja.” Berasaskan janji-janji inilah membuatkan Shaharuddin pergi memberitahu Muhyiddin betapa mereka akan berpindah ke pejabat baru di Putrajaya tidak lama lagi.

Akan tetapi, segala kiasan itu bukanlah serius sangat kerana Abdullah sedar bahawa seandainya beliau tidak melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir sudah pasti menentukan Abdullah menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang terlalu singkat perkhidmatannya.

Apabila menyedari bahawa ayah mertuanya tidak ada pilihan lain kecuali melantik Najib, Khairy telah mencuba merancang agar Najib mempunyai pandangan yang baik terhadap beliau. Pertama, dia telah cuba meyakinkan Najib bahawa sebagai seorang penasihat yang paling perkasa kepada Abdullah Ahmad Badawi, dia mempunyai kuasa untuk mempengaruhi segala keputusan dalam melantik Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Khairy telah memberi keyakinan Najib beberapa kali betapa Abdullah memang sudah pasti memilih Najib dan bukannya Muhyiddin ataupun calon-calon lain. Cuma, Abdullah memerlukan sedikit keyakinan - yakni satu pertanda yang menunjukkan bahawa Najib memang akan taat dan setia kepada Abdullah. Malahan. Khairy telah memberitahu Najib bahawa dia sendiri pun pernah memujuk Abdullah agar tidak memikirkan Muhyiddin sebagai calon kerana menganggap Muhyiddin sebagai terlalu rapat dengan Anwar. Sebaliknya, Najib dianggap sebagai ‘seorang pemimpin setia’ yang mampu berkhidmat sebaik mungkin kepada sesiapa yang menjadi Presiden UMNO. Khairy telah memberitahu Najib betapa dia meyakinkan Abdullah akan kesetiaan dan kecekapan Najib.

Ada satu ketika semasa Najib begitu tidak menentu akan masa depan politiknya, Khairy telah mengambil kesempatan akan kelemahan Najib dengan melantik beberapa orang pilihan beliau di pejabat Najib. Khairy sedar betapa kebanyakan pegawai Najib memberikan kesetiaan sepenuhnya dalam khidmat mereka kepada beliau. Antara beberapa pembantu itu ialah Datuk Alies Anor. Alies amat rapat dengan ABIM (isteri beliau ialah seorang aktivis ABIM), tentunya beliau rapat dengan Anwar Ibrahim. Malahan, ramai pembantu-pembantu muda Najib datang daripada kem pro-Anwar kerana Najib pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda pada 1990-an dahulu. Apabila bintang Anwar menyinar, Najib cuba menyeronokkan beliau dengan melantik beberapa penyokong kuat Anwar bertugas di pejabatnya.

Selain Alies Anor, Najib juga memiliki beberapa orang penasihat yang mempunyai pandangan kosmopolitan dan berbeza dengan Alies. Yang menonjol di antara mereka itu ialah Abdul Razak Baginda dan seorang tokoh perniagaan yang cergas di sebalik tabir, bernama Rohana. Wanita ini menjaga segala harta benda Najib dan ahli keluarga beliau di seberang laut – seperti apatmen mereka di London dan beberapa buah rumah di Australia seperti di Melbourne dan Gold Coast. Khairy telah mendekati dua tokoh ini dan meyakinkan mereka betapa orang yang paling layak untuk menjadi penasihat kepada Najib ialah seorang insan bernama Omar Ong (sila baca bahagian 2 hikayat ini)

Omar Ong menjadi balaci Khairy di pejabat Najib. Dia mula bertugas di sebuah pejabat yang terletak hanya beberapa pintu sahaja jauhnya daripada bilik pejabat Najib dan telah diberikan perkhidmatan kereta yang dipandu supir serta jawatan yang sama tarafnya dalam perkhidmatan awam sebagai satu takuk di bawah jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.

Susun atur demikian masih dianggap tidak mencukupi. Khairy amat risau kalau-kalau Najib berkemungkinan menyimpang jauh daripada laluan sempit yang dilakar untuknya oleh Omar Ong. Lebih-lebih lagi memandangkan Omar Ong bukanlah individu yang paling berkarisma dan sebagai seorang muallaf tentunya dia mudah dianggap sebagai orang luar oleh para penyokong Najib.

Inilah membuatkan Khairy menggunakan taktik lain dengan mengambil khidmat seorang kawan rapatnya bernama Dr. Liew yang merupakan rakan perniagaan dalam satu syarikat perniagaan bernama Ethos Sdn Bhd. Inilah sebuah syarikat proksi Khairy yang mendapatkan kontrak kerajaan. Khairy telah memperkenalkan Ethos kepada Najib dan dengan pantas telah mendapatkan kakitangan baru yang dibayar gaji lumayan untuk memberikan khidmat nasihat kepada Najib mengenai beberapa tugasan utama di Kementerian Pertahanan. Melalui tugasan bersepadu itu, para penasihat Najib dan pegawai kerajaan mendapati betapa peranan mereka semakin mengecut dan sebaliknya serba-serbi diatur oleh Liew dan para pegawai beliau untuk membuat keputusan terhadap perkara yang sensitif di Kementerian Pertahanan. Kontrak yang tertutup mula diberikan kepada syarikat yang ada kaitan rapat kepada Omar Ong dan Dr. Liew.
Para penasihat lama Najib, khususnya Alies Nor, sedar mulanya satu keadaan yang begitu mengelirukan. Mereka mula sedar betapa mereka tidak lagi menikmati pemerhatian Najib. Sebaliknya Najib mula memberikan tumpuan kepada orang-orang Khairy yang sudah pasti memberikan liputan laporan kepada beliau akan pergerakan harian Najib. Tambahan lagi, mereka telah gunakan kedudukan masing-masing untuk menyekat beberapa orang yang rapat dengan Najib daripada menemui menteri itu - sehingga tercetus satu situasi di mana orang-orang ini mula merenggangkan diri daripada Najib.

Mereka telah mengganggu mesyuarat harian yang diatur oleh Alies Anor dan pegawai-pegawai lama sehingga mencetuskan banyak masalah di pejabat Najib. Akan tetapi Najib sedar betapa inilah harga yang perlu dibayar. Najib sedar betapa Alies Anor memang taat dan setia kepadanya walaupun diketepikan daripada jawatannya. Najib mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kerana itu sanggup membayar apa juga harganya, walaupun sedar bahawa dia perlu tunduk kepada orang-orang Khairy seandainya perlu.

Akhirnya, Abdullah tidak boleh berlengah lagi dengan keputusan beliau dan Najib pun menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dirancang oleh TKT Mahathir. Khairy cuba bermegah dengan Najib bahawa dialah bertanggungjawab dan telah mengaturkan satu liputan media yang menyeluruh dengan bantuan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan (Ketua Editor Kumpulan NST yang merupakan khadam Khairy jua). Apabila Najib mula merasa selesa dengan jawatan barunya, Najib mula menunjukkan belangnya. Dia mula merasakan tidak perlu lagi memberikan tumpuan kepada Khairy dan orang-orangnya seperti dahulu. Dengan kata mudah, Najib mula melawan balik dan melonggarkan rantai yang dibelenggu oleh Khairy dan Omar Ong terhadap dirinya.

Najib mula mewujudkan satu ketumbukan bakat-bakat muda di pejabat beliau sebagai satu saingan kepada orang-orang Khairy. Najib telah memilih Khairil Annas Yusuf seorang lulusan UIA dan graduan perundangan daripada Oxford yang mempunyai latar belakang ABIM. Sudah tentu orang ini mempunyai pendapat yang berbeza dengan Khairy. Dia dilantik sebagai seorang Pegawai Khas tambahan. Najib juga telah mengecutkan tugas Omar Ong sebagai penulis ucapannya dan lebih mengharapkan kepada Khairil Annas. Di waktu yang sama Khairil Annas mula memberikan tunjuk ajar kepada Najib akan cara membetulkan bakat berucap dalam bahasa Melayu, termasuk penekanan kepada retorik dan gerak-gerinya. Ini memang tidak pernah menjadi amalan politik Najib sebelum itu.

Omar Ong adalah anak menantu kepada Ismail Ibrahim Pengerusi Majlis Fatwa negara. Tetapi ini tidak bermakna Omar Ong adalah pakar dalam ilmu keagamaan. Khairil Annas telah memberikan lapisan khidmat dalam bidang ini dan dengan pantas sudah diterima Najib sebagai anak emasnya. Orang-orang Khairy di Ethos pun mula sedar apabila Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau kurang sangat mendengar cakap mereka lagi. Dr. Liew yang pada satu ketika dahulu diberikan tugas menyelesaikan masalah FELDA telah mendapati dirinya diketepikan oleh seorang lantikan baru dalam pengurusan hal ehwal Felda. Beliau ialah Ahmad Maslan, seorang anak Johor yang merupakan penyokong setia Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Mohamad.

Khairy telah memberikan arahan kepada Dr. Liew agar mencadangkan supaya Felda menjual saham-sahamnya di beberapa syarikat yang tersenarai di Papan Pertama Bursa, seperti Maybank, kepada pihak yang rapat dengan ECM Libra. Syarikat ini adalah satu bank pelaburan ‘perhiasan’ yang dimiliki oleh Kalimullah Masheerul Hassan. Pada waktu yang sama syarikat ini menggaji Khairy sebagai pengarah Penasihat Korporat. Pada mulanya Dr. Liew ingat dia boleh melakukan perkara ini dengan mudah kerana itu adalah arahan yang datang daripada Khairy. Sebaliknya, Najib telah menggunakan Ahmad Maslan untuk menghalang urusan itu sambil beliau mengarahkan agar diadakan satu penilaian semula terhadap cadangan itu berasaskan merit.

Walaupun, Alies Anor yang merupakan musuh paling ketat Khairy di kem Najib, tidak lagi bersama Najib, tetapi beliau mula kelihatan kerap berada di kalangan orang–orang yang rapat dengan Najib secara tidak rasmi. Alies Anor tidak berjumpa dengan Najib di pejabatnya di Putrajaya, tetapi mereka kerap bersama-sama di rumah kediaman peribadi Najib di Taman Duta ataupun di pejabat Yayasan Tun Raha di Pekan setiap kali Najib mengadakan lawatan mingguan di situ. Najib sudah mula merancang keputusan di luar pejabat rasminya dan Khairy sudah mula merasa sukar mendapatkan butiran mengenai pergerakan Najib.

Najib juga sudah mula mewujudkan satu alternatif kepada jaringan pengikut setia Khairy dalam Pemuda UMNO di Pahang. Beliau telah merestukan penubuhan Persatuan Pemuda Pekan yang kini dilihat mampu bersaing dengan Pemuda UMNO di sana. Dengan mengongkosi pertubuhan itu agar mereka yang mengurusnya mendapat gaji tetap, persatuan itu mula sedar betapa mereka adalah lebih berpengaruh mendapatkan perhatian Najib berbanding mendapatkannya melalui pegawai Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda UMNO di Pekan akhirnya sedar betapa mereka tidak lagi dipercayai oleh Najib kerana dilihat sebagai kesinambungan aktiviti Khairy sahaja.

Pergolakan yang menyerlah ini memberi kesedaran kepada Khairy betapa rencana beliau untuk mencucuk hidung Najib sudah mula tidak kesampaian. Dia terus terkejut apabila Tengku Razaleigh Hamzah menerima pencalonan daripada Bahagian UMNO Gua Musang untuk jawatan Presiden UMNO. Tetapi bahagian yang sama juga telah mencalonkan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dengan kata lain, Abdullah telah kekurangan satu pencalonan berbanding timbalannya sendiri. Gua Musang telah memberikan isyarat bahawa mereka sukakan Najib tetapi membenci Abdullah.

Dalam beberapa pertemuan peribadi, Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan bertanding jawatan Presiden untuk menjamin Najib akhirnya menggantikan Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO dan menentukan Paklah ataupun orang-orangnya tidak akan mempermainkan Najib seolah-olah dia seorang yang bongok. Kerana itu Tengku Razaleigh telah membuat perjumpaan dengan beberapa sekutu utama Mahathir seperti Daim Zainuddin dan Sanusi Junid memberitahu mereka akan hasrat beliau mencabar Abdullah. Satu minggu sebelum Tengku Razaleigh membuat pengumuman akan kesediaan beliau mencabar Paklah, Daim dan Sanusi telah dilihat makan bersama dengan beliau.

Barulah Khairy sedar betapa Najib bukan calang-calang seteru politik yang mudah dikuisnya ke tepi. Memang biasalah seandainya Najib menganggap Khairy sebagai budak hingusan yang tidak patut diberikan kedudukan seperti itu dan memang mentah lagi dalam berpolitik. Walaupun Najib dan Khairy sama-sama meniti tangga politik ketika berusia muda, Najib pernah berkhidmat sebagai aprentis dalam UMNO dan kerajaan termasuk sebagai seorang Timbalan Menteri di kerajaan pusat dan Menteri Besar Pahang. Sebaliknya Khairy telah memilih satu laluan lain untuk naik berkuasa – dan laluan ini dianggap sesuatu yang disangsikan oleh para penyokong Najib.

Kerana itu Khairy sedang merancang satu rencana bagaimana mengaibkan Najib dengan tujuan mahukan Najib jatuh, ataupun setidak-tidaknya meyakinkan Najib bahawa kesinambungan hayat politik beliau secara jangka panjang banyak bergantung kepada ihsan dan keserasiannya. Khairy beranggapan terdapat tiga bentuk senjata yang boleh digunakannya. Satu ialah menggunakan kuasa Abdullah untuk ‘memenggal kepala’ Najib. Tetapi tindakan itu dianggap terlalu berisiko tinggi. Walaupun Najib bukanlah semacam Anwar yang akan melawan balik, dia pasti akan mengusahakan satu cabaran seandainya mengumumkan sokongan agar ‘dirombak pucuk kepimpinan’. Kerana itu, usaha menjatuhkan Najib persis kaedah TKT Mahathir adalah sesuatu yang tidak diingininya.

Kaedah yang kedua ialah menggunakan pengaruh yang kuat di kalangan media. Inilah cara yang akan digunakannya.

Bersambung ke Bahagian 6: Taman Permainan Media Khairy

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 6
Taman Permainan Media Khairy

Sejarah telah merakam pelbagai cara menghapuskan kerjaya seseorang ahli politik UMNO. Malahan, panglima perang yang perkasa pun mudah dapat dinyah untuk bersara, seandainya pelbagai kombinasi skandal dapat direkacipta serta dapat pula digembleng saluran yang baik untuk menyebarkannya. Pembunuhan (assasin) politik dapat dilaksanakan secara mudahnya dengan menggunakan pihak media. Yang diperlukan ialah mengupah segelintir manusia termasuk wartawan dan tukang komentar politik. Masakini, kita tidak lagi perlu mengupah seorang wartawan yang tulen, kerana seorang wartawan internet sudah mencukupi untuk tujuan itu.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah dimusnahkan dengan cara penyebaran surat layang yang sungguh berbisa kandungannya. Surat itu telah menuduh Tunku memperlekeh Bangsa Melayu kerana memanjakan orang Cina. Tunku juga difitnah sebagai seorang pemimpin yang gila perempuan, kuat minum arah dan kaki judi. Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah terselamat oleh kematian beliau yang mengejutkan, jika tidak beliau juga mungkin diaibkan oleh taktik kotor yang sama oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Harun Idris. Harun pernah menuduh Tun Abdul Razak merelakan anasir-anasir komunis masuk meresap jabatannya. Tentu semua orang masih ingat betapa Anwar Ibrahim telah digulingkan. Satu campuran ‘pendedahan’ dan ‘pengakuan’ telah disiarkan melalui media rasmi termasuklah penerbitan buku “50 Dalil” yang ditulis oleh Khalid Jeffri yang baru sangat dikenakan hukuman memfitnah dan mengaibkan Anwar sebagai seorang yang korup dan kaki sodomi sambil berselindung di sebalik kewarakannya.

Semua itu adalah taktik lama dan Khairy Jamaluddin amat faham yang lebih baik lagi untuk bergantung kepada teknik seperti itu. Masa sudah berubah Pergerakan Reformasi telah berjaya membuktikan keberkesanan media siber dan juga akhbar asing dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat Malaysia yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap apa yang ditulis oleh media arus perdana.

Justeru, memang tidak menghairankan apabila serangan pertama yang dilakukan oleh Khairy terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah dilakukannya melalui internet dan juga dengan menggunakan media asing.

Untuk mengukuhkan kerja busuk ini, Najib telah digembar-gemburkan sebagai seorang ahli politik “yang tidak pernah bersih”. Najib telah dikaitkan kepada pelbagai bentuk skandal yang bermula daripada pembahagian kawasan balak kepada saudara rapatnya semasa menjadi Ketua Menteri Pahang pada awal 1980-an dahulu sehingga ditangkap basah di Port Dickson kerana dikatakan berkhalwat dengan seorang artis terkenal di sebuah motel. Namun, tidak satu pun skandal ini dapat menggulingkan Najib kerana umum sudah lali dengan cerita kerakusan orang politik UMNO yang memang difahami sentiasa rakus dan korup. Malahan semua pihak sudah mengakuinya, betapa kelemahan besar Najib ialah kaum hawa dan beliau bukan bersendirian dalam menghadapi kelemahan begini. Ini sudah merupakan kelemahan para pemimpin UMNO juga.

Lantas, seperti kes Anwar Ibrahim dahulu, segala skandal Najib perlu digembar-gemburkan ataupun direkacipta dari mula lagi.

Sudah wujud dua peristiwa di mana Khairy Jamaluddin pernah bersuara lantang mengatakan bukannya sukar sangat mengada-adakan perkara semacam itu. Yang pertama berlaku beberapa bulan dulu, dalam satu jamuan makan yang dihadiri oleh rakan sekutu perniagaan seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO bernama Datuk Norza Zakaria. Ketika itu Khairy telah berbisik kepada seorang peniaga yang berusia 35 tahun, betapa bukan sukar sangat mengada-adakan satu skandal yang dapat menggulingkan Najib. Khairy kata, “itu kacang sahaja”. Setelah mendengarnya, peniaga yang khusus itu cuba menunjuk-nunjuk pula kepada kawan-kawan beliau yang dia mempunyai maklumat dalaman betapa Najib akan ditendang daripada mercu jawatannya.

Peristiwa yang kedua berlaku pada bulan Jun 2004. Ketika itu Khairy dilihat sebagai calon untuk jawatan Chief Operating Officer (COO) bagi Khazanah Nasional. Beliau sudah terlalu yakin akan dilantik kepada jawatan itu oleh Pengarah Besar, Azman Mokhtar. Khairy telah mengajak kawan-kawan universiti dahulu dan menyerlahkan rencana beliau untuk menyusun semula Khazanah. Ada seorang kawan beliau bertanya apa pula pendapat Najib akan pelantikan beliau yang terbaru itu nanti. Khairy menjawab, seandainya Najib tidak suka dia akan “nyahkan Najib dalam penjara.” Khairy terus menyombong dan berkata bahawa Naib akan jatuh tersungkur dengan mudah sahaja, kalau dia benar-benar mahu menggulingkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Keangkuhan dan kesombongan semacam itu memang ada asasnya. Semua itu boleh juga dianggap sebagai keceluparan seorang anak muda yang rakuskan kuasa. Tetapi, Najib memanglah merupakan seorang seteru politik yang lemah kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Pertama, Najib bukan pun dilantik memegang jawatan itu melalui pemilihan undi yang terbuka, tetapi beliau naik kerana tidak ada orang lain yang menandingi beliau bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Lagi pun sepanjang kerjaya politik beliau, Najib tidak pernah menghadapi sebarang tandingan yang serius, dan kerana itu beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana pertandingan. Sebagai seorang pemimpin yang mudah teragak-agak dengan keputusannya Najib memang merupakan seorang yang pengecut dan tidak akan terdaya bertentang sesiapa yang benar-benar tegas mahu menandinginya. Selama ini Najib telah naik mencanak ke jawatan tinggi gara-gara putar belit orang yang lebih berpangkat darinya.

Kalau wujud keadaan yang bersesuaian, adalah tidak sukar mengalahkan seseorang seperti Najib. Inilah percaturan yang telah dicongak oleh Khairy Jamaluddin dan kerana itu beliau mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO secara keseluruhannya memberi sokongan kuat terhadap Najib, beliau bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar telah diuji. Khairy Jamaluddin menganggap Najib sebagai tandingan yang setanding dengannya kalau tidak ‘sedikit bawah’ darinya. Namun demikian, segala skandal yang mewarnai Najib telah menjadi pengetahuan umum selama 30 tahun sehinggakan umum sudah lali dengan rupa dan wajahnya. Memanglah Najib sudah lama bergelumang dengan skandal dan rasuah. Tetapi seandainya Khairy turut terlibat dengan rasuah, umum secara keseluruhannya masih belum mengetahuinya lagi.

Khairy mempunyai sebab kenapa beliau begitu yakin dapat menumpaskan Najib. Ini berpunca daripada satu ujian yang dilancarkannya sejurus selesainya Pilih raya Umum Yang kesebelas dahulu, di mana Najib telah menjadi mangsa kepada satu skandal yang direkayasa oleh Khairy.

Dalam episod ini, Khairy telah menggunakan satu portal berita yang bebas untuk melancarkan rencana busuknya. bermula dengan satu kisah betapa Barisan Nasional telah berhutang berjuta-juta Ringgit kepada beberapa pencetak dan pembekal poster Melayu. Skandal itu telah disebarkan melalui portal bebas itu. Mengikut ceritanya, para pembekal telah menerima pesanan untuk mencetak ratusan ribu bahan kempen daripada Ibu pejabat Barisan Nasional dengan arahan agar bahan-bahan itu diagihkan terus kepada calon yang bertanding. Tanpa disedari oleh wartawan yang menyiarkan skandal itu, kisah ini akhirnya menjurus kepada orang-orang Najib, termasuk seorang peniaga yang bergelar Datuk dan merupakan seorang Cina Muallaf. Datuk Muallaf ini memang rapat dengan Najib dan memang terkenal menyumbang kepada apa juga bentuk kutipan derma yang dipelopori oleh ibu Najib, Toh Puan Rahah dan isteri beliau, Rosnah Mansur.

Rencana busuk itu amat mudah dipelopori. Khairy telah mengatur agar Setiausaha Kerja BN, Yacob Muhammad, meminta Datuk Muallaf itu mengeluarkan beberapa order (pesanan) menyediakan bahan kempen pilihan raya melalui satu syarikat yang khusus diwujudkan untuk tujuan tersebut. Syarikat itu telah mengagihkan kerja-kerja tersebut kepada beberapa pengusaha percetakan Melayu. Akan tetapi bahan-bahan itu tidak dihantar kepada ibu pejabat BN kerana telah diarahkan dihantar terus kepada calon BN yang bertanding. Surat arahan itu menggunakan tandatangan ’Datuk Muallaf tadi dan menggunakan ‘letterhead’ yayasan tertentu yang ada kaitan dengan Najib.

Apabila para pencetak Melayu itu mengemukakan tuntutan bayaran mereka pada Ibu pejabat UMNO, mereka telah dibisikkan bahawa pesanan itu semua telah dikeluarkan oleh Najib melalui sahabat beliau Datuk Muallaf tadi. Nama Najib telah dijaja untuk mencemarkannya, Untuk menyelamatkan keadaan, Datuk Muallaf tadi telah cuba melangsaikan bayaran. Sudah tentu dia tidak mampu membayar semuanya. Namun setakat ini skandal itu masih dapat dikawal.

Inilah caranya Khairy mengugut. Beliau telah menggunakan skandal semacam ini sebagai ujian pertamanya untuk menentang Najib. Khairy telah mempelajari beberapa iktibar daripada episod ini. Pertama, Najib mempunyai kekuatan untuk menangkis serangan semacam ini. Dengan menggunakan rakan perniagaannya, Najib berjaya membayar pampasan kepada pihak yang terhutang. Akan tetapi, ini hanya satu ujian kecil dalam usaha menggegar Najib untuk menilai apakah implikasinya. Kisah itu sengaja disebarkan melalui portal berita internet dan tidak melalui media arus perdana yang berkemungkinan akan melantun balik dan menyebabkan keaiban kepada Abdullah Badawi pula.

Ujian yang kedua ialah percubaan mengaibkan Najib melalui media asing. Peluang terbuka semasa Malaysia dan Indonesia bertelagah mengenai kawasan minyak yang berada di pesisiran pantai Sabah dan Sulawesi. Selaku seorang Menteri Pertahanan, Najib telah diminta menjelaskan pendirian Malaysia. Ada satu majalah berita Indonesia yang telah menyiarkan laporan betapa Najib telah meminta maaf kerana tingkah laku kapal tentera laut DiRaja yang mengawal kawasan terbabit.

Sudah tentu Najib merasa malu, dan pantas menafikan yang dia pernah berbuat begitu. Akhbar Indonesia itu telah mengalah dan meminta maaf terhadap berita yang palsu. Sebabnya berpunca daripada sumber cerita itu. Beliau ialah seorang ketua Pemuda Nahdatul Ulama yang rapat dengan Khairy. Pemimpin itu telah memberitahu wartawan terbabit bahawa kemaafan itu telah diminta oleh Khairy. Tidak pula jelas apakah pemimpin NU tersebut merupakan orang suruhan Khairy dalam skandal begini. Soalnya kenapakah dia mesti ragu dengan Khairy? Bukankah Khairy merupakan anak menantu Perdana Menteri Malaysia yang pernah dihantar menemui pemimpin Indonesia Presiden Susilo Bambang Yudhoyono walaupun beliau tidak punya apa-apa jawatan dalam kerajaan? Najib tidak boleh berbuat apa-apa terhadap niat akhbar Indonesia itu apabila mengetahui sumber berita tersebut berpunca daripada Khairy. Lagi pun Najib tidak boleh menyaman malu akhbar itu kerana akan mendedahkan Khairy dan seterusnya menaikkan kemarahan Abdullah.

Ujian kecil Khairy itu hanya satu percubaan sahaja untuk tidak terus menghambatnya. Beliau sedar segala usaha untuk menjatuhkan Najib mesti dilakukan secara perlahan-lahan dan terus ligat mengikuti peredaran masa. Justeru, kini telah dipasang beberapa perangkap di merata tempat melalui hubungan baik Khairy dengan pihak media.

Semasa Abdullah Badawi diisytiharkan sebagai Perdana Menteri salah satu perkara yang dimintanya daripada Mahathir ialah kuasa ke atas media. Abdullah faham semasa Anwar berkuasa dahulu penguasaan terhadap media adalah penting dan ini adalah satu jaminan terhadap sebarang usaha untuk menggulingkannya. Dahulu pun Anwar telah meletakkan orang pilihannya untuk mempromosi namanya sebagai calon PM. Dengan cara menggulingkan orang pilihan Anwar inilah yang membolehkan Anwar ditumpaskan pada September 1998.

Abdullah mahu keyakinan bahawa tragedi semacam ini tidak akan menimpanya dan Mahathir pula sedar bahawa dengan menyerahkan kuasa media kepada Abdullah dia dapat meyakinkan beliau betapa dia memang serius menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Kerana itu Mahathir mengalah dan akur dengan permintaan Abdullah. Dengan pantas Abdullah meminta Khairy memberikan nama calon yang sesuai.

Pelantikan Khairy yang paling menonjol ialah Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, seorang bekas wartawan Singapura yang berkawan rapat dengan beberapa peniaga Cina tertentu di mana orang Cina itu memikirkan perkara yang menguntungkan perniagaan mereka sedangkan Kalimullah perlu menyediakan cangkuk taliannya. “Kalli” begitulah nama timangan beliau, mempunyai satu wawasan yang penuh gahnya. Walaupun dia tidak pandai menulis apa lagi sebagai seorang editor, Kali sedar betapa dia boleh membeli orang yang berbakat. Sudah menjadi rahsia ramai bahawa editorial (lidah pengarang) NST yang menggunakan nama Kali sebenarnya ditulis oleh penulis upahan yang cergas di internet. Orang semacam ini yang sebulu dengan Khairy kerana beliau juga pandai memahami bahawa tidak sukar menjadi seorang tokoh yang mampu memilih dan mengupah sesiapa sahaja untuk membuat kerja sebenarnya.

Akan tetapi, nama Kalimullah memang ada tercemar sedikit. Beliau memang dikenali sebagai terlalu rapat dengan kerajaan Singapura, khususnya dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Wong Kan Seng. Menteri Wong memang ditugaskan menguasai operasi risikan. Ada seorang rakan rapat Kalimullah yang pernah membisikkan satu rahsia kepada bekas Setiausaha politik TKT Mahathir yang bernama Mathias Chang. Mengikut Mathias Chang, Kalimullah adalah seorang agen risikan ataupun tali barut kerajaan Singapura. Beberapa bulan sebelum menyerahkan kuasa, TKT Mahathir telah meminta Pengarah Risikan Tentera ketika itu menyediakan satu laporan mengenai Kali. Laporan itu telah disalinkan kepada Najib dan merumuskan betapa Kali tidak terbukti sebagai seorang tali barut. Akan tetapi, laporan itu tidak pula membebaskan beliau terhadap sangkaan begitu. Laporan itu merumuskan betapa memang ada keraguan yang mencukupi untuk mempersoalkan pelantikan Kali sebagai Ketua Editor Kumpulan NST.

Pelantikan itu telah disahkan juga, akhirnya kerana calon yang lagi satu yang rapat dengan Abdullah ialah Anuar Zain. Dia sudah pun dicalonkan mengisi kekosongan di Bernama untuk menggantikan Kadir Jasin, orang kuat TKT Mahathir. Sejurus Kalimullah mengambil tempatnya di NST, dia telah melantik beberapa orang penulis yang ada kaitan dengan Singapura untuk memulakan tugas mengikut arahan Abdullah dan Khairy.

Salah seorang penulis itu ialah Brendan Pereira. Beliau adalah bekas wartawan Singapore Straits Time dan kawan lama Khairy. Pereira telah diperkenalkan kepada Khairy oleh kawan lama beliau yang belajar di United World College di Singapore. Brendan telah menulis beberapa artikel yang memuji-muja Khairy dalam Singapore Straits Times, sehinggakan orang mencemuh beliau sebagai Setiausaha Akhbar Khairy. Setiap tulisan Brendan akan menyebut kata-kata ungkapan Khairy dan kawannya, Norza Zakaria, sedangkan mereka hanya orang kecil dalam pergerakan Exco Pemuda UMNO dan belum dikenali ramai. Malahan nama Khairy telah mula meletup di Singapore sebelum ia muncul besar di akhbar Malaysia.

Niat sebenar Brendan ialah mahu menumpang tuah bintang Khairy yang bergemerlapan. Beliau mengimpikan satu jawatan tinggi dalam New Straits Times. Dengan kesetiaan Brendan Preira serta beberapa penulis upahan yang pernah bertugas di Singapore Straits Times, Khairy sudah yakin akan kesetiaan New Straits Times.

Akan tetapi Khairy tidak akan menggunakan NST untuk menjatuhkan Najib. Khairy bercadang menggunakan orang-orang yang berkait rapat dengan Kali dan Brendan di seberang Tambak Johor untuk menyiarkan cerita mengenai skandal Najib. Rencana itu belum matang lagi tetapi bila tiba masanya nanti, anda akan dapat membacanya juga.

Jangan pula lupa hubungan Khairy dengan media internet, khususnya akhbar internet bernama AgendaDaily. Akhbar itu kini disunting oleh Rosli Ismail dan biaya akhbar itu ditentukan oleh Khairy dan Norza Zakaria.

Pada asalnya, AgendaDaily telah dimulakan oleh seorang bernama Rozaid Abdul Rahman. Beliau ialah abang kepada Rozabil Abdul Rahman (rakan niaga ibu Khairy yang pernah disebut dalam Bahagian 4 Hikayat ini). Rozaid ialah seorang penulis upahan yang menonjol pada September 1998 menulis mengenai Anwar Ibrahim dan pergerakan Reformasi. Beliau mencetak penulisan itu dan memujuk aktivis Reformasi membelinya secara pukal untuk dijual semasa majlis ceramah dan kumpulan mereka. Apabila beliau kekeringan sumber dana itu, Rozaid telah berpaling kepada bekas Naib Presiden UMNO, Muhamad Muhammad Taib, untuk membiayai AgendaDaily, sebagai akhbar internet alternatif kepada MalaysiaKini. Muhammad telah membelanjakan RM200,000 tetapi wang itu menjadi kontang selepas beberapa bulan sahaja kerana AgendaDaily gagal mendapatkan pembaca yang sanggup membayarnya.

Untuk menutup kerugian, Rozaid mula menjual cerita kepada ahli politik UMNO yang selesa dengan berita molok-molok mengenai diri mereka. Rozabil yang sudah menjadi rakan niaga ibu Khairy, telah memperkenalkan Rozaid kepada Khairy dan Norza Zakaria. Apabila Muhammad enggan mengeluarkan belanja lagi, Norza pula masuk campur, Dalam satu minggu sahaja Norza telah menghantar RM100,000 ke dalam akaun AgendaDaily. Sejurus kemudian muncul satu artikel yang memuji-muja Khairy Jamaluddin.

Hubungan baik itu berterusan walaupun Rozaid telah melepaskan AgendaDaily secara rasminya untuk menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Khaled Nordin. Editor yang baru, Rosli Ismail, terus menyiarkan laporan yang baik-baik mengenai Khairy yang selalunya menyelitkan beberapa penafian Khairy terhadap beberapa desas-desus yang ada kaitan dengan dirinya.

Tidak sesiapa yang dapat nafikan betapa Khairy Jamaluddin telah menggunakan pendekatan yang betul dalam mempengaruhi minda generasi muda di kalangan anak muda yang berpendidikan tinggi. Dengan cara menggunakan media asing dan internet dia seolah-olah menggunakan semua itu laksana padang permainan untuk menaikkan namanya. Khairy telah melangkah jauh menggunakan taktik baru yang masih malu digunakan oleh Hishamuddin Hussein (yang pernah takut muncul di MalaysiaKini) dan juga Najib.

Akan tetapi, penggunaan media hanyalah untuk membantu kepada satu tahap tertentu sahaja. Serangan yang benar-benar jitu terhadap Najib memerlukan senjata yang lebih perkasa dan rahsia. Khairy sudah mempunyai senjata itu yang bernama “Anwar”


Bersambung ke Bahagian 7: Berputiknya Satu Persahabatan Yang Akrab

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 7
Berputiknya Satu Persahabatan Yang Akrab

Ratusan manusia telah datang berbondong-bondong menuju sebuah banglo dua tingkat di Jalan Setiamurni. Berita pembebasan Anwar Ibrahim sudah merebak dengan pantas, membawa kejutan kepada seluruh negara hingga ke tulang sumsumnya. Demikian juga kejutan yang melanda ratusan orang luar yang tidak pasti dengan perubahan yang mendadak itu. Ramai para penyokong Anwar sudah pun berkumpul dengan penuh keriangan menyambut kepulangan wira mereka yang telah diperam selama enam tahun oleh kerajaan TKT Mahathir Mohamad, dan untuk seketika oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Memang tidak dinafikan betapa kumpulan manusia di situ sedang bergembira, mengecap kemenangan dan pada waktu yang sama setiap individu di situ masih gusar apa yang akan berlaku seterusnya.

Secara tiba-tiba, muncul satu kereta Mercedes berwarna hitam di persimpangan jalan, dan berhenti hanya beberapa meter jauhnya daripada kediaman Anwar. Sejurus kemudian muncul seorang insan yang memang amat dikenali oleh manusia yang berkumpul di situ sebagai seorang anggota Umno yang tidak berapa pangkatnya dalam parti itu. Orang ramai telah menjerit beramai-ramai, memaki dan mengejek insan yang baru muncul itu Ada yang meludah ke bumi sebagai cemuhan yang menghina. Ada pula yang membaling botol minuman yang kosong sehinggakan ada satu botol kosong yang mengena bahunya. Ada segelintir manusia yang menjerit mengherdik insan itu agar tidak maju setapak lagi untuk kepentingan keselamatannya. Mereka menjerit kepada beliau betapa kedatangannya memang tidak disenangi. Apabila si tetamu itu bertegas yang dia hanya mahu mengucapkan selamat pulang kepada Anwar Ibrahim kumpulan yang mencemuh beliau semakin berang sehingga mencemaskan orang-orang yang berada di rumah kediaman Anwar Ibrahim. Di antara orang yang naik berang itu ada yang menunjukkan unsur-unsur menggila semacam mahu mengamuk sambil menggulung lengan bajunya, seolah-olah mahu melepaskan tumbukan pada muka orang yang mereka cemuh itu seandainya beliau melangkah maju ke depan.

Hingar-bingar itu telah mencemaskan Ruslan Kassim yang terus dicerca dan dinista dengan pelbagai cemuhan. Ketika itulah muncul satu kereta lagi secara senyap-senyap dan tidak disedari oleh orang ramai kerana ia muncul di penghujung jalan. Ini membolehkan penumpang kereta itu keluar tanpa orang ramai menyedarinya. Beliau telah disambut oleh mantan Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Tetamu yang disenangi oleh Ezam itu ialah Khairy Jamaluddin. Beliau telah dibenarkan memasuki rumah Anwar Ibrahim melalui jalan pintu belakang dan dibenarkan terus naik ke atas rumah untuk berjumpa dengan orang yang baru sangat dikutuk oleh Umno dan para pemimpinnya sebagai seorang penderhaka..

Di kamar Anwar, dua insan yang disebut-sebut sebagai calon mengisi jawatan Perdana Menteri telah bertemu muka, secara berhati-hati pada mulanya dan cepat menjadi akrab seterusnya. Anwar telah menghulurkan tangannya yang lantas disambut oleh Khairy. Mereka telah berbincang pelbagai hal. Tidak lama kemudian barulah diumumkan betapa kedatangan Khairy ke sana adalah untuk menyampaikan salam bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi. Lawatan itu juga dibuat sebagai satu usaha meyakinkan Anwar betapa segala usaha sedang direncana untuk menyiapkan satu pasport antarabangsa untuk memudahkan pemergiannya ke Munich dengan segera. Anwar pernah menyebutnya kemudian, bagaimana dia telah menyindir Khairy akan kemunculannya secara mendadak dalam hierarki pergerakan pemuda Umno. Anwar memberi nasihat agar Khairy berwaspada kerana banyak dugaan yang perlu dilaluinya kerana kemungkinan besar Khairy akan merana dengan banyak titisan air mata. Lama selepas itu, Khairy dan Anwar ada berkata bahawa pertemuan itu tidak pun mencetuskan apa-apa dan mereka tidak pun membincangkan sesuatu yang serius.

Akan tetapi seluruh negara tidak dapat menerima penjelasan semacam itu dengan senang hati. Salah seorang antara mereka berdua ataupun kedua-duanya sekali sudah berbohong, kata mereka. Apatah lagi Anwar baru sangat dianggap oleh parti pemerintah sebagai orang yang tidak diingini. Kalau ada pun namanya disebut-sebut, sebutan itu dibuat secara mencercanya. Khairy pula dianggap oleh si bapa mertua sebagai seorang penasihat yang paling rapat dan paling dipercayai. Sudah tentu pertemuan mereka itu menghasilkan sesuatu yang lebih meyakinkan.

Sesungguhnya pertemuan itu memang ada bersebab:
Kedua-dua mereka (Anwar dan Khairy) telah menafikan kemudiannya bahawa wujud satu persetujuan antara Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim bahawa Abdullah Badawi akan menarik-balik sebarang proses seandainya pihak pengadilan bertindak berlaku adil dan membebaskan Anwar daripada hukuman penjara selama enam tahun. Sesungguhnya persetujuan itu telah mula dirancang beberapa bulan sebelum diadakan Pilihanray Umum dan sudah tentu selepas Abdullah sudah naik memegang mercu kuasa sebagai Perdana Menteri Kelima. Tidak ramai pemimpin politik kerajaan mahupun di pihak pembangkang yang sedar betapa perancangan yang mereka setujui itu adalah untuk peringkat penamatnya.

Pertemuan di Jalan Setiamurni merupakan pengukuhan satu perjanjian. Abdullah berpendapat bahawa kemelut Anwar adalah satu limpahan basi daripada era TKT Mahathir yang sudah pasti dia perlu tangani. Keadaan kesihatan Anwar sudah berada pada satu tahap kritikal dalam pemenjaraan yang ditanggungnya di mana dia sudah tidak lagi tahan akan kesakitan tulang belakang yang menyebabkan dia sudah separuh lumpuh. Khairy menjadi alat yang menjelaskan kepada Anwar betapa Abdullah memang merestui pakatan mereka tanpa perlu mewar-warkan perkara itu secara umum dan sekali gus mencetuskan kemarahan TKT Mahathir.

Sejurus berada di Munich Anwar telah memberitahu teman-temannya yang rapat termasuk mantan editor Berita Harian Nazri Abdullah, mantan Pengarah Urusan MRCB Khalid Ahmad dan mantan CEO Guthrie Khalid Ibrahim betapa kedatangan Khairy ke rumahnya dahulu adalah membawa sepucuk surat daripada Abdullah. Khairy sendiri pun pernah memberitahu Norza Zakaria, seorang teman seperjuangannya yang menganggotai Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda, bahawa memang ada surat semacam itu yang diserahkannya sendiri kepada Anwar. Yang penting di sini, kedua-dua pihak ada memperakui wujudnya surat demikian yang mengandungi panduan bagaimana ‘gerak kerja’ beberapa bulan mendatang perlu ditangani.

Gara-gara menemui Anwar, Khairy telah menjadi sasaran serangan beberapa orang menteri yang rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad. Serangan itu telah diterajui oleh Samy Vellu, beberapa menteri lain seperti Rafidah Aziz, Azmi Khalid dan Aziz Shamsuddin. Aziz Shamsuddin telah bertanya Abdullah secara terbuka apakah sebabnya beliau mengutuskan Khairy Jamaluddin bertemu Anwar. Apabila Abdullah menjawab bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan keperluan imigeresen, Samy Vellu telah ketawa dan menyindir secara sinis kepada Abdullah: “Lain kali kalau saya perlukan satu pasport anda boleh hantar menantu anda bertemu saya.”

Rafidah Aziz telah mengecam Khairy sebagai memalukan Perdana Menteri sambil menggunakan taktik Melayu lama untuk menyindir.. Aziz Shamsuddin yang pernah dituduh oleh Anwar sebagai konspirator yang bertanggungjawab menjatuhkan beliau telah bersuara marah mengatakan bahawa sepatutnya Anwar ditemui oleh seorang pegawai rendah daripada jabatan imigeresen dan bukannya oleh anak menantu seorang Perdana Menteri. Azmi Khalid mencelah bahawa sepatutnya Anwar yang pergi bertemu Khairy Jamaluddin dan bukan sebaliknya. Hampir semua anggota kabinet sebulat suara berpendapat bahawa Khairy Jamaluddin telah terburu-buru dan bersikap dunggu. Namun demikian, jauh di lubuk hati mereka, memang ada kesedaran betapa Abdullah telah menyetujui itu semua Tetapi, oleh kerana Abdullah tidak mahu mengaku bahawa urusan itu adalah mengikut arahan telunjuknya, para menteri itu telah bersekongkol menyerang Khairy dengan cemuhan bahawa dia adalah anak muda hingusan yang masih tidak tahu seni politik.

Kekesalan para menteri semakin menjadi-jadi apabila Najib diam membisu setelah menyedari betapa Anwar yang dibebaskan dianggapnya amat berbahaya kerana dia boleh menggugat kedudukan Najib sendiri. Keupayaan Naib untuk terus bergayut pada kuasa dan peluang untuk beliau naik menjadi Perdana Menteri bukan sahaja bergantung pada ketahanan pemerintahan Abdullah tetapi kini ternyata semakin rumit dengan kewujudan Anwar yang menambah satu dimensi baru kepada skema impian politik yang diasaskan oleh warisan Mahathir.

Menteri-menteri yang rapat dengan Mahathir memang tidak senang hati dengan lawatan Khairy ke rumah Anwar. Mereka dapat merasakan wujud sesuatu yang aneh di situ. Secara terbuka mereka merujuk perkara itu kepada Mahathir dan melaporkan apa juga yang terjalin dalam mesyuarat kabinet selepas pembebasan Anwar. Pejabat Mahathir di Menara Berkembar Petronas tiba-tiba menjadi tapak satu ‘kabinet bayangan’ yang seolah-olah merupakan kesinambungan mesyuarat kabinet di Putrajaya. Para menteri mula berkerumun di pejabat TKT Mahathir untuk menyatakan kehampaan mereka terhadap bahaya ancaman pembebasan Anwar secara pintu belakang dengan orang yang dikagumi yang akan menjadi calon pengganti jawatan Perdana Menteri.

Sesungguhnya lawatan itu dikira sebagai begitu menyiksakan Khairy. Ada seorang menteri Melayu (yang namanya tidak pun disebutkan di atas tadi) begitu naik marah dengan lawatan Khairy itu menyebabkan beliau mengusahakan satu senarai nama pemimpin pemuda Umno di beberapa bahagian, dengan mengasingkan nama-nama mereka kepada dua kolum yang dinamakannya golongan ‘pro-Khairy’ dan ‘anti –Khairy’. Beliau telah menunjukkan senarai itu kepada Mahathir dan menggalakkan agar salah seorang anak lelaki beliau ditonjolkan untuk mencabar Khairy. Menteri itu berpendapat bahawa inilah ketikanya berbuat demikian kerana Khairy belum lagi menebar kuasa dan pengaruhnya menyeluruhi semua bahagian. Lagi pun beliau masih lagi dianggap oleh akar umbi sebagai seorang orang luar yang elit sahaja. Menteri itu berhujah bahawa sesiapa yang mencabar Khairy boleh menang besar ataupun kalah tetapi setidak-tidaknya cabaran itu akan menghakiskan metos kekebalan Khairy. TKT Mahathir diam seribu bahasa tanpa membuat komen. Namun satu rencana sudah diatur untuk menjadikan Khairy sebagai sasaran satu serangan yang hebat.

Barulah TKT Mahathir sedar ketika itu betapa anak muda yang pernah dianggapnya sebagai budak hingusan, kini sudah menjadi satu alat utama yang mencabar warisan peninggalannya. Mahathir telah berkata kepada Setiausaha beliau, Dato Badriah, betapa Abdullah telah sengaja menggali kuburnya sendiri dengan membebaskan Anwar. Mahathir menjelaskan betapa beliau sendiri merasa sukar menangani Anwar dan kerana itu dia tidak yakin bahawa Abdullah mampu melakukannya. Pada pandangan Mahathir, Abdullah adalah seorang yang bengap dan salah congak dalam membebaskan Anwar.

Apa yang tidak disedari oleh Mahathir, sebenarnya Abdullah sendiri tidak faham sepenuhnya kesan pembebasan Anwar. Malahan, Khairy adalah orangnya yang beranggapan bahawa pembebasan Anwar akan melonjakkan kerjaya politiknya. Pertama, Khairy beranggapan bahawa Anwar adalah sentiasa berguna sebagai alat terhadap sesiapa sahaja di kalangan orang-orang politik dalam Umno yang mungkin mencabar takhta yang sedang menjadi milik Abdullah. Mereka itu adalah orang seperti Tengku Razaleigh dan Najib Tun Razak. Kedua, Khairy berpendapat dengan membebaskan Anwar dan bersua muka dengannya akan menaikkan lagi populariti beliau dan juga Abdullah.

Khairy memang ternyata betul dalam kisah dan andaian yang pertama tadi. Malahan Anwar merupakan iklan utama untuk kerajaan Abdullah dan sudah tentu memperkasakan reputasi beliau sebagai pemimpin yang telus dan bersikap adil. Namun, dalam kisah kedua itu, ternyata Khairy telah tersilap congak akan serangan pertama terhadap kerjayanya.

Memang Khairy terpaksa menghadapi banyak libasan gara-gara bertindak bertemu dengan Anwar. Pada jangkaan Khairy para pemimpin Umno tentulah merasa lega melihatkan kemelut Anwar itu diselesaikan. Sebaliknya mereka berpendapat bahawa Khairy dan Abdullah sudah pun menggugat kedudukan Umno dengan membebaskan pengkritiknya yang paling ditakuti. Bekas para penyokong Khairy dalam Umno menganggap anak muda ini begitu gelojoh dan mual mencurigai beliau. Buat pertama kali, Hishamuddin telah cuba mencari titik perdamaian dengan saingan politiknya yang hebat baik dalam keluarganya sendiri mahupun dalam politik, yakni Najib Tun Razak. Gara-gara tindakan Khairy telah merapatkan dua orang yang bersepupu ini lebih mesra lagi dan mereka sudah pun mula bergabung tenaga untuk mencari rumusan agar Khairy tidak lagi memperdayakan mereka.

Beberapa pemimpin Umno yang rapat dengan anak Mahathir dan bekas Bendahari Pemuda Umno, Mokhzani sudah mula merencana serangan ke atas Khairy. Mereka menggunakan taktik menyebarkan surat layang yang berbisa dan menggunakan SMS (sistem pesanan ringkas) yang menuduh beliau bermesra dengan Anwar dan sekali gus membahayakan susun-atur peralihan kuasa yang akan membabitkan Najib. Beberapa mesyuarat telah diadakan oleh beberapa kumpulan teras di kalangan ahli-ahli pemuda Umno yang memihak kepada kem Mukhriz terutama sekali Bahagian Gopeng yang diketuai oleh Aziz Shamsuddin. Beberapa mesyuarat telah juga dilaksanakan di bawah naungan ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar Mara) yang dipimpin oleh Mukhriz.

Khairy pernah diejek beberapa kali oleh kumpulan yang diarahkan oleh Mukhriz dan Mokhzani dan keadaan itu ternyata berpanjangan untuk satu ketika yang lama juga. Inilah yang membimbangkan Abdullah sehingga meminta isteri beliau pergi memerhatikan perjalanan persidangan dan melemahkan nafsu para hadirin untuk terus mengejek Khairy.

Untuk pertama kalinya dalam kerjaya politik beliau, Khairy dapat merasakan betapa peritnya cemuhan yang dibuat secara terbuka. Kerana terlalu dilindungi oleh Abdullah, selalu, Khairy belum pernah merasakan dirinya dicemuh seteruk begitu. Lantas dia berubah haluan dengan cepat. Kalau dalam beberapa minggu sebelum itu dia telah mengusahakan pembebasan Anwar sebagai teras pencapaian amalan demokrasi yang adil dan bebas, kini dia mula mengkritik Anwar sebagai seorang penderhaka kepada perjuangan Umno dan terus menyatakan betapa pintu Umno telah ditutup untuk kemasukan Anwar. Malahan Khairy sanggup bercelupar dengan mengatakan betapa masa depan Anwar sudah tamat. Mungkin juga Khairy sendiri sudah lupa betapa pun dia cuba meyakinkan para perwakilan Umno, tidak ramai yang dapat mempercayai beliau kerana gelagatnya di luar jangkaan mereka menziarahi Anwar di rumah kediamannya dan memberikan penghormatannya kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Sebagai parti yang begitu prihatin, Umno belum bersedia membuka pintunya kepada seorang insan yang selama enam tahun mencemuh Umno sebagai parti politik yang korup dan tidak mampu memperbaiki parti. Yang lebih penting lagi, Hishamuddin dan Mukhriz tidak pun percaya kepada Khairy.

Gelagat Khairy untuk berpatah-balik sudah menjadi lelucon di kalangan para perwakilan dalam persidangan Umno. Seperti yang dikatakan oleh mantan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Nazri Aziz, “Mereka yang ghairah mahu membawa perubahan kepada Umno, selalunya mendapati Umno yang merobah mereka.” Khairy sudah merasakan kehangatan Umno yang amat memarahinya, dan barulah dia sedar bahawa Umno hanya akan menyenanginya kalau dia mengikut haluan parti – itu pun ada kemungkinannya Umno bertindak mendendanya kerana bersikap sendirian di luar amalan yang disenangi oleh parti. Khairy telah terpenjara oleh nafsu serakah Umno.

Pembebasan Anwar tidak mungkin berlaku semata-mata dengan kehendak sistem keadilan. Memang sudah jelas betapa badan kehakiman negara adalah begitu tertakluk kepada pihak pemerintah walaupun Abdullah pernah menyatakan dengan jelas yang dia tidak akan mencampuri perjalanan mahkamah yang menentukan keadilan. Akan tetapi keadilan mahkamah yang mengikut arahan kerajaan adalah keadilan yang tercemar. Memang tidak dinafikan bahawa Khairy telah memainkan peranan penting untuk mempengaruhi keputusan mahkamah (membebaskan Anwar).

Mungkin juga Khairy telah kehilangan segelintir sokongan orang atasan Umno. Tetapi ini merupakan sesuatu yang berbaloi kalau diambil kira reputasi beliau sebagai insan yang bertanggungjawab dengan melakukan sesuatu yang tidak terfikir sebelum itu – yakni membebaskan Anwar. Rakyat biasa yang bukan pun menjadi anggota Umno, sudah tentu akan mengaitkan Khairy sebagai seorang pemimpin parti yang berwawasan dan boleh diharap mampu melakukan perkara yang betul.

Semasa Anwar berada di Munich, ada pegawai beliau sentiasa berhubungan dengan Khairy. Setiap hari Khairy menerima laporan mutakhir akan keadaan Anwar di Alpha Klinik termasuk senarai nama Ketua Bahagian Umno yang pergi menziarahi Anwar di sana. Para Setiausaha Anwar kerap menunjukkan pesanan SMS daripada Khairy, sekali gus meyakinkan mereka betapa Khairy memang bersimpati dengan Anwar. Dari segala kejadian yang berlalu memang jelas kini betapa memang sudah wujud satu kesepakatan antara Anwar dan Abdullah yang begitu dipengaruhi oleh peranan Khairy. Yang kedua, Anwar sudah menjadi satu formula congakan Khairy yang menjamin keutuhan pemerintahan Abdullah, sekali gus menjamin impian dia sendiri ditonjolkan menaiki takhta unggulan pemerintahan negara. Yang ketiga, Anwar tidaklah begitu kerdil untuk disisihkan begitu sahaja dalam perancangan besar politik Malaysia, setidak-tidaknya sepanjang pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

Soalannya sekarang apakah langkah yang sedang direncana itu?


Bersambung ke Bahagian 8: Antara Fajar Baru dan Lembayung Senja

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 8
Antara Fajar Baru dan Lembayung Senja

Beberapa minggu yang lalu, salah seorang bekas Setiausaha Politik Anwar merangkap orang yang dipercayainya, Azmin Ali, telah membuat pendedahan dalam satu temubual. Secara selamba Azmin telah berkata betapa sejak pembebasan Anwar pada September 2004, Anwar Ibrahim telah menghabiskan banyak masa berbual di telefon dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Azman kelihatan berhati-hati dengan topik perbualan itu sambil menyebutnya sebagai ‘perbualan biasa' yang menyentuh isu terkini dan dasar kerajaan.

Dari satu sudut, Azmin telah membuat kiasan betapa Anwar kerap memberikan nasihatnya kepada Abdullah cara meningkatkan lagi prestasi kerajaan. Walaupun perkara ini boleh dipertikaikan - apabila mengambil kira betapa tingginya martabat jabatan Perdana Menteri - kenyataan Azmin itu mampu menyerlah satu pengertian betapa pun Anwar dianggap sebagai orang yang tidak diingini dalam Umno, beliau sebenarnya semakin cergas dalam kancah politik Malaysia.

Golongan yang skeptik (skeptics = pessimist) mungkin boleh dimaafkan seandainya mereka berfikir bahawa kenyataan Azmin itu hanya satu helah untuk melawan kehampaan ramai penyokong puak pembangkang yang merasakan Anwar sudah menghabiskan terlalu banyak masa di luar negara. Mungkin juga Azmin cuba menghidupkan kembali zaman dahulu kala di mana beliau merupakan orang dalam antara orang-orang dalam pejabat Anwar yang turut mencongak dan mewarnai strategi harian untuk pihak yang berkuasa. Namun demikian, kesahajaan dalam kenyataan Azmin itu mungkin ada juga kebenarannya.

Hakikatnya di kalangan orang-orang (dalaman) Anwar sendiri, di mana dinding kamarnya adalah begitu nipis sekali; apa juga titik-bengik semacam itu tidak pernah dirahsiakan. Malahan, kalaulah perbualan beliau dengan Abdullah ditentukan jauh daripada pengetahuan para pemimpin kerajaan yang lain, namun di pihak Anwar, perbualan telefon selalu sangat dibuat melalui telefon bimbit di depan para pelawat dan pengunjung. Mutakhir ini perbualan Anwar kerap sangat disaksikan oleh sesiapa sahaja yang hadir ketika itu seperti ilmuwan Islam yang datang mengunjunginya, pemimpin puak pembangkang, dan apatah lagi pembantu-pembantu khas yang memang sentiasa rapat berada di sisinya. Tidak menghairankan, para pembantu Anwar memang menaruh kebanggaan terhadap gelagat ketua mereka yang sentiasa berhubungan melalui telefon dengan Perdana Menteri Malaysia.

Sejurus beliau dibebaskan dahulu, Anwar pernah menyatakan hasrat mahu bertemu dengan Abdullah dan permohonan itu kerap diulang daripada katilnya di Jerman. Namun, permohonan yang dikemukakan oleh Azmin telah dipandang sepi sahaja. Ketika suasana ketakutan menular di kalangan pemimpin Umno kemungkinan Abdullah menerima kembali Anwar ke pangkuan Umno, sedangkan Umno sudah pun menganggap beliau sebagai seorang penderhaka, Anwar telah mencetuskan satu usaha mengadakan pertemuan itu secara terbuka dalam satu majlis sambutan Hari Raya.

Usaha pertemuan awal itu adalah satu pertanda bahawa Anwar tidak akan menggugat Abdullah, sekurang-kurangnya sepanjang tempoh pentadbiran Abdullah. Walaupun ada keraguan di kalangan Umno bahawa bayangan Anwar akan mula menghambat mereka yang pernah menganiaya beliau selama ini, nampaknya besar kemungkinan Anwar tidak akan menggugat kedudukan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Malahan Anwar sudah muncul sebagai satu ikon yang berguna untuk menonjolkan imej Abdullah di tahap antarabangsa sebagai seorang pemimpin yang memang jujur mahu melakukan pembaharuan. Di tanah air sendiri rakyat biasa disogokkan idea betapa Abdullah memang ikhlas mahukan para hakim bebas membuat keputusan dalam kes Anwar, dan ini adalah satu gambaran akan ketokohannya. Walaupun ada pandangan para pemimpin Umno bahawa Anwar tidak dibawa masuk semula menganggotai parti, Abdullah ternyata mempunyai pendiriannya yang tersendiri.

Memanglah, pendirian begini mungkin tidak menonjol sangat ketika ini. Pembebasan Anwar telah membuatkan ramai pemimpin Umno yang melatah apabila mereka menyerang kumpulan (bererti Abdullah dan orang dalamannya) yang mungkin menyimpan hasrat agar Anwar masuk menganggotai Umno semula. Sesungguhnya kesangsian yang ada pada Hishamuddin Hussein dan anak-anak Mahathir - Mukhriz dan Mokhzani – bahawa Anwar berkemungkinan rujuk semula memanglah satu ketakutan yang tulen. Tidak ramai di kalangan pucuk kepimpinan parti yang mampu menyaingi karisma Anwar dan seandainya diadakan satu pertandingan terbuka di mana Anwar dibiarkan turut serta, besar kemungkinannya beliau akan menang. Namun demikian, kata-nista dan sindiran terhadap Abdullah serta anak menantunya sudah mencukupi untuk menyedarkan mereka akan sokongan yang mereka berikan terhadap Anwar pada hari-hari di awal bulan September 2004.

Apapun, di sebalik tabir pula Abdullah dan Khairy masih lagi mengekalkan satu bentuk perhubungan dengan Anwar. Abdullah sendiri pun diam membisu mengenai perbualan telefon dengan Anwar. Akan tetapi, Khairy mengambil sikap yang terbuka kepada rakan-rakan yang rapat dengannya, mengenai pertemuan beliau dengan orang kuat Anwar seperti pemimpin Pergerakan Pemuda PKR, Ezam Mohd. Nor. Mereka yang tahu akan kisah ini termasuklah orang yang rapat dengan Khairy yang semestinya penyokong Anwar juga seperti Zambry Abdul Kadir dan juga beberapa nama lain seperti Norza Zakaria.

Sebab musababnya terjadi perbezaan dalam sikap antara Abdullah dan Khairy memang amat jelas. Abdullah sudah pun menjadi seorang Perdana Menteri. Dia tidak terdesak memerlukan pertolongan Anwar kecuali sebagai contohnya dia dicabar oleh kuasa yang memihak kepada tauke lamanya, TKT Mahathir, yang mungkin diketuai oleh timbalan beliau, Najib Tun Razak. Sebaliknya, Khairy mahu menjadi seorang Perdana Menteri tetapi beliau masih belum sampai ke garisan penentuan itu lagi. Kerana itu dia amat memerlukan sebanyak mungkin sekutu memandangkan berapa sengitnya pertempuran yang perlu dihadapinya pada masa depan.

Hubungan baik antara orang-orang Abdullah dengan orang-orang Anwar sudah lama bermula sejak Abdullah mula-mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu, Anwar dan Ezam masih berada di penjara - Ezam berada di Pusat Tahanan Kamunting sebelum dialihkan ke Penjara Kajang sementara Anwar dipenjarakan di Sungai Buluh. Dalam usahanya mahu menekan kerajaan, Ezam telah menghubungi anak lelaki Abdullah, Kamaluddin, melalui seorang orang tengah yang menganggotai pergerakan pemuda Umno, meminta bantuan Abdullah agar beliau memihak kepada penderitaan yang mereka hadapi. Tetapi sebagai seorang ahli perniagaan, Kamaluddin tidak ada minat dalam dunia politik, walaupun Kamaluddin dan Ezam pernah bertukar-tukar banyak mesej ataupun pesanan, tidak ada pun sebarang perubahan sehinggalah Kamaluddin menyatakan keluhannya kepada adiknya Nori.

Nori telah menunjukkan sedikit minat dalam perhubungan itu. Beliau telah bertanya kepada Abdullah, dan mengikut kata Ezam, Nori meminta Abdullah melakukan yang terbaik agar tahanan ISA dibebaskan. Nori turut memberitahu Khairy yang terus sedar betapa wujudnya nilai tambahan dalam memberi sedikit ruang beralah kepada Ezam. Tujuan berbuat demikian ialah menilai keadaan sebenar sejurus Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Pada tahap awal cubaan itu jelas dingin sahaja. Tetapi dengan adanya mantan Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Hamdan Taha yang telah keluar parti untuk menyertai Umno semula, satu mesej (utusan pesanan) telah dihantar kepada Khairy menyatakan bahawa kem Anwar sudah bersedia untuk berunding.

Hamdan Taha sudah lama menjadi orang kanan Ezam. Kemasukannya semula menganggotai Umno tidak pernah diumumkan secara rasminya, kerana dibuat secara senyap-senyap sahaja. Namun, dia tetap memberikan nasihat kepada beberapa anggota utama Exco Pemuda Umno, khususnya bekas penyokong setia Anwar, Zambry Abdul Kadir. Zambry kerap mengajak Hamdan menghadiri beberapa sesi pertemuan Pemuda Umno di mana dia mendapat kesempatan bertemu dengan bintang muda yang menyerlah dan bernama Khairy Jamaluddin. Selepas beberapa pertemuan, Khairy sedar bahawa Hamdan adalah berguna untuk memberikan maklumat mengenai aktiviti parti pembangkang. Hamdan masih menjalin hubungan baik dengan beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Ezam. Walaupun dia sudah menganggotai Umno semula Hamdan kerap berbual dengan Ezam sama ada melalui telefon yang diseludup masuk penjara ataupun secara pertemuan peribadi semasa Ezam dihadapkan ke mahkamah. Sesungguhnya Hamdan adalah rakan akrab Ezam.

Pada satu ketika selepas berakhirnya satu perjumpaan Exco Pemuda Umno Hamdan telah mengajak Khairy berbual berdua, dan menyebut satu ‘cadangan’ padanya. Hamdan mencadangkan agar Khairy ‘menggunakan’ Anwar untuk menumpaskan sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan Abdullah. Hamdan telah menyebut kisah para timbalan Mahathir yang tumpas di tengah jalan sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Kalau pada mulanya Keadilan kerap menyerang pelantikan Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri, eloklah serangan itu ditumpukan sahaja ke atas Mahathir. Sebagai balasan, kes Anwar dan para tahanan ISA seharusnya menjadi tumpuan Abdullah (sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) walaupun dia tidak boleh campurtangan secara terbuka.

Cadangan itu sungguh menyentuh Khairy sehingga beliau terjentik untuk mula menghantar mesej kepada Ezam melalui Hamdan.

Risikan dan bisikan itu tidak semestinya berakhir dengan kelegaan yang spontan kepada Anwar ataupun Ezam. Khairy memang begitu berhati-hati kerana beliau begitu kerap diawasi oleh puak Mahathir dan juga seterunya dalam kem Abdullah. Beberapa penyokong Abdullah seperti arwah Fawzi Basri dan Dr. Nordin Kardi adalah musuh ketat Anwar sejak 1970-an semasa mereka sama-sama memegang konsep ultra-nasionalis bertentangan dengan konsep liberal Islamiah yang dipegang oleh Anwar. Malahan, dalam kem Abdullah, memang wujud orang dalamannya seperti Aziz Shamsuddin yang telah mengadakan kenduri pada September 1998 untuk menyambut peristiwa pemecatan Anwar. Kalaulah Khairy mahu memainkan peranan pegawai seranta dengan kem Anwar, dia terpaksa berhati-hati agar tidak menggegarkan keadaan yang begitu rapuh.

Pada ketika itu Ezam memainkan peranan untuk merancakkan keadaan. Dia telah memberi arahan kepada penyokong Keadilan agar menyerang Khairy secara bertubi-tubi melalui Internet. Dia juga menentukan agar Khairy dikritik hebat di setiap pertemuan pelajar-pelajar yang ketika itu memang dirasuk hebat oleh penyokong PAS dan Keadilan. Akhirnya Khairy sedar bahawa dia perlu menerima pelawaan Ezam kalau tidak mahu bertentangan dengan musuh yang berada dalam Umno tetapi juga di kalangan puak pembangkang. Memanglah tidak ganjil menangani peperangan di dua medan perang tetapi adalah lebih bijak bagi Khairy berdepan dengan musuh dalaman yang mudah dikawal dengan menggunakan pengaruh kuasa bapa mertuanya.

Khairy telah menghantar satu mesej kepada Ezam mengatakan yang dia sudah bersedia untuk berunding.

Keadaan semakin jelas apabila Ezam dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Khairy kini bertemu dan berbincang secara terbuka dengan Ezam yang selalu muncul bersama satu atau dua orang penyokongnya. Pada ketika itu juga pucuk kepimpinan Keadilan sudah semakin gelabah disebabkan keadaan kesihatan Anwar yang semakin kritikal dan segala usaha ditumpukan ke arah pembebasannya. Khairy adalah antara segelintir pemimpin Umno yang rapat dengan Abdullah yang ditemui oleh pucuk kepimpinan Keadilan untuk mendapatkan ihsan agar Anwar dibebaskan. Pemimpin Umno yang lain seperti Aziz Shamsuddin dan Setiausaha Politik Mahathir (yang sebenarnya orang Abdullah juga) Johari Baharom telah ditemui untuk mendapatkan pertolongan. Namun mereka tidak begitu berkenan dan bersimpati seperti Khairy. Orang lain sudah menganggap Anwar sebagai nasi basi sahaja. Tetapi Khairy mempunyai pendirian yang berbeza. Dia nampak bahawa Anwar mempunyai tempat dalam masa depannya yang begitu cerah di mana Khairy akan merupakan mentari yang paling besar sinarannya.

Ketika itulah Khairy mula memikirkan segala ancaman yang bakal dihadapi oleh Abdullah. Apabila semakin jelas bahawa Abdullah akan menggantikan Mahathir dan pelantikan itu bukan satu kerja olok-olok, Khairy mula memikirkan bagaimana cara mengukir satu masa depan kerjaya politiknya. Sebagai menantu kepada seorang Perdana Menteri, bintang Khairy memang cemerlang akan tetapi apa yang akan jadi seandainya si bapa mertua tidak lagi memegang jawatan itu? Apa yang akan jadi kalau kedudukan Abdullah hanya untuk satu tempoh yang singkat? Khairy tidak boleh bergantung harap kepada Najib Tun Razak yang menganggap Abdullah sebagai saingannya. Sudah tentu Najib tidak akan merestui pelantikan Khairy menduduki jawatan penting dalam pentadbirannya nanti. Untuk mewujudkan seorang calon menandingi Najib dalam Umno mungkin satu langkah yang tidak bijak kerana dari segi pengalaman kerja sahaja Najib sudah terkenal dan beliau mempunyai sokongan daripada para penyokong TKT Mahathir. Hanya satu alternatif yang dianggapnya berkesan, yakni menonjolkan seorang pencabar yang mampu mengalahkan Najib dalam satu pilihan raya yang terbuka dan adil. Orang itu ialah Anwar Ibrahim; dan Khairy faham bahawa Anwar boleh memainkan peranan itu dalam masa yang terdekat kalau tidak pun sepanjang pentadbiran Abdullah.

Inilah satu peranan yang sedia dilaksanakan oleh Anwar dan orang-orang yang rapat dengannya. Sejurus Anwar dibebaskan, Ezam terus berhubungan dengan Khairy. Sungguhpun Khairy mengambil sifat berahsia dengan pertemuan itu, ternyata sekali betapa rahsia itu hanya diamalkan oleh satu pihak sahaja. Ezam mempunyai perangai memberitahu segelintir pengikutnya apa yang berlaku. Malahan, dia kerap menyebut betapa Khairy kerap memberitahu apa yang sedang berlaku dalam Umno sebelum maklumat semacam itu diketahui umum.

Baru-baru ini Ezam telah bertemu dengan Khairy dan Reezal Merican Naina Merican. Dalam pertemuan itu Khairy dikatakan telah memberitahu Ezam bahawa besar kemungkinannya Isa Samad, seorang Naib Presiden Umno, akan digantung keahliannya selama enam tahun kerana politik wang dan beberapa bentuk korupsi yang lain. Ezam telah memberitahu kawan-kawan yang rapat dengannya termasuklah orang yang menyokong kuat Isa Samad. Maklumat semacam itu bukanlah perkara pelik sangat. Akan tetapi pertemuan itu berlaku enam hari sebelum Isa dipanggil untuk mendengar keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno merupakan sesuatu yang aneh juga.

Kepercayaan antara Khairy dan Ezam lebih mirip merupakan kepercayaan antara sekutu politik dan bukan antara dua sahabat. Kedua-duanya berkongsi nasib naik mencanak dalam golongan istimewa di puncak kuasa politik Malaysia, dan kedua-duanya mempunyai cita-cita yang tinggi dan memang pintar dalam sepak terajang politik. Hanya sejarah yang akan menentukan apakah persahabatan antara Ezam dan Khairy ini akan dapat terus bertahan kerana keaslian dan keluhuran niatnya, ataupun hanya merupakan satu percantuman disebabkan penyesuaian keadaan semata-mata.

Buat sementara ini Anwar Ibrahim masih terus membuat panggilan telefon jarak jauh untuk berbual dengan Abdullah. Seperti yang disebut oleh Anwar sendiri, janganlah sesiapa cuba memandang sepi akan kewujudannya. Memang belum ada sesiapa yang berbuat begitu waktu ini – tidak juga Abdullah dan Khairy. Seandainya senario politik berubah dan serangan Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah semakin memuncak, tidak syak lagi lembayung senja mungkin menyinar semula untuk memberi kilauan kepada pentadbiran Abdullah. Kalau Anwar ada bersama-sama dengannya, Khairy percaya beliau mampu menewaskan mana-mana pemimpin Umno yang cuba mencabarnya, termasuklah manusia yang disokong oleh Tun Kepala Taik Mahathir. Menunggukan kemunculan waktu seperti itu, Khairy bersiap dengan satu senjata lagi sebagai persiapan menghadapi perang besar dalam Umno. Senjata itu bernama duit.

Bersambung ke Bahagian 9: Lahirnya Seorang Jurujual
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 9
Lahirnya Seorang Jurujual

Memang menyedihkan tetapi inilah satu kebenaran. Wang ataupun duit sudah menjadi darah-daging politik di Malaysia. Korupsi sudah pun membarah di kalangan parti-parti politik dan wang merupakan minyak pelincir yang memudahkan keghairahan seseorang memanjat tiang licin ke puncak kuasa. Wang memang sudah dianggap penting bukan sahaja sebagai sogokan kepada para pengundi dan para penyokong parti tetapi untuk menakut-nakutkan orang lain yang cuba mencabar sesuatu kedudukan yang sedang dikuasai. Lebih banyak wang di tangan, lebih mudah seseorang itu mempertahankan kedudukannya kerana orang lain yang mahu mencabar beliau akan naik takut dan kecut perut untuk terus menjadi calon pencabar yang berwibawa. Seseorang yang belum lagi serasi dengan jawatannya tetapi dibantu oleh beratus juta ringgit sudah tentu mampu menundukkan seseorang calon yang lebih berwibawa tetapi tidak ada bentuk kekayaan yang boleh diperagakannya kecuali kepintaran, pengalaman kerja dan usaha dirinya.

Inilah yang amat difahami oleh Khairy Jamaluddin. Sejarah Pemuda UMNO memang sarat diwarnai pelbagai contoh semacam ini sekurang-kurangnya sejak tahun 1990-an lagi. Pemuda UMNO sudah memilih wang untuk mengetepikan kebolehan ataupun bakat. Inilah cerminan parti induknya, tetapi kesibukan Pemuda UMNO untuk mengkayakan diri telah diperkuatkan oleh gelagat Zahid Hamidi yang telah menggunakan berjuta-juta ringgit yang dikeroyoknya semasa menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional (dan beberapa syarikat perumahan –penterjemah). Itulah dana yang digunakannya untuk melenyek jalan dan laluan dalam dunia politik sedangkan dia masih mentah dan tidak diketahui akan kualiti kepimpinannya. Barulah, semua pencabar beliau seperti Rahim Tamby Tak Kecik dan Isa Samad sedar betapa orang seperti Zahid hanya dapat dicabar dengan kekuatan wang dan penajaan politik yang lebih perkasa. Justeru, lahirlah budaya politik wang pada awal 1990-an di mana UMNO hilang haluan dan terus terjerumus ke lembah kedewaan.

Laluan permulaan Khairy Jamaluddin bukanlah dengan kekayaan walaupun latar belakang keluarganya sendiri merupakan golongan senang lenang hasil jasa seorang bapa yang pernah menganggotai masyarakat diplomatik negara. Namun, keluarga Khairy tidak dapat menandingi beberapa tokoh Pemuda UMNO seperti kelompok Hishamuddin Hussein – Najib Tun Razak yang merupakan zuriat seorang bilioner Melayu pertama - Tan Sri Noah. Ataupun keluarga Sikh Fadzir yang dianggotai oleh Kadir, Aziz, Musa dan Haidar yang mempunyai istana tersergam di Kulim yang dapat mengkerdilkan Istana Negara di Kuala Lumpur. Inilah yang membuatkan Khairy sedar betapa dia juga perlu mengumpul harta karun. Lebih-lebih lagi setelah mengambil kira bahawa kalau mengikut piawaian Malaysia, bapa mertuanya Abdullah Badawi bukanlah orang yang berharta sangat.

Satu asas memacak khazanah perbendaharaan politiknya telah diwujudkan untuk membolehkan para penyokong beliau menjangkau pengaruh mereka. Berbeza dengan gelagat ramai ahli politik UMNO yang terlalu bergantung kepada kontrak kerajaan untuk memperkayakan diri sendiri, Khairy tidak banyak menggunakan taktik itu. Ini tidak bererti bahawa Khairy meminggirkan kontrak kerajaan untuk kepentingan beberapa kroni politik beliau. Rozabil Abdul Rahman adalah seorang penerima kontrak kerajaan yang besar-besar di beberapa buah negeri. Beberapa ahli keluarga Khairy juga memiliki saham secara proksi dalam banyak syarikat. Kontrak yang diberikan kepada Rozabil sudah tentu merupakan kontrak untuk Khairy. Ini termasuk pelbagai projek seperti pembekalan air bersih kepada ratusan sekolah di Malaysia Timur dan pembekalan paip air kepada pejabat kerajaan di Kedah. Masa terus berlalu, dan orang politik dalam UMNO yang mahu membodek Khairy telah memberikan kontrak kepada puak-puak yang mereka anggap memang menyebelahi beliau. Itu sebabnya Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain telah melantik ibu Khairy, Datin Rahmah sebagai (salah seorang) penasihat dalam urusan ekonomi dan kewangan negeri.

Kini ramai yang sudah mengetahui cerita betapa Raja AP Haniff Aziz adalah sepupu kepada Khairy Jamaluddin. Umum sudah mengetahui betapa Haniff yang pernah merupakan pegawai MITI telah diberikan puluhan ribu AP tanpa mempunyai kelayakan menerimanya. Segala AP itu telah diberikan walaupun tidak wujud bilik pameran (showroom) dan kebanyakan AP itu telah dijualnya dengan pantas kepada mengimport kereta yang tidak mampu menebuk pengaruh terhadap menteri yang bertanggungjawab. Inilah kunci rahsia kejayaan Haniff. Dia bukan sahaja berjaya disebabkan dia merupakan sepupu kepada Khairy Jamaluddin. Kononnya hubungan intim beliau dengan Ratu Rafidah Aziz adalah kunci rahsia yang sebenarnya. Hubungan yang intim dengan Rafidah (sehingga mereka berkongsi bantal tidur? – penterjemah) Itu kononnya sudah lama terjalin selama lima tahun. Inilah kunci yang membolehkan beliau menggentel peluang menyamun ratusan juta melalui AP sahaja.

Walaupun segala kontrak kerajaan itu ternyata menyerlah, semua itu adalah dianggap ‘kacang’ sahaja jika dibandingkan dengan gelagat mengumpul harta karun milik negara seperti yang pernah dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Zahid Hamidi. Khairy tidak pun dapat membalun berpuluh juta yang tidak memadai untuk memudahkan laluan naik ke mercu kuasa UMNO. Memang terdapat banyak ranjau dan onak dalam laluan seseorang ahli politik yang kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ghairah mahu membasmi korupsi. Kerana itu Khairy perlu memikirkan rencana yang lebih besar mengumpul harta, pertamanya dalam himpunan yang banyak dan kedua mengikut cara yang kelihatan bersih dan halal.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Khairy ialah mewujudkan satu syarikat yang dinamakannya Ethos Consulting. Ada dua sebab kenapa Khairy mahu menempatkan Ethos Consulting di pejabat Najib. Alasan utama sudah pun di dedahkan dalam artikel (hikayat) yang terdahulu. Alasan kedua ialah faktor ekonomi. Najib Tun Razak dianggap sebagai lembu suci kerana keupayaan beliau menguasai perbelanjaan besar terhadap pertahanan negara. Hubungan baik beliau dengan bekas Perdana Menteri TKT Mahathir dan sokongan yang diterimanya daripada Mahathir membolehkan beliau menerbus segala peluang dalam sistem aset negara. Ethos Consulting ditempatkan di kementerian itu sebagai batu loncatan kepada Khairy. Ketua Ethos Consulting ialah Dr. Liew, yang diberikan tugas rasmi memberikan nukilan idea bagaimana merombak kaedah perbelanjaan pertahanan dan kaedah perolehan. Sedangkan Dr. Liew sudah diketahui umum sebagai rapat dengan golongan politik di Singapura. Malahan Dr. Liew telah memberi maklumat kepada Khairy bagaimana para kroni beliau dapat diberikan kontrak yang penting pada harga yang sengaja dinaikkan tinggi, seperti amalan biasa dalam Kementerian Pertahanan sejak berdekad dahulu lagi.

Satu lagi sumber kewangan yang besar di bawah naungan Najib ialah FELDA. Satu ketika dahulu TKT Mahathir telah memberikan tugas itu kepada Menteri Kewangan Kedua, Jamaluddin Jarjis yang memang rapat dengan Najib. Abdullah telah menurunkan pangkat Jamaluddin tetapi oleh sebab kebanyakan tugas Jamaluddin dahulu adalah melaksanakan perubahan kepada FELDA yang sudah pun sampai ke tahap akhir perancangannya, satu kompromi dibuat untuk meletakkan FELDA di bawah naungan Najib. Dengan demikian Abdullah beranggapan bahawa Jamaluddin tidak berapa kecewa dengan tindakannyadan Najib mudah dipertanggungjawabkan seandainya harta karun ini berada jauh daripada jangkauannya.

Walaupun FELDA berada di bawah bidang kuasa Najib, beberapa keputusan yang penting-penting banyak dipengaruhi oleh Khairy dan Ethos Consulting. Pada mulanya tugas pengstrukturan FELDA dan pengurusan jualan asetnya telah difaraidkan kepada Avenue Assets, milik kesayangan Jamaluddin. Sepatutnya Avenue mengenal pasti ruang di mana FELDA boleh diswastakan. Dengan demikian apa juga aset yang berharga boleh diagihkan secara jualan murahan kepada para kroni Jamaluddin. Walaupun Jamaluddin hanya merupakan seorang Menteri Kewangan Kedua, beliau telah berlagak seolah-olah dia adalah Menteri Kewangan Pertama. Justeru beliau telah melantik orang-orang yang rapat dengannya yang sudah tentu merupakan kroni Najib juga ke tempat yang penting dalam pengstrukturan itu. Apabila Abdullah naik menjadi Perdana Menteri dan Jamaluddin dinyahkan daripada kedudukan itu, Ethos Consulting telah dibawa masuk untuk menggantikan Avenue Assets. Orang-orang Jamaluddin telah dinyahkan untuk diganti oleh orang-orang Khairy. Salah satu syor utama yang dikemukakan oleh Ethos Consulting ialah penjualan aset sampingan, contohnya yang berada dalam industri perbankan dan perkhidmatan. Dengan cepat Ethos telah membuat cadangan agar orang-orang pilihan Khairy dilantik sebagai penasihat dalam urusan itu dan sekali gus mereka menerima komisen yang tinggi dalam urusan penjualannya. Ini bererti komisen untuk Khairy mencecah berjuta-juta ringgit dan dianggap tidak salah dari sisi undang-undang.

Apabila belum lagi dibuat keputusan terhadap kedudukan Felda, Ethos Consulting melakukan tugas bagi pihak Khairy untuk meneliti senarai aset yang ada. Apa yang disebut sebagai penelitian untuk mengadakan perubahan itu adalah bertujuan untuk mencari jalan yang lebih licik bagaimana Khairy boleh mengaut keuntungan yang besar. Para pengundi biasa mempunyai kepercayaan bahawa orang politik menjadi kaya-raya secara membolot kontrak, dan membalun apa juga peluang yang ada. Hakikat yang sebenarnya, amalan ini telah lama diketepikan oleh pemerintahan Abdullah Badawi kerana mereka memilih cara mendapatkan komisen melalui peranan sebagai penasihat kewangan kepada orang-orang yang rapat dengan Perdana Menteri dan pasukan anak menantunya.

Kerana inilah makanya Khairy mempunyai peranan sebagai Director of Corporate Advisory (Pengarah Urusan Nasihat Korporat) dalam ECM Libra. Memang jelas bahawa ini bukan pilihan utama beliau. Apabila merebaknya desas-desus tidak ada orang yang bergeliga dalam Jabatan Perdana Menteri dan Khairy memainkan peranan itu dalam setiap segi jabatan itu, Khairy telah cuba mencari jalan yang boleh memberikan beliau satu kedudukan yang sama besar pengaruh dan kuasanya seolah-olah dia bertugas di pejabat Perdana Menteri. Malahan, beliau telah lama mengidamkan satu jawatan yang perkasa untuk mampu mengumpul harta karun sehingga mampu menakut-nakutkan semua musuh politiknya daripada kelompok lama dalam pejabat Abdullah dan menutup mulut mereka untuk selama-lamanya. Itu sebabnya beliau menggunakan helah pengstrukturan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC – Government Linked Companies) sebagai laluan untuk menjamin kejayaannya.

Pengstrukturan Khazanah merupakan peluang beliau yang pertama. Ia bersandarkan penggunaan ‘Key Performance Index’ (KPI - Indeks Prestasi Utama). KPI merupakan satu idea ‘nukilan’ Ethos Consulting yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia. Sebenarnya rencana itu adalah sama iras seolah-olah ditiru daripada dasar kerajaan Singapura terhadap Temasek Holdings, yang merupakan milik kerajaan yang terkenal di sana. Dalam pengstrukturan Khazanah, Khairy berharap beliau akan dilantik ke jawatan yang paling penting, contohnya sebagai Chief Executive Officer (CEO – Ketua Pegawai Eksekutif) . Akan tetapi para pekerja yang bertugas di Khazanah merupakan pegawai kerajaan yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman. Mereka ini tidak senang dengan cadangan betapa seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Lagi pun Khairy belum ada pengalaman berniaga mahupun pengalaman bekerja, kerana belum lagi mempunyai sebarang pengalaman bekerja di mana-mana. Kalau ada pun, satu jawatan sementara yang pernah dipegangnya ialah sebagai wartawan sambilan kepada akhbar asing - dan itu pun untuk beberapa bulan sahaja.

Lantas meluaplah tekanan dalam Khazanah untuk menolak Khairy. Pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi telah berkumpul sesama mereka untuk menghantar kiasan dan bisikan kepada Abdullah betapa tindakan untuk melonjakkan Khairy adalah satu tindakan yang kurang bijak dan tidak sihat untuk kerjaya politik beliau. Lebih-lebih lagi beliau baru sangat menjadi seorang Perdana Menteri. Mereka berhujah kalau betul Abdullah mahukan seorang anak muda yang berpengalaman untuk memimpin Khazanah, eloklah beliau memikirkan beberapa orang pakar muda yang bertugas sebagai perunding dalam krisis ekonomi negara pada 1977 dahulu lagi. Itu sebabnya Azman Khalid telah terpilih untuk mengisi jawatan yang diidamkan oleh Khairy.

Akan tetapi Khairy tidak berputus asa. Pelantikan Azman sebagai CEO mempunyai syarat jelas untuk menentukan dasar urusan Khazanah. Tetapi akan dilantik seorang Chief Operating Officer (COO) Ketua Pegawai Operasi) untuk urusan harian Khazanah. Azman telah dipanggil oleh Menteri Kewangan Kedua, Mohd Nor Yakcop untuk membuat pengumuman secara rasminya dan beliau telah diberikan cadangan agar Khairy dilantik sebagai COO. Malahan, Nor telah memberitahu Azman bahawa Abdullah sudah pun memberikan arahan agar surat pelantikan Khairy dibuat secara rasminya.

Azman tidak berkata apa-apa. Setelah berada di pejabatnya beliau telah memanggil Khairy e pejabatnya. Khairy beranggapan yang Azman mahu memberitahu bila beliau boleh memulakan tugas sebagai seorang COO. Dengan penuh keyakinan beliau masuk ke pejabat Azman dan duduk secara selamba di sebuah kerusi yang bertentangan dengan Azman. Secara selamba Azman mulakan perbincangan mereka dengan menyebut betapa wujudnya satu jawatan dalam pertubuhan itu yang patut diisi. Khairy menjawab yang dia sudah pun tahu hal itu. Azman membalas betapa nama Khairy ada disebut untuk mengisi jawatan tersebut. Khairy menjawab lagi bahawa dia pun sudah tahu akan perkara itu. Azman membalas dengan mengatakan betapa Khairy mungkin didapati sesuai mengisi jawatan tersebut. Oleh itu dan untuk memuaskan penyelidikannya dia mahu Khairy mengemukakan satu ‘Curriculum Vitae’ (CV) untuk membolehkan beliau membuat kepastian. Khairy terkejut beruk dan meninggalkan bilik itu dengan serta merta.

Barulah Khairy sedar betapa Azman telah berlemah lembut menyatakan kepadanya yang dia tidak sesuai untuk jawatan itu dan dia memang tamak dan haloba untuk mengisinya. Memang jelas betapa Azman telah menyindir akan kekurangan pengalaman Khairy dalam bidang ekonomi dan kewangan. Walaupun Khairy pada mulanya memang amat marah terhadap Azman, sebenarnya Azman telah menyelamatkan beliau daripada satu jerangkap samar politik. Itu sebabnya dia membuat persiapan untuk mengisi jawatan CEO Khazanah dan tidak lagi sebagai seorang COO pertubuhan itu. Untuk melakukannya, Khairy perlu bertindak mencari sedikit pengalaman yang berkaitan.

Khairy telah pergi berjumpa teman lamanya Kalimullah Hassan Mohamed Hassan. Kai merupakan rakan tidur dalam satu rangkaian tiga gandingan (troika) yang dianggotai oleh dua orang Cina dan seorang India yang berjaya memajukan ECM Libra. Itulah sebuah syarikat yang dimajukan sehingga menjadi berpengaruh dalam bidang kewangan. Kali faham dan sedar betapa Khairy akan kehilangan punca dalam bidang kewangan. Sebagai seorang muda dalam dunia politik sudah tentu Khairy tidak ada masa dan kesabaran untuk membaca butiran dalam penyata ‘discounted cash flow’ dan penyata yang penuh angka. Lantas Kali mencadangkan agar Khairy masuk menganggotai ECM Libra sebagai seorang pakar seranta. Dengan lain perkataan Khairy akan menggunakan hubungannya dengan pihak atasan tanpa memerah otak untuk menjadikan ECM Libra menjadi lebih kaya-raya. Orang biasa yang tidak tahu-menahu akan muslihat dunia kewangan tidak akan tahu betapa jawatan Khairy sebagai pengarah nasihat korporat tentulah beranggapan bahawa itu tugas yang ada kena-mengena dengan kewangan. Di sebalik pangkat sebagai seorang pengarah itu Khairy sebenarnya bukanlah seorang pengarah syarikat yang sebenar. Sebagai seorang yang berjawatan pengarah ECM Libra, memang nampaknya beliau adalah seorang yang berpangkat besar. Hakikatnya dia bukanlah menganggotai Lembaga Pengarah syarikat itu. Nasihat korporat adalah nama cantik yang berbau kewangan. Sebenarnya orang yang memegang jawatan seperti itu adalah laksana seorang jurujual luar biasa yang membawa masuk bisnes kepada syarikat.

Para anggota pertubuhan Pemuda UMNO tidak akan tahu betapa timbalan ketua pemuda UMNO adalah seorang jurujual yang dijolokkan pangkatnya menjadi gah dan indah. Namun, pangkat yang gah itu bukanlah satu hiasan semata-mata. Khairy bukannya seorang jurujual yang biasa. Dia mempunyai ruang dan peluang untuk mengaut keuntungan. Khazanah merupakan satu pertubuhan milik kerajaan yang akan menjadi bahan utama untuk beliau membahamnya.

Bersambung ke Bahagian 10:
Jurulelong Negara

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 10
Jurulelong Negara

Tindakan berani Azman Mokhtar menolak keghairahan Khairy Jamaluddin untuk menjadi COO (Chief Operations Officer) Khazanah merupakan satu tamparan hebat kepada ego Khairy. Beliau menyangka pada asalnya bahawa pelantikannya untuk mengisi jawatan itu hanyalah satu formaliti sahaja. Sebaliknya dia mendapati bagaimana impian itu berkecai setelah ditolak secara berhemah dan berbudi-bahasa tetapi sungguh bermakna untuk seorang anak muda yang mentah dan tidak berpengalaman. Inilah juga alasan yang sama menyebabkan beliau tidak diberikan sebarang jawatan di pejabat Perdana Menteri sejurus selesai Pilihan Raya Umum ke-11 dahulu di mana dia dikatakan berjaya merencana satu kemenangan yang paling besar untuk Barisan Nasional dalam sejarah parti berkomponen itu..

Sebagai Ketua Kempen Pilihan Raya, Khairy bukan sahaja berjaya mencorakkan satu imej baru buat Paklah yang dilihat sebagai insan yang baik hati dan tinggi budi bahasanya dan lebih lemah-lembut berbanding Mahathir. Malahan beliau merupakan orang yang menentukan siapa di kalangan calon BN yang patut bertanding. Satu Jawatankuasa khas yang dianggotai tiga orang mengandungi Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak, Setiausaha Kerja BN, Yaakob Muhammad dan Khairy Jamaluddin telah diberikan kebebasan untuk memilih dan menentukan orang yang patut menerima watikah menjadi calon BN. Dua orang anggota Jawatankuasa itu memang tidak ragu-ragu lagi dengan mendapat suara siapakah yang lebih didengar oleh Perdana Menteri untuk menentukan keputusan yang muktamad.

Sejurus selesai Pilihan Raya Umum itu Khairy tidak dapat menahan kegembiraan untuk bercakap angkuh tentang peranannya menentukan kemenangan besar BN. Gelagat ini bukan sahaja menaikkan kemarahan Najib malahan juga beberapa orang pegawai di pejabat Paklah yang telah lama berkhidmat dengan setianya kepada beliau. Kumpulan ini yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Peribadi Thajudeen Abdul Wahab telah bergabung tenaga menasihatkan Paklah agar beliau menghentikan segala cakap-cakap cemuhan yang dilempar padanya disebabkan Khairy. Thajudden menasihati Paklah agar menamatkan khidmat Khairy di pejabat kerana beliau masih mampu bergantung harap kepadanya sebagai seorang anggota keluarganya sendiri. Tetapi adalah tidak kena pada tempatnya jika Paklah terus menggunakan Khairy sebagai seorang penasihat rasmi. Seorang lagi kepercayaan Paklah, Fawzi Basri (arwah) telah mencadangkan agar Khairy diberikan tugas lain di kementerian yang lain. Ketika itulah seorang sekutu Khairy, Ahmad Zaki Zahid, yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar Khairy dilantik menjadi Chief Executive Officer (CEO – Ketua Pegawai Eksekutif) di Khazanah.

Perkara itu telah dibincangkan oleh Abdullah dengan Menteri Kewangan Kedua Nor Mohammad Yakcop. Mereka bersetuju bahawa CEO yang ada ketika itu, Anuar Aji, tidak cekap dan kerap gelabah dalam tugasnya. Namun, Nor Mohamad berpendapat adalah tidak masuk akal untuk meletakkan seorang anak muda berusia 28 tahun dan masih mentah dalam dunia niaga dilantik menguruskan perniagaan Khazanah. Sesungguhnya, kalau tidak kerana pengalaman sebagai Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri, Khairy bukan ada pengalaman kerja kecuali sebagai seorang wartawan pelatih di dalam bidang percetakan dan media elektronik. Kerana itu Nor mencadangkan agar Khairy dilantik menjadi seorang COO (Ketua Pegawai Operasi) yakni satu tahap bawah sikit daripada jawatan CEO. Jawatan demikian memberikan peluang untuk Khairy bertanggungjawab ke atas urusan harian Khazanah, sedangkan orang yang menjadi ketua beliau menumpukan tugas terhadap penentuan dasar utama Khazanah. Tugas sebagai COO itu adalah semacam sama dengan tugas beliau di pejabat Abdullah.

Nor Mohamad Yakcop muncul di puncak kuasa dengan tugas menjadi penasihat kepada Perdana Menteri TKT Mahathir melaksanakan tambatan Ringgit ketika berlakunya Krisis kewangan Asia pada 1997 dahulu. Pada mulanya Nor Mohamad Yakcop punya hubungan rapat dengan anak-didik Anwar Ibrahim yang bernama Wan Hasni sebagai penasihat Kumpulan Syarikat Abrar. Nor Mohamad Yakcop pernah menjadi seorang pegawai di Bank Negara di mana dia bertanggungjawab dengan kerugian sebanyak RM15 BILION disebabkan pertaruhan dalam jual-beli matawang luar negara. Ada desas-desus mengatakan Nor Mohamad Yakcop pernah meraih keuntungan besar dalam urusan pertukaran matawang asing (forex) hingga beliau mampu membeli seekor kuda lumba di Melbourne Cup Race dan menamakannya ‘Bank Negara’.

Semasa memberikan khidmat singkat sebagai penasihat Khas kepada PM, Nor Mohamad Yakcop telah mengambil beberapa graduan lulusan Oxford dan Cambridge serta segelintir lulusan universiti lain yang dikatakan pintar belaka. Graduan yang berusia dalam lingkungan tiga puluhan merupakan akauntan ataupun peguam yang pernah berkhidmat dalam pelbagai bidang dan pakar dalam urusan pengstrukturan. Salah seorang antara mereka ialah Azman Mokhtar yang dipilih oleh Nor Mohamad untuk menjadi CEO di Khazanah. Nor Mohamed berpendapat oleh kerana Azman adalah lulusan Oxford, tentulah dia serasi menerima Khairy yang juga lulus daripada Oxford sebagai Timbalannya.

Akan tetapi Azman tidak berapa berminat dengan Khairy. Pertama, dia tidak suka melihatkan seseorang mengintai apa yang dilakukannya. Sebenarnya dia boleh bekerja dengan lebih selesa dan mengaut keuntungan yang lebih lumayan sebagai ‘Managing Partner’ di ‘Binafikir’ jika dibandingkan dengan tugasnya berkhidmat untuk negara di Khazanah. Untuk melaksanakan tugasnya di Khazanah dengan baik dia tidak mahu sesiapa mengongkongnya. Khazanah mempunyai aset berjumlah sekitar RM600 bilion melalui 11 anak syarikat, 16 syarikat bersekutu dan ratusan pelaburan kecil di Malaysia dan di luar negara. Ternyata memang menggiurkan selera Khairy yang begitu rakus dan tamak haloba. Akan tetapi alasan paling utama kenapa Azman menolak pelantikan Khairy ialah wujudnya satu kumpulan anak-anak muda di keliling Azman yang tidak begitu bersimpati dengan Khairy. Mereka ini sama–sama berkelulusan tinggi dengan ijazah kelas utama daripada universiti terunggul dunia. Graduan muda-muda ini telah ditempatkan di beberapa jawatan penting di Khazanah, daripada Pembantu Peribadi kepada Pengarah Pelaburan, Ekuiti dan Kewangan Korporat. Dalam jawatan itu mereka perlu memberi tumpuan khusus kepada tugas mereka.

Graduan muda yang berkelulusan tinggi ini tidak serasi dengan Khairy kerana Khairy adalah lambang nafsu serakah politik. Mereka sedar kehadiran Khairy akan memaksa mereka bertolak ansur dalam prinsip bisnes untuk memihak kepada kehendak politik. Khairy pasti membawa masuk kroninya untuk terlibat dalam urusan dagang Khazanah. Yang lebih penting lagi, Khairy akan merupakan satu pengaruh negatif terhadap profesionalisme kerana mahukan setiap bentuk maklumat disalurkan terus padanya. Kumpulan anak-anak muda inilah yang telah membantah dengan lantangnya akan kemasukan Khairy. Sebagai COO Khazanah. Mereka menjerit keriangan apabila Azman mengoyak surat pelantikan yang telah disediakan oleh Norza Zakaria yang bertugas sebagai Setiausaha politik Mohamed Yakcop. Surat itu hanya menunggukan tandatangan Pengerusi Khazanah merangkap bapa mertua Khairy iaitu Abdullah Badawi.

Khairy sedar graduan muda di Khazanah bukanlah sama tongkang dengan orang-orang beliau yang bertugas di Ethos Consulting dan beberapa syarikat dagang yang digunakannya sebagai saluran politik. Kalau para kroni dia boleh dilentur untuk melakukan apa yang dikehendakinya, kumpulan muda di Khazanah selalu mentertawakan Khairy. Mereka tahu Khairy tidak pandai sangat menilai pendekatan asas perniagaan, termasuk membaca maklumat penyata perakaunan dan rencana perdagangan. Memanglah Khairy tidaklah seteruk itu hingga boleh dianggap dunggu. Akan tetapi pengalamannya selama enam bulan sebagai pengacara satu rancangan TV bukanlah memberikan banyak pengalaman kerja untuk beliau memahami selok-belok kewangan korporat. Di sebalik kekurangan yang ketara begitu, Kalimullah Hassan telah melantik Khairy menjadi seorang pegawai di Kewangan Korporat di ECM Libra kerana beliau sendiri pun dahulu tidak punyai apa-apa pengalaman dan terpaksa menggunakan rangkaian seranta untuk mendapatkan peluang perniagaan untuk syarikat usahasamanya.

Khairy sedar dia tidak boleh membiarkan Khazanah berurusan di bawah jagaan anak-anak muda yang begitu bertentangan dengan impian politiknya. Apabila Azman menolak beliau, Khairy telah menggunakan satu taktik lain untuk menentukan dia mempunyai pengaruh dalam sistem Khazanah. Perlantikan Azman secara mendadak bererti banyak orang lama yang perlu diganti. Khairy telah mendesak Abdullah untuk memecat semua pegawai kerajaan yang lama di situ dan menggantikannya dengan orang yang bertaraf professional. Azman telah memilih majoriti orang baru untuk mengisi jawatan lama. Tetapi terdapat segelinteir yang mampu masuk dengan ihsan Khairy. Khairy mahu menggunakan mereka sama cara dia menggunakan Mustapha Ong di pejabat Najib. Orang–orang ini merupakan perisik bagi pihak Khairy dan bertanggungjawab memberikan maklumat aset Khazanah yang baik-baik untuk dipilih oleh Khairy bagi urusan perniagaannya.

Antara segelintir orang-orang pilihan Khairy ini tersebutlah nama seorang rakannya daripada Ethos Consulting yang bernama Gianendra Sarvananthan. Mereka berdua pernah belajar di England dan pernah belajar bersama-sama dalam kumpulan yang sama. Semasa Khairy mula-mula masuk berkhidmat di pejabat Abdullah, orang yang kerap memberi nasihat kepadanya mengenai ekonomi dan bisnes, ialah Sarvananthan. Ketika itu Sarvananthan bertugas sebagai penasihat korporat kepada sebuah bank yang berpangkalan di Singapura. Semasa itulah Sarvananthan telah memperkenalkan Khairy kepada beberapa syarikat perniagaan di Singapura termasuk beberapa pegawai utama dalam Temasek Holdings dan DBS Bank. Temasek Holding adalah syarikat milik kerajaan Singapura. Apabila Khairy gagal mendapat tempat di Khazanah beliau mengambil langkah bijak untuk menempatkan Sarvanathan di situ.

Lantas Sarvananthan telah dilantik sebagai Pengarah Pelaburan di Khazanah. Pada usia 29 tahun, Sarvananthan yang tidak ada sebarang pengalaman dalam perniagaan di Malaysia telah diberikan kuasa untuk mengstruktur perniagaan Khazanah, dan yang amat penting sekali sektor pelaburan ekuiti. Di sebalik kelulusannya yang tertulis, Sarvananthan tidak pun tahu-menahu akan asas kewujudan Khazanah. Lagi pun dia bukan tahu sangat akan suasana kewangan dan perniagaan di Malaysia. Semua ini dianggap tidak penting walaupun dia diberikan tugas terpenting dalam kerja-kerja pengstrukturan Khazanah.

Melalui kewujudan Savananthan, Khairy telah mengemukakan banyak cadangannya kepada Khazanah. Pendekatan mereka memang amat mudah sekali. Khairy telah memilih apa juga bidang bisnes di mana dia ataupun ECM Libra dapat memainkan peranan. Dia memberitahu Savananthan yang akan pergi berjumpa Azman dengan cadangan yang sama kerana kertas kerja itu telah dibuat sendiri oleh Sarvananthan. Setiap kali Khazanah memilih sesuatu jenis perniagaan untuk diniagakan, Khairy akan dilantik oleh pihak yang berminat sebagai penasihat mereka. Satu bahagian komisen yang khusus diberikan kepada Khairy kerana menguruskan perniagaan itu. Selalunya komisen adalah sedikit sahaja dalam bisnes biasa, tetapi komisen untuk Khairy adalah banyak kerana memandangkan besarnya urusan yang dibuat dengan Khazanah.

Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee Kuan Yew. Ini merupakan satu urusan niaga besar yang sungguh penting. Apa yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya itulah komisen yang dianggap rasuah juga.

Urusan dagang itu setelah dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan Umno yang paling utama. Mustapha Mohammad telah memberitahu bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas. Mahathir melenting kerana marah yang amat sangat. Walaupun Mahathir sendiri bukanlah bebas daripada kesilapannya dalam urusan politik dan dagang, dia selalunya memendam rahsia itu di kalangan keluarganya sendiri iaitu di kalangan masyarakat bisnes di Malaysia. Dia tidak pernah merestui penjualan apa juga kepada musuh ketatnya - Singapura.

Mustapha telah diberikan tugas khas untuk mendapatkan sokongan beberapa orang menteri agar sama-sama menyuarakan kekesalan betapa penjualan kepada Temasek adalah satu kesilapan besar. Hampir di setiap negara, telekomunikasi adalah dianggap sebagai satu industri strategik yang sentiasa diawasi dengan penuh hati-hati kerana implikasi keselamatan negara. Abdullah telah diberitahu betapa ramai jurutera di SingTel adalah pakar-pakar yang telah dilatih oleh Israel yang turut menyumbang kepada pembentukan sistem satelit yang canggih. Beberapa menteri seperti Aziz Shamsuddin dan Azmi Khaled telah memberitahu Abdullah bahawa langkah membuka telekomunikasi negara kepada Singapura adalah amat berbahaya memandangkan langkah yang telah diberikan kepada Singapura dalam bidang perbankan, insurans, pembekalan bahan-bahan pembinaan, dan media cetak. Agen (perisikan) Singapura seperti Kalimullah Hassan telah diberikan kedudukan di tempat yang strategik. Kemudian ada pula masalah di mana segala pelaburan Singapura tidak dapat dibalas dengan setimpalnya oleh rakyat Malaysia yang lebih miskin.

Gandingan tiga serangkai (troika) yang dianggotai oleh Mustapha, Azmi dan Aziz merupakan menteri yang berpengaruh kerana mereka adalah saki-baki pentadbiran Mahathir dan diketahui berkata benar dengan ikhlasnya kepada Abdullah. Kerana itu Abdullah tidak ada pilihan dan bersetuju dengan pendapat mereka. Namun, Khairy berdegil kerana merasakan habuan yang lumayan daripada urusan dengan pihak Singapura. Hampir semua hubungan perniagaan Khairy ada sangkut-paut dengan Singapura. Proksi beliau, Norza Zakaria mempunyai kepentingan niaga di Singapura, Majikannya ECM Libra adalah berpangkalan di Singapura. Majikannya itu mempunyai satu syarikat berdaftar di Singapura yang menggunakan wang Singapura untuk membeli asset Malaysia. Badut beliau yang bernama Kalimullah Hassan adalah seorang ‘apologist’ yang naik dalam kerjayanya kerana membuat laporan yang baik-baik di Malaysia bagi pihak Singapura. Penasihat ekonomi beliau yang bernama Sarvananthan telah dilatih oleh Singapura dan taat dan setia kepada Temasek. Patutlah orang Singapura lebih suka memberikan gelaran kepada Khairy sebagai “The Quiet Singaporean” (Warga Singapura Yang Senyap)

Tidak ada pelabur asing yang perkasa mahu berada dalam kedudukan pemegang minoriti untuk satu jangkamasa yang panjang. Kerana itu Temasek berusaha melobi dengan gigih untuk mendapatkan pegangan saham TM sebanyak 5 % lagi. Kalau diambil kira keadaan pasaran modal semasa, pelaburan tambahan itu membabitkan pembelian hampir RM1.7 billion. Khairy selalunya mendapat komisen antara 1% hingga 2% yang dikongsi sama dengan sekutunya dan ini berjumlah antara RM17 juta hingga RM34 juta. Apa bila diambil kira RM16 juta yang diterimanya dalam transaksi yang terdahulu sudah tentu ini merupakan satu perniagaan yang amat lumayan kerana Khairy hanya perlu bersuara memujuk Abdullah bersetuju dengan urusan dagang itu.

Sejak Mac tahun ini, Abdullah telah merayu agar kabinet membenarkan Temasik menambahkan sahamnya dalam TM. Setiap kali dia berbuat demikian dia menemui jalan buntu kerana tentangan para menteri yang telah menerima maklumat daripada Mahathir. Lagi pun Najib Razak sengaja diam membisu dalam hal ini. Setiap kali selesai mesyuarat kabinet, Najib akan bertemu Mahathir dan juga bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh untuk mendapat panduan dan nasihat mereka. Nasihat yang diterima adalah sama sahaja yakni melambat-lambat perkara itu selama mungkin. Jika tidak sekat terus usaha itu. Kalau Temasik dibenarkan mendapat saham tambahan kepentingan Malaysia akan tergadai.

Untuk memecah jalan buntu, Khairy telah berunding dengan Sarvananthan. Mereka tonjolkan satu idea baru yang bertujuan memberi penekanan kepada peningkatan kepentingan Malaysia di Singapura. Mereka berdua berharap kalaulah ada syarikat Malaysia yang membeli lebih banyak saham syarikat Singapura, penentangan terhadap usaha Temasek membeli saham TM boleh diredakan. Sarvananthan telah mencadangkan kepada Khazanah dan CEO TM, Abdul Wahid Omar; agar membeli lebih banyak saham M1, syarikat telekomunikasi yang nombor tiga terbesar di Singapura. Namun, urusniaga itu didapati lebih mahal daripada harga yang mula-mula ditetapkan. Singapura enggan menjual sahamnya dengan harga murah dan Malaysia terpaksa membayar premium dalam pembeliannya. Kesannya saham TM menjunam kerana para pelabur runsingkan pembelian itu tidak berbaloi dan akan menjejas keuntungan TM akhirnya. Implikasinya ialah saham TM yang akan dibeli oleh Temasek menjadi lebih murah daripada yang dijangka dahulu. Demikianlah “otak-udang” Khairy dan orang-orangnya di Khazanah. Kesannya Singapura 2 Malaysia 0.

Sehingga kini pun Khairy masih mengharap agar urusan itu dapat diselesaikan. Jika tidak pun, masih banyak lagi urusan lain yang boleh dimajukannya kepada Singapura. Salah satu usaha itu ialah pengstrukturan FELDA yang membabitkan asetnya. Kegiatan utama FELDA ialah perladangan. Akan tetapi tidak ramai orang yang sedar betapa FELDA mempunyai pelaburan juga dalam banyak bank utama di Malaysia terutamanya MayBank. Pelaburan yang dianggap kecil ini berjumlah berbilion Ringgit dan sudah matang untuk menjadi pilihan pelabur asing. Seandainya FELDA berhasrat menggugurkan aset semacam itu untuk memberikan tumpuan kepada perladangan. Dengan menggunakan ECM Libra, Khairy telah mengemukakan cadangan kepada FELDA dan Najib Tun Razak agar aset jenis ‘non-core’ (sampingan) ini dijual kepada pihak berminat di Singapura. Khairy telah memberitahu Temasek dan DBS Bank untuk bersiap sedia membeli aset itu semuanya. Berapakah agaknya komisen kepada Khairy? Antara RM30 juta hingga RM50 juta.

Masalah di FELDA berpunca daripada rencana pengstrukturan yang bukan direka oleh Khairy. Sebenarnya pengstrukturan FELDA adalah ilham pemikiran Jamaluddin Jarjis yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan Kedua. Jamaluddin telah melantik anak saudaranya untuk membuat perancangan itu melalui syarikat kumpulan Avenue Capital. Akan tetapi apabila Abdullah memegang tampuk kuasa, rencana itu telah dibatalkan kerana memberi ruang kepada rancangan Ethos Consulting, yang merupakan sayap pelaburan Khairy. Abdullah beranggapan adalah mudah untuk mendapatkan persetujuan Najib. Akan tetapi Najib telah berhelah dengan meletakkan FELDA di bawah kuasa seorang pegawai baru, yang merupakan rakan lama Mustapha Muhammad. Nama beliau ialah Ahmad Maslan. Kini keadaan sudah berada di satu persimpangan. Sedangkan kedua-dua pihak sedang melobi dengan gigihnya untuk menyeluk pekasam yang bernama FELDA. Apa yang dimulakan dahulu oleh Tun Razak sebagai rencana awalan DEB untuk membantu orang Melayu di kampung-kampung kini sudah menjadi kawah kencana yang terletak di hujung pelangi.

Setakat ini Khairy hanya mendapat komisen daripada urusniaga yang utama sahaja. Namun, masih ada satu asset kerajaan yang bernilai sekitar RM1.7 bilion yang tidak lama lagi akan menjadi landasan Khairy untuk masuk senarai Bilionaire Forbes. Rancangan untuk membalun harta karun itu sudah mengambil masa yang lama kerana begitu kompleks. Kini Khairy dan Norza Zakaria sudah berjaya memecahkan jalan buntu. Tidak berapa lama lagi rencana itu akan meledak juga dan menjanjikan keuntungan kepada mereka.

Bersambung ke Bahagian 11: Khairy dan Kilang Duitnya

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 11
Khairy dan Kilang Duitnya

Bukannya sukar sangat menjadi seorang jutawan di Malaysia. Malahan, bukannya susah sangat kalau nak menjadi seorang juta-jutawan – kalau sudah ada hubungan baik yang lumayan. Pada lazimnya, apa yang disebut sebagai hubungan yang betul itu bermakna mempunyai seorang penaja ataupun Penaung dalam UMNO, tidak kiralah kalau anda seorang Melayu, India ataupun Cina. Seorang ‘godfather’ ataupun bapa angkat dalam UMNO akan memberi ruang yang lumayan untuk meraih pelbagai peluang meraih pulangan yang mungkin tidak perlu banyak usaha. Cuba ambil satu contoh membabitkan Haniff Aziz, yang merupakan sepupu kepada Khairy Jamaluddin dan merupakan salah seorang antara tiga orang Raja AP.

Haniff merupakan seorang bekas pegawai kerajaan yang mungkin mampu meraih sekitar RM100,000 setiap tahun. Kalau ditolak hutang piutang dan sara hidupnya, dia mungkin mampu menyimpan sebanyak RM30,000 setahun. Itu pun kalau dia pandai berjimat. Sudah tentu wang simpanan sebanyak itu tidak mampu digunakan untuk membina bilik pameran ‘showroom’ untuk mempamerkan kereta import. Namun, pada hari ini, dengan peluang meraih AP selama dua tahun, Haniff Aziz sudah bernilai lebih RM300 juta. Wang sebanyak ini telah diraihnya dan menjadi satu gambaran betapa Rafidah Aziz sengaja melupakan unsur-unsur ketelusan dalam pemerintahan kerajaan, Ia juga sudah menjadi satu lambang betapa orang yang rapat dengan Khairy kini menjadi satu golongan yang tidak boleh disentuh dalam bidang perniagaan Malaysia.
Seperti juga dengan beberapa panglima perang UMNO di zaman dahulu lagi, Khairy melindungi kawan-kawannya walaupun mereka bergelumang dengan korupsi yang nyata. Dalam kisah Hanif, setakat ini beliau terlepas kerana Khairy tidak mahu melihat sesiapa yang mengongsi datuknya tercemar oleh sebarang skandal, kerana itu akan terpalit atas dirinya juga.

Kerana itu, pengedar ‘Wald Automobiles’ terpaksa merupakan golongan pertama yang menerima bahana kemarahan TKT Mahathir yang merungut terhadap salahguna AP. Wald dianggap telah menaikkan kemarahan Mahathir kerana mengimport kereta sama jenis yang diimport oleh anak lelaki Mahathir. Cuma dalam surat pengimportan mereka, Wald telah membuat deklarasi harga sebanyak 50,000 hingga 100,000 lebih rendah daripada harga yang dijual oleh keluarga Mahathir. Khairy fikir tindakan terhadap Wald buat kali ini, akan melepaskan Hanif daripada menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

Mungkin juga orang politik menganggap kesetiaan sebagai satu nilai hidup yang sungguh berharga. Sudah tentu, Khairy taat kepada kumpulan kawan-kawannya yang kini membantu beliau menghimpun harta karun yang bukan kepalang lumayannya. Salah seorang rakan beliau yang belajar di Oxford pernah menggunakan nama beliau untuk mengelak membayar hutang bernilai RKM5 juta yang jatuh matang kepada Danaharta. Ayah si peminjam ini ialah seorang pemaju hartanah di Negri Sembilan yang kerugian. Jadi beliau pergi menemui pegawai Danaharta dan mengingatkan pegawai itu supaya tidak membuat tuntutan hutang tersebut kerana anak si pemiutang adalah rakan baik Khairy. Ini membuatkan Danaharta naik takut dan si peminjam diberikan masa untuk menyelesaikan hutangnya. Hanya dengan menggunakan nama Khairy Jamaluddin sudah mencukupi untuk dijadikan kata-laluan untuk membalun harta karun.

Khairy tidak boleh dituduh sebagai hanya satu-satu orang Paklah yang korup. Memang terdapat ramai lagi orang Paklah yang memang begitu terlibat dengan pemberian kontrak, lesen, permit dan komisen kepada penyokong pilihan mereka. Tidak ada satu jerung pun yang teraniaya oleh Abdullah kecuali si jerung itu dilihat oleh Abdullah dan juga orang-orangnya sebagai orang yang setia kepada Mahathir. Itu sahaja kriteria untuk mensabitkan seseorang itu menghadapi mahkamah.

Kali terakhir Malaysia mewujudkan bilionair melalui korupsi kerajaan adalah sekutu mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim. Khairy berhasrat mahu meraih jolokan itu bagi dirinya sendiri. Namun, dia berbeza sedikit daripada mereka kerana dia tidak mahu kilauan seorang taikun (tycoon). Sebaliknya dia mempunyai pandangan jauh mahu membalun harta melalui proksi, sambil dia sendiri mempamerkan satu peranan seorang ahli politik yang sedang naik, dan dilihat bebas daripada kekotoran rasuah dan perniagaan. Hakikat yang sebenar, kumpulan yang membalun wang itu bertindak mengikut perintah Khairy dan bergiat hanya mengikut arahannya.

Ada satu rencana besar yang sedang di meja perancangan membabitkan penjualan beberapa aset simpanan Danaharta yang kini sedang diusahakan oleh Khairy melalui proksi beliau Norza Zakaria dan sekutunya di Singapura. Norza mempunyai sebuah syarikat di Singapura yang berusaha sama dengan seorang bernama Mr. S. Si Mr. S ialah rakan sekolah Khairy di United World College (UWC) Singapura. Kini, Mr. S adalah seorang pakar kewangan korporat yang minat dalam Danaharta dan multimedia. Mr. S pernah bertemu Khairy dan kroni beliau di Khazanah membincangkan beberapa aset milik Malaysian GLC (Government Linked Companies) dan membincangkan bagaimana boleh meraih komisen dalam penjualan aset itu. Salah seorang penasihat Khairy ialah pemegang saham Ethos Consulting yang kini bertugas di Deutsche Bank di Kuala Lumpur.

Kenapa pilih Danaharta? Jawapannya amat mudah. Danaharta ditubuhkan semasa meledaknya krisis kewangan Asia. Dengan menggunakan dana kerajaan Danaharta telah membeli ‘NPL – Non-performing loans’ (hutang tidak berbayar) daripada bank-bank Malaysia. Dengan lain perkataan, Danaharta telah membeli hutang bertapuk dengan peratusan premium yang tinggi. Sejak penubuhannya, Danaharta telah berjaya membayar balik RM11 bilion yang dipinjam daripada kerajaan. Namun demikian, masih ada lagi aset yang belum terjual bernilai RM1.7 bilion. Akan tetapi jangka hayat Danaharta adalah terhad. Ia dijangka akan dipupuskan pada akhir tahun ini. Ini bermakna semua asetnya mesti dijual juga.

Khairy, Norza, Mr. S dan kawan mereka di Deutsche Bank sudah merancang mahu membeli semua aset kepunyaan Danaharta dengan diskaun yang tinggi. Setiap seorang akan memainkan peranan tersendiri. Kawan di Deutsche Bank telah menyediakan satu cadangan (kertas kerja) kepada Pengarah Urusan Danaharta Zukri Abdul Samad untuk membeli semua aset Danaharta. Deutsche Bank akan mengambil peranan sebagai fronting bank (bank utama) dan dana untuk membeli aset itu akan diwujudkan oleh Khairy, dan Norza. Buat masa ini cadangan itu sedang dipertimbangkan. Deutsche Bank mahukan diskaun sebanyak 70% daripada harga pasaran semua aset yang ada. Dengan demikian mereka mengimpikan keuntungan sebanyak RM1.2 bilion. Danaharta tidak berapa berminat menjual dengan harga semacam itu kepada Deutsche Bank kerana semua aset itu mempunyai potensi sekurang-kurangnya melonjak naik kepada 80%.

Akan tetapi Danaharta mempunyai dilema tersendiri. Pertama, segala keputusan untuk menjual tidak terletak di tangan mereka. Ia terletak kepada Kementerian Kewangan dan kementerian itu bertanggungjawab terus kepada bapa mertua Khairy, Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun Abdullah tidak berapa terlibat dengan keputusan semacam itu, kerana bergantung harap kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop, sudah tentu keputusannya dipengaruhi oleh tiga orang sekutu Khairy di kementerian itu. Sebelum bertindak, Nor Mohamed akan merujuk kepada dua pegawai khas kepada Menteri Kewangan yang merupakan rakan Khairy sejak Oxbridge lagi yang telah dilantik menjawat kedudukan mereka dengan sokongan Khairy juga.

Sebagai seorang penasihat korporat ECM Libra, Khairy akan melobi agar rencana itu diterima pakai. Deutsche Bank akan muncul sebagai pembeli. Sedangkan orang yang paling beruntung ialah Khairy dan Norza. Mereka hanya perlu adakan lebih kurang RM55 juta untuk membalun keuntungan yang berbilion Ringgit tingginya. Buat masa ini Khairy dan Norza tidak ada dana sebanyak itu. Ini tidak bermakna mereka tidak mampu menyediakan satu ‘bank guarantee’ (jaminan bank) yang cukup bertahan sehingga mereka menjual balik semua aset yang dibeli itu. Kunci utama di sini ialah sesiapa pun mampu meraih keuntungan besar sebagai orang-tengah. Dalam kes ini Khairy mampu menjadi orang tengah istimewa itu kerana tidak ada sesiapa yang akan mencabar tawaran mereka.

Tidak siapa yang percaya bahawa aset itu akan dinilai dengan sewajarnya. Khairy mempunyai ramai orang upahannya di Kementerian Kewangan, Bank Negara dan beberapa institusi lain yang membuat laporan terus padanya. Kebanyakan mereka adalah kawan lama semasa menuntut di Singapura dan United Kingdom. Mereka mungkin tidak mengimpikan kekayaan semacam Khairy, tetapi perkhidmatan yang mereka beri, akan memberikan ruang laju untuk naik pangkat dan peluang meraih keuntungan dalam beberapa projek yang lebih lumayan.

Setiap laporan dan minit mesyuarat Kementerian Kewangan, Bank Negara, Khazanah dan Danaharta memang diberikan salinan kepada Khairy. Norza dan beberapa pembantu khas di Kementerian Kewangan menentukan agar Khairy dapat melihat setiap urusan yang pilihan itu. Beberapa sekutu Khairy yang masih muda di beberapa institusi lain membuat laporan juga akan saingan yang terdekat. Mereka juga gunakan pelbagai taktik untuk melunturkan minat pihak dan peniaga lain yang berminat dengan projek yang sudah diimpikan oleh Khairy. Setiap kali muncul seorang calon pembeli yang mahukan aset Khazanah, maklumat cadangan mereka akan diberikan kepada dua saluran. Yang rasmi pergi kepada Azman Mokhtar dan yang tidak rasmi pergi kepada Khairy. Kalau Khairy menentang urusan itu, cadangan itu akan disekat. Selalunya tidak ada jawapan kepada cadangan yang diterima, kecuali satu kenyataan “sedang dipertimbangkan’. Itu pun tidak akan sampai ke mana-mana kerana tidak lama kemudian akan muncul satu cadangan yang lebih menyelerakan daripada salah seorang proksi Khairy.
Dengan cara ini aset negara akan dibogelkan.


Bersambung ke Bahagian 12: Menggoncang Laci Duit

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 12
Mengggoncang Laci Duit
Sudah ada kepastian kini betapa sudah tidak ada lagi unsur ketelusan di kalangan agensi ekonomi dan kewangan milik kerajaan. Norza Zakaria pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada anggota Majlis Tertinggi Pemuda UMNO yang dia membaca minit mesyuarat yang penting-penting sebelum dokumen rahsia itu dikemukakan kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop. Memanglah, masih ada lagi segelintir manusia yang tulus ikhlas bertugas dalam pertubuhan itu semua. Mereka sudah begitu mual dengan gelagat Khairy Jamaluddin. Mereka ternyata segelintir sahaja dan dianggap golongan minoriti. Sebagai anak-anak muda dalam sekitaran 30-an mereka amat mengimpikan kejayaan dalam kerjaya mereka setara dengan mereka yang menjadi kroni Khairy dan kini menerajui syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC = government linked companies) di bawah naungan Khazanah.

Kerana itu, golongan minoriti ini hanya sanggup merungut sendirian. Tidak siapa yang berani mengemukakan masalah ini ke atas kerana sedar betapa ketua-ketua mereka pun masuk dalam kocek Khairy. Baru-baru ini ada seorang pegawai muda yang bertugas di sebuah institusi kewangan telah bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) perihal pembelian aset yang berupa sebuah kereta SPV. Secara tiba-tiba BPR menggugurkan siasatannya apabila mengetahui bahawa pembeli aset itu ialah Mr. S yang merupakan proksi istimewa Khairy dan Norza. Pegawai yang jujur itu telah ditukarkan kepada satu jawatan tidak bermakna di Bank Negara.

Jumlah para perunding ‘lantikan’ Khairy memang berlipat kali ganda berbanding segelintir perunding yang bertugas secara jujur itu. Kebanyakan mereka telah diambil pada awal 1998 dan 1999 ketika Malaysia menjadi taksub menyandarkan harapan ke atas lulusan Oxbridge sebagai insan-insan yang dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara. Sebagai contohnya ialah seorang insan bernama Azman Yahya, seorang pentadbir yang disebut-sebut sebagai pintar dan cekap lulusan London School of Economics. Beliau telah diambil untuk menangani krisis ekonomi Asia pada 1997 dahulu. Azman telah diberikan satu kontrak oleh Syarikat Scomi (milik anak Perdana Menteri) melalui syarikatnya yang bernama Symphony. Sebenarnya kontrak itu bukanlah hebat sangat. Ia adalah kerja mengagihkan risalah kepada pemegang-pemegang saham yang dahulunya dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan tetapi telah diswastakan kepada Scomi Dengan kata lain, Azman telah dianugerahkan kontrak itu sebagai balasan terhadap khidmat kerjanya yang dikatakan baik. Akan tetapi itu adalah satu helah untuk mengengsotkannya daripada satu kedudukan yang berpengaruh. Kebanyakan pegawai-pegawai muda di CDR (Corporate Debt Restructuring Committee) Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat di Kementerian Kewangan dan Danaharta yang dilatih oleh Azman kini sudah menjadi penjilat tetap Khairy. Mereka sanggup menjilat Khairy dengan impian untuk naik mencanak menjadi semacam Azman Yahaya.

Khairy sedar akan kejadian semua ini tetapi sengaja tidak mahu berbuat apa-apa. Hakikatnya Khairy sedang mengukir satu empayar sendiri. Oleh kerana kebanyakan kroni beliau adalah insan yang tidak berapa dikenali oleh masyarakat umum, apa yang sedang berlaku di sebalik tabir tidak pernah mendapat penelitian dan kutukan umum seperti yang sepatutnya.

Parti-parti pembangkang di Malaysia memang sudah terlalu berkhayal daripada kejadian sebenar. Mereka lebih cenderung menumpukan kritikan terhadap korupsi yang berlaku di zaman TKT Mahathir dan tidak kepada kejadian seperti itu pada masa kini. Mereka tidak sedar keadaan semakin teruk sekarang ini kerana kuasa naungan dalam aliran politik di Malaysia sudah pun dikendalikan oleh satu kumpulan baru yang dianggotai oleh anak-anak muda yang berpaut kepada seluar dalam Abdullah Badawi.

Kalau ada pun rungutan mengenai tindak-tanduk Khairy menggeledah aset negara, rungutan itu datang daripada suara-suara sumbang yang masih memihak kepada mantan Perdana Menteri TKT Mahathir. Pada Jun tahun ini, ada juga beberapa anggota Parlimen BN yang cuba mengemukakan soalan mengenai salahguna kuasa terhadap dana milik GLC, Khazanah dan Danaharta. Malahan ada salah seorang ahli Parlimen itu yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop, mempertikaikan kewarasan memberikan begitu banyak tugas yang penting dan berahsia besar kepada ECM Libra, Ethos Consulting dan Binafikir. Sedangkan ketika-tiga syarikat ini ternyata tidak mempunyai banyak pengalaman ataupun latihan. Memanglah tersisip satu agenda sulit di sebalik soalan begitu yang telah disisipkan secara berahsia kepada Khairy oleh seorang senator wanita. Dengan pantas, Khairy menelefon pejabat Abdullah Badawi yang mengatur satu sesi pertemuan khas dengan anggota Parlimen berkenaan. Di sana ahli Parlimen itu telah diberikan satu ‘khutbah’ khas. Soalan semacam itu tidak pun muncul selepas itu dan mungkin juga untuk beberapa tahun mendatang. Besar kemungkinannya, nama anggota Parlimen itu pun tidak akan dapat didengar lagi selepas itu.

Khairy merupakan salah seorang anggota daripada tiga orang yang mempunyai kuasa terakhir menentukan siapa yang patut menjadi calon Barisan Nasional masa pilihan raya umum. Menyedari hakikat ini makanya anggota Parlimen diam membisu dan tidak berani menimbulkan soalan yang ada kaitannya dengan pentadbiran bekas mantan Perdana Menteri TKT Mahathir. Kerana itu kalau ada soalan yang dikemukakan, ia adalah mengenai perkara yang indah-indah dan muluk-muluk dan harum semerbaknya pentadbiran Abdullah Badawi.

Akan tetapi ini tidak bermakna tidak ada keresahan dan rungutan dalam keadaan demikian. Cuma, selagi Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Khairy dan para kroni beliau akan terus bergerak bebas untuk menjadi kaya-raya. Segala contoh yang terdedah luas dan berlaku dalam pentadbiran yang lalu memang amat difahami oleh anak-anak muda lulusan Oxford dan Cambridge sambil mereka menggunakan ruang perundangan yang sah untuk menaungi dan membalun harta negara.

Khairy memang mempunyai ruang bebas untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada agensi kerajaan yang berselerak itu kerana wujudnya manusia yang bersedia bersekongkol dengan beliau dengan janji mendapat imbuhan yang lumayan. Sebagai contoh, di Khazanah kita melihat Azman Mokhtar sebagai seorang yang bersih. Akan tetapi, beliau ada satu syarikat bernama ‘BINAFIKIR” yang kini diketuai oleh rakan baiknya Mohd. Rashdan Yusuf, seorang lulusan Cambridge. Binafikir sedang menantikan peluang mendapat kontrak yang bernilai berjuta-juta dollar yang mampu melonjakkannya ke mercu industri kewangan negara. Untuk mencapai matlamat ini, Mohd Rashdan telah berulang-kali melobi kepada Khairy agar memberi peluang beliau mengambil alih Aseambankers berasaskan kejayaan Binafikir menjalankan khidmat menstruktur semula syarikat milik kerajaan.

Hakikatnya, Binafikir hanya merupakan satu wadah untuk beberapa anak-anak muda lulusan Cambridge yang diketuai oleh segelintir akauntan yang bernasib baik pada 1998. Inilah kumpulan profesional muda yang terpilih oleh Nor Mohamed Yakcop meneliti MAS dengan tujuan untuk membahagi-bahagikan operasi syarikat itu hingga MAS menjadi satu syarikat induk dan beberapa syarikat yang berfungsi. Sejak itulah Binafikir tidak pula menjalankan khidmat yang mewajarkan nama syarikat disebut-sebut orang. Namun, Mohd Rashdan beranggapan bahawa kejayaan merangkul Aseambankers akan melonjakkan segala peluang secara automatik. Aseambankers sudah lama mempunyai senarai ‘clientele’ yang tersedia ada, sedangkan Rashdan menganggap Binafikir sebagai satu syarikat yang mempunyai anggota yang berbakat.

Pendapat dan tanggapan Mohd Rashdan begitu, tidak pula dikongsi dan dipersetujui oleh orang lama dalam industri perbankan yang menganggap Binafikir hanyalah sebuah syarikat yang tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan

Namun demikian perancangan itu dijangka akan terlaksana juga berasaskan hubungan baik Rashdan dengan Mafia Oxbridge yang dipimpin oleh Khairy. Berita terkini mengenai MAS yang gagal terlepas daripada cengkaman krisis 1997 sudah menjadi satu tamparan hebat terhadap suku-sakat Khairy yang ditugaskan memperbetulkan kepincangan MAS dahulu. Ternyata segala gembar-gembur kepintaran kumpulan ini hanyalah omongan kosong semata-mata. Namun, tidak ada sesiapa yang sanggup bersuara menyekat kelentungan begini kerana tidak ramai manusia yang benar-benar faham apa sebenarnya yang bermain di sebalik tabir dalam pergerakan nadi pentadbiran kerajaan Malaysia.

Khairy membalun harta karun bukan sahaja melalui Khazanah, tetapi dengan cara meraih peluang sampingan melalui hubungannya dengan Kementerian Kewangan yang diketuai oleh bapa mertuanya. Dua contoh boleh dikemukakan di sini. Pertama ialah pengagihan saham-saham khas untuk Bumiputra yang terdapat dalam syarikat tersenarai yang mempunyai orang asing sebagai pemegang majoriti. Khairy bergantung kepada Norza untuk memberikan maklumat mengenai urusan itu. Dalam banyak hal Khairy telah berjanji mahu mengagihkan saham-saham tersebut kepada dua calon sekutunya. Syarikat pertama yang dijanjikannya ialah anggota istana yang rapat dengan Khairy. Bahagian yang lagi satu, yang sudah pun diidamkan oleh salah seorang adik Najib Tun Razak dan bersamaan dengan 19% saham syarikat itu akan diagihkan kepada seorang Melayu yang merupakan proksi-nomini kepada seorang bilioner Cina. Tauke ini memang kerap kelihatan mengiringi Abdullah dalam banyak perjalanan beliau ke Amerika Syarikat semasa menziarahi isterinya yang sakit, Endon Mahmood Ambak.

Apakah pulangan (net worth) Khairy dalam dua urusan ini? Urusan yang pertama melibatkan saham bernilai RM526 juta. Khairy dijangka meraih komisen sebanyak RM15 juta. Dalam urusan kedua membabitkan saham bernilai RM883 juta. Khairy dijangka membalun sekurang-kurangnya RM20 juta.

Sejak bulan Mac, satu congakan kasar terhadap pendapatan Khairy menunjukkan angka-angka berikut:
1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings, Singapura - RM16 juta.
2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.
3. Komisen yang dijangka daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM17 juta.
4. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta
5. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.
6. Komisen yang dijangka daripada peruntukan saham Bumiputra dalam syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta
7. Komisen seperti (6) daripada Syarikat 2 - RM20 juta.
Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat diteliti oleh umum
Kenapa Khairy mampu merencana semua ini tanpa banyak rintangan? Pertama, pihak pembangkang di Malaysia terlalu rapuh dan tidak mampu bersepadu menentang satu kerajaan yang mereka anggap masih popular yang dipimpin oleh Abdullah Badawi. DAP telah sekian lama membuat penentangannya dengan bahasa yang tinggi dari segi akademik yang tidak mudah difahami oleh rakyat marhaen dan para pengundi.

PAS tidak mempunyai pakar ekonomi yang benar-benar berwibawa.
PKR (KeAdilan) lebih berminat menyerang Mahathir Mohamad daripada mengkritik Abdullah kerana mereka masih memuji Abdullah sebagai orang yang membebaskan Anwar Ibrahim.

Kedua, kalau ada pun musuh politik Khairy dalam UMNO, mereka sendiri sedang digugat oleh pelbagai kes yang melibatkan persekongkolan mereka dengan TKT Mahathir. Sebagai contohnya ialah anak-anak Mahathir. Mereka tidak mampu mengkritik Khairy dalam tindak-tanduknya membalun harta negara selaku seorang anggota dalaman pucuk kepimpinan. Semasa Mahathir memerintah mereka pun turut membalun harta karun dan menghakis Petronas sehingga ratusan juta Ringgut juga.

Ketiga, Para professional yang masih muda dan dibawa masuk berkhidmat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu takut risiko kehilangan punca rezeki. Lagi pun mereka menganggap Khairy sebagai sebaya mereka dan mengharapkan kejayaan beliau dapat mereka kongsi juga untuk naik ke atas.

Keempat; Ramai pentadbir dalam organisasi yang terlibat sudah dibeli oleh Khairy, Norza dan sekutu mereka sehinggakan mereka turut terlibat dan sanggup menipu rakyat.

Jelas, betapa Khairy memang berada di satu laluan mudah untuk menjadi seorang bilionaire menjelang akhir tahun ini. Siapa dapat menduga beliau akan menjadi Perdana Menteri Thai, Thaksin, sebagai seorang bilioner pertama di Malaysia yang akan menjadi Perdana Menteri.

Memanglah, alasan yang utama ialah kewujudan Khairy sebagai anggota Keluarga Utama Malaysia. Sebagai menantu kepada Abdullah Badawi dia mempunyai peluang keemasan yang sama yang pernah diraih oleh beberapa tokoh lain seperti General Prabowo (menantu Suharto), Taufik Kiemas (suami Megawati Sukarnoputri) dan Mike Arroyo (suami Gloria Macapagal Arroyo).


Bersambung ke Bahagian 13: Cinta Yang Berbelah-bagi

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 13
Cinta Yang Berbelah-bagi
(He loves me, he loves me not)

Kesan kemelut politik 1998, ramai rakyat Malaysia yang semakin bosan dengan perjalanan hidup warga politik negara. Semakin ramai yang berpendirian bahawa orang politik harus dihakimi berasaskan sumbangan kerja mereka, integriti dan keupayaan dan bukannya berasaskan kisah-kisah di bilik tidur mereka. Apabila mantan Perdana Menteri Mahathir menggunakan kisah kelakuan luar tabii sebagai asas menghukum Anwar, reaksi orang ramai lebih memihak kepada Anwar. Mungkin juga keadaan sudah berubah dan sudah muncul satu budaya baru dalam congak politik Malaysia di mana cara hidup peribadi orang politik seharusnya tidak menjadi asas penelitian kecuali cara hidup itu benar-benar menjejaskan khidmat mereka kepada orang ramai.

Akan tetapi, perubahan itu tidaklah berpusing arah secara menyeluruh. Tuduhan kelakuan seksual masih lagi menghambat orang politik. Ada juga tuduhan itu yang didapati benar, namun lebih banyak yang sengaja diada-adakan untuk mencetuskan satu suasana maksiat untuk menghenyak orang politik yang tertentu. Sebagai contoh, memang ada menteri yang menjalin hubungan seksual dengan artis dan model (peragawati), tetapi tidak banyak kes mereka tertangkap, seperti yang dikhayalkan oleh musuh-musuh mereka. Fitnah mengenai kecurangan seksual selalunya diamalkan oleh seteru dalam parti sendiri dan juga oleh tokoh politik parti pembangkang.

Memang mengarut semua ini. Selepas 1998 pemimpin parti pembangkang di Malaysia yang mengutuk perbuatan orang UMNO yang memfitnah Anwar Ibrahim, telah turut sama melontarkan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap Mahathir termasuk menyebut beberapa nama wanita yang kononnya menjadi perempuan simpanan Mahathir. Ada di kalangan mereka yang suka menyebut kisah bagaimana mereka mengenali seseorang yang mengenali orang yang kononnya berjaya menangkap Najib Tun Razak berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal di sebuah hotel di Port Dickson. Antara cerita yang paling aneh ialah tuduhan seorang Ketua Penerangan Sayap Pemuda Keadilan (PKR) yang menuduh Abdullah Ahmad Badawi mempunyai hubungan sulit dengan seorang pengawal polis wanita. Kisah itu sebenarnya sengaja diada-adakan.

Khairy Jamaluddin tidak berkecuali daripada fitnah semacam ini. Pada 2002, seorang pegawai kanan perkhidmatan awam pernah membuat satu cerita kepada Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Mahathir. Ketika itu Khairy bertugas sebagai seorang Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Khairy dikatakan terlibat dengan segelintir anggota masyarakat ‘gay’ lulusan Universiti Oxford, yang juga membabitkan seorang mahasiswa warga Malaysia daripada kaum Cina. Fitnah semacam itu adalah terlalu menarik untuk dirahsiakan dan sudah tentu cepat berlegar naik ke tahap teratas.

Terdapat beberapa orang pembantu Mahathir yang membuat penyelidikan untuk memastikan kebenaran fitnah itu. Mereka merumuskan akhirnya bahawa cerita itu memang benar dan membuat laporan demikian kepada "bos" mereka. Akan tetapi Mahathir tidak ambil kisah, kerana memikirkan bahawa Khairy tidak penting dan akan bersifat demikian pada masa depan. Sesungguhnya Mahathir tidak tersilap dengan tanggapan bahawa Khairy mempunyai kecenderungan kepada sifat "gay" Tetapi dia ternyata tersilap mengenai kecepatan Khairy naik melonjak ke atas.

Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Mahathir, kisah Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan tentunya digugurkan oleh Mahathir semasa Pilihan Raya Umum 1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz Shamsuddin. Desas-desus itu sebenarnya berpunca daripada Ezam Mohd Nor yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan reformasi. Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang menuntut di institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita karut. Idea bahawa Khairy seorang "gay" adalah merupakan cebisan imaginasi para pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar nama baik Abdullah Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa bersimpati terhadap penderitaan ketua mereka. Lagi pun mereka ini sudah lama bermusuhan dalam UMNO, lebih satu setengah dekad.

Desas-desus begitu mempunyai hayatnya sendiri. Khairy yang pada awalannya dikutuk sebagai seorang "gay" kemudian digambarkan pula sebagai budak sewaan untuk menjadi penyedap kepada isteri-isteri pak menteri yang berkunjung ke London semasa beliau masih belajar di sana lagi. Pada satu ketika desas-desus itu menjadi begitu ligat hinggakan Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan turut mendengarnya. Anwar telah meminta para peguam beliau menyelidik kisah homoseksual itu. Tentunya cerita itu boleh dijadikan satu bahan oleh pihak pembangkang, kalaulah ada kebenarannya.

Sebaliknya, Khairy memang tidak berminat langsung dengan lelaki. Pernah juga dia dipelawa oleh seorang kolumnis akhbar homoseksual Malaysia semasa menghadiri satu jamuan di rumahnya di Jalan U Thant. Si kolumnis itu jatuh cinta dengan Khairy. Perkara semacam ini bukannya pelik sangat. Satu ketika dulu, seorang warga Australia bernama Greg Sheridan, pernah menulis mengenai suasana politik Malaysia dan menceritakan bagaimana dia begitu tertarik dengan rupa wajah Khairy yang mirip bintang filem Hindustan. Tidak menghairankan kalau kolumnis "gay" itu jatuh hati dengan seorang pengacara TV semasa itu.

Sudah menjadi tabiat kolumnis ini mempelawa beberapa anak muda ke rumahnya yang dikongsinya bersama dengan seorang teman hidup. Majlis semacam itu dijadikan tempat di mana si kolumnis menabur janji kepada anak-anak muda itu dengan syarat mereka sanggup menjadi "sahabat istimewa" nya. Ramai juga yang termakan umpan dan berjaya masuk menyelinap golongan istimewa politik melalui jasabaik kolumnis tadi. Tetapi, Khairy sendiri pernah menolak tawaran si kolumnis tadi. Mereka terus berkawan baik, tetapi si kolumnis itu diberikan satu kefahaman bahawa Khairy mahu naik ke atas melalui usahanya sendiri. Ketika itu nanti Khairy yang akan memainkan peranan seorang tuan dan si kolumnis sebagai hambanya.

Ini tidak bermakna Khairy tidak menggunakan paras wajah yang menarik itu untuk mencapai impiannya. Sejurus meledaknya gerakan reformasi, ramai lulusan muda daripada Oxford dan Cambridge yang bergiat ligat dalam pergerakan pemuda UMNO. Khairy ternyata semakin menyerlah dan berjaya menggunakan hubungan perkahwinannya untuk naik ke puncak kejayaan.

Ada seorang kawan baiknya (Khairy) bernama Vincent Lim Kian Teck, yang kini menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang mula-mula memperkenalkan Khairy kepada Nori Abdullah. Ketika itu Nori bertugas sebagai seorang penyelidik separuh masa di ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Khairy tidak perlu berusaha keras. Nori sudah jatuh hati kepada anak muda yang lulus daripada Oxford dan sekurang-kurangnya setara dengan kepintarannya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Nori Abdullah merupakan anak yang paling bijak di antara anak-anak kesemua Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang anak yang pintar, Nori kerap meminta ayahnya membeli buku bacaan di luar negara semasa ayahnya bertugas sebagai menteri luar. Kalau anak-anak menteri lain lebih berminat dengan intan-permata dan hadiah barangan hi-tek, Nori kerap selesa dengan pemberian yang menajamkan pemikiran daripada ayahnya. Di kalangan golongan yang sebaya dengannya, Nori ternyata merupakan salah seorang yang banyak membaca dan tidak mudah senyap membisu kalau ada suasana perdebatan dengan pemikir yang lebih ternama.

Tentulah pelik juga kenapa Nori sanggup berada di bawah ketiak Khairy. Dia mungkin lebih menonjol kalau benar-benar mahu bergiat dalam politik. Akan tetapi, oleh kerana pasangan ini mempunyai impian menduduki tempat yang teratas dalam arena politik, sudah tentu sukar untuk mereka mencapainya kalau mereka bersaing. Adalah lebih wajar kalau Khairy menjadi seorang Perdana Menteri dan Nori memainkan peranan sebagai Wanita Pertama negara. Malahan, kalau mereka berjaya dengan impian ini, sudah tentu mereka melakar nama dalam sejarah Malaysia, mungkin melepasi sejarah yang dilakar oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.
Nampaknya kita terlalu jauh menjangkau ke hadapan. Sudah tentu Khairy sedar bahawa perkahwinannya dengan Nori adalah laksana mendapat satu tiket ekspres menuju destinasi impiannya. Mungkin dia tidak begitu taksub semacam Nori yang menyimpan sekeping gambar Khairy dalam tas tangannya, dan menjadikan gambar si suami sebagai "wallpaper" di skrin komputernya di pejabat, malahan di kole (cangkir) kopi yang digunakannya. Namun, Khairy pandai memainkan peranannya walaupun tidak ada kasih sayang yang tulen dalam perasaanya terhadap si isteri. Setidak-tidaknya ada juga perasaan akrab padanya. Segala koleksi teman wanita Khairy yang pernah dijadikan miliknya di Singapura, Oxford dan London kini sudah dikesampingkan semata-mata memberi ruang kepada "patung Jepun" yang bernama Nori.

Bagaimana pula dengan kisah Khairy yang dikatakan selalu curang? Sekali lagi ini merupakan fitnah yang dimainkan oleh seteru politik Khairy. Sebagai contoh eloklah kita tengok apa jadi dengan kisah khalwat yang melibatkan Khairy dengan seorang gadis Burma. Kisah ini disiarkan dalam akhbar pihak pembangkang. Ada yang menyebut wanita itu adalah berbangsa Filipina dan bukannya Burma. Mengikut satu cerita Nori dan salah seorang rakannya dalam Pergerakan Puteri UMNO telah mengesyaki Khairy sedang bermain kayu tiga dan meminta bantuan pegawai-pegawai JAWI untuk menyiasat mereka ketika berasmara. Apabila terbongkar kisah itu di apartmen milik Khairy dan Nori di Pantai, Khairy dan Nori telah dipanggil oleh Abdullah Badawi. Mengikut satu cerita, Abdullah begitu marah dengan Khairy sehingga dia melempang menantunya. Pasangan muda itu telah diberi amaran oleh Abdullah supaya menjaga diri masing-masing. Bagi tujuan politik mereka perlu terus bersama dan dilihat senantiasa intim dan ceria.

Ada pihak yang berkata bahawa peristiwa itu berlaku di Putrajaya di Pejabat Perdana Menteri. Ada pula cerita mengatakan perkara itu berlaku di rumah keluarga Abdullah di Kepala Batas. Ada pula cerita mengatakan Abdullah sengaja singgah daripada satu mesyuarat UMNO di Kedah, untuk berada di Kepala Batas. Malahan ada juga yang bercerita bahawa Khairy dan Nori dipanggil oleh Abdullah dan disaksikan oleh adik Abdullah yang bernama Ibrahim dan abang Nori, Kamaluddin.

Cerita yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Semasa Khairy bertugas di Jabatan Perdana Menteri dulu, memang ada seorang rakan sekerjanya daripada kaum hawa. Fitnah mula disebar selepas wanita itu kelihatan bersama-sama Khairy di satu majlis rasmi. Kisahnya bukanlah sebesar mana. Khairy telah menawarkan khidmat untuk menemani wanita itu semasa ketuanya yang seorang lagi, Ahmad Zaki Zahid, tidak dapat menemani beliau ketika itu. Sebagai seorang "gentlemen" Khairy telah bermurah hati menemani beliau kerana dia (Khairy) sendiri pun terpaksa menghadiri majlis yang sama.

Yang menariknya dalam hal ini ialah kisah orang yang mencipta cerita tersebut. Terdapat beberapa nama yang disebut, termasuk nama Ketua wanita UMNO, Rafidah Aziz, Menteri (yang baru kahwin lagi) Hal Ehwal Dalam Negeri, Azmi Khalid, dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh Omar. Akhirnya cerita itu telah dapat dikesan berpunca daripada kumpulan Najib Tun Razak. Itulah fitnah yang direka bersama oleh segelintir penasihat Najib kerana mahu menggoncang imej Khairy yang dikatakan terlalu setia kepada Abdullah. Sebagai lazimnya, cerita semacam itu dibocorkan kepada pihak pembangkang melalui seorang wartawan kanan yang bertugas sebagai wartawan bebas dan kerap menulis untuk akhbar-akhbar antarabangsa. Sesungguhnya tidak ada setitik pun kebenaran dalam semua cerita itu.

Yang lucunya kisah penggeledahan yang dilakukan oleh pegawai JAWI itu diada-adakan oleh orang-orang Najib setelah mengambil ingatan akan kisah beliau satu ketika dulu. Ramai yang menceritakan bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negri Sembilan. Najib telah menolak cerita itu dengan mengemukakan buku catatan pegawai JAIN (sama peranannya dengan JAWI). Mengikut Najib tidak ada satu pun catatan pemeriksaan JAINS di Port Dickson pada hari yang ditohmah oleh musuhnya. Sebenarnya tangkapan JAINS itu adalah satu pelencong sahaja. Najib telah ditangkap berkhalwat bukan di Port Dickson tetapi di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Pegawai Khas Najib telah sengaja menghebohkan Port Dickson sebagai helah untuk menyediakan satu alibi kepada kes itu.

Khairy bukanlah seorang homoseks ataupun seorang gigolo. Namun dia bukannya seorang malaikat. Dia menjadi semakin warak setelah berkahwin dengan anak Abdullah tetapi ini tidak bermakna dia begitu liar seperti yang digambarkan oleh musuhnya.

Khairy sedar, nasibnya yang menyerlah itu setidak-tidaknya semasa Abdullah masih berkuasa adalah hasil cinta abadi yang dicurahkan kepadanya oleh Nori. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nori kepadanya merupakan tonggak kekuatannya di kalangan orang dalaman Abdullah. Walaupun ramai sahabat akrab Abdullah dan juga saudara maranya yang menuduh Khairy menggunakan perkahwinannya sebagai pelindung nafsu serakahnya mahukan kuasa, Abdullah tidak akan melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati Nori. Abdullah sedar cara melukakan hati Nori ialah mengakui bahawa segala kritikan yang ditujukan arah menantunya iaitu adalah benar belaka.

Satu ketika dahulu semasa menghadiri jamuan majlis perkahwinan Khairy dengan Nori, Duta Amerika di Malaysia ada menghadirinya. Beliau pernah berkata bahawa "Khairy is a very lucky man" (Khairy adalah seorang lelaki yang beruntung). Hairan juga, kenapakah sentimen yang sama tidak disebut bagi pihak Nori. Namun, dalam percintaan dan politik, kedua-duanya adalah dianggap sama. Cuma apakah percintaan itu yang membuatkan Khairy kebal?


Bersambung ke Bahagian 14: Menabalkan Seorang Raja

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 14
Menabalkan Seorang Raja

Satu ketika dulu, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, pernah berjenaka betapa dia senang hati dengan tugasnya sehingga tidak ingin melepaskan jawatan itu secara tergesa-gesa. Malahan, dia pernah berkata secara berseloroh juga bahawa Timbalannya, Tun Razak masih muda lagi untuk menjadi sebagai seorang pengganti. Memanglah, Tunku bergurau senda seperti biasa. Akan tetapi, peristiwa itu lama terpahat di minda Tun Razak sehinggakan dia mula naik jengkel dibuatnya. Selang beberapa tahun selepas itu Tunku mula merasakan tindakan balas Tun Razak yang mula mual dan merasakan betapa takhtanya dirampas sejurus meledaknya peristiwa 13 Mei 1969.

Beginilah laluan golongan putera mahkota yang sudah menghampiri kuasa singgahsana, selalunya amat peka akan ketidakstabilan kedudukan mereka. Selagi mereka tidak mengecapinya, kedudukan mereka tetap goyah laksana telur di hujung tanduk. Seseorang raja sesungguhnya mempunyai kuasa ke atas seseorang putera mahkota dan golongan ini selalunya terpaksa berdepan dengan raja yang perkasa ataupun seseorang yang menjadi gila kuasa disebabkan terlalu lama mencengkamnya.

Pada waktu ini, walaupun zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja muda usianya, nampak sangat pertanda betapa goyahnya cengkaman kuasa itu. Raja yang lemah sudah tentu sukar menyerlah. Putera mahkota pula terlalu ghairah menyambar peluang untuk memainkan peranan itu. Harus difahami dengan nyata bahawa walaupun Najib Tun Razak adalah orang yang bakal menggantikan Abdullah, dan Anwar Ibrahim merupakan orang mengidam yang tak sudah, pengganti sebenar kepimpinan Abdullah nanti ialah menantunya, Khairy Jamaluddin. Pada usia muda 30 tahun, Khairy sudah ternyata merupakan Peneraju Masa Depan yang tidak ada tolok bandingnya.

Khairy tentu sedar betapa rapuhnya kedudukan beliau kini. Walaupun merasa selamat gara-gara talian jodohnya, dia tidak boleh begitu taksub dengan kepercayaan yang dia masih selamat kerana kedudukan Abdullah yang begitu kurang meyakinkan sebagai nakhoda peneraju bahtera negara. Khairy perlu menjadi seorang raja secepat mungkin ataupun menggantikan bapa mertuanya dengan seorang manusia yang terhutang budi kepadanya. Sejak kebelakangan ini keperluan itu semakin terdesak lagaknya. Keadaan tidak stabil sudah semakin menular dalam kerajaan Abdullah setelah rakyat Malaysia sedar betapa orang yang begitu kuat mereka sokong semasa pilihan raya umum dulu masih tidak mampu menunaikan segala janji yang dikatakannya.

Pada November 2003, semasa Abdullah naik takhta sebagai Perdana Menteri, Khairy pernah berkata kepada kawan-kawannya betapa dia mahu melihat mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir dipenjarakan, bersama-sama Daim Zainudin dan beberapa penyangak di zaman mereka. Dua tahun sudah pun berlalu, Mahathir masih perkasa membuktikan yang dialah sebenarnya seorang raja. Dunia politik Malaysia masih diperkotak-katik secara remot sahaja yang ternyata memang begitu stailnya sejak dulu. Mahathir telah berani mencabar kuasa Abdullah dengan mendedahkan isu AP dengan muslihat bahawa kerajaan Abdullah adalah lebih korup berbanding kerajaannya dulu. Malahan dalam banyak hal, Mahathir telah menunjukkan yang dia bukan mudah diketepikan. Abdullah memang sedar yang dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya, walaupun dalam hal ehwal UMNO, tanpa memikirkan dulu apa pendapat Mahathir mengenai setiap perkara itu.

Sebagai contoh eloklah kita ambil kisah pelantikan Mahadzir Khalid sebagai Pemangku Menteri Besar Kedah. Semua orang tahu betapa Menteri Besar yang ada, Syed Razak sudah kurang bertenaga dan uzur sejak beberapa bulan. Namun, Abdullah mengambil masa yang lama untuk melantik seorang pemangku Menteri Besar, bukan disebabkan ketiadaan calon. Abdullah sendiri yang membuat pengakuan kepada satu rombongan yang dianggotai timbalan menteri UMNO Kedah dan ahli Exco, bahawa Syed Razak tidak boleh diketepikan kerana beliau adalah orang Mahathir. Demikianlah lembiknya Abdullah Badawi, sehingga dia telah terhalang untuk melantik orang-orangnya sendiri sebagai Menteri Besar Perlis, Kedah, Selangor, Johor dan Sabah. Hanya di Negri Sembilan, Abdullah berjaya meletakkan calonnya sebagai pemimpin utama di negeri itu.
Najib Tun Razak memang sudah jelas amat mengecewakan. Walaupun mulut dia sentiasa berbuih mengulang laungan pembaharuan yang digesa oleh Abdullah, Najib ternyata bersikap dingin dalam menyokong dasar-dasar Abdullah. Malahan dalam isu AP. Najib yang memang tidak rapat dengan Rafidah, hanya memainkan peranan seorang jurucakap, seolah-olah dia berlakon dalam drama mainan di sekolah rendah. Najib terlalu berhati-hati, tidak bersedia bersuara lantang mempertahankan ketuanya, kerana wujudnya kesedaran kalau berlaku sesuatu kepada ketuanya, dialah yang akan menggantikan tempatnya.

Inilah yang membuatkan Khairy sukar tidur di malam hari, mencongak akan segala rencana yang dilakar dua tahun dulu lagi, dan masih lagi tidak berapa menjadi.. Khairy masih merasakan bahang ancaman kepada impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling muda. Dia amat mengharapkan ketokohan Anwar dapat membantu sejurus dia berjaya memujuk Abdullah menerima Anwar kembali menganggotai UMNO. Akan tetapi Anwar pun sudah semakin kehilangan kilauannya. Gara-gara terlalu kerap berada di luar negara, Anwar sudah semakin renggang dengan para penyokong kuatnya dengan memilih bulu seperti mana dia berlagak semasa masih berkuasa dulu. Yang lebih penting lagi, Anwar sudah gagal menunaikan janji untuk memimpin puak pembangkang ataupun membawa pulang dana yang amat diperlukan daripada dermawan luar seperti yang pernah dijanjikannya. Kegagalan beliau memujuk DAP menerima PAS, yang merupakan usaha utama beliau semasa pilihan raya umum 1999 dulu, ternyata mencalar keupayaannya.

Pucuk kepimpinan PAS sudah semakin mencurigai Anwar dan para pembantunya. Mereka amat sedar betapa Anwar masih intim dengan Khairy dan berhasrat mahu rujuk kepada UMNO dan menerajuinya semula. Walaupun dua pemimpin utama PAS, presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Metneri Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, masih menghormati Anwar setiap kali dia ebrada di wilayah mereka, ramai pemimpin PAS yang lain, trermasuk golognan profesional dalam parti terus mengadakan pertemuan rahsia merancang strategi bagaimana bertindak seandainya Anwar memeranjatkan mereka mengenepikan puak pembangkang hanya kerana mahu berada dalam UMNO semula.

Ada seorang naib presiden PAS yang telah bertemu sendirian dengan Khairy. Mereka bertemu dua bulan dulu di sebuah bilik di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur. Pertemuan itu adalah tidak formal tetapi ada dua perkara yang telah mereka bincangkan. Pemimpin PAS itu telah memberitahu Khairy bahawa Anwar tidak akan berjaya membawa PAS menganggotai BN semula. Ini merupakan satu tindakan di mana Abdulah Badawi pernah memainkan peranan utama di tahap awal kepimpinan kerajaan Tun Razak. Kedua, Khairy telah memberitahu pemimpin PAS itu bahawa walaupun Anwar memang sedia diterima balik oleh UMNO, partinya PKR mesti dibubarkan dulu sebelum kemasukan Anwar dapat diterima semula.

Walaupun Anwar menafikan ini secara terbuka, Anwar tetap tidak muak memberitahu pendengarnya betapa UMNO kerap menghantar pesanan agar dia menimbangkan semula untuk menganggotai parti itu. Beberapa hari yang lalu di Kota Bharu, Anwar ada menyebut perihal seorang mantan Menteri Besar dan beberapa pemimpin bahagian UMNO menjemput beliau rujuk semula untuk mereformasikan UMNO. Para pendengarnya tentu lebih yakin akan cakap-cakap Anwar kalaulah dia berani menyebut nama mereka secara terus terang.

Mantan Menteri Besar itu ialah Osman Aroff, seorang ahli politik Kedah yang begitu terkenal dengan korupsi yang amat tinggi dan kini laksana kucing kurap sahaja di kalangan pucuk kepimpinan UMNO. Osman Arof pernah menjadi orang suruhan Anwar di Kedah, dalam usaha memerangi pengaruh penjilat utama Mahathir di sana yang bernama Sanusi Junid. Tetapi, Osman Arof sudah tidak berpengaruh lagi dan tidak dihiraukan oleh sesiapa. Pemimpin bahagian yang Anwar maksudkan itu termasuklah Afifuddin Omar, seorang loyalis Anwar yang cuba bermain peranan yang sama dengan Abdullah tetapi tertipu juga apabila diberikan kerusi negeri sebagai ganti kepada kerusi dan jawatan Parlimen yang amat ditagihnya. Semua manusia ini berjumpa dengan Anwar kerana tidak ada orang lain yang bersedia menemui mereka.

Sejak Khairy meninggalkan pejabat Perdana Menteri, Abdullah sudah mula menerima laporan khas Cawangan Khas (SB) di rumahnya dengan selesa dan tidak lagi di pejabatnya. Alasannya? Untuk membolehkan Khairy muncul semasa taklimat diberikan, seolah-olah secara kebetulan sahaja dan membolehkan beliau menarik kerusi yang terdekat untuk mengetahui maklumat rahsia yang dibincangkan.

Dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, Khairy diberikan tugas khas untuk menilai maklumat SB itu semua dan merancang satu strategi khas untuk bapa mertuanya. Abdullah sedar betapa Anwar adalah lebih penting kepada Khairy kalau dibandingkan kepada keperluannya sendiri. Lagi pun kalau ada usaha membawa Anwar semula memasuki UMNO, ia akan mengilaukan masa depan Khairy sebagai seorang tokoh politik yang berwibawa di hari muka. Anwar pula dijangka dapat memberikan sokongan kepada Khairy kalau diasak oleh Najib. Akan tetapi, di waktu yang sama Abdullah sedar segala usaha membawa Anwar semula akan mencetuskan satu keadaan di mana dia sendiri akan berdepan dengan gerakan bersepadu yang datang daripada Mahathir dan Najib. Kerana itu, helah membawa masuk Anwar adalah usaha untuk Khairy menonjolkan dirinya sebagai calon tengku mahkota yang mahu naik menjadi raja yang berdaulat dan berkuasa.

Yang peliknya, Anwar tidak pernah menceritakan urusannya dengan Khairy kepada umum. Tetapi, secara peribadi, Anwar memang mengagumi Khairy sehingga satu tahap seolah-olah dia cemburu juga. Tidak kiralah apa kelemahan Khairy, Anwar menganggap beliau sebagai kunci utama untuk pulang semula ke pangkuan UMNO dan kuasa. Khairy juga merupakan kunci utama Anwar untuk menyerang balas Mahathir Mohammad. Walaupun perkara ini boleh dianggap aneh, orang dalaman Anwar sudah diberikan panduan bukan sahaja menghormati Khairy, tetapi cuba merapati penasihat Khairy seperti Omar Ong dan Ahmad Zaki Zahid.

Politik mempunyai pasang surut yang sungguh aneh, kerana sukar diramal dengan tepat sekali. Dalam beberapa minggu yang mendatang, lakonan ini akan dimainkan sehingga kemuncaknya. Beberapa tindakan sedang dirancang oleh pihak Khairy dan juga oleh pihak lain yang terlibat dalam drama ini yang akan memuncak dan membawa perubahan kepada warna politik Malaysia. Khairy sedang berdepan dengan satu ujian besar dalam kerjaya politiknya yang begitu singkat tetapi cepat naik mencanak

Bersambung ke Bahagian 15: Permainan Berisiko Tinggi

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 15
Permainan Berisiko Tinggi


Politik merupakan satu permainan yang mempunyai risiko tinggi. Pasang-surut politik itu tidak boleh dicongak dengan mudah dan selalunya mereka yang bermain di gigi air, walaupun untuk satu masa yang lama, mendapati betapa mudahnya lautan samudera menelan mereka apabila mereka gunakan kapal yang paling kecil untuk mengharunginya. Ini bukannya satu permainan untuk mereka yang berhati kecil, kerana setiap kejatuhan boleh membawa bencana malahan menghapuskan sama-sekali kerjaya seseorang. Apabila seorang ahli politik jatuh, dia selalunya diaibkan pula. Nilai kejatuhan itu adalah terlalu tinggi untuk majoriti kita semua. Namun demikian masih ramai orang yang sanggup beratur menantikan kemunculan kuasa untuknya walaupun untuk hanya 15 minit semata-mata kerana nafsu serakah yang mahu merasakan apa yang selalunya digambarkan sebagai satu rasa yang paling nikmat yang perlu dialami oleh seseorang. Itulah kuasa untuk merajai manusia yang lain. Percaturan politik menghasilkan kuasa, seperti yang disebut oleh Henry Kissinger sebagai aphrodisiak (penaik syahwat / peransang nafsu) yang paling berkhasiat.

Khairy Jamaluddin sudah merasa kuasa dalam tempoh yang amat cepat. Dia telah naik mencanak dalam satu tempoh yang singkat ketika berusia masih muda sedangkan orang lain yang berusia demikian hanya masih memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar sewa ataupun ansuran kereta. Pengaruh kuasanya adalah lebih unggul daripada kebanyakan orang politik yang berusia tiga puluh lebih tua darinya, Khairy sudah pun menikmati kuasa itu sedangkan majoriti kita tidak akan merasainya sepanjang hayat kita. Dia berada sebaris dengan mereka yang mempunyai kuasa untuk bertindak menentukan perjalanan hidup kita kalau mereka suka.

Namun, Khairy telah mencapai tahap itu dengan memainkan peranan yang rendah risikonya. Dia bukanlah seorang yang suka bertarung dan naiknya di puncak kuasa adalah terlalu mudah jalinannya. Tanpa perlu melontar buah dadu untuk menentukan nasibnya, Khairy telah menggunakan peluang yang terbuka untuk menjalin laluan ke atas dengan meniti bahu orang lain. Sebagai contoh, dia naik menjadi timbalan ketua pemuda UMNO adalah hasil muslihat pilihan dan bukan kerana undian. Walaupun disanjung tinggi oleh anggota ahli pergerakan pemuda UMNO, Khairy tidak mungkin naik mencanak sebegini tanpa ikhsan bapa mertuanya.
Memanglah, Khairy ternyata lebih bijak berbanding kebanyakan pemimpin UMNO yang lain, termasuk mereka yang telah lama bermain politik semacam ini untuk beberapa dekad yang berlalu. Namun, terlalu ramai pemimpin UMNO yang mempunyai bakat yang lebih menyerlah, keupayaan dan karisma tetapi terpaksa tergolek akhirnya di tepi jalan perjuangan mereka hanya kerana majoriti pemimpin UMNO bukanlah terpilih disebabkan bakat mereka tetapi kerana hubungan dan kaitan. Sekarang ini diambil kira pula akan keupayaan mereka untuk taat setia kepada penaungnya.

Dalam kerjaya politiknya Khairy belum lagi teruji. Walaupun wujud satu barisan wartawan akhbar asing termasuk Brendan Pereira yang kini menyibuk di Jalan Riong, memukul canang selalu menonjolkan ketokohan Khairy dan apa juga kejayaan UMNO masa kini, segala kelentungan itu ternyata kosong semata-mata. Sebagai contoh, Khairy tidak boleh diberikan kepujian terhadap menyelesaikan kemelut Suqui kerana Suqui mengambil langkah ke belakang atas tekanan samseng-samseng Pemuda UMNO, yang diketuai oleh Aziz Sikh Fadzir. Sumbangan Khairy kepada kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang lalu terhad kepada pemilihan moto ‘Cemerlang, Gemilang Terbilang (dengan usahasama tukang ciplak Kalimullah Masheerul Hassan); dan memilih calon (yang sudah pasti akan terpilih juga) dan menonjolkan satu imej yang lebih menyerlah untuk Abdullah Ahmad Badawi. Untuk memahkotakan Khairy dengan segala kepujian kerana menjamin kemenangan itu adalah sama dengan membohongi pertanda yang memang menyerlah beberapa bulan sebelum berlangsung pemilihan itu. Rakyat Malaysia yang begitu letih dengan kemelut Anwar dan begitu lama diasak oleh pemerintahan kuku besi Mahathir Mohamad sudah bersedia mengalu-alukan kerajaan baru yang dijanjikan lebih bersopan oleh Abdullah Ahmad, termasuk segala janjinya untuk membasmi korupsi yang sudah bernanah selama 22 tahun.

Brendan Pereira, Phar Kim Beng, Reme Ahmad, Zainuddin Affendi, Leslie Lau, Rosli Ismail dan wartawan yang lain sekandang dengan mereka memang amat sedar betapa setiap kali mereka memuji-muja Khairy, mereka sebenarnya menggembar-gemburkan keadaan. Melalui laporan berita semacam itu, memberikan ruang mudah untuk mereka merapati orang-orang Khairy dan lebih penting lagi dapat merapati langsung orang yang mereka puji. Secara tidak langsung, ini merupakan satu pembayaran awal kerana khidmat yang diberikan di masa hadapan. Mereka sedar bahawa Khairy masakini merupakan ‘rent-a-quote’ (tukang suara keramat) semasa. Kerana itu adalah penting mereka mempunyai hubungan baik dengannya kerana keghairahannya mahu menunjuk-nunjuk perkara baru yang menonjolkan kepintarannya berbanding kumpulan dungu yang menerajui UMNO di masa dulu-dulu.

Mampukah Khairy memainkan peranannya tanpa henti? Kini, sudah ligat berita angin mengenai betapa goyahnya pentadbiran kerajaan Abdullah disebabkan tekanan yang berat daripada serba penjuru. Abdullah sedang dihantui musuh politiknya dari dalam (UMNO) berpunca daripada sekutu bos lamanya dan juga bakal penggantinya Najib Tun Razak. Ekonomi negara memang sudah teruk dan kerajaan telah membentangkan satu penyata bajet (belanjawan) yang secara terperinci membuktikan bahawa sudah tidak ada jalan untuk Malaysia menangani defisit yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya kerajaan berparlimen yang sedia ada pada 2008 Kadar inflasi semakin meninggi - bermain antara 9% hingga 10% , walaupun sedikit rendah berbanding tempat lain. Kegagalan GLCs (Syarikat yang ada hubungan dengan Kerajaan) mengemukakan satu penyelesaian kepada masalah aliran tunai Malaysia sudah dibebankan oleh sikap terlalu bergantung kepada kumpulan Oxbridge, sambil tidak mengambil kira sikap mereka dalam isu pengurusan kerajaan. UMNO sudah begitu degil menentang sebarang usaha menukarnya daripada sebuah institusi yang begitu korup, penuh skandal dan terlalu menebal dengan ketamakan kumpulan yang berpuak-puak; kepada sebuah parti politik yang bertanggungjawab.
Khairy mempunyai rencana untuk menggunakan semangat keadaan semasa untuk membawa perubahan yang boleh membawa kebaikan kepada imej Abdullah dan masa depannya. Akan tetapi segala perubahan ini semakin dilihat sebagai usaha untuk menentukan keunggulan ketokohan Khairy. Beliau telah menolak tepi segala perhatian demikian dengan penuh risiko kerana keterbukaan selalunya membuka ruang kepada kritikan terbuka dan Khairy bukannya sudah diuji dalam perkara ini. Selama ini Khairy hanya dimanjakan oleh puji-pujian. Dia tidak pernah dicabar oleh seorang pemimpin pembangkang yang setara ketokohannya dengan dia. Yang terbaik dan mampu ditonjolkan oleh PAS ialah Husam Musa yang pada mulanya telah membuat urusan rahsia dengan Khairy untuk mendinginkan suasana perundangan yang sungguh mencabar melibatkan kerusi wakil rakyat di Kelantan dan Terengganu. Beberapa orang tokoh politik yang berkarisma dalam PKR telah ditekan atas arahan khas Anwar Ibrahim agar tidak mengkritik Abdullah dan anggota kerajaan sekarang seperti Khairy. Ezam Mohd Nor merupakan seorang pemimpin yang masih berkhayal, tanpa menyedari betapa dia Cuma dianggap sebagai seorang badut oleh orang-orang Khairy gara-gara kerakusan mahukan jawatan timbalan menteri kalau mereka mahu dia masuk semula menganggotai UMNO. DAP masih lagi dalam peralihan. Lim Guan Eng merupakan tokoh masa depan mereka, akan tetapi dalam banyak hal, dia merupakan tokoh yang lalu sahaja, kerana terlalu terikat dengan pengaruh politik ayahnya untuk mencetuskan kesan yang mendalam menyaingi karisma Khairy Jamaluddin.

Kerana itu Khairy mampu melakar kemunculannya naik mencanak tanpa banyak saingan. Kalau ada pun bahayanya ia adalah berpunca daripada kerakusan untuk membuat perkara yang besar risikonya sehingga tidak mampu membuktikannya. Sebagai contoh, baru-baru ini Khairy telah mengatur satu pertemuan di London antara Anwar dan Abdullah. Secara kebetulan, Abdullah berada di sana dalam satu usaha menjaja pelaburan di Malaysia. Dai segi ekonomi usaha itu tidak berhasil kerana Abdullah tidak pernah mempunyai wawasan baru bagi melonjakkan ekonomi Malaysia. Ada dua soalan yang tidak dapat dijawab oleh Abdullah dengan memuaskan. Pertama, kenapakah dasar kerajaannya diciplak secara keseluruhan daripada peraturan (buku panduan) yang dimiliki oleh Temasek Holding di Singapura. Kedua, kenapakah dia begitu menyibuk dengan pertanian dan bioteknologi sedangkan merata dunia sekarang ini menganggap dua sektor itu sebagai penyumbang kecil kepada keseluruhan enjin pertumbuhan ekonomi dunia.

Sudah tentu, Abdullah tidak dapat menjawab soalan mudah semacam itu kerana fikirannya terlencong kepada benda-benda lain. Lawatan yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM2.3 juta dianggap penting, tetapi tidaklah sebegitu penting seorang pelawat yang menanti di bilik sebelah di mana sudah diatur pertemuan untuknya. Alangkah malangnya kepada Abdullah kerana tidak dapat merahsiakan pertemuan. Secara tiba-tiba dan tidak disengaja muncul seorang Menteri Besar yang masuk ketika empat mata sedang bertemu secara rahsia. Akan tetapi, itu tidak berapa penting sangat kerana Anwar dan orang-orangnya pasti akan membocorkan juga apa yang dianggap rahsia.

Mengikut Zunar, seorang bekas kartunis yang kini menjadi editor Suara Rakyat, pertemuan antara Anwar dan Abdullah telah ditumpukan kepada kehampaan Abdullah terhadap usaha kekuatan kumpulan kaunter-reaksioner pimpinan Mahathir-Najib Razak. Mungkin juga Zunar sengaja membesar-besarkan kekeluhan Abdullah, tetapi mesej yang mahu disampaikannya adalah terlalu nyata. Abdullah merupakan seorang pemimpin yang terlalu tertekan dan dia amat memerlukan seorang sekutu seperti Anwar Ibrahim. Secara berahsia Khairy telah memberitahu kawan-kawannya bahawa kalau populariti Anwar di kalangan akar umbi dapat dirangkumkan dengan pengaruh Abdullah sudah tentu dapat melonjakkan masa depan politiknya dan menjadikan peluangnya kurang berisiko.

Memanglah, Zunar merupakan seorang kaki propaganda. Dia dibayar untuk melonjakkan Anwar agar popular laksana dewa. Periuk nasinya (kononnya) bergantung kepada Anwar, mempercayai beliau mampu menjalankan tugas dengan baik agar Anwar dilihat sebagai seorang bijaksana politik yang tidak ada tolok bandingnya. Tidak kiralah kalau ramai orang tahu itu bukan yang sebenarnya. Itu sebabnya Zunar kerap mengeluarkan pelbagai kisah kelentungan yang indah khabar dari rupa, tidak kiralah ramai yang tahu bahawa hanya 10% antara kisah mengandungi kebenarannya.

Orang semacam Zunar mahu dunia berfikir bahawa tanpa Anwar Ibrahim sejurus Abdullah tidak berkuasa lagi, pengaruh Khairy Jamaluddin akan pupus begitu sahaja. Sebagai seorang kartunis, politik Zunar berasaskan satira dan parodi yang selalunya memang merupakan kebenaran yang sengaja diperbesar-besarkan. Akan tetapi, kita tidak pula mahu menafikan betapa beberapa orang yang bersekutu dengan Khairy telah mengeluarkan kenyataan yang begitu melegakan mengenai kemungkinan Anwar rujuk semula menganggotai UMNO. Khairy mahu bertaruh nasib terhadap perkara ini tetapi dia sengaja lambat mengikut rentak, kerana mahu menilai dulu reaksi orang lain sebelum mula melontar dadunya.

Mengikut Zunar, kemasukan semula Anwar (dalam UMNO) kerap menjadi tajuk perbincangannya dalam mesyuarat dan pertemuan, bualan telefon, dan perbincangan dengan Abdullah. Akan tetapi sebagai menjaga maruah dua-dua tokoh, yang selalu disebut ialah Khairy dan anak-didik Anwar, Ezam Mohd Nor, yang membuat rancangan menyeluruh. Beberapa jadual pertemuan dalam beberapa bulan mendatang sudah pun diatur antara Abdullah dan Anwar.

Di sebalik cakap-cakap besar Anwar menafikan kesediaannya menganggotai UMNO semula, yang sebetulnya Anwar dan Khairy sedang menguji keadaan sebelum mereka betul-betul mencuba nasib. Khairy perlu mencuba reaksi anggota UMNO terhadap kemasukan Anwar semula tanpa menafikan betapa mudahnya Anwar menyandarkan harapan untuk rujuk semula. Sebaliknya, Anwar perlu menguji persepsi para pengikutnya terhadap kepimpinan beliau sebelum memberitahu mereka akan pilihan yang terbuka untuknya. Anwar tidak mampu meminggirkan terlampau ramai bekas penyokongnya dalam gerakan reformasi. Walaupun Anwar tahu ada yang akan berundur kerana mual dengan sikap opportunisnya, masih ramai nanti yang akan mengikutinya kerana tujuh tahun merewang-rewang adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk mereka hidup tanpa sebarang pengaruh politik.

Risiko yang Anwar hadapi adalah kecil berbanding risiko yang mendepani Khairy. Anwar telah mengharungi satu kejatuhan yang paling besar pernah dialami oleh orang UMNO, dihenyak dan dilanyak sampai lumat dan dibiarkan terbaring kaku atas arahan seorang diktator yang sehingga saat akhir masih dianggap oleh Anwar sebagai seorang bapa. Tidak ada benda lain di dunia ini yang boleh dijadikan satu ujian seperti yang pernah dilaluinya bersama ahli keluarganya sekali. Sebaliknya, Khairy telah kerap mendapat perlindungan gara-gara keakrabannya dengan Abdullah Badawi. Kalaulah dia gagal dengan percaturan ini, bukan sahaja beliau yang menerima padahnya. Malahan Abdullah juga akan hanyut sama diganyang oleh ahli-ahli UMNO yang sudah begitu mabuk dengan kekayaan dan harta karun yang mereka balun selama ini. Khairy sedang menguji keadaan kerana pertaruhan yang tinggi risikonya. Ia mungkin menjamin kedudukannya untuk satu waktu yang lama. Tetapi ia mungkin gagal dan menjunamkan beliau dan juga Abdullah ke jurang dalam yang pernah diharungi oleh Anwar beberapa tahun yang lalu.

Bersambung ke Bahagian 16: Dinding Yang Boleh Bersuara

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 16
Dinding Yang Boleh Bersuara
(The walls that talk)

Rencana Khairy Jamaluddin membawa masuk Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan UMNO adalah sebagai mengimbangi kuasa yang ada pada bakal pengganti jawatan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sambil berusaha melonjakkan kedudukannya di persada parti. Rencana ini sudah mendekati garisan penentu setelah terjalinnya pertemuan antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun kedua-dua pihak bersikap dingin mengenai pendedahan isu itu, telah ada beberapa laporan yang menunjukkan agenda utama ialah menyediakan laluan mudah untuk Anwar kembali semula menganggotai UMNO. Namun masih ada hambatan kepada usaha itu: Anwar enggan memohon pengampunan (walaupun dia tidak akan menolak seandainya pengampunan itu diberikan padanya) dan lebih suka diterima balik berasaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuktikan dia tidak bersalah. Sebaliknya Abdullah dan Khairy mahu Anwar dibawa masuk hanya kalau jelas dan nyata bahawa Anwar masuk atas budibicara Presiden UMNO – dengan ini ia membawa erti bahawa Anwar akan terus berhutang budi kepada Abdullah.

Namun, hari demi hari segala hambatan ini nampaknya sudah tidak menjadi begitu membebankan lagi. Anwar sendiri sedar betapa partinya PKR terlalu sibuk dengan kemelut dalaman yang berpuak-puak sehingga tidak dapat menarik minat majoriti marhaen setidak-tidaknya bagi masa yang terdekat. Segala usaha memperkasakan PKR hanya akan memberi hasilnya bagi jangka yang panjang dan Anwar tidak sabar menunggu terlalu lama. Rakan beliau di pihak pembangkang tidak pula terdaya memecahkan kebuntuan perkauman untuk melonjakkan Anwar naik ke persada kuasa. Yang tinggal hanyalah satu sahaja: UMNO

Khairy juga sedar akan kesempitan masa . Hari demi hari Abdullah semacam tidak mampu menunaikan janji lama yang dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu. Pasukan Mahathir sudah berjaya mengocak suasana yang sukar untuk ditentang oleh Abdullah. Suasana ‘kelegaan’ yang dirasakan dulu sudah lama menghilang dan kejayaan awal meyakinkan rakyat marhaen akan perang membasmi korupsi ternyata sudah hilang ghaib. Yang lebih penting lagi, Najib semakin cepat bersekongkolan dengan kuasa lain untuk menentukan pasukannya dapat menguasai akar umbi - sebagai persiapan menghadapi pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang.

Kita harus ingat bahawa kebanyakan ketua bahagian UMNO sekarang ini pernah berkhidmat bersama Najib semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 1980-an. Ini bererti dia mempunyai sokongan akar umbi yang tidak ada pada Abdullah dan belum lagi dapat dilakar oleh Khairy. Pada waktu yang sama, Najib boleh menyandarkan harapan kepada sepupunya supaya menentukan Pergerakan Pemuda UMNO tidak terlalu condong pada telunjuk Khairy. Dia juga menerima bantuan anak-anak Mahathir yang giat menyediakan barisan kelima dalam pergerakan Pemuda UMNO untuk menampan keghairahan Khairy. Inilah jaminan legasi (warisan) Mahathir dan kejayaan mereka itu diukur beberapa bulan yang kebelakangan ini kepada kesilapan Khairy yang percaya bahawa Najib dan pegawai beliau telah membuat usaha serius untuk bersekutu dengan agenda Abdullah. Ini memerlukan sedikit usaha menghantar SMS yang memuji ucapan Khairy pada persidangan Pemuda UMNO dulu sebagai satu gambaran yang dia mendapat pujian Najib. Tetapi Najib bukan calang-calang ahli politik kerana sudah lama bergelumang begitu berbanding Khairy yang masih hingusan tetapi berani sangat mengetepikan ejekan dan sindiran yang dibuat oleh anggota pergerakan pemuda Umno pada tahun lalu.

Namun demikian, usaha Khairy mengenakan pukulan maut telah dihalang oleh keadaan dinding yang pandai bersuara. Atas alasan sendirian yang aneh, kawan dan musuh Khairy menganggap penting usaha membocorkan maklumat mengenai urusan Khairy dengan Anwar Ibrahim. Inilah yang menyukarkan usaha Khairy kerana berbeza dengan keadaan silam dia tidak punya kuasa untuk menguasai hal ehwal kebocoran rahsia itu. Khairy tidak dapat menutup lubang kebocoran itu kerana kebanyakan kebocoran tidak dapat dikawal oleh Khairy ataupun oleh bapa mertuanya. Kebocoran yang terus mengalir keluar itu membuatkan Khairy sentiasa sibuk memeranginya. Khairy perlu menepis keraguan rakannya yang berpolitik dalam UMNO. Najib tidak lagi mempercayai beliau dan ada kalanya ketuanya dalam pergerakan UMNO, Hishamuddin Hussein mendapati sukar untuk terlalu mempercayai bahawa Khairy memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi padanya.

Yang lebih penting lagi, pemimpin UMNO tidak lagi yakin apakah haluan Khairy di masa depan disebabkan putar belit sahaja. Khairy telah menyebabkan Ali Rustam dan Muhiyuddin Yassin mengambil sikap berhati-hati. Malahan, mereka dan juga pemimpin lain seperti Khir Toyo sudah begitu sedar bahawa seandainya Anwar dibawa balik menganggotai UMNO, hanya Khairy yang akan meraih keuntungan . Pihak yang lain terpaksa berhati-hati menjeling kanan dan kiri akan pergerakan para penyokong setia Anwar yang sudah lama diperam sejak tujuh tahun yang silam. Para penyokong ini sudah tentu menanti peluang untuk membalas dendam terhadap para pemimpin yang naik mencanak mengisi kelompongan yang wujud selama itu.

Sudah tentu Khairy akan menyokong mereka. Menyingkirkan Khir Toyo akan bererti memperkasakan kedudukan Khairy dalam Pemuda UMNO. Penyingkiran Ali Rustam akan mencetuskan dua kekosongan dalam pucuk kepimpinan yang dapat diisi oleh orang-orang Khairy. Setakat ini Timbalan Ali Rustam dalam pergerakan 4B, Noh Omar sudah pun menjeling-jeling akan kerusi itu sebagai langkah memperkasakan kedudukan beliau menaiki tangga kuasa.
Sekutu bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah lama sedar betapa ‘budak hinguih’ (gelaran Mahathir terhadap Khairy) merupakan bahaya kepada kerjaya politik mereka. Yang lebih penting lagi, anak-anak Mahathir sedar kemaraan Khairy bererti akan terkikisnya legasi bapanya yang berusia 22 tahun itu.

Kem Anwar sesungguhnya bercakap macam burung murai. Mereka perlu meneruskan propaganda bahawa Anwar masih relevan dan menunjuk-nunjuk bahawa Ezam masih lagi mempunyai peranan dalam parti. Pertemuan itu juga menunjukkan bahawa Anwar masih lagi berharga dalam politik Malaysia. Hakikat bahawa Ezam dan seorang lagi penjilat Anwar, Naib Presiden PKR Azmin Ali, sedang bergocoh cuba mendapatkan fokus bos mereka, bererti mereka berdua turut menunjuk-nunjuk yang mereka rapat dengan Khairy dan perihal penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai masa depan politik Anwar. Sama ada Khairy sedar ataupun tidak, kebanyakan cerita yang berlegar merata tempat mengenai usaha beliau memberi laluan mudah kepada Anwar memasuki UMNO semula datangnya daripada sumber yang selalu berhubungan rapat dengan dirinya. Walaupun secara rasminya dia menafikan kemungkinan Anwar menganggotai UMNO semula, hakikatnya adalah amat berbeza. Ezam dan Azmin kerap menyebut nama Khairy sebagai sumber maklumat dalaman UMNO. Malahan mereka berani bersuara tegas betapa Khairy adalah saluran utama dalam perbincangan antara Abdullah dan Anwar. Mereka berani berkata betapa Khairy begitu membantu; berbeza dengan pegawai lain seperti Thajudeen Abdul Wahab.

Para penjilat seperti editor risalah parti dan juru propaganda Zunar telah melangkah jauh lagi dengan kebocoran itu semua bukan sahaja kepada pemimpin Keadilan malahan kepada tokoh-tokoh PAS yang didakwa rapat dengannya. Zunar pernah menjadi kakitangan HARAKAH satu ketika dulu. Kesannya, segala cerita ini mencetuskan keraguan di kalangan sesetengah pemimpin PAS mengenai tujuan masa depan Anwar yang sebenarnya. PAS mempunyai cara tersendiri mencari kesahihan cerita itu semua. Ada beberapa pemimpin muda PAS memang mempunyai laluan terus untuk menghubungi Khairy dan mereka berhubung melalui telefon dengan dia selalu. Khairy tidak pula mampu menafikan perkara itu terlalu lama kerana lambat-laun kebenaran akan tersembul juga dan dia tidak mampu menepisnya ketika itu. Dia takut juga kalau dicop sebagai pembohong dan tukang karut.

Memang tidak dinafikan orang seperti Zunar mempunyai keseronokan sendiri dalam membocorkan maklumat seperti itu. Dia merasa seronok kalau pemimpin PAS dan Keadilan memberikan pujian kepadanya kerana merupakan satu sumber maklumat kepada mereka. Sebaliknya sebagai seorang ketua tukang karut kepada jabatan propaganda parti dia tidak boleh dilihat sebagai terlalu ghairah dengan kemasukan semula Anwar menganggotai UMNO. Kerana itu dia kerap kelihatan bercelaru dengan tugasnya sehinggakan ketua biro politik PKR, baru-baru ini bermesyuarat membincangkan kebocoran maklumat oleh Zunar. Biro itu berpendapat Zunar telah menonjolkan sangat kisah pertemuan antara Abdullah dengan Anwar sehinggakan para pemimpin PKR sendiri menjadi bingung dan para pemimpin UMNO naik marah terhadap pendedahan itu, lebih-lebih lagi setelah mengetahui Zunar mahu mendedahkannya dalam akhbar parti itu.

Malahan segala kebocoran itu sengaja dibuat oleh pihak Anwar. Memang ada juga penjilat Khairy yang berbuat perkara yang sama. Kebanyakan mereka itu adalah rakan rapat dengannya seperti di Ethos Consulting, yang bekeliaran mencampuri golongan berpendidikan Barat yang muda-muda. Mereka menganggap pemecatan Anwar oleh Mahathir Mohamed adalah satu penghinaan dan salahguna kuasa . Walaupun mereka tidak berapa lantang menentang episod yang kejam itu, mereka terus mengatakan bahawa itulah episod hitam dalam sejarah politik Malaysia. Sahabat Khairy semuanya mempertahankan kewibawaannya dengan menyebarkan secara meluas betapa Khairy memang bersimpati dengan Anwar. Malahan, kumpulan ini kerap mengulang-ulang kisah lawatan Khairy ke rumah Anwar pada malam Anwar dibebaskan daripada penjara.

Kawan-kawan rapat Khairy merupakan peguam yang muda-muda, pegawai bank, dan orang yang mempunyai impian dalam politik yang amat yakin bahawa pemulihan Anwar merupakan satu langkah besar dalam usaha membersihkan UMNO daripada daki-daki politik Mahathir. Mereka kerap meyakinkan diri betapa Anwar mampu mengembalikan kegemilangan UMNO di kalangan orang Melayu dan menyegarkan kembali ketokohan Abdullah Badawi sebagai seorang reformis liberal. Kerana itu setiap kali mereka berbincang mereka akan menyebarkan rahsia mengenai usaha Khairy mahu membawa Anwar kembali memasuki UMNO dengan menyelitkan kepujian betapa Khairy adalah suara masa depan. Dengan lain perkataan, lagi ramai golongan liberal muda menyokong Khairy, perbincangan mengenai Anwar dianggap sesuatu yang baik. Sebaliknya, ini merupakan satu bukti kukuh bahawa Khairy memang serius mengenai reformasi dan bukannya seorang ahli politik yang berpandukan acuan lama UMNO.

Kebocoran daripada kumpulan Khairy datang daripada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah mereka yang memang selalu begaul rapat dengan Khairy seperti Omar Ong, Ahmad Zaki Zahid, Norza Zakaria, Lim Kian Teck, Rozabil Abdul Rahman, dan ramai lagi seperti mereka yang tidak berapa suka membincangkan isu ini secara terbuka. Namun ada yang terpaksa berbuat demikian juga. Sebagai contoh ialah Omar Ong yang selalunya bertugas sebagai pegawai Khas kepada Najib Tun Razak. Dia kerap diprovok oleh pegawai Najib yang lain supaya memberikan maklumat mengenai pergerakan Khairy dan rencana politiknya. Dengan lain perkataan maklumat juga kerap diperah daripada Omar Ong seolah-olah semacam memicit tiub ubat gigi. Akhirnya berita itu sampai juga kepada Najib yang membincangkannya secara rahsia dengan orang-orang kepercayaan beliau untuk menganalisis maklumat itu secara lebih terperinci.

Kumpulan kedua dalam kem Khairy mengandungi mereka yang dibawa masuk oleh kumpulan pertama tadi sebagai teknokrat sokongan. Ini termasuk anggota muda dalam Ethos Consulting, YPCS dan kumpulan yang bersekutu dengan Khairy. Walaupun mereka mengenal Khairy mereka bukanlah rapat dengannya. Namun, apa juga maklumat yang mereka tahu kerap disebarkan secara cepat kerana mereka mahu dihitung sebagai salah seorang orang suruhan Khairy yang boleh dipercayai. Selalunya kebocoran maklumat semacam ini tersebar luas pula ke pihak lain dan sekali gus membawa padah kepada Khairy.

Jadi, bukan semua kebocoran itu timbul daripada musuh-musuh Khairy. Malahan sebahagian besar maklumat mengenai pergerakan Khairy diperolehi daripada golongan yang dianggap sahabat dan sekutunya. Masalah politik Khairy ialah terlalu ramai kawan kawannya yang masih muda dan terlalu mentah berpolitik. Mereka tidak mempunyai kepintaran orang lama politik yang pandai memutar lidah untuk menyebelahi dan menyelamatkan diri mereka. Kepincangan semacam inilah yang membawa padah. Gara-gara terlalu tinggi ambisi mereka membuatkan mereka terlalu rakus dan meminta-minta. Kesannya mereka kuat bercakap dan inilah yang membuat Khairy sedar betapa orang luar mempunyai tanggapan negatif terhadapnya kerana mulut celupar orang-orangnnya sendiri. Inilah bencana yang menimpa Khairy kerana mempunyai terlalu ramai penjilat yang terlalu muda berpolitik Mereka bukan sahaja rakus tetapi kadangkala ternyata bodoh juga..

Dan yang lebih penting lagi ada pula yang begitu bijak untuk mencungkil maklumat itu dan menggunakannya untuk tujuan sendiri dalam memusnahkan Khairy.

Bersambung ke Bahagian 17: Patahnya Dahan Bergantung

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 17
Patahnya Dahan Bergantung
(The comforting branch breaks)


Di sebalik segala keyakinan yang berputik dengan kembalinya Datin Paduka Seri Endon Mahmood daripada Amerika Syarikat baru-baru ini, rakan-rakan politik mereka yang paling rapat sudah lama menyedari bahawa masanya memang sudah tidak lama lagi. Sidang pengarang akhbar dan mereka yang mengepalai media elektronik sudah pun diberikan ingatan itu pada hari pertama beliau pulang ke tanah air. Penulis kanan telah diberikan tugas menulis belasungkawa untuk Endon kira-kira sepuluh hari yang lalu. Memang sudah dijangkakan bahawa keadaan kesihatan Endon tidak akan pulih sehinggakan menteri paling kanan dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tidak dibenarkan menziarahi beliau di Hospital Putrajaya.

Dua hari sebelum kematiannya, para sahabat akrab Abdullah telah berkumpul setiap hari di rumah kediaman Perdana Menteri untuk membacakan surah Yassin. Orang ramai telah diberikan gambaran keadaan isteri Perdana Menteri yang semakin murung melalui satu kenyataan meminta mereka bersabar dengan Abdullah kerana beliau perlu memberikan masa untuk meladeni Endon. Satu lagi pertanda betapa keluarga Abdullah semakin berduka dengan keadaan kesihatan Endon ialah berlakunya banyak pembatalan dalam majlis-majlis yang patut dihadiri oleh Khairy Jamaluddin dan Nori Abdullah beberapa hari sebelum Endon menghembuskan nafas terakhir.

Memang tidak dinafikan bahawa Endon Mahmood adalah merupakan seorang isteri orang politik yang lebih popular berbanding orang lain seangkatan dengannya. Sudah tentu dia boleh dibandingkan dengan Tun Siti Hasmah dalam keupayaan menyejukkan kehangatan di sanubari mereka yang terguris oleh tindakan suaminya. Mereka berdua (Endon-Hasmah) adalah daripada latar belakang yang sama, pernah mempunyai kerjaya sendiri yang mereka tinggalkan untuk memberi sokongan kepada suami masing-masing bergelumang dalam politik. Hasmah dan Endon lahir di Selangor kepada bapa yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan pa a bahagian pertama abad yang ke dua puluh. Perangai dan tingkah laku Hasmah dan Endon ternyata tinggi budi pekertinya kalau dibandingkan dengan isteri orang politik yang lain. Mereka berjaya memaparkan sopan santun yang dapat mengimbangi stail suami masing-masing yang kadangkala ternyata tidak selembut itu.

Sebagai contoh tidak ada sesiapa yang mengkritik Endon sebagai menjadi sumber pengaruh yang tidak sihat kepada Abdullah seperti mana Rosmah Mansor kerap disindir berbuat begitu ke atas suaminya Najib Tun Razak. Yang lebih penting lagi, sama ada kerana pilihan ataupun disebabkan penyakit yang lama ditanggungnya, Endon tidak pernah memainkan peranan tukang jaga pintu kepada Abdullah, seperti yang dilakukan oleh Rosmah kepada Najib. Memang menjadi pengetahuan umum bahawa Najib mudah dipengaruhi melalui Rosmah yang merayu bagi pihak pelbagai orang politik yang berminat dan orang niaga yang mengharap. Endon memang tidak memainkan peranan itu – walaupun dalam satu tempoh yang singkat naiknya Abdullah di persada teratas; adik beradiknya, anak-anak saudara (daripada keluarga Mahmood Ambak) telah menerima banyak habuan. Anak dan cucu Mahmood Ambak telah menerima dan berjaya menguasai beberapa projek kerajaan daripada pembekalan perisian komputer ke sekolah di bawah program Kementerian Pelajaran yang bernilai RM100 juta hinggalah kepada pembekalan barangan di kalangan negara anggota OIC yang dirancang oleh pucuk kepimpinan Malaysia yang menyandang jawatan Presiden pertubuhan itu.

Namun demikian adalah diragui bahawa Endon sendiri pernah memainkan peranan dalam mendapatkan kontrak itu untuk keluarganya. Lagi pun dia bukannya terlibat sangat dengan kesibukan Abdullah di tahap awal dia menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya Endon banyak menghabiskan masa di hospital luar negara dan berehat di klinik dalam negara. Kalaulah keluarga Mahmood Ambak berjaya menang banyak kontrak disebabkan pengaruh seseorang, besar kemungkinannya ia datang daripada jasabaik Khairy Jamaluddin yang mendapatkannya bagi pihak isteri beliau, Nori. Lagi pun, harus diingat bahawa kebanyakan pemberian ‘kontrak itu telah disumbang oleh beberapa menteri yang gila pangkat dan mahu cuba membodek Abdullah Badawi. Di kalangan tahap teratas politik, memang diketahui betapa keluarga Abdullah Badawi sendiri tidak menerima banyak kemudahan daripada Abdullah. Sebaliknya mereka menerima habuan itu daripada Mahathir pada saat terakhir kegemilangannya sebagai seorang Perdana Menteri. Sesungguhnya keluarga Mahmood Ambak yang begitu ghairah mendapatkan kontrak kerajaan dan diberikan kemudahan itu kerana kesungguhan mereka.

Jadi, peranan Endon tidaklah banyak berbeza dengan peranan Siti Hasmah yang mempunyai ramai ahli keluarga meraih habuan yang amat banyak berbanding keluarga Mahathir sendiri. Namun, dengan pemergian Endon kini, adalah tidak mungkin adik beradik dan saudara mara beliau yang sebaya dengannya akan terus menerima habuan seperti yang pernah mereka nikmati selama satu setengah tahun yang lalu. Besar kemungkinan habuan semacam itu akan beralih kepada mereka yang satu (sama) generasi dengan anak-anak Endon sendiri.

Peranan Endon dalam kehidupan Khairy Jamaluddin tidaklah berapa menonjol. Beliau tidak pernah menahan keghairahan Nori terhadap Khairy dan kelakuan ganjilnya, kadangkala terhadap Khairy semasa percintaan mereka. Endon pernah mentertawakan kisah Nori yang menggunakan salah satu potret Khairy sebagai ‘wallpaper’ kepada skrin komputernya di ISIS Namun demikian, salah satu sebab Khairy disenangi oleh Endon ialah kerana keakrabannya dengan ibu Khairy, Datin Rahmah Abdul Hamid. Mereka telah lama saling bersefahaman sejak zaman dulu ketika mengahwini dua orang lelaki yang akhirnya bertugas sama sebagai pegawai tinggi kerajaan di kementerian yang sama kira-kira di pertengahan 1970-an.

Semasa Khairy mula-mula naik sebagai seorang politikus muda, dan baru sangat ditugaskan sebagai pengiring istimewa kepada Nori Abdullah, Endon telah melantik Rahmah menduduki satu jawatan penting dalam PERTIWI. Peranannya ialah menentukan PERTIWI memberikan peranan mendapatkan golongan Mak Datin dan wanita yang separuh umur di kalangan isteri dan janda pegawai tinggi kerajaan, agar mereka menyokong Khairy. Ketika Khairy selalu dikritik kerana tidak ada pengalaman tetapi mampu naik mencanak di puncak kuasa, PERTIWI telah melancarkan satu kempen dalam New Straits Times, The Star dan Utusan Melayu yang memberi gambaran betapa Khairy sebenarnya adalah seorang yang matang dan begitu terdidik.
PERTIWI dan pertubuhan lain sekandang dengannya telah diperguna oleh Khairy untuk melancarkan gelombang sokongan agar rakyat menyukainya. Sanjungan itu selalunya dimulakan dengan satu artikel yang disediakan oleh Setiausaha Akhbar tidak rasmi Khairy yang bernama Kalimullah Hasan Masheerul Hassan serta beberapa wartawan yang diupahnya. PERTIWI kemudian merancang beberapa surat menyokong artikel itu; semua memberikan pujian kepada Khairy juga. Di waktu yang sama memang banyak surat lain yang negatif dan tidak memihak kepada Khairy. Semua surat itu tidak akan disiarkan. Usaha berpadu itu sudah tentu tidak diperlukan lagi kerana Khairy sudah naik mencanak di puncak. Akan tetapi di tahap awal kerjayanya dulu PERTIWI telah banyak membantu memberikan gambaran yang dia mempunyai sokongan akar umbi yang padu. Yang sebenarnya makcik yang tua-tua itu menulis surat kerana bosan dan terdesak sebagai suri-rumah yang mengharapkan habuan daripada Endon dan Datin Rahmah.

Endon sendiri pun menyandarkan harapan kepada Khairy sebagai tiang seri yang menyokong Abdullah. Beliau memang merasa bersyukur kerana Khairy mampu membantu Abdullah dan tidak banyak meminta-minta perhatian Nori, yang turut memainkan peranan yang tidak dapat disempurnakan oleh ibunya. Endon sendiri tidak pernah mendesak agar Khairy dan Nori cepat berkahwin tetapi ada kalanya dia mengeluh juga kenapa pasangan itu tidak mendapat cahaya mata lagi Namun, dia tetap merasa lega kerana sudah ada cucu daripada hasil perkahwinan anak lelakinya Kamaluddin, dan terus memahami hakikat bahawa Khairy mempunyai peranan yang lebih penting membantu kerjaya politik suaminya.

Sebaliknya Endon menyimpan sebarang rasa tidak senang untuk mereka yang dia fikirkan menggugat kedudukan suaminya Abdullah dan status dirinya sebagai wanita utama di kalangan pegawai kerajaan. Salah seorang yang dimaksudkannya ialah Rosmah Mansor yang kerap tidak disenangi oleh Endon. Mengikut seorang penasihat rapat Timbalan Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah kerap merasa tertekan setiap kali terpaksa bersama dengan Endon. Selalunya Rosmah mudah menonjol ketrampilannya. Dia pernah menganggotai kem Mahani Daim, seorang wanita yang kuat mendesak, angkuh dan bongkak. Rosmah kerap mengeluarkan kenyataan yang merendahkan Najib di depan orang lain, menyerlahkan kepincangan untuk menyimpan perasaan semacam itu diluahkan di bilik tidur mereka sahaja.

Namun, kalau berdepan dengan Endon, Rosmah perlu menikus. Endon merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan merendah diri dalam perbualannya. Akan tetapi kalau tercabar Endon boleh naik angin dan setiap kali Rosmah meninggikan suaranya Endon mudah mematahkannya dengan sindiran atau kata-kata yang memperlinya. Inilah yang tidak disenangi oleh Rosmah. Rosmah berperasaan sebagai seorang yang lebih tinggi pengajiannya, dia sepatutnya diberikan keutamaan daripada Endon. Namun Endon adalah seorang isteri seorang politikus yang lebih berpengalaman berbanding Rosmah dan Endon berjaya menerima sokongan di mana Rosmah tidak mendapatnya.

Akan tetapi keadaan sebenar tidaklah serupa itu. Dengan pemergian Endon, seorang lagi wanita bernama Nori akan memainkan peranan yang lebih penting sebagai penasihat politik kepada Abdullah. Menantu Abdullah, Azrene akan menjadi hos kepada majlis yang dianjurkan oleh bapa mertuanya. Nori yang banyak mewarisi lemah lembut ibunya akan menjadi tempat mengadu yang menenangkan Abdullah. Dalam situasi ini kedudukan Khairy akan lebih mantap selagi dia pandai memainkan peranan berjalan lurus tanpa merewang daripada peranan sebagai seorang suami yang setia dan menumpukan kepada peranan sebagai anggota angkat keluarga Abdullah. Dia harus dilindungi daripada sebarang serangan pihak yang terlalu ghairah mempengaruhi Abdullah terhadap beliau.

Beberapa hari sebelum Endon meninggal, beberapa orang sahabat akrab Abdullah yang pernah berjuang bersamanya sejak zaman dulu-dulu sehingga beliau menceburi politik mengeluh kerana banyak perkara yang tidak menepati ramalan mereka dulu. Satu ketika dulu mereka berfikir kalau Endon sudah tiada, Abdullah akan merujuk kepada sahabat lamanya yang sudah begitu setia dengannya. Sebaliknya mereka dapati di saat Endon nazak Abdullah telah mula berpaut kepada Nori dan Khairy serta kumpulan penasihat yang muda-muda belaka.
Kedudukan Yang Tidak Tercabar

Tidak ada orang lain yang dapat menggantikan tempat Endon dalam kehidupan Abdullah. Usahasama mereka dulu adalah lebih intim daripada keakraban seorang politikus dan isterinya. Ini merupakan perkara biasa dalam dunia politik Malaysia. Perdana Menteri Malaysia kerap berpaut kepada isteri masing-masing, seperti yang terbukti dalam kes perkahwinan Razak-Rahah dan Mahathir –Hasmah. Abdullah tidak bernasib baik kerana kehilangan keintiman semacam itu begitu awal dalam tempoh jawatannya ini. Namun dia masih dapat keselesaan yang berbeza daripada, sebagai contohnya, hubungan Najib-Rosmah. Keintimannya dengan Endon adalah satu pakatan cinta abadi dan bukannya satu pakatan yang disadur dengan impian dan kerakusan. Pakatan yang berasaskan kasih sayang itu tidak mudah ditiru walaupun muncul nanti seseorang yang cuba mengisi kekosongan hati Abdullah. Buat sementara waktu pemergian Endon Mahmood sudah mewujudkan satu kelompongan dalam kehidupan harian Abdullah yang diisi oleh Nori dan suaminya. Mereka inilah cabang yang baru bercambah untuk menggantikan dahan yang baru sahaja patah dengan kematian pada pagi Khamis dulu.

(Bahagian 17 ini adalah satu artikel khas sempena kembalinya ke Rahmatullah, Datin Paduka Seri Endon Mahmood.)

Bersambung ke Bahagian 18: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 18
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
(Cannons behind his back)

Apakah Khairy sedar siapa sahabat beliau sebenarnya? Dia memang di kelilingi anak-anak muda yang pintar, tetapi mereka semakin menjadi bebanan pada dirinya. Apakah Khairy begitu naïf memikirkan bahawa semua mereka boleh dipercayai tidak membocorkan rencana dan aktiviti kepada musuhnya?

Salah satu nikmat ketika berusia muda ialah seseorang itu mampu merasakan kemewahan hidup yang tidak tersekat. Usia muda memberikan banyak ruang untuk membuat kesilapan dan inilah tangkal untuk menjadi matang. Akan tetapi Khairy tidak mampu menikmati kemewahan semacam itu. Kerana terlalu pantas naik ke atas dalam dunia politik dia mudah terjebak dalam, sesuatu situasi di mana setiap tindakannya sentiasa diteliti oleh musuh politiknya dan juga rakyat jelata.

Kehidupan Khairy memang sentiasa dipantau dengan ‘mikroskop’ dan kerana rakyat begitu kagum dengannya membawa erti bahawa dia tidak boleh bergerak tanpa ada sahaja mata yang memerhatinya, dan ada sahaja yang menganalisis serta menterjemahkan segala aktiviti itu. Selalunya terjemahan begitu memang membantu tetapi adakalanya ia sungguh mencemar dan berbentuk negatif pada imejnya. Malahan, ujian yang paling ikhlas oleh para pengkagumnya boleh dilihat sebagai mengandungi udang sebalik batu, yang kemudiannya mencetuskan kejelikan khalayak ramai.

Khairy tidak boleh berpura-pura tidak tahu-menahu dalam sepak terajang politik UMNO. Itu merupakan alasan lemah yang tidak akan disenangi. Mereka percaya memandangkan Khairy adalah lulusan Oxbridge beliau seharusnya mempunyai keupayaan, kepintaran dan kebijaksanaan untuk menjangka segala kesan tindakannya. Namun, ada kalanya orang ramai terlupa bahawa Khairy masih mentah lagi, hanya berusia 31 tahun dan naik mencanak dalam arena politik lebih laju daripada kebanyakan anak muda seangkatan dengannya.

Khairy telah dilindungi oleh Abdullah Ahmad Badawi daripada serangan yang besar-besar dan setakat ini dia tidak melalui laluan sukar. Begitu juga para sahabatnya yang turut diberikan laluan ekspres untuk naik di tahap tinggi dalam kerajaan, politik dan dunia korporat. Setiap kali mereka terhantuk, mereka tanggung padahnya dan cuba memperbetulkan diri sendiri secara perlahan, semata-mata kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka merupakan pemimpin satu pasukan opportunis yang merelakan kesilapan kecil-kecilan tetapi begitu kritis terhadap kesilapan yang besar-besar.

Ada segelintir kawan-kawan Khairy yang memang mampu memberikan nasihat bagaimana membetulkan imejnya. Tetapi mereka kurang berpengalaman dalam usaha menonjolkan imej diri ketika diasak masalah sendiri. Sebagai contoh kita ambil Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, seorang editor NST yang dilatih oleh Polis Cawangan Khas Singapura. Kalimullah menonjolkan dirinya sebagai mahaguru kepada Khairy, kononnya. Dia kerap mengiklankan Khairy walaupun ketika tidak diperlukan berbuat begitu. Hampir di setiap pertemuan dengan wartawan asing dan pemimpin kerajaan, dia menyebut nama Khairy dulu sebelum menyeru nama bos mereka yang sebenar, Abdullah Badawi. Kalimullah lebih berbangga dengan hubungan beliau dengan Khairy daripada dengan Abdullah Badawi.

Kesannya, timbul kekeliruan, seolah-olah Khairy, dan bukannya Abdullah yang mentadbir kerajaan. Kalimullah tidak membantu apabila dia mengambil beberapa orang editor yang terlatih oleh Polis SB Singapura untuk mengetuai NST dan Berita Harian. Peranan utama wartawan upahan ini ialah menonjolkan imej Lee Hsien Loong sebagai calon pengganti pemimpin utama di Singapura dan sebagai manusia paling bijaksana di dunia.
Inilah yang mereka lakukan sekarang kepada Khairy

Mereka terlupa bahawa tidak ada orang lain untuk menjadi pewaris jawatan Lee Hsien Loong selain daripada Lee Jr. Namun, dalam dunia politik Malaysia, terdapat orang lain yang yakin mereka juga layak menjadi calon pengganti Abdullah, malahan kepada Mahathir Mohamad. Disebabkan pengiklanan yang terlebih mereka jual, Kalimullah dan rakan-rakan wartawan yang setongkang dengannya sedang menjejaskan imej Khairy lebih dahsyat lagi daripada membantu kedudukannya.

Begitu juga dengan kawan-kawan Khairy dalam UMNO. Sebagai contoh, kita ambil Norza Zakaria. Insan yang tidak dikenali daripada Seremban ini tiba-tiba melonjak naik menjadi Ketua Pemuda Wangsa Maju. Norza tidak mampu pergi ke mana-mana kalaulah dia tidak dikutip oleh Khairy sebagai orang kanannya. Akan tetapi setelah menikmati kejayaan itu Norza mudah naik mabuk. Pertama, dia gunakan kedudukannya untuk menonjolkan imej sebagai orang yang paling layak memimpin pergerakan Pemuda UMNO seandainya Khairy ditakdirkan terkehel di tepi jalan. Malahan dia telah berani berbincang dengan pengendali web di mana dia menafikan yang Khairy bertanggungjawab melonjakkan beliau di tempatnya sekarang.

Norza menafikan yang dia adalah ‘orang Khairy’. Sebaliknya Norza berkokok bahawa kejayaannya adalah gara-gara kepintaran dan keupayaannya, Dia cuba menonjolkan imej lebih hebat daripada bosnya kerana mahu dilihat sebagai orang yang lebih matang daripada Khairy. Apabila diasak dengan soalan yang dia hanya orang yang mendepani Khairy, dia naik berang dan menafikannya sambil mendakwa betapa dia sengaja berlakon untuk menentukan Khairy tidak menyerang seandainya kebenaran terdedah nanti.

Kedua, Norza suka cakap banyak. Dia akan bercakap mengenai Khairy kepada mana-mana pegawai bank, peniaga, wartawan, kontraktor ataupun pegawai kerajaan yang datang menemui beliau di pejabat Perbendaharaan, Putra Jaya. Norza memberitahu mereka bahawa Khairy mahu benda itu dibuat ataupun Khairy mahu sesuatu projek dimulakan, ada kalanya tanpa merujuk dulu perkara itu kepada Khairy. Kesannya, orang mempunyai tanggapan bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan para pegawai di Kementerian Kewangan sudah tidak ada kuasa kerana Norza yang menguasai keadaan atas nama Khairy. Mungkin juga kisah ini ada sedikit kebenarannya, kerana apa pun kebijaksanaan yang dimiliki oleh Khairy, Nor Mohamed Yakcop masih lagi merupakan orang yang menguasai keadaan. Akan tetapi orang ramai menjadi keliru dengan imej semacam itu seolah-olah Menteri Kewangan Kedua adalah boneka Norza yang juga merupakan boneka Khairy.

Ketiga, Norza mempunyai rangkaian niaga, yang memudahkan kerakusannya dengan menggunakan nama Khairy. Orang-orang suruhan Norza menyebarkan dakyah bahawa ketua, mereka (Norza) adalah orang kepercayaan Khairy. Dengan dongeng begini, mereka berjaya meraih kontrak yang paling kecil di Kementerian Wilayah Persekutuan hinggalah kontrak perbankan yang besar-besar di Kuala Lumpur. Inilah yang boleh menjejaskan imej Khairy, tetapi apakah Norza benar-benar peduli?

Malahan kawan-kawan Khairy yang diselinapkan memasuki perkhidmatan kerajaan dan politik sudah menjadi sumber utama pembocoran rahsia. Sebagai contoh, kita ambil beberapa orang-orang Khairy di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Bila di depan Khairy mereka berlagak seolah-olah memberikan maklumat penting mengenai pergerakan Najib. Sebaliknya, kerana terlalu muda, naïf dan bercita-cita tinggi, mereka sebenarnya melakonkan dua watak. Sambil memberi maklum kepada Khairy, mereka juga membocorkan maklumat mengenai Khairy kepada Najib.

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Najib amat faham bagaimana menangani maklumat itu untuk mengetahui apakah persiapan Khairy yang paling terbaru. Khairy tidak menyedari ini tetapi orang-orang yang diletakkannya di pejabat Najib adalah pengkritiknya yang paling besar. Setiap kali bercakap dengan orang-orang Najib mereka memberikan tanggapan seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan Khairy. Pada mulanya ini merupakan satu pembohongan, tetapi hari demi hari, apabila kelentungan itu menjadi semakin besar, mereka .terpaksa menyisipkan sedikit warna kebenaran juga. Inilah yang cepat dirembat sebagai rencana jahat Khairy untuk menjatuhkan calon pewaris mereka.

Segelintir sekutu Khairy sudah pun berpaling tadah secara senyap-senyap. Ketika persidangan ‘pemilihan’ UMNO yang lalu, Hishamuddin Hussein telah bertungkus lumus mahukan Khairy dilantik sebagai Timbalannya. Hishamuddin sendiri yang menelefon pencabar lain untuk memelihara kedudukan Khairy. Malahan dia sendiri menelefon Mukhriz Mahathir agar kenaikan Khairy dapat berjalan licin. Kini, sebutlah sahaja nama Khairy di depan Hishamuddin, seseorang akan dapat merasakan perubahan air muka Hishamuddin. Hishamuddin memang marahkan Khairy, dan dia begitu marah hingga berani menyebutnya secara terbuka kepada anggota Pemuda UMNO yang lain.

Khairy sudah menjadi alat untuk musuh-musuh Hishamuddin menjalankan jarum mereka. Setiap kali mereka mahukan Hishamuddin membuat sesuatu untuk mereka, nama Khairy akan mereka timbulkan. Inilah yang amat dibenci oleh Hishamuddin dan memang patut pun. Beliau marah dengan sikap Khairy berjumpa anggota Pemuda UMNNO dengan membelakangkannya. Beliau percaya bahawa Khairy sudah menderhaka dan harus didera. Secara perlahan-lahan Hishamuddin mula berengang daripada kumpulan Khairy.

Mereka yang bertugas untuk Hishamuddin telah sedar bagaimana ketua mereka sudah mula paranoid kebelakangan ini. Hishamuddin selalu berhati-hati, takutkan tikaman pisau Khairy daripada belakang. Hishamuddin sedar ada segelintir pegawainya yang memang taat dan setia kepada Khairy. Kerana itu dia berhati-hati meminggirkan mereka daripada turut serta dalam perbincangannya. Dia tidak melulu melakukan perkara itu, tetapi mereka sedang disingkirkan secara perlahan-lahan juga. . persiapan sedang dilakar untuk satu pertembungan besar-besaran di mana Hishamuddin akan memihak kepada puak yang menentang Khairy dalam soal penggantian jawatan Abdullah.

Surat-surat menyokong Khairy kepada akhbar-akhbar yang dihantar oleh Mustapha Ong, PERTIWI, Sisters in Islam dan Phay Kim Beng ternyata tidak membantu Khairy. Orang mudah melihat muslihat yang tersurat dan bukannya bodoh sangat tidak dapat mengaitkan surat-surat itu kepada propaganda untuk menaikkan Khairy. Dunia sudah semakin tulus dan terang. Hubungan propaganda itu memang mudah dilihat. Walaupun dalam beberapa kumpulan yang tidak diketahui oleh orang ramai sebagai begitu rapat dengan Khairy, masih ada pertanda rahsia menunjukkkan yang mereka sebenarnya agen kepada musuh-musuh Khairy.

Satu contoh terbaik ialah kewujudan kumpulan muda dan professional yang ada pada hari ini.Banyak kumpulan seperti itu tidak bagus terurus walaupun dianggoti oeh anak-anak mud professional yang berpendidikan dan menganggap diri mereka sebagai calon terbaik untuk melibatkan diri dalam kepimpinan pelapis UMNO. Ada antara mereka itu sengaja berpura-pura menyokong Khairy dan mendesak beliau melakukan sesuatu yang tidak termampu dilakukakannya lagi. Mereka mencuba dan membohongi janjinya untuk membasmi korupsi dn politik wang. Di sebalik usaha membantunya mereka sebenarnya membunuh kerjaya politiknya.
Mereka sepatutnya menyokong Khairy, tetapi kalau diberikan pilihan antara Abdullah dan Khairy mereka tidak akan peduli kepada orang muda yang belagak itu. Sebaliknya, kesetiaan mereka adalah dengan bos besar mereka yang memang sudah lama mengharungi perjuangan politik mereka.

Khairy pernah menghilang untuk satu ketika yang lama semasa Endon sedang nazak. Inilah yang dibocorkan oleh kakitangan Seri Perdana. Ramai pemimpin tinggi UMNO yang mengunjung untuk membaca Yassin sedar bahawa Khairy tidak muncul juga dan inilah yang membuatkan mereka bercakap. Lebih-lebih lagi mereka yang sama usia dengan Abdullah dan mereka yang sedikit muda darinya. Mereka berpendapat bahawa Khairy sudah melampau dan harus menghormati bapa mertua yang telah menaikkan dirinya.

Khairy mempunyai perangai memberi keutamaan pada wartawan asing berbanding wartawan Malaysia. Khairy merasa lebih selesa berucap kepada wartawan Singapura, Amerika dan Australia kerana mereka inilah, sejak dulu lagi selalu memuji beliau. Mereka seronok kerana Khairy mempunyai banyak rahsia untuk diluahkannya. Wartawan Malaysia mempunyai ketua yang bertanggungjawab kepada Khairy dan mudah dikawalnya. Sebaliknya wartawan asing tidak mempunyai masalah itu. Mereka adalah agen bebas, malahan penulis upahan. Apa juga yang mereka cakap kepada ahli UMNO dan tokoh pembangkang di Malaysia memang membuatkan kehidupan Khairy tidak keruan.

Antara tokoh yang paling diminati oleh wartawan asing ialah mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mungkin merupakan ahli politik UMNO yang paling mengetahui banyak hal, hari ini. Setiap gerak geri Khairy dilaporkan oleh wartawan asing kepada mereka yang mampu menggunakan maklumat itu dengan baik. Kerana kenaifan Khairy menganggap semua wartawan asing harus menghormati beliau lebih lagi kerana dia memiliki segulung ijazah daripada Oxford. Itulah sebabnya Khairy sendiri merupakan sumber segala rahsia penting yang membocorkan rencana, komplotan dan gerak –gerinya.

Khairy tidak faham bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang yang mulut celupar. Akan tetapi mereka yang semacam itu bukan cakap sembarangan. Sebaliknya mereka suka bercakap mengenai dirinya. Lambat-laun cakap itu akan mengenanya juga. Musuh Khairy yang paling dahsyat adalah kawan-kawan yang rapat dengannya. Dia sudah sampai ke satu tahap politik yang selalu dirasakan oleh politikus di peringkat tinggi, keseorangan di atas sana. Kawan-kawan pun sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Bersambung ke Bahagian 19: Sebuah Republik Yang Menakutkan

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 19
Sebuah Republik Yang Menakutkan
(A republic of fear)

Sesetengah pemimpin mahukan para pengikut menghormati mereka. Yang lain-lain sengaja digemari dan dicintai, malahan juga dipuja-puji dan didewakan. Namun demikian seperti yang dinyatakan oleh seroang teoris politik terulung, Machiavelli, seeorang ahli politik itu berjaya dan menonjol kerana keupayaannya memerintah menerusi ketakutan. Ketakutan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu melebehi kememapuannya yang biasa kerana ingin mengekalkan kedudukannya. Ketakutan merupakan satu senjata yang berkesan untuk mewujudkan pengikut dan golongan yang setia.

Orang-orang yang rapat dengan Khairy Jamaluddin berkata bahawa dia memang amat taksub mengikuti ajaran Machiavelli. Walaupun semasa menikmati kerjaya politiknya sekarang ini Khairy perlu memupuk suasana populariti, dia amat yakin bahawa dalam masa panjang nanti, dan dalam usaha mengekalkan kuasa politik yang sungguh perkasa di Malaysia, beliau perlu mencetuskan budaya takut di kalangan rakyat terhadapnya. Sedikit demi sedikit usaha ini mula menampakkan bentuknya. Khairy sudah pun melonjakkan dirinya lebih menonjol daripada kawan-kawan yang sekandang dengannya sehingga dia kini dianggap mereka sebagai orang yang mesti ditaati dan disanjungi. Masa depan mereka dalam dunia politik, industri malahan di mata media adalah bergantung kepada keupayaan mereka akur pada garis pemikiran Khairy. Sesiapa sahaja yang cuba memandai-mandai dan yakin bahawa mereka adalah setanding dengan Khairy (ataupun lebih teruk lagi, menganggap lebih baik darinya) cepat menyedari betapa mereka dipinggirkan begitu sahaja.

Para pemimpin UMNO yang sudah lama di peringkat atasan pun terpaksa memberikan penghormatan mereka kepada anak menantu Perdana Menteri; Menteri Besar seperti Abdul Ghani Othman daripada Johor dan Adnan Yaakob daripada Pahang terpaksa bermuka-muka menghadirkan diri di lapangan terbang apabila pesawat terbang yang membawa Khairy muncul di lapangan terbang semasa melawat negeri mereka. Mereka seperti Taib Mahmud daripada Sarawak dan Khir Toyo daripada Selangor yang enggan memberi muka kepada Khairy, kini mendapati diri mereka dipinggirkan. Khairy berbisik di telinga Abdullah Badawi bahawa orang-orang seperti mereka itu harus disenaraikan sebagai dua orang yang paling korup dan sedang berkuasa. Akan tetapi apakah mereka itu lebih korup berbanding, sebagai contohnya Ali Rustam di Melaka? Setakat ini Ali Rustam masih hidup berlenggang semata-mata kerana dia sanggup akur kepada Khairy.

Sesungguhnya apa yang disebut sebagai usaha Abdullah Badawi memerangi rasuah hanya merupakan usaha yang berpilih-pilih dan membalas dendam. Tidak seorang pun yang berada dalam kumpulan yang disenangi oleh Khairy menghadapi ancaman, walaupun mereka telah begitu lantang melakukan kerja-kerja merasuah pemimpin. Pemuda UMNO yang sanggup tunduk kepada Khairy tidak pun disentuh di kalangan syarikat yang ada kaitannya dengan kerajaan (GLC) ketua-ketua yang korup dengan puluhan juta rasuahnya tidak pernah tergugat kerana mereka tanduk kepada Khairy. Satu contoh yang terbaik ialah kerugian besar MAS, di mana mereka yang diletakkan di situ untuk membersihkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh Tajuddin Ramli ternyata tidak berjaya melaksanakan tugas walaupun mereka memiliki kelulusan Oxbridge. Namun, mereka dinaikkan pangkat, tidak pun dikenakan tindakan, semata-mata kerana mereka adalah budak-poster Khairy.

Peranan Khairy yang utama dalam pentadbiran Abdullah Badawi ialah sebagai tukang karut. Dia menonjolkan imej Abdullah. Akan tetapi segala kelentungannya itu bukannya membawa makna. Kini, sudah kelihatan rekahan pada segala usaha kelentungan itu dan semua itu sudah terlambat untuk diperbetulkan. Khairy telah meminta para penganalis di bank-bank asing (di mana ramai yang begitu berbangga kerana dapat menghadiri jamuan teh dengan beliau) agar menulis yang muluk-muluk dan menyebut betapa usaha reformasi Abdullah perlu masa untuk menonjolkan kejayaannya. Ini adalah temberang semata-mata. Ramai anggota ‘kumpulan apologis’ Khairy seperti Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, Brendan Pereira dan Phar Kim Beng memang pakar kelentungan yang berhutang budi kepada Khairy. Tentulah tidak ada yang boleh diharapkan daripada mereka kerana tugas mereka hanyalah sebagai hamba kepada Tukang Propaganda dan tidak lebih dari itu.

Salah satu mangsa paling terbaru dalam republik yang ketakutan milik Khairy ini ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria. Beliau sudah lama menceburi pergerakan pemuda UMNO sebelum Khairy. Ini bermakna Norza adalah lebih kanan dalam politik berbanding Khairy. Akan tetapi pangkat dan kemunculan Norza di persada politik itu dan penyertaan beliau dalam Majlis Tertinggi UMNO, serta jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop, adalah hasil sokongan Khairy. Sesungguhnya Norza bukanlah pandai sangat, walaupun dia sudah menonjol dengan pangkatnya dalam pergerakan Pemuda UMNO. Namun demikian, tanpa Khairy, nama Norza memang mudah dilupakan

Pada peringkat awal munculnya Hikayat Khairy di internet, Norza merupakan salah seorang yang naik takut apabila terdedah betapa berjuta-juta yang dimilikinya adalah gara-gara persahabatannya dengan Khairy. Beberapa usaha telah dibuatnya untuk menghubungi laman web ini untuk memujuk ‘Malaysia Today’ agar mendinginkan pendedahan mengenai aktiviti Norza. Apabila usaha itu tidak berjaya, Norza telah berjumpa dengan seorang aktivis “Reformasi” yang telah memanjangkan mesej Norza kepada laman ini dan menyatakan betapa Norza mahu memberikan cerita dirinya pula. Mengikut Norza beliau tidak pernah rapat dengan Khairy. Malahan secara terbuka Norza menyatakan bahawa dia naik dalam Pergerakan Pemuda UMNO adalah kerana keupayaannya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan ihsan Khairy.

Kesilapan terbesar Norza ialah mengulang-ulang kenyataan itu kepada orang-orang Khairy dalam Kementerian Kewangan. Percakapan itu terus sampai ke telinga Khairy betapa anjingnya sudah mula tidak mahu mengaku tuannya. Dengan pantas Khairy meminggirkan Norza untuk sementara waktu sehingga Norza menjadi gelabah tidak menentu. Apa yang mahu dilakukannya ialah menutup segala skandal yang dibuatnya di Kementerian Kewangan dengan merenggangkan dirinya daripada Khairy dan menafikan peranannya sebagai orang suruhan Khairy. Norza sedar kemudiannya betapa Khairy memang marah padanya dan semasa anda membaca tulisan ini Norza sedang berusaha memperbaiki keadaan sebaik mungkin

Memanglah, kami sudah tahu pun apa yang akan berlaku. Norza akan merangkak mendapatkan Khairy laksana anjing yang menyepit ekornya di celah kangkang. Khairy akan berlagak semacam Armon Goeth dalam filem ‘The Schindler’s List’ untuk memaafkan Norza. Ini adalah kuasanya sebagai seorang bos. Nanti, adalah tangan yang akan dikucup dan semua kelentungan akan bermula semula. Norza akan mula ingatkan sampai mati untuk tidak menderhaka kepada Khairy lagi.

Sikap mementingkan diri di kalangan kebanyakan anggota pergerakan UMNO membuatkan kedudukan Khairy ternyata begitu kebal dalam pertubuhan itu. Sesungguhnya Hishamuddin Hussein hanyalah merupakan pemimpin sementara pergerakan pemuda UMNO. Hishamuddin hanya memanaskan kerusi sebelum Khairy bersedia mengisinya. Apa juga kesetiaan yang diberikan kepada Hishamuddin hanya berbentuk sementara sahaja. Sekurang-kurangnya dua orang calon Hishamuddin yang telah menjadi Yang Berhormat di Johor sudah pun berubah pihak untuk menyokong Khairy. Selepas Khairy melawat Batu Pahat beberapa bulan yang lalu, dua orang YB ini yang dicalonkan oleh Hishamuddin telah berjumpa dengan Khairy dalam satu bilik hotel di Johor Bahru untuk berpaling tadah. Mereka memberitahu Khairy secara jelas bagaimana Hishamuddin membuat laporan akan pergerakan Khairy kepada sepupunya Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Pada waktu yang sama Hishamuddin berpura-pura setuju dengan tindakan Timbalannya.

Sebenarnya, Hishamuddin memang sudah mual dengan sikap Khairy yang mahu menonjolkan ketokohannya. Terutama sekali niat Khairy mahu menubuhkan kelab yang dianggotai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian di seluruh Malaysia dan sikap beliau berucap dalam Persidangan UMNO menyokong pendirian Hishamuddin mengenai DEB yang disusuli dengan satu ucapannya beberapa hari kemudiannya menyanggah pendirian itu pula.

Hishamuddin sudah sedar betapa dia mempunyai laluan yang semakin sukar untuk naik ke atas (menduduki pangkat Naib Presiden UMNO). Akan tetapi dia tidak punyai banyak pilihan. Beliau telah terjebak dengan kepercayaan yang silap bahawa Khairy adalah seorang anak muda yang begitu terburu-buru mahu naik ke atas dan boleh dihalang dan disekat oleh pengalaman Hishamuddin yang begitu lama, berdekad, dalam pergerakan pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Said, berkata bahawa Khairy sudah muncul kini sebagai pemimpin politik UMNO yang paling digeruni. Kekayaan yang dikumpulnya selama dua setengah tahun memberikan beliau kuasa menjadi salah seorang penaung politik yang paling perkasa. Mengikut Mohd Zaid, pemimpin Pemuda UMNO sedang berlumba-lumba menyatakan kesetiaan mereka kepada Khairy untuk menikmati sebahagian habuan yang boleh mereka nikmati. Mereka sedang berusaha untuk mendapatkan restu Khairy semata-mata mahukan hidup senang dan mampu memiliki banyak wang. Kalau segala-galanya berjalan licin dan Khairy akhirnya naik ke atas, sudah tentu dia akan menaikkan mereka menduduki tempat atasan juga.

Sebagai contoh, marilah lihat keadaan sebenar di Pengkalan Pasir. Semua bakal calon yang berpotensi dalam UMNO memberikan hormat secara berpura-pura kepada Ketua Perhubungan Kelantan, Annuar Musa. Dalam usaha terakhir untuk mendapatkan tempat sebagai calon rasmi Barisan Nasional nama-nama seperti Annuar Musa, Mustapha Mohammad, Tengku Razaleigh Hamzah, Zaid Ibrahim, Awang Adek ataupun siapa sahaja tokoh besar UMNO di Kelantan, tidak bermakna apa-apa. Mereka juga tidak pun berusaha untuk beratur mendampingi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO, Najib Tun Razak. Yang paling mereka idamkan ialah ikhsan Khairy Jamaluddin.

Sejurus diketahui kematian wakil rakyat PAS, Wan Aziz; Hanafi Mamat dan Che Johan Che Pa yang merupakan Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO bahagian Pasir Mas telah menghantar sekurang-kurangnya tiga mesej kepada Khairy meminta peluang bertemu beliau. Malahan mereka juga menyemak catatan diari dan senarai buku telefon untuk mencari nama-nama kawan Khairy yang mampu berbisik di telinga Bos kepada semua Bos itu. Salah seorang bakal calon telah cuba menjolok Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd Taib. Beliau telah menasihati si bakal calon ini agar menghubungi Khairy Jamaluddin. Ada seorang bakal calon yang menyedari bahawa Khairy telah menghadiri Jawatankuasa Eksekutif FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) minggu lalu. Dia telah cuba mendapatkan kedudukan sebagai wakil Kelantan untuk menghadiri persidangan itu hanya kerana mahu rapat dengan Khairy.

Apabila UMNO membuat pengumuman rasmi siapa calonnya nanti, memang tidak perlu syak lagi bahawa calon itu adalah pilihan Khairy. Segala tipu helah yang ditunjukkan oleh Annuar Musa bahawa hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa calonnya sebelum diperkenan oleh Abdullah Badawi ialah satu contoh yang sahih betapa dalang yang pakar sedang bermain wayang kulit. Annuar Musa memang pintar memainkan peranan semacam itu dan sebagai dalang dia memang pandai memainkan kisah yang diupah untuk dimainkannya.

Congak besar yang perlu dielakkan oleh setiap orang politik UMNO sekarang ini ialah agar tidak menyakitkan hati Khairy. Kesilapan itu adalah laksana ciuman maut sahaja. Setiap orang politik dalam UMNO daripada Perlis hingga ke Sabah, sudah sedar walaupun Khairy bukanlah seorang raja, dia sesungguhnya sudah menonjol sebagai Mamak Bendahara. Akan tetapi ketakutan yang amat sangat boleh mencetuskan satu kebangkitan seperti revolusi yang boleh menguis ke tepi seseorang diktator...


Bersambung ke Bahagian 20-1: Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 20-1
Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang?
(Does UMNO really want to win?)

Waktu itu menunjukkan jam 8 pagi. Seperti biasa Khairy Jamaluddin sedang tersangkut di pagi Isnin itu dengan kesesakan lalulintas Kuala Lumpur. Beliau sudah terlewat 15 minit untuk menepati temujanjinya dengan beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang bertegas mahu menemui beliau di satu pertemuan sarapan pagi untuk membincangkan krisis perebutan kuasa di bahagian mereka. Pada ketika itu Khariy duduk di kerusi bahagian depan dalam kereta itu, kerana itu memang biasa dibuatnya untuk mengelakkan dia kelihatan seorang yang angkuh. Si supir memandu dengan laju sepanjang perjalanan menuju Hotel Crown Princess di mana pertemuan sudah dirancang. Dengan pantas Khairy memeriksa isi dompet duitnya. Dia tidak lagi tahu apa yang akan dibincangkan nanti, tetapi dia sudah pasti dengan satu perkara: apa juga yang mahu mereka katakan nanti, dia juga yang akan mengeluarkan belanja makan di pagi itu.

Baju khas yang dipakainya mempunyai beberapa saku khas untuk menyimpan tiga buah fon bimbit yang memang dibawanya selalu. Fon bimbit yang pertama ialah menggunakan Kad Maxis (012). Nombor fon itu diketahui umum kerana ianya tercetak pada kad nama berliau selain dipamerkan di laman web Pemuda UMNO. Itulah yang digunakan untuk mengirim SMS dan fon itu sentiasa dibisukan kerana ia kerap berdering setiap minit. Semua orang fikir bahawa Khairy terhutang budi kepada mereka, baik yang daripada peringkat rendah pergerakan pemuda UMNO hinggalah pelayar sambilan internet yang terjumpa nombor itu dalam laman web pemuda UMNO yang lama, hinggalah kepada seorang tauke Cina yang mencuba nasib mendekati Khairy gara-gara jolokan yang diberikan oleh peniaga Singapura sebagai “Mr. 20 persen”.

Fon bimbit yang kedua milik Khairy menggunakan nombor 019. Nombor itu hanya diketahui oleh orang yang penting sahaja. Para pengarang akhbar perdana di Malaysia dan Singapura memang tahu nombor itu seperti juga dua orang tokoh politik muda yang paling menonjol masakini, Husam Musa dan Ezam Mohd Nor. Nombor itu juga diketahui oleh para menteri yang sekarang ini merasa perlu menghubungi Khairy selalu untuk menyambung harapan dan mengekalkan impian. Khairy jarang menggunakan fon itu kecuali menghubungi kenalan yang rapat. Kerana itu setiap kali fon itu berbunyi dia tidak akan menjawabnya di hadapan khalayak ramai.

Secara tiba-tiba, telefon yang kedua itu berbunyi. Ada satu kiriman SMS yang muncul. Waktu itu ialah 8.05 pagi. Tajuknya ringkas dan amat bermakna. “Wan Aziz, ADUN Pengkalan Pasir, meninggal dunia pada 6.05 pagi ini”. Khairy sudah tahu apa maksudnya. Selama tiga bulan, UMNO dan PAS telah bersiap sedia, menunggukan pemergian Wan Aziz. Beliau pernah menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri bagi Pengkalan Pasir, yang merupakan sebahagian kawasan Parlimen Pasir Mas. Beliau telah menanggung penyakit barah hati dan berada dalam keadaan tenat sebelum itu. Semua pihak sudah menantikan ketikanya PAS dan UMNO akan bertentangan dalam pentas pilihan raya. Khairy juga sedar bahawa gergasi Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, adalah satu faktor penting yang perlu dipadamkan untuk selama-lamanya.

Dengan pantas Khairy mengambil fon bimbitnya yang ketiga. Fon ini jenis iPAQ, nombornya diprogram untuk menyerlahkan kod nama beliau hanya kepada Perdana Menteri, ahli keluarga yang terdekat dan pihak keselamatan mereka. Inilah juga nombor yang selalu dihubungi oleh Abdullah Ahmad Badawi untuk bercakap dengan menantunya. Abdullah Badawi pun hanya memiliki satu fon bimbit sahaja yang dibimbit oleh Setiausaha Peribadinya yang mengekori beliau ke mana sahaja. Nombor Abdullah memang dikawal rapi; tidak tersenarai dan tidak boleh muncul di mana-mana fon kerana sudah diprogram oleh pakar keselamatan. Fon itu boleh mengeluarkan SMS dan mesej lain menggunakan satu talian proksi yang memadamkan nombor si pengirimnya. Khairy mahu menelefon bapa mertuanya memberikan berita kematian Wan Aziz, walaupun ketika itu Abdullah mungkin sudah pun mengetahuinya terlebih dahulu. Namun demikian, Khairy masih ingat akan peristiwa Mac 2004 yang menyebabkan Abdullah merasa dingin terhadap politik Kelantan.

Ketika itu Abdullah terlalu bergantung harap kepada Khairy untuk merencana kemenangan pilihan raya. Walaupun pembinaan imej ketokohannya dan segala tipu muslihat ternyata berjaya, Abdullah masih merasakan bahawa Kelantan memang sukar ditembusi oleh UMNO. Kalaulah Abdullah boleh ditonjolkan sebagai seorang ulama, bererti Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz adalah bapa segala ulama. Kepimpinan beliau di negeri itu memang tidak ada tolok bandingnya. Memang pun ada kalanya beliau tersilap, tetapi Abdullah pun begitu juga.

Abdullah telah mengutus seorang wakil berjumpa Nik Aziz menawarkan satu cadangan di mana UMNO memberikan laluan mudah untuk PAS di kerusi tertentu. UMNO tidak akan menarik calon untuk bertanding di tempat itu, tetapi akan berkempen di tempat tersebut secara sambil-lewa sahaja di kawasan yang difikirkan ia tidak akan menang. Nik Aziz bersetuju tetapi tidak disenangi oleh pemimpin PAS yang lain, terutamanya pemimpin pelapis PAS di Kelantan. Itu sebabnya Abdullah terpaksa memikirkan strategi lain bersama Khairy dan mengemukakan muka baru yang profesional sebagai calon bertanding di Kelantan.

Khairy telah menyerahkan senarai calon itu kepada Timbalan Perdana Mentneri Najib Tun Razak yang mempengerusikan jawatankuasa pemilihan calon BN untuk bertanding di Pilihan Raya Umum yang lalu. Itulah yang membuatkan Najib begitu tertekan. Senarai yang diberikan kepadanya telah menolak tepi hampir setiap orang yang sebelum itu memang setia kepada Najib. Sebaliknya, tokoh-tokoh yang pernah berkhidmat bersama Najib ketika dia memimpin Pergerakan Pemuda UMNO telah digantikan dengan nama muka-muka baru, yang berada di Kuala Lumpur. Mereka merupakan akauntan, peguam, peniaga dan bekas pegawai tinggi kerajaan daripada Kuala Lumpur yang menjadi pilihan Khairy untuk menukar imej UMNO Kelantan. Ia merupakan satu imej baru tonjolan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamad yang tidak berkarisma walaupun dia merupakan ahli ekonomi yang bagus.

Najib tidak berkata apa-apa kepada Khairy. Tetapi, dengan pantas dia mengarahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Fatmi (pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, satu ketika dulu) agar mengirimkan satu salinan senarai itu melalui faks kepada sekutu Najib di Kelantan. Sudah tentu mereka naik marah, dan tertekan, serta menjadi kecewa. Mereka menganggap senarai Khairy itu sebagai penamat kerjaya politik mereka. Walaupun mereka tahu tidak boleh berkata apa-apa, mereka mampu merancang sesuatu untuk mengaibkan Khairy akhirnya. Semasa Khairy tidur nyenyak dia tidak pun menyedari betapa sudah wujud 20 orang pemimpin UMNO Kelantan yang sedang mengasah parang mereka dan secara tiba-tiba menjadi musuh politiknya.

Beberapa hari menjelang hari Penamaan Calon, satu senarai yang disediakan oleh Khairy dan diluluskan oleh Abdullah telah dibawa oleh seorang utusan khas ke Kota Bharu. Sepatutnya UMNO Kelantan menyimpan senarai itu dengan selamatnya dalam peti besi untuk membolehkan persiapan serah surat watikah bagi Hari Penamaan Calon. Itulah rencananya. Malangnya Khairy tidak sedar akan kebijaksanaan rakan-rakan politik beliau di Kelantan. Sejurus penerbangan MH1388 mendarat di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, di Pengkalan Chepa, utusan UMNO itu telah disambut oleh 10 orang tokoh pemuda UMNO yang beruniform. Memikirkan mereka adalah pengiring beliau, dia pun masuk ke dalam salah sebuah kereta yang sedia menunggunya. Kereta itu tidak membawanya menuju ibu pejabat UMNO negeri, sebaliknya melencung ke arah lain dan beg yang berisi senarai lengkap itu telah dirampas daripadanya. Utusan khas itu telah diperap dalam satu rumah khas di Jalan Long Yunus dan dinasihati untuk berehat sedikit lama di situ sehinggalah sekumpulan bos selesai dengan kerja mereka. Apa yang terjadi kemudian adalah layak menjadi satu dongeng khayalan sahaja. Semua pemimpin UMNO yang telah digugurkan oleh Khairy, ada antaranya adalah peguam yang berkelulusan tinggi dan ramai pula pernah menganggotai kerajaan UMNO pada 1980-an dulu, telah disenaraikan semula dalam satu carta baru menggantikan nama-nama yang pernah dicadangkan oleh Khairy. Senarai baru yang dipinda itu telah diisytiharkan sebagai senarai terkini untuk digunakan bagi Pilihan Raya Umum 2004. Hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum diadakan satu persidangan akhbar oleh Jawatankuasa Perhubungan UMNO Kelantan untuk mengumumkan nama-nama calon dalam pilihan raya itu.

Sesungguhnya si utusan khas itu telah diam membisu gara-gara disogok dengan rasuah. Apa pun rahsia mereka tidak boleh diperam lama. Orang-orang seperti Dato' Nordin Razak, yang sudah pun dikatakan akan bertanding kawasan Parlimen dan sudah pun memberitahu kawannya sebelum itu, tiba-tiba mendapati nama mereka sudah hilang daripada senarai pencalonan. Orang lain seperti Dato’ Mustapha Taib sedar nama mereka di tempat lain sudah hilang juga. Calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sudah pun bertukar, termasuklah nama Hanafi Mamat yang dijadualkan bertanding kerusi Parlimen dan bukannya kerusi DUN Pengkalan Pasir yang disenaraikan kepadanya. Mereka yang telah digugurkan dan ditukar-tukar telah menelefon pejabat Abdullah Badawi untuk merungut dan membantah. Sudah terlambat waktunya. Abdullah terlalu sibuk untuk melayan segala aduan kerana dia juga terpaksa menangani satu senarai baru yang dikatakan sebagai “Senarai Mahathir”. Ketika itu pula Sultan Johor telah membuat bantahan terhadap pilihan Abdullah mengenai calon Menteri Besar. Selain bertindak tegas agar menyenaraikan semula nama yang disediakan oleh anak menantunya, keputusan telah dibuat agar senarai yang telah dipinda itu diterima sebagai senarai rasmi. Abdullah cuba menepis skandal di awal kepimpinannya sebagai seorang Perdana Menteri. Itu sebabnya dia berpendirian begitu kerana memikirkan UMNO tidak mempunyai banyak peluang untuk menang di Kelantan.

Bersambung ke Bahagian 20-2: Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 20/2
Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang?
(Does UMNO really want to win?)

Yang anehnya, keputusan telah bertukar secara yang mengejutkan. PAS berjaya menang tipis untuk terus memegang kuasa di Dewan Undangan Negeri dan sedar betapa mereka semakin tertekan untuk mempertahankan kubu terakhirnya. Ketika itulah Khairy melakukan kesilapan besarnya yang kedua di Kelantan. Beliau telah menerima satu panggilan telefon daripada Husam Musa untuk mencari jalan agar kedua-dua parti mengadakan satu tindakan berdamai dalam mengemukakan petisyen dan tuntutan terhadap parti lawan. Khairy telah mulakan perundingan itu dan menyetujuinya bersama Husam tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pucuk kepimpinan negeri. Dia memang ada membincangkannya dengan Mustapha Mohamed tetapi tidak pula dengan kepimpinan negeri Kelantan. Ramai antara pucuk kepimpinan negeri memang sudah tidak bercakap lagi dengan Mustapha Mohamed.

Tindakan Khairy bermuafakat dengan Husam menyebabkan Khairy kehilangan sokongan segelintir pemimpin pelapis UMNO Kelantan yang begitu ghairah mahu mengnyahkan PAS daripada bumi Kelantan. Mereka tidak ingin melihat PAS mendapat sedikit pun peluang bangkit semula selepas kalah dalam pilihan raya umum itu. Ramai antara mereka yakin mampu mencabar PAS di beberapa tempat ia menang tipis, terutama sekali di tempat-tempat di mana mereka telah mengira semula kertas undi ataupun di mana kertas undi telah hilang ataupun disalah-agih kepada calon yang berbeza. Malahan ada pemimpin lama UMNO seperti Hashim Safin telah menentang keputusan Khairy secara terbuka kerana memandai-mandai menyetujui satu perdamaian dengan Husam Musa bagi pihak mereka. Satu perkara yang amat dibenci oleh pemimpin UMNO Kelantan selain dari PAS ialah adanya pemimpin UMNO luar Kelantan yang cuba membuat keputusan bagi pihak mereka.

Mereka memang bersikap bebas dan memang tidak gemar dengan gelagat lulusan Oxford yang mereka anggap sudah diperdaya oleh Husam yang sudah pun sekurang-kurangnya sepuluh tahun lebih tua dan tentulah lebih matang berpolitik dan semestinya lebih pintar mengenai politik setempatnya. Walaupun pihak media menggembar-gemburkan kisah betapa popularnya Khairy di kalangan UMNO Kelantan, sesungguhnya dia mempunyai ramai musuh politik di negeri itu. Mungkin Khairy tidak menyedarinya. Tetapi kalaulah dia mempunyai niat yang baik semasa berunding dengan PAS, adalah lebih baik kalau orang lain yang melakukannya daripada dia sendiri yang membuat keputusan itu. Bantahan yang disebabkannya sudah pun merebak ke peringkat bahagian dan melumpuhkan UMNO Kelantan, dan sudah tentu akan menjejaskan pergerakan UMNO di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Beberapa jam sejurus Wan Aziz meninggal dunia, Khairy telah menerima satu panggilan daripada Dato’ Rahim, ketua UMNO Bahagian Pasir Mas. Rahim tidak berkata banyak kecuali menyatakan sokongan beliau kepada sesiapa juga yang dipilih untuk bertanding mewakili UMNO. Memanglah bukan itu yang dimaksudkan oleh Dato’ Rahim. Sebenarnya dia sudah lama juga mengendeng kerusi itu. Walaupun semasa pilihan raya dulu dia bertanding di kerusi Parlimen, kekalahannya bukanlah disebabkan beliau cekap menangani ketokohan pemimpin lama UMNO Pasir Mas yang bernama Dato’ Ibrahim Ali. Dia mahu membuktikan bahawa kekalahannya dulu adalah disebabkan kelemahan pihak-pihak lain. Yang lebih penting, Dato’ Rahim mahu menunjukkan betapa dia mempunyai wang untuk bertanding dan sudah bersedia berbelanja untuk membiayai pencalonannya semula dan bukan pencalonan orang lain.

Perkara semacam itu tidak dapat dilihat oleh Khairy. Dia menganggap Dato’ Rahim sebagai seseorang yang bernama besar tetapi gagal untuk melaksanakan tugasnya. Lagi pun, Khairy menganggap Dato’ Rahim sudah tua. Dato’ Rahim pula seharusnya sudah dapat membaca ragam suara Khairy untuk tidak memilihnya menggantikan tempat Wan Aziz.

Khairy lebih suka memilih seorang calon yang muda. Terdapat dua pilihan: Seorang ialah peniaga Hanafi Mamat yang berusia 51 tahun, tidak begitu tua dan tidak begitu muda untuk mudah menjadi satu boneka baru kepada Khairy. Kemudian ada pula Che Johan Che Pa, seorang peguam berjaya lulusan Universiti Malaya dan memiliki ijazah kedua daripada United Kingdom. Dua calon ini pernah menelefon Khairy dan mengulangi apa yang disebut oleh Dato’ Rahim bahawa mereka sanggup memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang terpilih sebagai calon.

Pada mulanya Che Johan mempunyai satu kelebihan. Khairy menganggap beliau lebih berwibawa berbanding Hanafi. Lagi pun, Che Johan mempunyai satu rekod kegiatan pergerakan pelajar yang mengagumkan. Kerana Khairy pun tidak mempunyai rekod semacam itu. Ramai kawan-kawan Che Johan yang menghantar mesej SMS kepada Khairy memuji-muji Che Johan. Yang lebih penting lagi, ada laporan Pegawai Polis Cawangan Khas yang membuat laporan betapa Che Johan telah berjaya menyusup pengaruhnya ke dalam PAS dengan meletakkan orang pilihannya menganggotai pergerakan pemuda parti itu. Ada yang sudapun terpilih menganggotai pasukan strategi PAS Pasir Mas. Kepintaran Che Johan sudahpun memikat Khairy Jamaluddin.

Namun, Khairy telah berbuat silap kerana menyerlahkan pilihannya terlalu awal. Salah satu kesilapan itu ialah dengan menyebut pilihannya kepada pemimpin UMNO tempatan termasuklah Dato’ Rahim. Walaupun pemimpin itu berpura-pura menyelindungi kehampaan mereka dengan mengetap gigi sahaja dan menyatakn persetujuan mereka, secara berahsia mereka sama-sama cuba menjatuhkan Che Johan. Dato’ Rahim mempunyai satu strategi yang paling mudah. Beliau akan melalikan Che Johan bahawa pencalonannya itu sudah selamat disebabkan ia merupakan pilihan Khairy. Keran itu Dato’ Rahim tfelah mencadangakan agar Che Johan menemani satu rombongan pelawat daripada UMNO pusat termasuk SeitaUsaha Agong UMNO , Dato’ Sheikh Ahmad dan Ketua Penerangan Tan Seri Muhamamd Muhammad Taib semasa mengadakan lawatan ke kawasan itu. Lantas Che Johan dapat merasakan bahawa pencalonanya adalah sesuatu yang sudah pasti.

Kemudiana Dato’ Rahim mulakan satu kempen senyap-senyap agar Khairy tidak dibiarkan menjadi ketua kempen pilihanraya itu. Memang pada mulanya Khairy telah dicadangkan untuk mengetuai kempen UMNO di Pengkalan Pasir. Sebagai persiapannya Khairy telah mula menonjol di dada akhbar menemui orang kampung dan dilihat berjabat tangan dengan golongan tua di kampung itu. Stgrategi itu ternyata bejaya di peringkat mual. Akhabra memaparkan gambar Khairy yang kelihatan warak, sambil memakai jam tangan yang mempunyai arah kiblat di gelang tangannya, sehinggakan Jeff Ooi ternyata tertipu menulis dalam laman weblognya bahawa Khairy membawa tasbih di sana. Khairy trelah dipamerkan sebagai tokoh serba boleh – orang yang mampu bercampur dengan setiap lapisan, sama ada dengan golongan kaya mahupun papa kedana.

Ketika itulah Dato’ Rahim melancarkan serangan. Pada a tahap awal kempen mereka. Khairy telah meminta pihak akhbar perdana agar tidak menyiarkan berita mengenai Dato’ Ibrahim Ali, calon bebas yang akan membuat kacau pertandingan itu. Satu undi untuk Ibrahim Ali bermakna satu untuk daripada orang UMNO yang bersikap atas pagar. Khairy mahu memupuskan Ibrahim Ali agar tidak muncul di skrin radar lagi.

Rencana itu melantun sahaja dengan teruknya. Dato’ Ibrahim Ali dapat tahu rencana Khairy. Akan tetapi Ibrahim Ali mempunyai satu rahsia besar yang disimpannya. Sebelum pencalonan, UMNO sudah gelabah. Beberapa usaha telah dibuat memujuk Ibrahim Ali mengubah pendirian. Satu pertemuan dibuat antara Setiausaha Agung Radzi Sheikh Ahmad dan Ibrahim Ali untuk merundingkan satu perdamaian dan Ibrahim Ali menarik pencalonannya. Perkara ini tidak diketahui oleh Khairy. Ibrahim Ali sudah setuju untuk menarik balik pencalonan beliau dengan syarat dia dilantik semula sebagai Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas dan menggantikan Annuar Musa sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Bukan itu sahaja yang menjadi bahan percaturan. Pertemuan mereka telah turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Tujuan beliau hadir ialah untuk meyakinkan Ibrahim Ali betapa beliau tidak akan mampu meraih lebih daripada 700 undi sahaja kali ini berbanding angka dua kali ganda dalam pilihan raya yang lalu. Tan Sri Rashid telah menunjukkan kepada Ibrahim Ali perkiraan bagaimana sepuluh Saluran Mengundi (UPU - Unit Peti Undi) yang mengikut beliau memberikan UMNO majoriti yang besar sekurang-kurangnya pada tujuh tempat termasuk yang dahulunya dianggap kubu kuat Ibrahim Ali. Hanya Kubang Bemban, Jalan Pasir Pekan dan Pengkalan Pasir Tengah yang dikatakan memihak sedikit kepada PAS. Sememangnya itu merupakan satu tipu muslihat juga. Tan Sri Rashid telah menyebut betapa itulah analisis seorang major yang dikatakan membuat andaian dan kajian itu. Kini Ibrahim Ali mengugut mahu mendedahkan segala peristiwa itu terutama sekali pembabitan Tan Sri Rashid yang sepatutnya mengambil sikap berkecuali tetapi telah secara senyap bertindak sebagai orang UMNO.

Memanglah bukan menjadi hasrat Ibrahim Ali untuk menang dalam pilihan raya itu. Beliau cuma mahu mengekalkan undi dan terus dianggap relevan dalam percaturan politik Kelantan. Kalau Ibrahim Ali boleh meraih lebih 1,500 undi, ini bermakna UMNO dan pemimpinnya akan terkedu. Termasuklah nanti Khairy Jamaluddin yang telah meminggirkan beliau daripada pucuk kepimpinan negeri dua tahun dulu. Ibrahim Ali sedar bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri bukannya membawa banyak makna kepada UMNO ataupun PAS kalau dia menang. Ia hanya bermakna kalau UMNO ataupun PAS yang memenanginya sendiri.

Dato’ Rahim telah menyalahkan Ibrahim Ali kerana menyusahkan Khairy. Dengan itu Khairy telah diyakinkan agar melepaskan teraju kempen di Pasir Mas untuk seketika dan membiarkan orang tempatan mengendalinya. Sebaliknya Khairy telah ditugaskan mengendalikan usaha KL menarik tukang kempen di luar Kelantan agar mencari para pengundi Pengkalan Pasir di Kuala Lumpur pulang pada 6 Disember nanti untuk mengundi. Sepeninggalan Khairy, Dato’ Rahim telah merancang sesuatu untuk mengenakan Che Johan. Beliau telah mengatur satu rencana agar Najib Tun Razak menerima satu surat beracun yang mengandungi bukti betapa Che Johan telah terlibat dengan pemalsuan cek milik Yayasan Pasir Mas yang berharga RM200,000.


Bersambung ke Bahagian 20-3: Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 20/3
Apakah UMNO Betul-Betul Mahu Menang?
(Does UMNO really want to win?)

Najib jadi tertekan dan telah memanggil Che Johan untuk menjelaskan apakah betul benar cerita yang diterimanya mengenai pemalsuan cek itu. Secara tergagap-gagap Che Johan menjelaskan betapa dia telah menurunkan tandatangannya atas arahan Pengerusi yayasan ketika itu, yang bernama Dato’ Ibrahim Ali. Najib enggan mendengar lagi dan dengan pantas telah memotong nama Che Johan sebagai calon untuk pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir.

Memang sudah lambat untuk Khairy berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan. Setakat itu Dato’ Rahim sudah pun melancarkan muslihatnya yang kedua. Rahim telah membuat pengumuman yang dia tidak berminat untuk menjadi calon dan membuka ruang kepada Hanafi Mamat, yang sudah tentu dijangka akan mencabar Dato’ Rahim bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO pada tahun depan. Che Johan tidak punya pilihan lain dalam menyuarakan sokongan kepada Hanafi. Namun dia tidak berdiam diri, cuma menyalahkan nasib yang kurang baik. Sebaliknya Che Johan telah menghalang para penyokong beliau daripada menghadiri setiap mesyuarat dan kempen UMNO. Jumlah mereka semakin merosot dan jadi semakin ketara termasuk ketika Najib Tun Rzak tiba dan semasa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Hishamuddin Hussein datang melawat.

Kini Che Johan sudah sedar bahawa dia tidak mampu bertarung terhadap paduan pengaruh Dato’ Rahim dan Hanafi Mamat. Hanya satu cara lain yang membolehkan beliau terus diambil kira dalam politik Kelantan pada masa depan, dan ini ialah dengan memihak kepada satu tokoh besar yang mampu menelan pengaruh padu dua tokoh tempatan tadi. Lantas dia mula mencari peluang agar Khairy Jamaluddin memihak kepadanya. Beliau mungkin terlepas peluang sekarang ini, menyokong Khairy sudah tentu akan berbaloi satu hari nanti.

Kerana itu dianggap penting agar Khairy muncul semula di Pengkalan Pasir. Pucuk kepimpinan UMNO sudah lumpuh disebabkan perang saudara di Pasir Mas dan kelemahan pucuk kepimpinan negeri. Walaupun ramai pemimpin UMNO yang muncul untuk berucap di khalayak ramai, Khairy dilihat bertungkus lumus merapati rakyat marhaen. Kemunculan Anwar Ibrahim pada petang 'Hari Pencalonan' telah meyakinkan UMNO betapa perlunya parti memiliki seorang tokoh yang menonjol dan tidak mudah diperlekeh sebagai pemimpin biasa sahaja.

Akan tetapi, kemunculan semula Khairy di Pengkalan Pasir, tidak disenangi oleh semua pihak. Ramai pemimpin tertinggi UMNO tidak senang hati melihatkan beliau menarik terlalu banyak perhatian dan memalapkan ketibaan mereka pula. Ketua Wanita UMNO. Rafidah Aziz telah naik angin bila mengetahui RTM sahaja yang mengekori lawatan beliau yang singkat di Pengkalan Pasir, sedangkan pihak stesen TV yang lain semuanya berbondong-bondong mengekori Khairy semasa melakukan kerja-kerja mengecat surau. Mengikut seorang wartawan RTM, Rafidah naik angin dan mempersendakan dirinya sebagai seorang makcik tua dan mencadangkan agar para wartawan mengekori Khairy sahaja. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin UMNO daripada luar Kelantan telah membawa beberapa makalah yang tidak menyelerakan untuk tatapan kawan-kawan mereka di Kelantan. Antaranya ialah laporan setebal 25 muka-surat di mana kisah skandal Khairy di Kedah yang tersebar luas semasa berlakunya perebutan kuasa antara Menteri Besar Syed Razak dengan Mahadzir Khalid. Oleh kerana banyak negeri belum menerima salinan skandal itu, ramai pemimpin Kedah yang membuat salinan laporan tersebut untuk diagih-agihkan. Salah satu salinan laporan itu telah diperolehi oleh Adnan Yaakob dan seorang Menteri Besar daripada sebuah negeri di Selatan yang telah mengarahkan Setiausaha beliau membuat salinan untuk diagihkan kepada semua ketua bahagian di negerinya sebagai maklumat sahaja, kononnya.

Yang lebih penting lagi, kemunculan semula Khairy Jamaluddin telah menyebabkan Hishamuddin Hussein merasa ragu akan rencana masa depan Khairy sebenarnya. Hishamuddin memang marah dengan gelagat Khairy Jamaluddin membelah-bagi Pengkalan Pasir menjadi semacam tebing barat dan timur untuk mereka berdua seolah-olah jawatan mereka dalam parti adalah setara sahaja. Hishamuddin memang tidak ada kualiti menyerlah seperti yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin. Hishamuddin sedar kemenangan UMNO di Pengkalan Pasir tidak akan dikaitkan kepada usaha beliau yang memang jarang berada lama di sana. Malahan semasa melawat lima UPU yang ditugaskan kepada Hishamuddin sebagai penaungnya, pembantu beliau Akhbar Khan terpaksa meminta bantuan seorang wartawan The Star untuk menghadiri majlis yang dihadiri oleh Hishamuddin dan tidak terus membuat liputan ceramah yang dihadiri Khairy. Semua akhbar telah memberi jolokan kepada pilihan raya Pengkalan Pasir itu sebagai pilihan raya Khairy dan sud ah tentu Khairy akan diberikan kepujian seandainya BN menang di sana.

Seandainya PAS menang di Pengkalan Pasir, hanya segelintir pemimpin UMNO yang akan kecewa. Abdullah sendiri pun tidak berapa hiraukan sangat keputusan itu nanti kerana di Parlimen BN sudah mempunyai majoriti empat per lima membuatkan beliau seorang Perdana Menteri yang paling perkasa. Kepada Najib dan Hishamuddin, kemenangan UMNO di Pengkalan Pasir adalah kemenangan Khairy Jamaluddin dan ini adalah tanda penting betapa masa depan mereka sudah menghampiri garisan penamatnya.

Sebaliknya, kalau PAS menang di Pengkalan Pasir, akan terjejaslah imej Khairy lagi. Dia tidak mampu menerima kekalahan semacam itu. Kalau dia salah gunakan segala peluang yang ada padanya, Pengkalan Pasir mungkin laksana 'Pearl Harbour' kepada Khairy. Orang akan membeliakkan mata dengan satu kesedaran bahawa Khairy bukanlah sebesar intan yang mereka sangka dan bukannya si gergasi seperti yang diwarwarkan oleh NST dan TV3.

Memang, Khairy bertungkus-lumus mahukan kemenangan BN di Pengkalan Pasir. Segala usaha telah dijalankan untuk membawa balik hampir tiga ribu pengundi yang menetap di luar kawasan pilihan raya itu. Ada yang menetap di kawasan lain di Kelantan, di Kuala Lumpur malahan ada yang berada di Singapura. SPR telah diberi arahan untuk menyembunyikan maklumat sebenar mengenai 'pengundi imigeran' tadi daripada pengetgahuan PAS dan Dato’ Ibrahim Ali. Pada waktu yang sama duit turun mencurah-curah di Pengkalan Pasir seolah-olah satu pilihan raya umum sedang dianjurkan bagi keseluruhan negeri Kelantan. Pihak akhbar pula sudah melakukan satu usaha memalapkan kejayaan BN menembusi kawasan itu, sebagai satu usaha mendinginkan pengundi PAS daripada keluar beramai-ramai pada hari mengundi nanti.

Apapun, Pengkalan Pasir bukan lagi menjadi satu pilihan raya kecil di sebuah pekan kecil yang dikenali semua orang hanya beberapa minggu yang lalu. Pengkalan Pasir merupakan satu peperangan proksi yang dipertarung di banyak balapannnya. Inilah peperangan antara Kem Ibrahim Ali yang mahu membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam politik Kelantan, dengan pucuk kepimpinan UMNO Kelantan yang mahu mengnyahkan beliau untuk selama-lamanya. Ini juga satu peperangan antara PAS dan UMNO di Kelantan untuk menentukan siapa nanti yang akan mengetuai kerajaan negeri pada pilihan raya umum tahun 2007 ataupun 2008. Inilah juga satu peperangan antara Khairy yang mahu membuktikan keperkasaannya, dan mereka yang mahu menjatuhkan beliau untuk menafikan peluang beliau naik menjadi Perdana Menteri pada 2015 nanti.

Belum pernah diramalkan masa depan politk ke atas satu pilihan raya kecil seperti ini.

Khairy sedar kalau mengikut keadaan semasa, di mana pertarungan mempunyai nisbah kemenangan setara 50:50, UMNO masih mampu menang tipis dengan majoriti 500 undi. Kewujudan undi yang membantah memang tidak akan mengelirukan. Akan tetapi kalaulah PAS memperolehi satu isu yang boleh membuatkan pengundi memihak kepadanya dengan sokongan 60% undi mereka, bererti Khairy akan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Pengkalan Pasir. Kini PAS sudahpun mempunyai isu itu yang membabitkan ketua UMNO Kelantan itu sendiri.

Khairy sedar betapa sengitnya pergocohan di kalangan UMNO Kelantan berbanding pertarungan antara UMNO dan PAS. Yang membebankan UMNO Kelantan sekarang ini ialah Ketua Perhubungan Negerinya Annuar Musa. Masyarakat Cina amat membenci beliau gara-gara mulut celupar yang menyebut “Cina Barua” dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Gelagat itu sudah dirakamkan dalam bentuk VCD dan diagihkan kepada semua pengundi kaum Cina. Ramai pemimpin lain dalam UMNO di Kelantan memang membenci beliau dan mahukan Pengkalan Pasir jatuh ke tangan PAS sebagai alasan agar beliau dapat dijatuhkan Kalaulah Annuar Musa terus mengepalai kempen pilihan raya itu, UMNO boleh sedia gulung tikar untuk membolehkan PAS menang dengan mudah.

Selepas itu barulah bermula satu pendakian yang rumit, bukan untuk UMNO tetapi untuk Khairy Jamaluddin sebagai seorang ahli politik UMNO.

Khairy sudah ketandusan pilihan. Dia baru sahaja menyingkirkan Annuar Musa dan menggantikan tempat beliau dengan Muhammad Taib. Mat Taib dijangka menjadi seorang penyelamat untuk merobah nasib UMNO di Pengkalan Pasir. Akan tetapi politik Kelantan adalah semacam dasar undang-undang milik tanahnya yang unik. Orang Melayu yang lahir di luar Kelantan pun tidak boleh memiliki tanah di sana. Orang luar mesti lahir di negeri itu dulu sebelum dapat membeli tanah di sana. Jika tidak mereka mesti menetap di situ selama tiga generasi terlebih dahulu. Melantik Mat Taib, yang bukannya warga Kelantan sebagai ketua pilihan raya akan hanya merupakan satu pilihan yang sedikit baik daripada meminta Presiden MCA, Ong Kah Ting, menjadi pengurus pilihan raya itu.

Di saat yang terakhir ini, apakah tindakan Khairy itu merupakan satu kesilapan besar beliau di Kelantan? Dalam masa sehari lagi, seperti yang diketahui oleh semua orang, Khairy akan muncul daripada keputusan Pengkalan Pasir sama ada sebagai seorang mahaguru politik, ataupun dia akan dilihat sebagai si tongong sahaja. Inilah satu titik-tolak dalam kerjaya politik Khairy, tidak kiralah apa jadinya.


Bersambung ke Bahagian 21: Keputusan Kemenangan Kecil Untuk Siapa?


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 21
Keputusannya: Kemenangan Kecil Untuk Siapa?
(The Aftermath: Whose little victory?)

Pada pagi pilihan raya Pengkalan Pasir, jentera pilihan raya Barisan Nasional sudah yakin akan menang dengan kelebihan 800 undi. Hanafi Mamat calon Barisan Nasional meramalkan yang dia akan mendapat sekitar 8,000 undi, memberikan kemenangan besar ke atas pencabarnya calon PAS. Di sebalik itu pula, Bilik Gerakan PAS telah menyandarkan harapan untuk menang jua tetapi sesiapa pun yang menang anggarannya adalah tipis sahaja. Akhirnya kedua-dua belah pihak ternyata menepati ramalan masing-masing. BN telah menang, dan PAS ternyata amat tepat dengan ramalannya bahawa si pemenang hanya mendapat kelebihan undi yang kecil sahaja daripada 83% pengundi yang keluar membuang undi mereka.

Memang tidak syak lagi, BN telah menang seperti yang diramalkan, tetapi rumah siap tukul terus berbunyi dengan soalan apakah Khairy Jamaluddin berjaya mengotakan janji? Pada tahap awal kempen itu Khairy telah pergi ke Pengkalan Pasir dengan segala keangkuhan untuk menang besar. Dia telah mempertontonkan satu keangkuhan dalam pendekatannya, di mana dia sendiri telah merayu kepada para pengundi dengan menyelesaikan apa yang mereka mahu. Khairy dilihat mengecat rumah, membaiki tandas dan menyapu jalan seolah-olah itulah kerja yang biasa dilakukan oleh seorang pengarah kewangan sebuah syarikat gergasi bernama ECM Libra.

Entah macam mana Khairy telah membuat pengumuman betapa dia yakin dapat meraih sokongan hampir keseluruhan 2,000 pengundi muda di Pengkalan Pasir. Kalau diambil kira pada pilihan raya umum yang lalu PAS hanya mampu menang dengan kelebihan 53 undi sahaja, keyakinan Khairy itu bermakna Umno akan mendapat kelebihan undi yang lebih daripada 1,000 undi majoriti. Khairy juga telah membuat janji bahawa Umno akan mampu menggoncang PAS hingga ke tulang sumsumnya dengan mendapat sokongan padu masyarakat bukan-Melayu yang berjumlah 1,000 orang di kawasan itu.

Apapun, janji in tidak menjadi. Kemenangan yang dicapai oleh BN ternyata satu kehampaan dan amat sukar untuk diwajarkan kalau diambil kira berjuta manusia yang datang membanjiri kawasan itu dan dibawa masuk oleh Barisan Nasional dan kerajaan. Kalau diambil kira peruntukan yang diberikan kepada Hanafi Mamat sahaja, setiap undi yang diraihnya adalah bernilai sekurang-kurangnya RM11,500. Ini merupakan satu urusan Barisan Nasional yang sungguh mahal harganya dan memang satu pembaziran -- hanya untuk mendapatkan satu kerusi yang memberikan kemenangan kecil sahaja. Mereka mengharapkan kemenangan besar yang bergema membawa taufan perubahan politik Kelantan. Sebaliknya yang muncul hanya satu bisikan kecil sahaja.

Kenapakah Khairy gagal menunaikan janjinya kali ini? Apa yang sudah jadi kepada si bijak bestari yang mampu menentukan kemenangan besar Barisan Nasional yang membolot empat perlima kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-11 dulu? Apakah kegemilangan magik yang ada pada Khairy dulu merupakan satu silap mata sahaja? Apakah ia satu kilau dalam kilat yang tidak dapat bertahan lama apabila ia benar-benar melibatkan politik yang sebenar, dan bukan lagi kelentungan dan kepalsuan yang menjadi pertanda kepada kerjaya awalannya dalam politik dulu?

Kegagalan Khairy memang sudah diramalkan berasaskan beberapa andaian, sesetengahnya adalah disebabkan kelemahan diri sendiri. Kegagalan yang pertama adalah kesan stail pendekatan beliau berkempen yang mungkin mencapai kejayaan seandainya beliaulah yang menjadi calon bertanding, malangnya inilah yang mengganggu jentera pilihan raya Umno sehingga tercetus masalah dalaman. Khairy telah menjadi tumpuan suluhan media sehingga mencetuskan rasa cemburu di kalangan pucuk kepimpinan Umno di Kelantan. Dia telah beranggapan bahawa kuasa yang ada padanya yang berstatuskan ‘superstar’ boleh menjadikan dirinya laksana besi berani yang dapat menarik perhatian para pengundi.

Ramalan Khairy itu memang ada betulnya tetapi setakat separuh sahaja. Ramai yang datang berbondong-bondong akan Pengkalan Pasir hanya untuk menyaksikan kemunculan ‘budak bijak bestari’ daripada Kuala Lumpur, yang telah disebut-sebut oleh banyak orang sebagai ‘bakal seorang Perdana Menteri’. Akan tetapi, para pengundi Pengkalan Pasir, yang merupakan orang-orang yang betul-betul dipentingkan, tidak pula mengerumuni Khairy seperti lagak banyak kumpulan daripada tempat lain di merata negara ini. Mereka menganggap Khairy adalah semacam Anwar Ibrahim lebih sebagai tokoh yang penuh teka-teki - yang mampu menghibur mereka semasa sarkas muncul di kota. Semasa Anwar Ibrahim muncul sekejap di Pengkalan Pasir memang ramai orang yang tertarik melihatnya. Memang puluhan ribu telah datang mendengar Anwar berucap. Tetapi majoriti penonton itu bukanlah merupakan orang yang membuang undi di Pengkalan Pasir. Pengkalan Pasir adalah laksana sarkas dan para penonton semuanya datang daripada luar. Seperti Anwar juga, Khairy telah menarik ramai orang yang pada akhirnya tidak menyumbang apa-apa.

Para pengundi Pengkalan Pasir sedar perkara ini; bahawa akhirnya nanti Khairy akan pulang juga ke Kuala Lumpur dan segala teratak mereka akan kekal begitu juga rupanya, tandas mereka akan tetap kotor dan jalan akan terus berlopak-lopak. Kalau pun Khairy berada bersama mereka untuk beberapa hari sahaja dan menjadi fokus tumpuan ramai di pekan kecil mereka, semua itu tidak membawa banyak makna.

Jadi, sikap Khairy yang memang rakuskan publisiti media sesungguhnya tidak mencetuskan kesan perubahan besar kepada corak pengundi di Kelantan. Ia merupakan satu penjualan yang lantang yang tidak bermakna apa-apa. Sebaliknya ia telah mencetuskan amarah pemimpin Umno yang lain, khususnya Hishamuddin Hussein, yang merupakan bos Khairy juga. Hishamuddin telah kedengaran merungut betapa majlis yang dihadirinya tidak dapat menarik perhatian kerana jentera Pergerakan Pemuda telah diarahkan oleh Khairy agar mengekori beliau dan tidak memberikan tumpuan kepada Hishamuddin. Syak wasangka yang menyubur di kalangan kumpulan Hishamuddin dalam Pergerakan Pemuda Umno dan juga pembodek Khairy di kalangan pelapis muda sudah sampai ke peringkat menggelegak.. Hishamuddin tidak menggembar-gemburkan kemenangan di Pengkalan Pasir sebagai usaha gigih dirinya dan juga BN kerana menyedari bahawa Khairy memang ada niat untuk memperkecilkan sumbangannya. Buat masa ini Hishamuddin perlu mengetap bibirnya dulu sambi air yang menggelegak akan terus membuak dan mereka berdua tentu akan mula cuba mencantas satu sama lain.

Akan tetapi Hishamuddin hanya merupakan satu daripada beberapa sesungut kepada manusia yang benar-benar menjadi saingan politik Khairy. Orang itu ialah Najib Tun Razak. Pada masa dulu, kawan-kawan Khairy yang rapat dengan Najib cuba mewujudkan satu semangat konsensus antara dua kem mereka. Najib pula memang sengaja berusaha melayan karenah Khairy. – seperti menyetujui cadangan beberapa pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Namun, Pengkalan Pasir adalah titik tolak dalam hubungan mereka. Sudah semakin jelas kepada Najib kini, bahawa Khairy sudah semakin gelojoh dengan impian politiknya dan tidak lagi sabar menunggu gilirannya. Yang terancam ialah nasib masa depan Najib sebagai bakal Perdana Menteri dan kedudukan sekutunya semua termasuk sepupunya Hishamuddin. Cara Khairy menonjolkan ketokohannya di Pengkalan Pasir menampakkan kesungguhan yang semakin nyata kepada orang-orang Najib bahawa anak muda ini memang terlalu tidak sabar dan sanggup menyondol laluannya untuk terus mara ke hadapan.

Sebagai contoh, Khairy bertegas agar Che Johan Che Pa menjadi calon di Pengkalan Pasir kerana calon itu adalah pilihannya dan cadangannya itu adalah sebagai mencabar kuasa Najib. Orang-Umno memang sudah lama faham bahawa Hanafi Mamat adalah bekas Ketua Pemuda Pasir Mas semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno. Ini bererti beliau memang rapat dan dipercayai oleh Timbalan Perdana Menteri. Cara Khairy menyondolkan pencalonan Che Johan sebagai tokoh yang lebih professional, muda dan berwawasan sudah tentu menyakitkan hati Najib. Akhirnya Najib menggunakan kuasa menolak pencalonan Che Johan gara-gara satu skandal korupsi yang melibatkan beberapa ratus ringgit sahaja. Sebenarnya Najib telah cuba menjatuhkan air muka Khairy.

Memanglah, orang-orang Najib telah bertungkus-lumus cuba mengkerdilkan ketokohan Khairy di Pengkalan Pasir. Risalah yang mendakwa dosa-dosa anak menantu Perdana Menteri itu bukan sahaja telah disebarkan dengan meluas oleh kem PAS, malahan juga oleh para penyokong Najib yang menggunakan Pengkalan Pasir sebagai satu alasan menyebarkan surat layang. Pada asalnya para penyokong Menteri Besar Kedah yang kena berundur, Syed Razak bin Syed Zain (yang tidak menggemari Khairy) telah menyebarkan segala butiran, bagaimana Khairy berlagak tidak senonoh terhadap pemimpin Bahagian Umno yang datang melawat, dan tidak lama kemudian mereka telah disertai oleh kumpulan manusia yang menjalankan peranan bagi pihak Menteri Besar Selangor yang berkemungkinan mahu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Beberapa peristiwa yang muncul kemudiannya menyerlahkan dengan jelas betapa wujudnya beberapa kuasa dalam kerajaan dan juga Umno yang memang ghairah mahu mendedahkan Khairy dengan menggunakan pihak pembangkang sebagai topeng mereka. Inilah dia perang proksi di mana Khairy dilihat sedang diserang hingga ke peringkat peribadi - satu-satunya serangan politik yang belum pernah berlaku seperti ini sejak Anwar Ibrahim menggunakan pergerakan Reformasi untuk mengganyang Dr. Mahathir.

Sudah tentu Khairy mampu mengawal kecacatan yang timbul gara-gara kemampuan menguasai media. Akan tetapi media juga sudah menjadi laksana satu ‘Kotak Pandora’ kepada Khairy . Orang-orang Khairy dalam jurusan media telah berjaya menghidu udara kebebasan sejurus Abdullah mengaut kuasa dan kini dapat merasakan mereka boleh berani sedikit berbanding waktu cengkaman kuasa Mahathir dulu. Jadi, walaupun mereka akur kepada Khairy, mereka tidak pula begitu taksub mengikut telunjuk Khairy untuk mematikan sebarang cerita yang menyentuh peribadinya. Inilah yang menjadi isu di Pengkalan Pasir dan para pengundi menjadi seronok mendengar kisah Khairy diserang seolah-olah beliau ialah Perdana Menteri negara ini. Tidak siapa yang pedulikan Abdullah Badawi yang ternyata tidak meyakinkan, keletihan dan lembik. Sebaliknya mereka telah menyerang insan yang diberikan jolokan si Rasputin kepada Czar Abdullah Ahmad Badawi.

Semua ini menjadikan usaha Khairy yang mahukan kemenangan Pengkalan Pasir menjadi satu kemenangan dirinya, bertukar kepada malapetaka. Untuk pertama kalanya anggota-anggota Umno sedar betapa Khairy bukanlah si dewa yang disangga, tetapi manusia biasa seperti sesiapa sahaja. Itulah juga pertama kalinya mereka sedar bahawa dia boleh menjadi satu bebanan kepada kesinambungan Umno yang berkekalan. Usaha Khairy yang tidak popular untuk menggantikan lapisan pucuk kepimpinan Umno dengan orang suruhannya menggerunkan ramai golongan veteran yang kini mula sedar betapa Abdullah Badawi memang tidak boleh dipercayai untuk melindungi kerjaya mereka terhadap cengkaman pengaruh si anak menantu.

Yang lebih penting lagi, pangkalan kuasa Khairy yang sempit dalam Pergerakan Pemuda Umno sudah pun sedar kini kepada hakikat bahawa akan tiba masanya juga apabila Khairy sendiri tidak akan mengotakan janjinya. Dia gagal menentukan orang pilihannya diterima sebagai calon. Dia gagal mendapatkan sokongan golongan muda-mudi di Pengkalan Pasir. Dia berkemungkinan merupakan sumber pertelagahan antara para pemimpin Pemuda Umno. Yang menjadi semakin jelas ialah Khairy tidak berjaya menggugurkan imej betapa dia adalah seorang oportunis yang menggunakan hakikat dia adalah suami kepada anak perempuan Perdana Menteri dan menggunakan talian itu untuk menyondol laluannya.. Yang paling mengecewakan jentera pilihan raya Umno ialah golongan pelapis Pergerakan Pemuda yang merupakan asas di mana Khairy telah bercita-cita mahu melancarkan satu kebangkitan untuk menyokongnnya.

Apabila si dewa terserlah seorang biasa sahaja, sudah tentu dia semakin mudah ditamatkan. Pengkalan Pasir menjadi tapak pertama di mana lahirnya satu paduan usaha oleh kuasa yang menentang Khairy mengumpul usaha dan tenaga secara kolektif untuk menumpaskan si bijak bestari. Harus tidak ada sesiapa yang tersilap, malahan dalam PAS sebagai contohnya. Timbalan Presiden Husam Musa telah mencanai hubungan dengan Khairy sejurus berakhirnya Pilihan Raya Umum. Perjanjian beliau dengan Khairy agar sama-sama menarik petisyen parti masing-masing dan harapan beliau kepada Khairy agar menyalurkan sokongan kewangan kepada kerajaan Kelantan yang ketandusan dana telah melibasnya balik. Nampaknya masa depan Husam sebagai bakal Menteri Besar Kelantan, sudah terumbang-ambing. Dia tidak lagi dipercayai oleh golongan elit PAS. Walaupun dia masih lagi merupakan orang kanan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat, cara beliau bersilat akan menghantuinya untuk mendapatkan kembali maruah yang sudah tercemar.. Apapun, Nik Aziz sudah memasuki gerbang Maghrib kerjayanya sebagai seorang Menteri Besar Kelantan. Apabila kegemilangan bintang Khairy menjadi kelam, bintang Husam pun akan pudar dan menghilang juga.

Musuh-musuh Khairy dalam Umno dan pihak pembangkang akan mencari satu penyebab biasa untuk menumpaskan beliau. Adalah amat mudah kalau pemimpin kanan Umno menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Najib menentang Khairy, kerana Najib yang mendapat pujian atas kemenangan BN di Pengkalan Pasir. Keputusan Najib memilih calon untuk bertanding, ketelitian beliau terhadap jentera pilihan raya di peringkat akar umbi, kecekapan beliau menggunakan rangkaian SB (Polis Cawangan Khas) dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ternyata amat berjaya berbanding sikap Khairy yang begitu kasar dan hanya pandai menyondol pengaruh kuasa sahaja.

Najib telah berjaya menjalin persahabatan di Pengkalan Pasir sedangkan Khairy hanya mampu mewujudkan lebih ramai seterunya. Sekarang ini keadaan menjadi semakin getir kepada Abdullah Badawi. Dia berada di satu kedudukan seperti yang pernah dihadapi Dr. Mahathir pada 1998, ketika calon penggantinya menjadi satu pengancam besar kepada legasi beliau. Hari-hari yang menyulitkan sedang menanti Najib dan juga Khairy. Akan tetapi inilah situasi yang merobah mereka berdua. Najib telah memperbaiki kedudukan yang dianggap sebagai sasaran mudah kepada serangan Khairy yang mahu menamatkan kerjayanya. Sebaliknya Khairy sedang berdepan dengan cabaran pertama daripada begitu banyak cabaran dalaman yang menantinya dalam Umno. Setakat ini lonjakan Khairy menaiki tangga hierarki Umno ternyata amat mudah, seterusnya nanti pendakian tiang licin politik Umno akan dihantui pelbagai onak dan duri yang sedia menanti.

Dalam politik Malaysia ini terlalu ramai yang tumpas dan terkandas di tengah jalan. Dalam Umno dan juga PAS, bedah-siasat pilihan raya Pengkalan Pasir akan dilakukan dengan beberapa pisau yang siap terhunus. Ada yang akan ditikam dan ada yang akan menikam. Sekali lagi senario politik Malaysia yang begitu kotor akan mencetuskan masa yang menyeronokkan orang ramai dan permerhatinya.

Bersambung ke Bahagian 22: Silap Congak Yang Membawa Maut


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 22
Silap Congak Yang Membawa Maut
(A fatal miscalculation)

Semua ahli politik amat tertekan dengan peninggalan legasinya. Mereka begitu taksub dengan perkara di mana mereka perlu dikenang. Sebagai permulaannya, seseorang ahli politik itu selalu mempunyai satu ego yang menyempitkan tanggapannya terhadap dunia ini. Seseorang ahli politik itu mempunyai tanggapan bahawa setiap sesuatu perkara dan peristiwa harus berkisar melibatkannya. Ramai pihak menganggap golongan ahli politik ini sebagai pemilik satu bentuk genetik yang kurang sempurna gara-gara tanggapan mereka mampu melakukan apa sahaja di dunia ini. Memang amat jarang untuk kita dapat menemui ahli politik yang mampu menepis kepincangan fahaman itu dan lebih memikirkan perihal orang lain berbanding membuat sesuatu untuk membesarkan temboloknya sendiri. Kebanyakan ahli politik itu mempunyai legasi yang berbentuk satu penamat kepada apa sahaja yang telah mereka lakukan.

Sebagai seorang anak muda yang terlalu rakus mahukan segala-galanya, Khairy Jamaluddin telah bertindak terlalu cepat di luar norma kehidupan biasa untuk memacak legasinya. Beberapa hari yang lalu, Khairy telah menyertai satu forum yang ditaja oleh Pemuda UMNO dengan kerjasama para penyokongnya di kampus Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Forum itu memang melanggar amalan sesuatu universiti kerana menyerlahkan sokongan terbuka kepada UMNO, dan Khairy tidak pun berselindung menyerlahkan hasrat memahat pengaruh UMNO di pemikiran jemala para peserta. Memang Khairy mahu mulakan usaha itu pada otak orang-orang muda dan tidaklah menghairankan apabila hampir semua peserta forum itu adalah golongan belia juga. Apa yang mungkin menghairankan ialah para peserta itu masih lagi di bangku Tingkatan Satu dan Dua di sekolah-sekolah menengah dan merupakan anak-anak sekolah semata-mata.

Di sinilah Khairy membuat satu kesilapan yang bersifat congakan mautnya. Pada mulanya dia bersuara lantang mahukan perubahan. Malahan dia menonjolkan diri sebagai calon perubahan menongkah arus amalan regim yang lama. Khairy merupakan orang perubahan yang ingin mengajar rakyat Malaysia bagaimana menikmati karya Shakespeare dan cuba mengheret masyarakat bangsanya memasuki gerbang abad ke-21 ini. Akan tetapi seperti semua politikus UMNO (dan juga seperti ramai di kalangan pihak pembangkang) Khairy telah tersilap mengenal yang mana satu permata dan yang mana satu kaca.

Semasa beliau bertarung untuk menonjolkan satu imej sebagai seorang pembawa perubahan yang unggulan, Khairy tidak pernah lepas daripada kerja-kerja melanggar peraturan dan undang-undang. Dia tidak nampak salahnya usaha beliau membabitkan politik menerjah kampus universiti sedangkan itulah yang menyalahi undang-undang Malaysia khususnya Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan pembabitan ayah mertuanya (ketika itu merupakan seorang pegawai kanan kerajaan). Khairy tidak nampak salahnya membabitkan kanak-kanak sekolah untuk mempengaruhi minda mereka dengan ajaran sesat UMNO, sedangkan pada masa yang sama beliau mengkritik PAS kerana mewujudkan sekolah dan taman asuhan kanak-kanaknya. Malahan, Khairy tidak pernah merasa bersalah dengan apa juga yang dilakukannya kerana begitu angkuh dengan jolokan bahawa dialah satu-satunya yang terpintar di kalangan golongan muda yang cerdik di negara ini. Apa juga bentuk undang-undang yang patut dikenakan ke atas rakyat biasa di negara ini termasuk orang-orang politik, tidak boleh menyentuhnya. Orang lain adalah golongan bengong, bodoh dan terencat akalnya, dan tidak mampu menyaingi keintelektualan lulusan Oxford yang ada pada dirinya. Kerana menganggap dirinya sebagai bijak bestari yang lebih pintar daripada yang lain, apa juga hukum-hakam itu tidak boleh dikaitkan padanya.

Apa yang menceriakan Khairy daripada majlis-majlis seperti itu ialah kemampuan untuk menunjuk-nunjuk kepada golongan yang jauh kurang keintelektualannya bahawa dialah si bestari yang patut mereka kagumi. Namun, sedikit demi sedikit sudah muncul segelintir manusia yang perasaan dan sedar betapa Khairy tidak berani mendekati orang-orang lain yang sama pintar dengannya, ataupun lebih bijaksana darinya. Khairy suka menunjuk-nunjuk kepada para hadirin yang merupakan golongan yang begitu takut untuk bersuara lantang ataupun memang tidak mampu berbuat demikian, kerana mereka mudah tercengang dengan segala istilah-kata yang Khairy gunakan. Khairy mampu mengekalkan imej palsu itu dalam politiknya dengan cara mengelak dirinya dari diperlekeh oleh orang lain yang sama berkemampuan sepertinya. Dalam kehidupan Abdullah Badawi yang begitu terkongkong, beliau beranggapan bahawa Khairy merupakan satu-satunya insan yang paling baik kerana dia tidak pernah menemui seseorang lain yang mempunyai ketokohan seperti Khairy. Akan tetapi Khairy memang bijak menghalang orang lain yang bijak bestari daripada bertemu dengan Abdullah.

Memang Abdullah Badawi tidak seperti Mahathir. Abdullah tidak mempunyai satu kumpulan manusia yang bijak pandai yang boleh diharapkannya. Kebanyakan orang-orang yang rapat dengan Abdullah adalah manusia yang sama-sama berkecimpung dengannya dalam BTN (Biro Tatanegara) Selain mereka, adalah beberapa kerat golongan akademik yang telah mencari makan dengan menonjolkan kefahaman ultra Melayu dalam pemikiran mereka. Abdullah memang ketandusan sahabat yang intelek. Kalaulah anda tidak ambil-kira beberapa wartawan yang menulis artikel memuji-muja pencapaian politiknya, dan ambil kira pula segelintir pegawai kerajaan yang amat gemar mendekatinya, Abdullah memang ternyata tidak bermaya menonjolkan diri sebagai paling bestari di kalangan mereka. Malahan, kerana Abdullah tidak berapa pintar makanya Mahathir tertarik padanya, kerana si tua itu beranggapan bahawa seseorang yang kurang cerdik adalah lebih berkemungkinan sanggup jadi pak turut mengikuti segala dasar yang diarahkan tanpa berkemampuan untuk mempersoalkannya.

Sejak Khairy naik mencanak menduduki kerusi Naib Ketua Pergerakan Pemuda beliau telah mempamerkan satu perangai tidak lagi sanggup menerima kritikan. Yang pertama, dia tidak pun mempunyai satu kumpulan manusia yang boleh tergolong sebagai sahabatnya. Rakan-rakan yang rapat dengannya adalah orang asing, khususnya orang Singapura ataupun rakyat Malaysia yang tidak pernah menerima didikan di Malaysia. Seperti dia, mereka tergolong sebagai bestari yang tidak bergaul dengan rakyat biasa. Khairy pernah mencuba memperbetulkan kepincangan ini dengan mendekati kawan-kawan baru dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang dianggapnya rapat dengan akar umbi. Malangnya, kebanyakan anak-anak muda ini menggunakan persahabatan mereka dengan Khairy untuk mengugut saingan politik mereka ataupun untuk memperkayakan tembolok masing-masing dengan meminggirkan peniaga tulen. Sesungguhnya Khairy tidak mempunyai sahabat yang akrab dalam UMNO, dan kalau pun ada segelintir mereka itu di luar UMNO mereka sudah pun difaraidkan jawatan yang molok-molok yang mereka amat takut kehilangannya. Kerana itu mereka juga turut menghentikan amalan menyatakan segala kebenaran kepada Khairy.

Semua pemimpin menghadapi masalah semacam ini. Memang mereka kesunyian berada di tempat tinggi. Akan tetapi Khairy telah mencapai tahap ini terlalu awal sekali. Belum pun beliau berjaya menggapai idamannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum mencapai umur 40 tahun, Khairy sudah pun dicanai pemikiran berkumpulan (groupie mentality). Sememangnya segala kumpulan rakan Khairy adalah berbentuk kumpulan. Sesiapa sahaja yang berani menyanggah Khairy akan ditentang dan diboikot oleh kumpulan yang lain. Sedikit demi sedikit mereka berundur dan menghilang apabila ada pihak yang menjerut kumpulan sahabat yang mengelilingi Khairy.

Fenomena semacam ini pernah disedari oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998, tetapi dia telah terlambat menyedarinya. Ketika itu tidak ada lagi manusia yang bersuara lantang tanpa takut-takut. Fenomena semacam ini merupakan fenomena yang paling terkini menghimpit Khairy apabila diambil-kira pengalaman pemimpin UMNO yang lain. Tunku Abdul Rahman pernah dihantui masalah yang sama ketika menghadapi masalah pada tahun 1969 dulu kerana enggan mendengar kritikan golongan pelapis (termasuk Mahathir Mohamad dan Musa Hitam). Tunku terlalu bergantung dan percaya kepada penasihat rapat beliau seperti Khir Johari, Sardon Jubir dan Senu Abdul Rahman. Tun Razak nyaris-nyaris musnah oleh bisa nasihat Abdullah Ahmad, kalaulah dia tidak mati terlalu awal daripada jangkaan umum. Hussein Onn juga gagal meneka pergolakan semasa gara-gara terlalu bergantung kepada Ghazali Shafie. Abdullah Badawi juga akan gugur dan gagal dengan cara yang sama. Kini pun dia sudah mula menggelongsor daripada puncak kuasanya. Kegagalan Abdullah menilai orang lain dengan tepat dan ketaksuban bergantung kepada Khairy akan menyebabkan beliau menjadi sasaran amarah para pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi sandaran beliau untuk meraih sokongan padu.

Abdullah akan terhumban daripada puncak kuasanya mengikut cara yang sama pemimpin lain yang mendahuluinya merasakan keaiban yang serupa. Selalunya para penasihat mereka yang membunuh pemimpin sendiri.

Kesilapan maut Khairy kerana tidak mampu menilai antara musuh dan pengkritik yang tulen telah disulitkan lagi oleh keupayaannya terus mengumpul musuh yang perkasa. Musuh-musuh Khairy itu bolehlah dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling perkasa adalah orang–orang yang menyokong mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Kumpulan ini beranggapan bahawa Khairy merupakan budak hingusan yang terlalu disanjung sedangkan dia hanya merupakan seorang teoris yang tidak berpijak di bumi nyata. Mereka beranggapan bahawa Khairy akan terus melibatkan negara ini untuk terus berkhayal sehingga tersedar betapa sudah wujud satu kediktatoran yang tidak menyenangi tentangan yang dipimpinnya dan disokong oleh lulusan Oxbridge yang muda-muda. Masa terus beredar dan anggota kumpulan ini yang termasuk bekas menteri-menteri dan menteri-menteri yang masih berkhidmat, sudah mencuba satu pakatan dengan veteran UMNO dan kepimpinan yang ada untuk menghalang kenaikan Khairy ke puncak kuasa. Mereka amat mengidamkan agar Abdullah Badawi dapat digulingkan daripada puncak kuasa sama ada dengan paksa ataupun tekanan yang bersahaja dan munculkan seorang pemimpin baru, kemungkinannya Najib Tun Razak yang akan menumpaskan Khairy kemudiannya.

Apakah Mahathir menyokong kumpulan ini? Setakat ini Mahathir telah memberikan mereka sokongan yang terbaik dengan cara meremehkan dasar-dasar baru Abdullah. Sebagai seorang ahli politik Melayu yang konservatif, Mahathir memang pintar membuatkan orang ramai mempertikai keupayaan Abdullah hanya dengan cara menyuarakan sedikit komen secara tidak langsung seolah-olah beliau mengkritik orang lain, sedangkan sasaran beliau sebenarnya adalah Abdullah sahaja. Tidak siapa pun yang menjangka Mahathir akan bertindak lebih melulu dari itu, tetapi dengan demikian, Mahathir sudah pun mencipta ruang di mana mereka yang tidak senang hati dengan Abdullah dan Khairy dapat berkumpul untuk merancang satu pembelotan.

Musuh-musuh Khairy yang lain adalah mereka yang bergelar pemimpin muda UMNO yang takutkan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim. Khairy memang menaruh simpati terhadap Anwar, tetapi adalah wajar untuk kita berkata bahawa Anwar lebih sayangkan Khairy berbanding Khairy yang sayangkan Anwar. Malahan Anwar semakin tertarik kepada Khairy kerana menganggap Khairy adalah satu gambaran imejnya dalam perjalanan hidup beliau meniti puncak kuasa. Anwar beranggapan bahawa Khairy telah menjadikan beliau sebagai contoh dan kerana itu beliau cuba memainkan peranan watak seorang bapa dengan memberikan nasihat yang tidak pun amat diperlukan oleh Khairy bagaimana mahu menangani Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar beranggapan bahawa Khairy memang betul-betul tulen yang muncul dengan acuan seorang pemimpin yang berkarisma dan merupakan tokoh asli yang Anwar hormati.

Dengan mendekati Anwar, Khairy telah dapat mewujudkan satu pertalian yang dianggap oleh ramai anggota UMNO sebagai satu pakatan jahat. Memanglah orang-orang lama UMNO amat takutkan Anwar, tetapi pemimpin pelapis pun amat gusar bahawa Anwar akan masuk UMNO semula bersama dengan barisan penyokongnya untuk menggantikan tempat mereka yang khususnya muncul selepas 1998 dengan cara membodek Mahathir. Pemergian Khairy pada 2 September 2004 ke rumah Anwar adalah satu peristiwa yang sentiasa dikenangi oleh pemimpin UMNO dan inilah yang akan mengcop beliau seperti Brutus (dalam Hikayat Julius Caesar -penterjemah) untuk beberapa tahun yang mendatang.

Bukan semua musuh Khairy datang daripada dunia politik. Ada antara mereka adalah para peniaga yang merasakan dipinggir oleh ECM Libra dan beberapa ‘kenderaan pelaburan’ Khairy yang lain. Ada seorang Tan Sri tertentu daripada Pulau Pinang yang merintih kepada seorang kawannya betapa semakin sulit untuk beliau berdagang dengan kerajaan Pulau Pinang kerana semua kontrak telah dikaut oleh kroni-kroni muda yang rapat dengan Khairy. Beliau telah menyebut beberapa projek pembinaan yang melibatkan nomini Khairy. Bukan semua dakwaan itu adalah benar. Sesetengah nomini itu tidak ada kena mengena dengan Khairy tetapi mereka adalah rapat dengan keluarga Almarhumah Endon Mahmud dan Kamaluddin Abdullah Badawi. Oleh kerana Khairy merupakan anggota keluarga yang paling menonjol, di kalangan keluarga Perdana Menteri, dia pun secara automatis dianggap sebagai tukang atur.

Tidak kiralah kalau separuh tuduhan itu adalah palsu. Yang pasti, Khairy kelihatan seperti seorang anak muda yang begitu rakus untuk membalun ratusan juta Ringgit dengan meminggirkan para peniaga yang lebih berniaga. Persepsi yang timbul seolah-olah mengandaikan bahawa pengaruh Khairy telah merobah keputusan perniagaan pihak kerajaan. Sebagai contoh ialah saham-saham DRB yang membuatkan ramai pemilik saham itu beranggapan bahawa Khairy telah mengarahkan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan serta kawan-kawan beliau dalam Pasukan cawangan khas (Special Branch) Singapura, untuk memandai-mandai mendahului pengumuman kerajaan dengan menyatakan bahawa Tan Sri S.M. Nasimuddin sudah pun berjaya membeli semua saham milik Tan Sri Yahya Ahmad. Ada sumber yang membocorkan rahsia bahawa Khairy telah membocorkan maklumat itu kepada NST, sedangkan beliau sedar betapa wujud pihak lain dalam kerajaan yang sebenarnya memihak kepada bida yang dikemukakan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Akan tetapi Khairy mahu menonjolkan tindakannya memihak kepada Nasimuddin dengan cara beliau menggunakan pihak media sebagai satu kaedah untuk mempengaruhi keputusan beliau itu.

Antara mereka yang memang tidak sukakan Khairy adalah kumpulan kaya-raya di kalangan peniaga Melayu dan Cina. Kumpulan Melayu yang kaya itu membenci Khairy kerana mewujudkan satu kumpulan peniaga Melayu baru yang bersekongkol dengannya; seperti Rosabil Abdul Rahman, Ketua Pemuda UMNO Perlis, dan lain yang lain sekandang dengannya. Kumpulan Cina yang kaya itu membenci beliau kerana menjual banyak peluang perniagaan kepada kawan-kawannya di Singapura. Hakikat bahawa Khazanah masa kini berurusan hanya dengan peniaga besar daripada Singapura dan Indonesia bererti orang tempatan sudah diketepikan. Semua ini dilihat sebagai kepincangan Khairy dan semua itu menjurus kepada andaian yang sama bahawa dunia perniagaan sudah menjadi sukar kerana perbuatan Khairy.

Persepsi adalah tunjang berpolitik. Kerana itu apakah segala tuduhan terhadap
Khairy itu benar ataupun tidak adalah dianggap mustahak. Orang politik dan perniagaan akan menunjukkan minat memihak kepada sesuatu kisah dan cerita yang membawa keuntungan kepada minatnya dan memihak kepada pemikirannya yang tersendiri. Di sinilah letaknya masalah Khairy. Kerana terlalu ghairah mahu menonjolkan dirinya dia sudah menjadi sasaran utama golongan ningrat ataupun elit. Rakyat tidak tahu banyak hal mengenai Khairy buat masa kini, untuk mereka meminggirkan beliau. Akan tetapi golongan yang giat menjelajahi negara ini sambil mencari makan sebagai orang tengah, dan amat dahagakan peranan sebagai tukang atur, dan menganggap mereka mempunyai hak istimewa untuk meraih jawatan tertinggi dalam politik negara, dan menghabiskan banyak masa berfikir apakah cara terbaik untuk mentadbir negara sudah pun mempunyai persepsi tersendiri terhadap Khairy, yang amat sukar untuk diubah kembali. Sudah tiba masanya untuk dimulakan pertempuran mereka.

Dalam sesi monolog Khairy di USM, dia ternyata memang bergaya sakan. Beliau telah mengadakan satu sidang akhbar di mana dia menggembar-gemburkan segala usaha beliau untuk mewujudkan satu masyarakat muda yang tulus dan bersih. Namun, tidak jauh daripada tempat sidang akhbar itu telah berkumpul beberapa pemimpin pemuda UMNO yang mempunyai perasaan yang sama. Mereka sudah naik mual dengan Khairy. Ada seseorang yang mencadangkan sudah tiba masanya untuk mewujudkan seorang saingan yang sama hebat pengaruhnya untuk menandingi keintelektualan Khairy. Ada seorang pemimpin pemuda negeri telah mencadangkan beberapa nama dan kumpulan kecil itu telah bersurai setelah menyetujui satu senarai pendek mengandungi beberapa nama calon yang disebut tadi. Khairy tidak akan mempunyai laluan yang mudah di masa depan.


Bersambung ke Bahagian 23: Lebih Laju, Lebih Tinggi, Lebih Perkasa


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 23
Lebih Laju, Lebih Tinggi, Lebih Perkasa
(Faster, Higher, Stronger)
Khairy Jamaluddin hanya terlibat dengan satu pertubuhan sukan - FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). Sultan Pahang yang bijak mahu mendekati anak muda yang kononnya akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, telah menawarkan satu jawatan Exco kepada Khairy. Tidak kiralah kalau si Khairy ini jenis kaki bangku dan tidak pernah menendang bola dalam hidupnya. Seorang lagi pencadang kemasukan beliau ialah Redzuan Sheikh Ahmad, adik kepada Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad, yang lebih berminat dengan wang Khairy dan cara bagaimana dia boleh mengaitkannya dengan usaha yang ada kaitan dengan bolasepak di Malaysia. Khairy tidak pun kisah sangat akan perkara ini. Sifat sama-sama bantu membantu tentu membawa faedahnya. Lebih-lebih lagi setelah melihat sokongan rakyat terhadap Abdullah Ahmad Badawi sudah semakin tipis dan kesabaran anggota Umno dengan kerakusan ahli keluarga Abdullah sudah semakin membara.

Khairy hanya taksub dengan lumba lari pecut 100 meter. Sejak pada mula dia berpolitik Khairy memang tidak minat menjadi pelari jarak jauh ataupun marathon, yakni bersabar mencampuri golongan tua dan menunggu tiba gilirannya. Khairy amat ghairah mahu menyingkir pihak pembangkang dan mahu melonjakkan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling muda. Memang dia sedang melalui lorong itu. Cuma wujud beberapa hambatan dan Khairy mahu menghumbannya semua. Dalam tahun yang mendatang dia akan cuba yang terbaik untuk mengetepikan hambatan itu semuanya dan melicinkan laluannya ke puncak kuasa.

Kini dia perlu bertindak lebih pantas daripada yang dirancangnnya dulu. Serangan betubi-tubi yang dibuat melalui surat layang oleh tandingannya dalam Umno, seperti Khir Toyo dan Hishamuddin Hussein, menyebabkan Khiary kehilangan hubungan baik dengan akar umbi. Kisah pilihanraya kecil Pengkalan Pasir telah mencelikkan anggota pergerakan Pemuda Umno bahawa Khairy bukanlah jagoan seperti yang disangka mampu menarik sokongan padu. Dakwaan Khairy yang dia adalah umpama obor kepada generasi baru yang menarik sokongan golongan muda di negara ini ternyata satu gembar-gembur sahaja. Undi golongan muda sebanyak 2,000 yang dijanjikannya dulu tidak pun menjadi kerana mereka yang menyokong beliau adalah golongan yang lebih tertarik kepada wang yang dihulurkannya dan bukan kerana karismanya

Dalam impian besarnya, Khairy mahukan 2006 ini sebagai tahun di mana dia memainkan peranan besar. Kerana itu dia telah melakukan rencana untuk beberapa perubahan. Berikut adalah senarai impian Khairy bagi 2006:

1. Mempengaruhi rombakan kabinet
Satu rombakan kabinet memang sudah patut dilakukan. Kabinet saiz XXL pimpinan Abdullah Badawi yang diwujudkannya selepas pilihan raya umum yang lalu memang ternyata lemah dan tidak bermaya. Pilihan Abdullah ketika itu telah dipengaruhi bayangan Mahathir dan keperluan memberi habuan kepada beberapa malaun yang telah membantu beliau meniti laluan ke puncak jawatan Perdana Menteri. Namun demikian dia gagal mengotakan janjinya dan sejak itu kabinet ini sudah menggelongsor menjadi Kabinet Dunia Ketiga dengan pemikiran Dunia Ketiga juga.

Khairy memang ghairah mahu menunjuk bagak. Dia mahu menghumban ataupun sekurang-kurangnya mengecutkan kuasa beberapa orang menteri kanan yang telah memperlekeh kuasanya – Samy Vellu, Lim Kheng Yaik dan Rafidah Aziz telah lama mengetap gigi dan tidak pernah akur kepada Khairy sebagai menepati jangkaannya. Menteri-menteri ini akan berada di pusingan akhir larian mereka ditempatkan di kementerian yang tidak bermakna ataupun dibayangi menteri muda yang mengkaji dari mereka untuk memainkan peranan utama.

Khairy tentu mahu menaikkan pangkat para pembodeknya. Beliau mahukan jawatan yang lebih tinggi untuk Noh Omar, Shaziman Abu Mansor, Adham Baba dan menarik masuk anggota kabinet orang-orang seperti Ahmad Shabery Cheek. Untuk berbuat demikian beberapa pemimpin lama mesti ditendang keluar dan semua pemimpin pelapis ini dianugerahkan jawatan yang bertanggungjawab.

Rombakan kabinet yang dijangka dilaksanakan antara sekarang hingga pilihan raya umum di Sarawak adalah satu alat yang berguna untuk menakutkan saingan tertentu. Sebagai contoh, Khairy kerap memberitahu orang bahawa Hishamuddin Hussein. Tidak menunjukkan ‘keupayaan’ sebagai seorang Menteri Pendidikan. Khairy telah menabur bibit keraguan ini dengan menuduh Hishamuddin terlalu sibuk dengan melantik terlalu ramai Pegawai Khas di kementeriannya. Malahan, Hishamuddin mempunyai 15 orang pegawai semacam itu, yakni dua kali ganda bilangan pegawai yang dimiliki oleh Perdana Menteri sendiri. Khairy mahu Hishamuddin sedar kalaulah dia dikekalkan menerajui portfolio yang perkasa, ia terjadi hanya dengan ihsan anak menentu yang serba perkasa.

2. Menyingkirkan Khir Toyo
Khairy rapat dengan Dato’ Kamarulzaman Zainal, Pengarah Bahagian Berita dan Berita semasa di TV3. Mereka mempunyai urusan untuk menyerang Khir Toyo pada apa juga kesempatannya. Setakat ini mereka sudah mencapai sedikit kejayaan. Akan tetapi Khir tidaklah sedungu yang mereka fikirkan. Dia berselindung di sebalik Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan menggunakan hubungan baik melalui anak Mahathir, Mokhzani untuk menjaga kedudukannya. Setakat ini Khir berjaya menepis ancaman daripada kumpulan setiakawan Abdullah di Selangor dengan memberikan mereka tugas khas yang sukar mereka laksanakan dan memberikan portfolio yang cukup bermasalah.

Dengan munculnya 2006, Khairy akan cuba sedaya upayanya melalui media untuk mencemarkan nama Khir Toyo agar dia jatuh terduduk. Buat masa ini Khairy sedang merancang satu pendedahan melalui satu akhbar berbahasa Inggeris mengenai peranan Khir dalam meluluskan beberapa projek dalam kawasan tanah tertentu kepada sanak-saudara isteri beliau, Zaharah Kecik dan beberapa kroni yang lain. Kisah itu akan dimulakan dengan menyerlahkan satu skandal pencemaran alam dan berakhir dengan persoalan mempertikaikan wibawa Menteri Besar itu sendiri. Dengan cara itu, dan dengan bantuan TV3 Khairy mengharapkan Khir akan tunduk untuk berundur setelah namanya tercemar dan tidak mampu bertanding lagi.

Khir Toyo memang berkemungkinan terus menjadi pencabar Khairy yang paling menyerlah. Baik sebagai bakal Ketua Pemuda Umno ataupun sebagai penanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu. Khir Toyo memang menerima sokongan baik daripada peringkat akar umbi walaupun dia kerap dicemuh oleh orang lain yang bukan menjadi ahli Umno. Keunikan Khir Toyo terletak kepada sikap beliau mengagihkan apa yang dibalunnya dengan pemimpin lain. Sebagai contoh, Khir Toyo tidak pernah lupa memberikan wang tunai kepada ratusan ribu anggota Umno di peringkat bahagian Selangor untuk mereka memanjangkan pula sogokan itu kepada ahli-ahli biasa. Khairy tidak berbuat begitu dan dia hanya memberikan hadiah dan imbuhan kepada kawan rapat dan mereka yang menjilatnya. Kesannya, walaupun kedua-dua tokoh ini memang korup, Khir menjadi seorang ahli politik yang sungguh popular.

3. Menaikkan Wan Farid ke jawatan yang lebih tinggi
Wan Farid Saleh ialah seorang sekutu Khairy yang terbaru di jabatan Perdana Menteri. Sebagai seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Wan Farid telah memainkan peranan sebagai tukang buka pintu kepada Khairy secara tidak rasmi di pejabat itu. Satu ketika dulu, Khairy sendiri telah memainkan peranan begitu juga, kini kerana kesibukan dia menyandarkan harapan kepada Wan Farid seorang ahli politik berusia 42 tahun daripada Terengganu. Lantas, Wan Farid pun menjadi seorang pengutip tol daripada para peniaga yang cuba bertemu Perdana Menteri dan mendapatkan mohor kelulusan untuk projek mereka. Begitulah berjayanya Wan Farid dengan tugas itu, tidak lama lagi dia akan dilantik sebagai seorang senator. Kalau apa yang didesas-desuskan ada intinya, tidak lama lagi Wan Farid akan disungkit ke atas lagi menjadi seorang menteri. Sudah tentu dia tidak akan terlupa budi yang ditaburkan oleh Khairy.

Setakat ini Wan Farid Telah berjaya mendapatkan satu peruntukan besar daripada royalti minyak Terengganu untuk satu projek salah seorang kawan kesayangan Khairy yang bernama Patrick Lim. Peniaga yang menerbangkan Khairy ke sana ke mari dengan jet peribadinya baru sahaja mendapat peruntukan bernilai RM89 juta daripada Dana Khas Terengganu, tanpa perlu merujukkan perkara itu kepada Menteri Besar, Idris Jusoh ataupun Exco Negeri. Itulah urusan yang dilaksanakan oleh Wan Farid dengan kepastian yang Khairy menerima habuannya juga. Sepatutnya dana itu disalurkan kepada projek pembangunan masyarakat termiskin tetapi sebaliknya telah dilencongkan kepada pembinaan kompleks pelancongan, bangunan beli-belah (shopping mall) dan kondominium. Projek yang sengaja disungkit tinggi nilainya melebihi 40% untuk membolehkan peniaga Cina itu menyediakan keuntungan yang selesa kepada Wan Farid dan Khairy.

Pada tahun 2006 ini, salah seorang tokoh yang akan menonjol ialah Wan Farid. Kini, Khairy sedang merancang apakah Wan Farid mesti ditonjolkan ke tengah lagi untuk dijadikan seorang menteri, ataupun dibiarkan memainkan peranan sebalik tabir dengan tujuan memeram pengetahuan umum mengenai rahsia yang berlegar di pejabat Abdullah. Apa pun, mereka berdua akan menjadi lebih kaya-raya berjuta-juta menjelang Tahun Baru ini.

4. Melanyak Reezal Merican
Ada segelintir puak yang begitu dungu memikirkan bahawa disebabkan Reezal Merican dan Khairy pernah sama-sama bekerja di satu pejabat dan mereka sama-sama menganggotai barisan Exco Pemuda Umno, mereka harus menjadi sahabat karib. Sebenarnya jauh panggang dari api. Reezal Merican amat membenci Khairy sebaik sahaja si hingusan mula melangkah masuk koridor kuasa. Mereka mempunyai perasaan yang sama –Khairy turut merasakan bahawa Reezal Merican yang merupakan lulusan UIA adalah memang dungu juga, lembab dan tidak berguna selain mampu membaca doa sedikit. Apabila Khairy menjadi semakin berpengaruh, Reezal cuba mencuri peluang untuk berbaik semula, tetapi Khairy terus menganggap Reezal dengan kebenciannya. Kesilapan besar Reezal dalam kemelut GPMS dan mencabar anak didik Anwar Ibrahim yang menjadi Presiden Persatuan pelajar itu, Suhaimi Ibrahim telah digunakan sebaik mungkin oleh Khairy untuk mencemar nama Reezal seterusnya Sekarang pun sudah ada salinan tuntutan Reezal yang sumbang (tidak munasabah) ke atas Kementerian Kewangan. Sebagai Setiausaha kepada Menteri Kewangan Pertama, Reezal mendapat sedikit peruntukan yang dikira elaun khas (out of pocket allowance) untuk tugas rasminya. Akan tetapi Reezal juga membuat tuntutan lain kepada akaun ini, termasuk jamuan yang ada kaitan dengan politik, makan malam alumni UIA, dan mesyuarat GPMS. Satu lagi sebab kenapa Khairy marahkan Reezal ialah kerana usaha Reezal mencari sokongan dalam usahanya mahu menandingi Khairy bagai jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan datang. Reezal telah menggunakan satu jaringan alumni UIA, yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada menteri tertentu untuk menyokongnya. Kerana itu Khairy bertindak bahawa bila muncul 2006 Reezal akan menerima padahnya.

5. Memangkas Sayap Najib (Clip Najib’s wings)
Selama ini Khairy telah mengharapkan agar Najib akan terus lalai kepada usaha beliau mencabarnya. Lagi pun Najib mempunyai banyak masa menunggu dan puak-puak Khairy telah bersedia menghayalkan Najib akan berfikir bahawa Khairy memang mahu berbaik dengannya. Sudah banyak kali Khairy menyebut betapa Najib adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan menteri yang paling setia dalam kabinet masa kini.

Itulah ungkapan Khairy yang paling terkenal! Tetapi, Khairy tidak pernah alpa dalam usahanya menjatuhkan Najib. Hanya satu alasan kenapa Khairy tidak bertindak tegas setakat ini, kerana dia belum begitu perkasa untuk menepis sokongan yang diberikan kepada Najib oleh bekas penyokong kuat Mahathir dan pemimpin Umno lain yang amat ragu ura-ura Khairy mahu membawa masuk semula Anwar Ibrahim menganggotai Umno. Satu lagi alasan kenapa Khairy setakat ini masih gagal bertindak ialah kerana Najib mampu meraih sokongan para pemimpin akar umbi lebih berkesan berbanding kemampuan sepadu Abdullah Badawi dan Khairy. Lagi pun sudah ada perasaan tidak puas hati di kalangan akar umbi Umno terhadap kepimpinan Abdullah yang dianggap begitu lembik dan lemah sehingga tidak mampu mencegah kerakusan anak menantunya. Faktor ini tidak boleh diperlekeh begitu sahaja. Sejak berakhirnya pemilihan Umno yang lalu, tumpuan tidak senang hati itu telah tertumpu pada bahu Khairy dan dalam pertandingan antara Abdullah dan Najib. Abdullah akan kalah teruk. Itu sebabnya Khairy tidak boleh bertindak sekarang tanpa melakar satu rencana yang begitu jitu dan mantap bagaimana mahu menumpaskan Najib.

Untuk memangkas sayap Najib, Khairy bercadang berbuat perkara ini:
I. Nyahkan penyokong Najib daripada menganggotai kabinet.
II. Kalahkan calon-calon pilihan Najib dalam pertandingan peringkat Bahagian dan cawangan
III. Hancurkan ketokohan Najib dengan menggunakan media
Di samping itu kekuatan ekonomi Najib mesti dijerut. Kemunculan dan kemaraan CIMB yang dipimpin oleh adik Najib, Nazir Razak bukanlah satu sasaran utama kerana kekurangan peluang untuk mewujudkan satu skandal dalam syarikat awam seperti itu. Lagi pun Nazir ialah seorang peniaga yang begitu tulus. Namun demikian, adik-adik Najib yang lain telah terlibat dengan beberapa urusan di sebalik tabir dengan bakal musuh Khairy dalam dunia perniagaan, termasuk segelintir peniaga Melayu dan Cina. Adik-adiknya ini, khususnya Nizam dan Johari Razak adalah sasaran utama Khairy. Pada tahun mendatang, beberapa urusan rahsia mereka akan didedahkan kepada umum oleh sahabat-sahabat Khairy di media dan ini akan memberikan satu tamparan hebat kepada Najib sebagai seorang ahli politik yang bergelumang dengan kronisme, seperti yang pernah diamalkan oleh Mahathir Mohamad.

6. Memusnahkan Legasi Mahathir
Musuh ketat Khairy bukanlah ahli-ahli politik yang baru naik tetapi orang yang sudah lama naik, Dr. Mahathir Mohamed. TKT Mahathir terus menjadi sasaran utama kerajaan Abdullah Badawi. Rakyat umum memang sedar bahawa Mahathir tidak berapa suka dengan beberapa tindakan Abdullah, bukan kerana dia memikirkan segala dasar itu bercanggah dengan legasinya, tetapi kerana Mahathir sebenarnya percaya bahawa banyak dasar itu telah digubal oleh Khairy dan para penjilatnya di Ethos Consulting dan ECM Libra hanya untuk memperkayakan diri mereka.

Walaupun ada segelintir pihak yang berkata bahawa Mahathir melaksanakan perkara yang serupa kepada kroninya dulu. Mahathir percaya bahawa rencananya dulu telah melahirkan ramai Melayu yang kaya raya yang diharapkannya dapat membina satu kelas Melayu yang berjaya dan kaya dalam dunia niaga. Mahathir menganggap bahawa Khairy hanya melakukan kerja-kerja untuk memperkayakan diri dan mengisi tembolok sendiri sahaja. Mahathir sendiri yakin betapa Abdullah berbuat silap besar dan tidak berpijak di bumi nyata dalam pembangunan nasional. Mahathir menganggap kerajaan Abdullah sudah menjadi begitu berbahaya untuk dibiarkan terus berkuasa.

Untuk 20006 ini Mahathir telah memasang niat untuk mendedahkan apa yang dianggapnya sebagai kesilapan Abdullah dan menggunakan segala kritikan untuk menyerang Khairy secara berhelah. Khairy mungkin mampu menyerang balas a kritikan pemimpin Umno yang lain, untuk menyerang balas Mahathir bukanlah semudah yang disangkanya. Khairy tidak boleh bersuara lantang dan bersikap kurang ajar terhadap Mahathir seperti yang ditunjukkannya kepada Najib Ali Rustam, Muhiyuddin, Khir Toyo dan pihak lain yang sekandang dengannya. Sesungguhnya Mahathir sudah merupakan satu masalah besar Khairy di bidang seranta.

Mungkin pada 2006 ini Khairy akan berjaya ke atas Mahathir. Sementelahan pula, Mahathir sudah mencecah usia 81 tahun dan baru sahaja pulih daripada kejutan kecil serangan lemah jantung. Hak media telah berbohong dengan melaporkan bahawa itu adalah satu pemeriksaan biasa sahaja. Memang tidak boleh dijangka bahawa Mahathir akan terus bertenaga untuk melancarkan satu cabaran perkasa terhadap Khairy. Apabila Mahathir mengendurkan serangan disebabkan masalah kesihatannya, apakah tidak mungkin Najib turut berbuat demikian juga dengan kesedaran bahawa penyokong kuatnya tidak lagi bersama beliau untuk membantu menepis serangan yang bertubi-tubi itu?

7. Balun RM300 juta lagi.
Khairy memang faham bahawa hukum pertama dalam politik Umno ialah membalun banyak wang untuk membeli undi. Setakat ini Khairy sudah pun berjaya dalam penjualan saham syarikat yang ada sangkut-paut dengan kerajaan kepada pihak tertentu, termasuk syarikat pelaburan negara asing. Khairy sudah pun mewujudkan satu dana yang lebih besar daripada simpanan dana Hishamuddin Hussein dan beliau telah bernasib baik apabila pihak pembangkang tidak menyerang beliau sekerap mereka menyerang pemimpin Umno yang lain. PAS tidak faham kaedah Khairy yang begitu kompleks dalam menghasilkan dana rahsia melalui aktiviti korporat kerana pakar-pakar ekonomi terbaik PAS seperti dr. Rosli Yaakob, Husam Musa dan Dr. Dzulkifli Ahmad adalah pedagang kelas dua yang lebih selesa dengan penjualan pil susu kambing berbanding kewangan yang tinggi-tinggi. DAP pula tidak berapa faham akan dunia GLC untuk memahami putar belit urusan kewangan Khairy. Kumpulan Anwar Ibrahim pula tidak tahu menahu langsung apa yang sedang berlaku, kecuali sedikit perkara yang mereka sudah tahu dan perlu diperam dulu seandainya Khairy akan menjadi rakan sekutu yang diharap dapat membawa masuk Anwar menyertai Umno semula.

Sementara itu, ketika pembangkang terus tidur nyenyak, Khairy masih terus berurusan. Pembelian 3% saham ECM Libra yang dilaksanakan baru-baru ini adalah satu persiapan untuk syarikat itu membalun lebih banyak usaha dagang lagi dalam penjualan ‘non-core-assets’ kerajaan. Adalah menjadi kesulitan untuk mewajarkan pembayaran komisen kepada Khairy seandainya beliau terus menjadi seorang pekerja berbanding menjadi seorang pemegang saham di ECM Libra.

Yang amat pasti, pada 2006 nanti, akan bermulalah satu proses untuk mengnyahkan beberapa alat kewangan yang pernah digunakan oleh Khairy sebelum ini yang menggambarkan satu perubahan tetapi akan muncul sebagai satu hambatan kepada kejayaan beliau akhir nanti. Pada akhir 2006 nanti akan tamatlah kontrak pengasas Binafikir dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar. Tidak lama lagi beliau tidak lagi diperlukan dan Khairy akan mampu memainkan peranan sendiri ataupun melantik orang lain yang kini berada di tahap pelapis pengurusan Khazanah untuk memanaskan kerusi pengurusan atasan sambil Khairy terus membogelkan setiap institusi kerajaan daripada segala intan permatanya

Begitu juga halnya dengan Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop yang sudah pun melepasi tarikh pelupusannya. Si Mamak Karai yang memang pandai bercakap dan berseloka lengkap dengan titisan air mata itu sudah pun melepasi tugasnya menonjolkan satu pentadbiran yang bersih dan tulus ikhlas dalam semua perniagaan yang ada sangkut-paut dengan kerajaan. Kini, Khairy yakin negara ini memerlukan tenaga muda pula yang sudah tentu akan turut taat dan setia untuk terus menjilat Khairy sahaja. Nor Mohamed akan digugurkan daripada menjadi Menteri Kewangan Kedua tidak lewat daripada akhir 2006.

Apa pun yang terjadi pada 2006, ia akan menjadi tahun matlamat Khairy yang mahu mencapai impiannya. Segala objektif jangka pendek yang dipaparkan di atas adalah awalan kepada usaha Khairy mahu mendapatkan satu kerusi Parlimen, dan ini berkemungkinan dilakukan melalui satu pilihan raya kecil pada 2007 membolehkan beliau menganggotai kabinet serta merta selepas Pilihan Raya Umum yang kedua belas.

Perhitungan masa untuk Khairy merangkul jawatan Perdana Menteri yang bermula hanya empat tahun yang lalu cuma tinggal kurang dari satu dekad sahaja lagi. Khairy memang tidak membuang masa. Begitu juga semua musuhnya. Buat masa ini, segala tumpuan adalah terhadap memudahkan impian Khairy, sedangkan semua penentang beliau nampaknya semacam menuju hala tempat sembelihan yang akan memusnahkan impian politik mereka.


Bersambung ke Bahagian 24: Menyorot Hikayat Khairy

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 24
Menyorot Hikayat Khairy
(Khairy Chronicles in review)
Anda mungkin sedar betapa episod terakhir Hikayat Khairy Jamaluddin bahagian 23, telah muncul kira-kira tiga minggu lalu pada 2 Januari 2006. Lamanya ruangan itu senyap-sunyi adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi gara-gara tindakan saya main sorok-sorok dengan pihak tertentu. Sekitar 10 hari dulu, ada pihak tertentu yang berbincang cara terbaik mereka menutup Malaysia-Today dan menamatkan Hikayat Khairy Jamaluddin untuk selama-lamanya.

Rupanya Khairy Jamaluddin tidak berapa ceria dengan Hikayat Kisah hidupnya. Kalau Khairy tidak ceria dia mesti dihiburkan agar sentiasa bergembira. Kumpulan tertentu ini bukannya buat kerja untuk Khairy. Malahan mereka bertanggungjawab kepada kerajaan. Dengan secara tidak langsung mereka bertuankan rakyat jelata. Tugas mereka ialah menjaga keluhuran undang-undang dan menghukum sesiapa yang melanggar undang-undang. Bukan semata-mata berkhidmat kepada kepentingan politik tertentu. Tugas mereka ialah mempertahankan hak Perlembagaan kita termasuk kebebasan bersuara dan kebebasan pihak media. Akan tetapi itu hanya satu impian semata-mata. Pada hakikatnya mereka tunduk kepada karenah pihak yang berkuasa. Dalam hal ini mereka akur kepada Khairy.

Pada hari ini Khairy tidak pun mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. Secara rasminya beliau adalah seorang ‘penasihat korporat’. Memanglah beliau mempunyai tugas sebagai Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno tetapi peranan itu bukan semestinya memberikan beliau kuasa mentadbir negara seperti yang dilakukannya. Tetapi itulah yang dilagakkannya. Untuk sekian lama hingga kini, ada puak tertentu yang memberikan beliau laporan (termasuklah bapa mertuanya) akan hasil pemantauan mereka ke atas ahli politik parti pembangkang dan kegiatan mereka. Khairy sebenarnya tidak berhak menerima laporan ini tetapi menerima juga – kerana para menteri dan timbalan menteri yang menguasai laporan itu terlalu takut untuk membantah.

Yang membuatkan Khairy begitu tidak senang duduk dengan “Hikayat Khairy Jamaluddin” (HKJ) ialah hakikat bahawa ia telah memintas banyak tindakannya sejak pertengahan tahun lalu lagi – hingga kini setiap kali dia bertindak kita mampu berkata bahawa “kita pernah menyebutnya.”

Masalah yang menghantui puak tertentu ini ialah bagaimana mengaitkan HKJ kepada saya. Memang tidak dinafikan bahawa nama saya muncul di ‘Malaysia-Today’, akan tetapi kalau mereka dakwa saya di mahkamah mereka perlu membuktikan bahawa saya yang menulis HKJ itu (yakni pembuat dokumen itu mengikut istilah undang-undang). Pendekatan mereka untuk menghimpit saya ialah menunggu kemunculan episod yang akan datang yakni Bahagian 24, dan pada hari itu mereka akan menggeledah rumah saya, rampas komputer saya dan tangkap saya. Dengan menggunakan komputer saya mereka akan buktikan yang saya menulis ‘HKJ’ dan inilah bahan bukti yang mahu mereka gunakan di mahkamah, untuk mengenakan tuduhan terhadap saya.

Akan tetapi mereka tidak pula sedar betapa seseorang itu masih boleh menulis secara onlain (online). Jika demikian bagaimana mahu membuktikan dalam PC anda? Mereka juga mungkin belum pernah mendengar adanya perisian yang berharga beberapa ratus Ringgit sahaja; yang lebih canggih daripada tentera AS dan agensi risikannya yang boleh melupuskan apa juga simpanan komputer anda tanpa kesan. Memang kita tidak syak lagi bahawa pegawai-pegawai Bukit Aman dan juga MIMOS telah dilatih selama enam bulan di Langley beberapa tahun dulu, tetapi kecanggihan teknologi berubah begitu pantas setiap hari hinggakan ada sahaja benda baru di pasaran. (Memanglah ada yang lebih hebat yang saya lakukan, tetapi saya tidak akan menceritakannya di sini).

Memandangkan perubahan terkini, -- kematian Dr. Liew Boon Hong, pengarah urusan Ethos Consulting, pembelian saham ECM Libra oleh Khairy, penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital Resources, kemungkinan rombakan kabinet, desas-desus mengenai penangkapan Ketua Putera Umno dalam serbuan maksiat, dan banyak lagi – tentu sekali banyak bahan yang boleh didedahkan oleh ‘HKJ’ dalam beberapa minggu yang mendatang kalaulah ada peluang berbuat demikian.

Apa pun mari kita ulang tayang 23 episod yang telah lalu dan mengimbau apa yang pernah kita bincangkan semasa itu.

Bahagian 1 – SYNOPSIS: Orang Yang paling Perkasa di Malaysia
Secara hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November 2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga ‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau.

Bahagian 2Keluar Dari Dalam Tong Taik
Hari in Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang yang paling perkasa di negara ini. Beliau amat berbeza dengan ahli politik yang lain yang sudah dikesan akan asal usulnya kerana perjalanan hidup mereka memang sudah ada dalam pengetahuan umum. Tetapi Khairy adalah laksana ‘dewa kayangan’ yang tiba-tiba muncul dalam arus perdana politik Malaysia. Ramai yang mula terpinga-pinga apakah dia ini sengaja dihantar khas oleh kuasa tertentu seperti CIA ataupun mungkin juga perkhidmatan risikan Singapura. Bukan mudah seseorang itu mendapat kuasa besar semacam dia kecuali mereka menerima bantuan khusus daripada sumber tertentu. Mungkinkah begitu?

Bahagian 3 - Musuh Dalam Selimut

Lagi pun Hishamuddin sudah naik tidak senang hati melihatkan Khairy mewujudkan satu rangkaian jaringan sendiri dalam jentera Pemuda Umno. Contohnya beliau telah mencadangkan Norza Zakaria menganggotai Majlis Tertinggi dengan mengetepikan calon pilihan Hishamuddin sendiri. Khairy juga telah menubuhkan secara tidak formal satu jaringan di kalangan Naib Ketua Bahagian Pemuda Umno di merata negara, kerana perkara semacam itu tidak pernah diwujudkan semasa Hishamuddin menjadi Naib Ketua Pemuda Umno. Kini, Hishamuddin sedar betapa jawatan yang dipegangnya sekarang ini adalah dengan jasa dan ikhsan Khairy juga. Apabila Khairy sudah bersedia memegang tampuk kepimpinan Ketua Pemuda Umno, tibalah masanya Hishamuddin mengangkat punggung dan berundur pula.

Bahagian 4 -Saling Cekik Mencekik
Abdul Azeez mempunyai banyak persamaan dengan perwatakan Reezal. Sebagai seorang mamak dia juga mempunyai citarasa yang menyerupai citarasa yang dimiliki oleh Reezal Merican dan mereka berdua pernah berkahwin sebanyak dua kali. Yang lebih penting lagi, Abdul Azeez ialah seorang peniaga yang naik ke atas dengan daya usaha sendiri dan sudah tentu menumpulkan sebarang usaha Reezal untuk mempengaruhi ahli politik muda yang lulus di universiti tempatan. Khairy telah mencadangkan agar dicipta satu sayap baru bernama Umno Putera dan melantik Abdul Azeez sebagai peneraju utama untuk menjangkau pengaruh di universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi. Khairy sedar bahawa beliau memang amat kekurangan sokongan masyarakat ini dan amat memerlukannya. Abdul Azeez diberikan peranan mencari pengaruh ini sambil melumpuhkan pengaruh Reezal.

Bahagian 5Antara Bakal Pengganti dan Penyamar Bermimpi
Khairy dan Najib mempunyai banyak persamaan dalam usaha mereka naik ke mercu kuasa. Cuma mereka berdua tidak saling bersesuaian. Khairy sedar betapa Najib akan ‘menindas’ beliau sebaik sahaja Abdullah Ahmad Badawi melepaskan persada politik. Begitu juga Najib yang begitu tidak selesa dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah sehinggakan beliau sedar bahawa peluang beliau menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih cerah seandainya Khairy dapat dipinggirkan. Persinggitan antara Khairy dan Najib berpunca daripada sikap Khairy yang tidak sabar dan mempunyai ambisi secara lantang mahu menjadi Presiden Umno sebelum dia mencapai usia 40 tahun. Ini amat bertentangan dengan sikap Najib. Beliau ternyata bersabar dan mudah dilihat sebagai lembab dan kurang bertenaga. Akan tetapi Najib sesungguhnya mempertontonkan satu mainan politik yang sungguh berhati-hati berbanding Khairy yang suka bersikap begitu menonjol sekali. Mereka memang amat faham betapa Umno merupakan satu parti yang kecil untuk mereka berdua. Pada usia 52 tahun, Najib memang mudah menyekat kemaraan Khairy untuk 25 tahun kalau tidak lebih dari itu. Dalam politik tempoh masa satu minggu adalah dianggap satu tempoh yang panjang. Makanya dua puluh lima tahun sudah tentu laksana satu penantian yang abadi. Yang lebih menyenakkan lagi, Khairy beranggapan bahawa Najib akan bertindak membasmi segala tindakan reformasi Abdullah (bererti mengnyahkan sumbangan Khairy) dan mengembalikan Umno kepada cara lama semasa ia diterajui oleh Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad.

Bahagian 6Taman Permainan Khairy Jamaluddin
Pelantikan Khairy yang paling menonjol ialah Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, seorang bekas wartawan Singapura yang berkawan rapat dengan beberapa peniaga Cina tertentu di mana orang Cina itu memikirkan perkara yang menguntungkan perniagaan mereka sedangkan Kalimullah perlu menyediakan cangkuk taliannya. “Kalli” begitulah nama timangan beliau, mempunyai satu wawasan yang penuh gahnya. Walaupun dia tidak pandai menulis apa lagi sebagai seorang editor, Kali sedar betapa dia boleh membeli orang yang berbakat. Sudah menjadi rahsia ramai bahawa editorial (lidah pengarang) NST yang menggunakan nama ‘Kalli’ sebenarnya ditulis oleh penulis upahan yang cergas di internet. Orang semacam ini yang sebulu dengan Khairy kerana beliau juga pandai memahami bahawa tidak sukar menjadi seorang tokoh yang mampu memilih dan mengupah sesiapa sahaja untuk membuat kerja sebenarnya.

Bahagian 7Berputiknya Satu Persahabatan Yang Akrab
Barulah TKT Mahathir sedar ketika itu betapa anak muda yang pernah dianggapnya sebagai budak hingusan, kini sudah menjadi satu alat utama yang mencabar warisan peninggalannya. Mahathir telah berkata kepada Setiausaha beliau, Dato’ Badariah, betapa Abdullah telah sengaja menggali kuburnya sendiri dengan membebaskan Anwar. Mahathir menjelaskan betapa beliau sendiri merasa sukar menangani Anwar dan kerana itu dia tidak yakin bahawa Abdullah mampu melakukannya. Pada pandangan Mahathir, Abdullah adalah seorang yang bengap dan salah congak dalam membebaskan Anwar.

Apa yang tidak disedari oleh Mahathir, sebenarnya Abdullah sendiri tidak faham sepenuhnya kesan pembebasan Anwar. Malahan, Khairy adalah orangnya yang beranggapan bahawa pembebasan Anwar akan melonjakkan kerjaya politiknya. Pertama, Khairy beranggapan bahawa Anwar adalah sentiasa berguna sebagai alat terhadap sesiapa sahaja di kalangan orang-orang politik dalam Umno yang mungkin mencabar takhta yang sedang menjadi milik Abdullah. Mereka itu adalah orang seperti Tengku Razaleigh dan Najib Tun Razak. Kedua, Khairy berpendapat dengan membebaskan Anwar dan bersua muka dengannya akan menaikkan lagi populariti beliau dan juga Abdullah.

Bahagian 8Antara Fajar Baru dan Lembayung Senja
Apa pun, di sebalik tabir pula Abdullah dan Khairy masih lagi mengekalkan satu bentuk perhubungan dengan Anwar. Abdullah sendiri pun diam membisu mengenai perbualan telefon dengan Anwar. Akan tetapi, Khairy mengambil sikap yang terbuka kepada rakan-rakan yang rapat dengannya, mengenai pertemuan beliau dengan orang kuat Anwar seperti pemimpin Pergerakan Pemuda PKR, Ezam Mohd. Nor. Mereka yang tahu akan kisah ini termasuklah orang yang rapat dengan Khairy yang semestinya penyokong Anwar juga seperti Zambry Abdul Kadir dan juga beberapa nama lain seperti Norza Zakaria.

Bahagian 9 - Lahirnya Seorang Jurujual
Laluan permulaan Khairy Jamaluddin bukanlah dengan kekayaan walaupun latar belakang keluarganya sendiri merupakan golongan senang lenang hasil jasa seorang bapa yang pernah menganggotai masyarakat diplomatik negara. Namun, keluarga Khairy tidak dapat menandingi beberapa tokoh Pemuda Umno seperti kelompok Hishamuddin Hussein – Najib Tun Razak yang merupakan zuriat seorang bilioner Melayu pertama - Tan Sri Noah. Ataupun keluarga Sikh Fadzir yang dianggotai oleh Kadir, Aziz, Musa dan Haidar yang mempunyai istana tersergam di Kulim yang dapat mengkerdilkan Istana Negara di Kuala Lumpur. Inilah yang membuatkan Khairy sedar betapa dia juga perlu mengumpul harta karun. Lebih-lebih lagi setelah mengambil kira bahawa kalau mengikut piawaian Malaysia, bapa mertuanya Abdullah Badawi bukanlah orang yang berharta sangat.

Bahagian 10 - Jurulelong Negara
Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee Kuan Yew. Ini merupakan satu urusan niaga besar yang sungguh penting. Apa yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya itulah komisen yang dianggap rasuah juga.

Bahagian 11Khairy dan Kilang Duitnya
Ada satu rencana besar yang sedang di meja perancangan membabitkan penjualan beberapa aset simpanan Danaharta yang kini sedang diusahakan oleh Khairy melalui proksi beliau Norza Zakaria dan sekutunya di Singapura. Norza mempunyai sebuah syarikat di Singapura yang berusaha sama dengan seorang bernama Mr. S. Si Mr. S ialah rakan sekolah Khairy di United World College (UWC) Singapura. Kini, Mr. S adalah seorang pakar kewangan korporat yang minat dalam Danaharta dan multimedia. Mr. S pernah bertemu Khairy dan kroni beliau di Khazanah membincangkan beberapa aset milik Malaysian GLC (Government Linked Companies) dan membincangkan bagaimana boleh meraih komisen dalam penjualan aset itu. Salah seorang penasihat Khairy ialah pemegang saham Ethos Consulting yang kini bertugas di Deutsche Bank di Kuala Lumpur.

Bahagian 12 - Menggoncang Laci Duit
Sejak bulan Mac, satu congakan kasar terhadap pendapatan Khairy menunjukkan angka-angka berikut:
1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings, Singapura - RM16 juta.
2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.
3. Komisen yang dijangka daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM17 juta.
4. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta
5. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.
6. Komisen yang dijangka daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta
7. Komisen seperti (6) daripada Syarikat 2 - RM20 juta.

Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat diteliti oleh umum

Bahagian 13 Cinta Yang Berbelah Bagi
Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Mahathir, kisah Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan tentunya digugurkan oleh Mahathir semasa Pilihan Raya Umum 1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz Shamsuddin. Desas-desus itu sebenarnya berpunca daripada Ezam Mohd Nor yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan reformasi. Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang menuntut di institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita karut. Idea bahawa Khairy seorang ‘gay’ adalah merupakan cebisan imaginasi para pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar nama baik Abdullah Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa bersimpati terhadap penderitaan ketua mereka. Lagi pun mereka ini sudah lama bermusuhan dalam Umno, lebih satu setengah dekad.

Bahagian 14Menabalkan Seorang Raja
Dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, Khairy diberikan tugas khas untuk menilai maklumat SB itu semua dan merancang satu strategi khas untuk bapa mertuanya. Abdullah sedar betapa Anwar adalah lebih penting kepada Khairy kalau dibandingkan kepada keperluannya sendiri. Lagi pun kalau ada usaha membawa Anwar semula memasuki Umno, ia akan mengilaukan masa depan Khairy sebagai seorang tokoh politik yang berwibawa di hari muka. Anwar pula dijangka dapat memberikan sokongan kepada Khairy kalau diasak oleh Najib. Akan tetapi, di waktu yang sama Abdullah sedar segala usaha membawa Anwar semula akan mencetuskan satu keadaan di mana dia sendiri akan berdepan dengan gerakan bersepadu yang datang daripada Mahathir dan Najib. Kerana itu, helah membawa masuk Anwar adalah usaha untuk Khairy menonjolkan dirinya sebagai calon tengku mahkota yang mahu naik menjadi raja yang berdaulat dan berkuasa.

Bahagian 15 - Permainan Berisiko Tinggi
Di sebalik cakap-cakap besar Anwar menafikan kesediaannya menganggotai Umno semula, yang sebetulnya Anwar dan Khairy sedang menguji keadaan sebelum mereka betul-betul mencuba nasib. Khairy perlu mencuba reaksi anggota Umno terhadap kemasukan Anwar semula tanpa menafikan betapa mudahnya Anwar menyandarkan harapan untuk rujuk semula. Sebaliknya, Anwar perlu menguji persepsi para pengikutnya terhadap kepimpinan beliau sebelum memberitahu mereka akan pilihan yang terbuka untuknya. Anwar tidak mampu meminggirkan terlampau ramai bekas penyokongnya dalam gerakan reformasi. Walaupun Anwar tahu ada yang akan berundur kerana mual dengan sikap opportunisnya, masih ramai nanti yang akan mengikutinya kerana tujuh tahun merewang-rewang adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk mereka hidup tanpa sebarang pengaruh politik.
Bahagian 16 - Dinding yang Boleh Bersuara
Sama ada Khairy sedar ataupun tidak, kebanyakan cerita yang berlegar merata tempat mengenai usaha beliau memberi laluan mudah kepada Anwar memasuki Umno semula datangnya daripada sumber yang selalu berhubungan rapat dengan dirinya. Walaupun secara rasminya dia menafikan kemungkinan Anwar menganggotai Umno semula, hakikatnya adalah amat berbeza. Ezam dan Azmin kerap menyebut nama Khairy sebagai sumber maklumat dalaman Umno. Malahan mereka berani bersuara tegas betapa Khairy adalah saluran utama dalam perbincangan antara Abdullah dan Anwar. Mereka berani berkata betapa Khairy begitu membantu; berbeza dengan pegawai lain seperti Thajudeen Abdul Wahab.

Bahagian 17Patahnya Dahan Bergantung
Beberapa hari sebelum Endon meninggal, beberapa orang sahabat akrab Abdullah yang pernah berjuang bersamanya sejak zaman dulu-dulu sehingga beliau menceburi politik mengeluh kerana banyak perkara yang tidak menepati ramalan mereka dulu. Satu ketika dulu mereka berfikir kalau Endon sudah tiada, Abdullah akan merujuk kepada sahabat lamanya yang sudah begitu setia dengannya. Sebaliknya mereka dapati di saat Endon nazak Abdullah telah mula berpaut kepada Nori dan Khairy serta kumpulan penasihat yang muda-muda belaka.

Bahagian 18Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Khairy tidak faham bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang yang mulut celupar. Akan tetapi mereka yang semacam itu bukan cakap sembarangan. Sebaliknya mereka suka bercakap mengenai dirinya. Lambat-laun cakap itu akan mengenanya juga. Musuh Khairy yang paling dahsyat adalah kawan-kawan yang rapat dengannya. Dia sudah sampai ke satu tahap politik yang selalu dirasakan oleh politikus di peringkat tinggi, keseorangan di atas sana. Kawan-kawan pun sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Bahagian 19 - Sebuah Republik Yang Menakutkan
Peranan Khairy yang utama dalam pentadbiran Abdullah Badawi ialah sebagai tukang karut. Dia menonjolkan imej Abdullah. Akan tetapi segala kelentungannya itu bukannya membawa makna. Kini, sudah kelihatan rekahan pada segala usaha kelentungan itu dan semua itu sudah terlambat untuk diperbetulkan. Khairy telah meminta para penganalis di bank-bank asing (di mana ramai yang begitu berbangga kerana dapat menghadiri jamuan teh dengan beliau) agar menulis yang muluk-muluk dan menyebut betapa usaha reformasi Abdullah perlu masa untuk menonjolkan kejayaannya. Ini adalah temberang semata-mata. Ramai anggota ‘kumpulan apologis’ Khairy seperti Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, Brendan Pereira dan Phar Kim Beng memang pakar kelentungan yang berhutang budi kepada Khairy. Tentulah tidak ada yang boleh diharapkan daripada mereka kerana tugas mereka hanyalah sebagai hamba kepada Tukang Propaganda dan tidak lebih dari itu.

Bahagian 20Apakah Umno Betul-Betul Mahu Menang?
Baju khas yang dipakainya mempunyai beberapa saku khas untuk menyimpan tiga buah fon bimbit yang memang dibawanya selalu. Fon bimbit yang pertama ialah menggunakan Kad Maxis (012). Nombor fon itu diketahui umum kerana ianya tercetak pada kad nama beliau selain dipamerkan di laman web Pemuda Umno. Itulah yang digunakan untuk mengirim SMS dan fon itu sentiasa dibisukan kerana ia kerap berdering setiap minit. Semua orang fikir bahawa Khairy terhutang budi kepada mereka, baik yang daripada peringkat rendah pergerakan pemuda Umno hinggalah pelayar sambilan internet yang terjumpa nombor itu dalam laman web pemuda Umno yang lama, hinggalah kepada seorang tauke Cina yang mencuba nasib mendekati Khairy gara-gara jolokan yang diberikan oleh peniaga Singapura sebagai “Mr. 20 persen”.

Bahagian 21: Kesannya: Kemenangan Kecil Siapa?
Di masa dulu, kawan-kawan Khairy yang rapat dengan Najib cuba merapatkan hubungan antara dua kem itu. Najib juga pernah cuba melayan karenah Khairy – seperti akur kepada pemilihan pegawai-pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Namun demikian, Pengkalan Pasir merupakan titik-tolak dalam hubungan mereka. Semakin jelas kepada Najib kini betapa Khairy mempunyai niat untuk menyondol benteng politik Umno dan tidak sabar menunggu gilirannya. Ini sudah tentu membahayakan peluang Najib sebagai bakal Perdana Menteri dan kedudukan para sekutunya, termasuk juga peluang sepupunya Hishamuddin Hussein. Publisiti murahan yang direncana oleh Khairy di Pengkalan Pasir menjadi satu kesedaran yang amat ketara kepada orang-orang Najib betapa budak muda hingusan ini memang terlalu gelojoh dan gopoh mahu menyondol sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Bahagian 22Silap Congak Yang Membawa Maut
Sejak Khairy naik mencanak menduduki kerusi Naib Ketua Pergerakan Pemuda beliau telah mempamerkan satu perangai tidak lagi sanggup menerima kritikan. Yang pertama, dia tidak pun mempunyai satu kumpulan manusia yang boleh tergolong sebagai sahabatnya. Rakan-rakan yang rapat dengannya adalah orang asing, khususnya orang Singapura ataupun rakyat Malaysia yang tidak pernah menerima didikan di Malaysia. Seperti dia, mereka tergolong sebagai bestari yang tidak bergaul dengan rakyat biasa. Khairy pernah mencuba memperbetulkan kepincangan ini dengan mendekati kawan-kawan baru dalam Pergerakan Pemuda Umno yang dianggapnya rapat dengan akar umbi. Malangnya, kebanyakan anak-anak muda ini menggunakan persahabatan mereka dengan Khairy untuk mengugut saingan politik mereka ataupun untuk memperkayakan tembolok masing-masing dengan meminggirkan peniaga tulen.

Sesungguhnya Khairy tidak mempunyai sahabat yang akrab dalam Umno, dan kalau pun ada segelintir mereka itu di luar Umno mereka sudah pun difaraidkan jawatan yang molok-molok yang mereka amat takut kehilangannya. Kerana itu mereka juga turut menghentikan amalan menyatakan segala kebenaran kepada Khairy.

Bahagian 23Lebih Laju, Lebih Tinggi, Lebih Perkasa
Apa pun yang terjadi pada 2006, ia akan menjadi tahun matlamat Khairy yang mahu mencapai impiannya. Segala objektif jangka pendek yang dipaparkan di atas adalah awalan kepada usaha Khairy mahu mendapatkan satu kerusi Parlimen, dan ini berkemungkinan dilakukan melalui satu pilihan raya kecil pada 2007 membolehkan beliau menganggotai kabinet serta merta selepas Pilihan Raya Umum yang kedua belas.

Perhitungan masa untuk Khairy merangkul jawatan Perdana Menteri yang bermula hanya empat tahun yang lalu cuma tinggal kurang dari satu dekad sahaja lagi. Khairy memang tidak membuang masa. Begitu juga semua musuhnya. Buat masa ini, segala tumpuan adalah terhadap memudahkan impian Khairy, sedangkan semua penentang beliau nampaknya semacam menuju hala tempat sembelihan yang akan memusnahkan impian politik mereka.


Bersambung ke Bahagian 25: Muslihat Baru: Ketandusan Masa


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 25
Muslihat Baru: Ketandusan Masa
(A New Deal: Running Out of Time)

Salah seorang kawan rapat Khairy ialah seorang pemuda India kelahiran Malaysia dan pernah lulus ilmu undang-undang di London, yang baru-baru ini bekerja dengan sebuah bank antarabangsa. Beliau adalah beberapa tahun lebih ‘senior’ daripada Khairy, dan sengaja bermain di sebalik tabir kerana ada sebab tertentu. Walaupun dia bangga dengan kejayaan Khairy, dia pernah berbincang dengan kawan-kawannya rahsia peribadinya bahawa dia fikir Khairy hampir melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidupnya. Malahan peguam ini percaya bahawa Khairy sedang berada di satu kedudukan yang paling berbahaya dalam keseluruhan kerjayanya dan seandainya dia terjebak antara mulut harimau dan rahang buaya – yakni segala tindakan Khairy yang akan menghancurkannya, adalah tidak mungkin Khairy akan mampu bangkit semula.

Beberapa bulan yang lalu, peguam ini telah berjumpa Khairy untuk memberikan sedikit nasihat. Dia memberitahu Khairy secara terus terang bahawa walaupun ia faham Khairy bijak melakar rencana, Khairy seharusnya lebih berwaspada dan berhati-hati. Peguam itu memberi ingatan kepada Khairy agar tidak terlalu gelojoh dalam tindakannya.

Itu memang merupakan satu nasihat yang ikhlas. Pada masa dahulu, Khairy memang diam mendengar apa yang dileter oleh kawannya itu dan membuat rumusannya sendiri. Ada kalanya ia dapat menerima kritikan semacam itu untuk memperbetulkan kesilapannya. Akan tetapi Khairy masa kini adalah seorang anak muda yang berbeza. Sekarang ini nasihat semacam itu kerap diperlekeh sebagai sesuatu yang dia tidak perlu. Khairy beranggapan bahawa kawan-kawannya sudah memandai-mandai untuk kepentingan diri sendiri. Dia fikir tidak terhutang budi untuk mendengar segala celoteh mereka, apa lagi mengikuti nasihatnya. Lagi pun, kalau semua kawannya lebih cerdik daripada dia, tentu mereka sudah lama menggantikan tempatnya. Sebaliknya dialah orangnya, paling muda dalam kumpulan mereka yang berjaya mendapatkan kedudukan yang paling tinggi dalam masa yang paling singkat sekali.

Sikap Khairy begini yang mengejutkan para sahabatnya. Peguam itu seolah-olah dapat merasakan Khairy berperangai begitu adalah disebabkan dia sudah jauh menyimpang daripada kenyataan. Kuasa dan kemewahan adalah satu adunan yang menyebabkan Khairy mabuk sendiri dan menjadi begitu tuli kenapa suara rintihan yang semakin bergema di sekelilingnya. Malahan beberapa sahabat karib Khairy yang mengkagumi beliau dapat merasakan betapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini Khairy akan membuat beberapa kesilapan juga. Beliau sudah pun menggantikan beberapa kawan yang mampu memberikan nasihat yang baik-baik dengan beberapa penjilat di kalangan Pemuda Umno yang membawa beg duit untuknya. Khairy kerap diiringi oleh anak-anak muda dalam usia dua puluhan yang membawa karung wang bernilai RM10,000, untuk mereka agihkan kepada penyokong setia di mesyuarat bahagian dan cawangan. Penyangak semacam inilah sahaja yang tinggal kekal sebagai kawan-kawan Khairy.

Sikap Khairy dalam beberapa bulan terakhir ini adalah gambaran betapa beliau masih lagi bertaraf hingusan, kurang matang dan bangang. Tanda-tanda korupsi dan penglibatan urusan-dagang-dalaman (insider trading) dalam pembelian saham ECM Libra dan penggunaan syarikat milik kerajaan Avenue Capital untuk menyelamatkan bisnes kroni Khairy dan menjadikan mereka jutawan kaya-raya dalam masa sekelip mata adalah tindakan yang sepatutnya dapat ditangani dengan kemas dan lebih berhati-hati. Sebaliknya penyelesaiannya menunjukkan tanda-tanda kerja orang gelojoh, persis kerja orang yang tidak matang berpolitik dan bisnes. Watak dan ketokohan yang digambarkan oleh Khairy sebagai seorang anak muda yang kacak dan bijak serta berkeyakinan diri sudah pun bertukar rupa kepada seorang yang tamak dan haloba kerana terlalu gelojoh dengan habuan korupsi. Gelaran “operator licik’ sudah pun berganti kepada “tukang kelentung yang gemar meragut dan cabut lari.”

Mungkin sudah wujud satu trend dalam kegilaan ini. Mungkin juga segala tindakan yang begitu pantas bukanlah satu kegelojohan yang tercipta disebabkan kesuntukan masa, tetapi sengaja dirancang begitu rupa untuk cuba menyelamatkan apa juga yang tinggal dalam pentadbiran Abdullah Badawi yang goyah dan akan tumbang menunggu hari. Satu pentadbiran yang bermula dengan segala janji manis untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan mentari dan purnama, dan diiringi satu kemenangan paling besar dalam pilihan raya umum sejak ia bermula pada 1955 dahulu, sudah mula dilihat sebagai tidak mampu bertahan dana merupakan satu kerajaan haprak juga. Abdullah Badawi sedang bergayut di dahan rapuh melepaskan diri daripada beberapa krisis yang saling muncul tanpa bertempoh gara-gara tidak keruan cara menanganinya sehinggakan rakyat begitu lali dengan kelemahannya. Inilah krisis yang menanah sejak dua dekad yang lalu menyebabkan Paklah terhayun kiri dan kanan sambil menerajui pucuk kepimpinan kerajaan yang penuh dengan konflik dalaman dan tidak mampu menangani dengan baik waima satu isu yang mudah sekali.

Khairy sedar betapa masa depannya, dalam dunia politik, bisnes ataupun apa sahaja - amat bergantung kepada ketahanan Abdullah Badawi memegang tampuk kuasa. Ternyata kini bahawa Abdullah sudah goyah. Berbeza dengan tokoh yang digantinya dahulu, Abdullah Badawi tidak pandai menggunakan kekuatan yang ada padanya dalam Parlimen. Dia mudah dipesongkan oleh ide-idea haprak dan tidak berguna yang dicerna oleh orang-orang yang tidak berguna juga seperti Nazri Aziz dan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Backbenchers Club) Shahrir Samad. Kerana itu Abdullah Badawi sudah kehilangan kuasa terhadap Parlimennya sendiri dan kini menghadapi serangan daripada senator dan anggota Parlimen di kerusi belakang yang menyerang kerajaannya begitu ganas - lebih dahsyat daripada yang terjadi di zaman Tunku Abdul Rahman Putra dahulu lagi. Abdullah berpendirian bahawa Parlimen harus diberikan lebih peluang untuk bersuara. Akan tetapi dia gagal memahami bahawa ramai anggota yang mewarnai kerusi belakang di Parlimen itu adalah manusia yang boleh berfikir dan bercakap lebih baik darinya ataupun barisan menterinya yang sudah lama melepasi tarikh lupus mereka. Kesannya, apabila Parlimen bangkit mengkritik beberapa dasar kerajaan yang haprak Abdullah tidak mampu menjawabnya secara yang meyakinkan. Secara perlahan lumut dan lumpur yang melumur kerajaannya yang rapuh itu mula menonjol untuk dilihat oleh semua.

Para menteri Abdullah juga turut membawa beban kepadanya. Ramai dari kalangan mereka itu dinaikkan pangkat dulu walaupun tidak berguna. Satu contoh terbaik ialah Shafie Salleh. Kalau dia berada dalam pentadbiran lain dia layak hanya setakat jawatan Setiausaha Parlimen sahaja. Abdullah rupanya tidak sedar betapa Shafie Salleh banyak bergantung kepada satu kelompok Setiausaha Parlimen dan pegawai-pegawai khas yang memang hanya tahu menyondol dan memandai-mandai dalam menguruskan satu kementerian yang sungguh sensitif. Namun, Abdullah tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan kelemahan dirinya sendiri yang lembik dan tidak mampu menilai mana satu kaca dan mana satu permata di kalangan menterinya. Sesungguhnya Abdullah sudah terjebak dalam dunia kedunguan dan terpaksa menyandarkan harapan yang mutlak kepada anak-anak muda dan hingusan yang dibawa oleh Khairy dan bukan oleh menterinya sendiri.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai menteri kabinet tidak menghormati Abdullah. Episod yang terbaru membabitkan sembilan orang menteri bukan-Islam menyerahkan satu memorandum kepada Abdulalh adalah satu kemelut yang sepatutnya tidak berlaku di dalam mana-mana pentadbiran. Rakyat telh diberitahu bahawa menteri itu semuanya telah menarik balik memorandum mereka dan bertindak mahu membentangkan kes mereka melalui ‘saluran betul’ dalam mesyuarat kabinet. Sebenarnya pengumuman itu adalah satu pembohongan dan satu usaha terdesak oleh tukang karut Abdullah untuk menyelamatkan reputasi sorang perdana menteri yang haprak dan tidak berguna.

Apa yang tidak diketahui rakyat jelata ialah memorandum itu telah diserahkan oleh menteri-menteri tersebut semasa kabinet sedang bersidang dan bukanya dil luar seperti yang dilapurkan oleh akhbar rasmi. Abdullah begitu terkejut beruk dnegan penyerahan memorandum itu sehingga terkunci mulutnya dan tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakannya. Kerana terkunci multunya itu, dia cuba menepis penyerhan memorandum ituvdengan berkata yang dia ‘mahu memikirkannya dulu’. Apabila berita dibocorkan kepada akhbar, ketokohan Abdullah sudah tercalar teruk. Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia apabila seorang Perdana Menteri dihantui satu bantahan terbuka daripada anggota kabinetnya, termasuk daripada beberapa orang Presiden parti komponen Barisan Nasional.

Kerana itu satu keputusan diambil untuk menggunakan media agar berbohong kepada rakyat jelata. Bernama dan kumpulan kaki penjilat di NST telah diarahkan membuat laporan bahawa itu memorandum ‘tidak sempurna’ kerana tidak diserahkan semasa mesyuarat kabinet. Ini memberikan peluang kepada Abdullah memaparkan para menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab. Najib Tun Razak telah diarahkan untuk mengutuk menteri-menteri itu kerana bertindak di luar norma kebiasaan dan ‘tidak mengekalkan semangat perjuangan BN’. Sebenarnya setiap seorang menteri dalam ‘kabinet XXL’ itu sudah tahu bahawa memorandum itu telah diserahkan dengan sempurna dan sopan; dan Abdullah telah gagal memberikan jawapan yang betul setelah berdepan dengan bantahan yang paling besar sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Ekoran episod itu, walaupun rakyat diberitahu bahawa sembilan menteri itu berlaku biadap, beberapa orang menteri lain, termasuk mereka dalam Umno telah membocorkan beberapa dokumen rahsia kabinet yang membuktikan bahawa sembilan orang menteri itu telah melakukan tanggungjawab mereka secara sempurna. Sebenarnya Abdullah yang termanggu dan tidak tahu bertindak sesuatu. Semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 24 Januari 2006, dua orang menteri yang memang terkenal kerana setia kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah membuat salinan fotokopi beberapa minit mesyuarat kabinet yang merakamkan episod itu dan mengagihkannya kepada pemimpin Umno yang lain sejurus tamat mesyuarat kabinet tersebut.

Ketika Abdullah memberikan penjelasan mengenai ‘kesilapan’ sembilan orang menteri bukan-Islam tersebut, ada seorang anggota Majlis tertinggi Umno yang telah menerima SMS yang berkata: “PM SILAP MENTERI2 IKUT PROSEDUR”. SMS yang sama muncul daripada fon bimbit bernombor 019-331XXX2. In adalah nombor fon bimbit seorang menteri yang duduk bertentangan anggota Majlis Tertinggi. SMS yang sama telah diedarkan kepada beberapa anggota Majlis Tertinggi yang menghadiri mesyuarat itu.

Timbalan pindaan Menteri Najib Tun Razak memerhatikan semua ini dengan penuh riang. Beliau memberitahu kawan-kawannya betapa keadaan sudah drastik, tetapi dia mesti memainkan peranan dengan teliti kerana tidak mahu melihat nasib yang menimpa Anwar Ibrahim akan turut jatuh ke atasnya. Najib melakonkan peranan dengan penuh rahsia. Memang sudah lama Najib cuba mencari maklumat apakah Abdullah sedang merencana sesuatu yang menghalang kemajuannya ke puncak kuasa. Menyedari bahawa Abdullah masih berhubungan dengan Anwar Ibrahim melalui Khairy, Najib cuba menampan sebarang kesan itu dengan membuat beberapa hubungan berbaik-baik dengan beberapa anggota kumpulan kem Anwar. Pada waktu yang sama Najib bersiap sedia untuk menjebak Khairy kerana akhirnya nanti, dia sedar bahawa harapan terakhir Abdullah ialah menggunakan kepintaran Khairy untuk menyelamatkannya. Mengguling Khairy bererti menumpaskan pangkalan strategi Abdullah. Najib sedar kumpulan orang lama di keliling Abdullah tidak lagi menyokong beliau 100 peratus.

Ada segelintir penyokong utama seperti Nordin Kardi dan Mahadzir Khalid sudah begitu renggang daripada sekutu lama mereka, Thajudeen Abdul Wahab yang merupakan Ketua Setiausaha Peribadi Abdullah. Walaupun mereka ini semua adalah musuh Khairy, mereka sudah menjadi lembik dan tidak berdaya disebabkan kerap bergocoh sesama mereka. Kerakusan Thajudden Abdul Wahab dalam memfaraidkan kontrak kepada peniaga pilihan yang bersekutu dengannya, di sebalik segala sokongan dan cadangan penyokong lama Abdullah yang lain, menyebabkan kumpulan veteran itu sudah berpecah belah.

Semua ini memang memeningkan Khairy. Masa terlalu pantas bergerak dan kalau muncul satu lagi krisis yang besar ia akan membawa padah kepada kerajaan tadbiran Abdullah Badawi. Sejarah telah membuktikan betapa seorang Perdana Menteri yang lemah dan lembik tidak akan bertahan lebih satu penggal di jawatannya. Sebagai contoh, Hussein Onn walaupun dijulang semasa naik menggantikan Tun Razak dan ternyata tegas untuk menegakkan panji-panji Umno, dia jatuh terduduk juga gara-gara dicabar oleh seorang yang kurang dikenali bernama Sulaiman Palestin pada persidangan Umno 1978 dahulu.

Abdullah mungkin tidak menghadapi cabaran semacam itu kerana manipulasi undang-undang pemilihan dalam Umno, tetapi dia masih dihantui banyak serangan daripada dalam Umno. Pemimpin bahagian Umno sering mentertawakan kelemahannya mengawali kerajaan dan mereka naik marah melihatkan anak menantunya yang naik kaya-raya secara mendadak. Lambat-laun, yang patut jatuh akan tumbang jua dan unta yang lenguh akan terduduk juga menghumban si badwi yang jatuh terkangkang sama.

Khairy memang faham betapa Abdullah Badawi dianggap sebagai badut unggulan di negara ini. Sama ada dia suka ataupun tidak, Khairy akan berdepan dengan hakikat bahawa ia juga akan jatuh terduduk kecuali dia bertindak cepat dengan pantas dan tegas. Musuhnya sudah semakin rapat dan dia mesti berdepan dengan mereka sebelum terlambat.


Bersambung ke Bahagian 26: Muslihat Baru: Ketandusan Masa


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 26
Muslihat Baru: Tukang Bimbit Beg
(A New Deal: The bag-carriers)

Jumlah manusia yang datang tidaklah seberapa. Sekitar 50 dan 60 orang sahaja anggota pemuda UMNO yang memenuhi dewan kampung itu; menunggukan ketibaan Khairy Jamaluddin. Ini merupakan satu lagi majlis yang ditaja oleh Putera UMNO, satu sayap baru kepada Pergerakan Pemuda UMNO. Khairy muncul di situ untuk menjadi tetamu kehormat mereka. Pada kali ini mereka melancarkan satu program tuisyen bahasa Inggeris untuk kanak-kanak sekolah menengah rendah. Ironisnya inilah aktiviti yang memang lama ditaja oleh Pemuda UMNO. Inilah kegiatan Pemuda UMNO selama ini. Malahan ia mula sekali dianjurkan semasa Aziz Sheikh Fadzir menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO. Tetapi Khairy mahukan progam itu dilihat sebagai satu idea nukilan kepala otaknya; selari dengan hasrat membawa Bahasa Inggeris terutama yang berunsur ajaran Shakespeare.

Jadi, memasuki sebuah kampung kecil di Kedah, Khairy muncul dengan Volvo yang diiringi oleh dua buah Mercedes dan beberapa buah Waja di belakang, Khairy memakai baju putih berlengan pendek yang sinonim dengan pakaian UMNO, tetapi baju itu mempunyai beberapa poket yang dikatakan orang sebagai ‘poket ajaib Khairy’. Di situlah tersimpan kepingan duit kertas yang bernilai RM50, dan RM100 yang akan muncul keluar semacam satu silap mata. Tetapi pada kali ini keajaiban itu nampaknya tidak akan menjelma.

Khairy telah disambut oleh seorang pemimpin pemuda Kedah, Mohd. Zulfekri Awang. Dia menepuk bahu Zulfekri, persis stail biasa seolah-olah bermesra dengan pengikutnya. Soalannya sentiasa serupa juga: “Apa khabar? Bagaimana pergerakan kita? Bagaimana semua orang?”. Mata Khairy tidak pun berubah setiap kali ada jawapan yang diberikan, kerana semua jawapan itu adalah sama sahaja: “Semuanya beres Bos!”

Mereka berdua naik ke atas pentas. Sebaik majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Pemuda UMNO tempatan, Khairy menoleh arah seorang pembimbit begnya yang duduk di barisan ketiga di dewan kampung yang kecil itu. Biarlah kita namakan pembawa beg ini dengan panggilan Wan Gemuk (bukan namanya yang sebenar, tetapi amat mirip kepada orang yang mengenalinya). Dengan pantas Wan Gemuk faham apa yang dimaksudkan oleh Khairy. Inilah masa beliau menjalankan tugas. Memang begitulah caranya sejak enam bulan yang lalu ketika Khairy mula merobah taktik untuk mempengaruhi Pergerakan Pemuda UMNO.

Sebelum ini Khairy telah beranggapan bahawa kemesraannya sudah cukup meraih sokongan di peringkat akar umbi. Tidak begitu keadaannya sekarang. Khairy telah merobah sikapnya setelah dia sedar betapa semua pemimpin UMNO yang lain menggunakan wang -- untuk meraih sokongan. Itulah yang dilakukan oleh Hishamuddin Hussein dan sedikit sebanyak itu juga oleh Khir Toyo untuk beberapa tahun yang lalu. Mereka merupakan tukang bayar yang besar kerana pada asasnya memang mereka mampu membayar. Memang ada beberapa tukang bayar yang besar lain seperti anak-anak Mahathir - Mokhzani dan Mukhriz - yang diketahui memang sudah lama memasang perangkap-pengaruh bukan sahaja di kalangan Pergerakan Pemuda UMNO malahan di beberapa pertubuhan lain seperti ANSARA (Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA) melalui sumbangan mereka.

Wan bangun dan pergi ke bahagian belakang dewan itu. Dia mengambil fon bimbit, jenis ‘Nokia 9300 communicator’ untuk mengutus satu pesanan SMS kepada seorang pemimpin Pemuda UMNO Kedah. Sebenarnya orang yang mahu dipanggilnya boleh disapa sahaja dengan menyentuh bahunya tadi semasa mereka sama-sama berada di bilik yang sama. Akan tetapi pesanan SMS itu ada tujuan yang tertentu. Wan mahu memberitahu pemimpin Pemuda UMNO itu (eloklah kita namakan beliau Razak – sebenarnya mereka panggil beliau dengan nama Razak Kuda), supaya datang untuk ‘mengutip habuannya’ seperti yang diarahkan oleh Khairy.

Razak telah menerima pesanan itu dengan serta merta. Ia tertulis ‘JOM SAT’. Dia tahu panggilan itu datang daripada Wan Gemuk. Dia menoleh dan nampak Wan sedang berjalan keluar meninggalkan dewan. Razak bingkas bangun dan mengekori Wan keluar dewan. Bila di luar, mereka memberi isyarat kepada pemandu Khairy yang dengan pantas membawa Volvo dan mereka berdua naik dan duduk di kerusi belakang..
Razak bertanya, “Bagaimana semuanya?”

“O.K.,” jawab Wan Gemuk. “Bos mahu kamu terima apa yang kamu minta minggu lalu.”
“Baguih tu,” kata Razak. “Aku dah kering ni. Bukan senang memancing sokongan Putera UMNO menyebelahi kita. Mukhriz sedang berusaha juga agar mereka menyokong dirinya. Lagi pun dia amat murah hati.”

Wan menekan nombor kunci beg dengan angka 010, itulah nombor kereta kesayangan Khairy dan mengambil keluar satu envelop berwarna coklat daripada beg kulit yang dibimbitnya. “Kalau Mukhriz bermurah hati pun, lambat laun dia akan kering juga. Khairy adalah orangnya, dan dia menimbun wang yang pantas. Dia akan mempunyai duit untuk beberapa tahun mendatang, sedangkan Mukhriz akan kering kontang tak lama lagi.”

“Aku harap pun begitu,” kata Razak. “Minggu lepas di Titi Gajah, dia beri saya RM100 dan kepada setiap budak-budak Putera UMNO. Ini merupakan jumlah yang besar kepada orang kampung.”

Issh, kita boleh bagi banyak lagi,” sampuk Wan Gemuk.
“Berapa banyak lagi?”
“RM5,000.”.

“RM5,000?” tanya Razak. “Tetapi Khairy sudah beri lebih banyak daripada itu di Balik Pulau minggu lalu. Shah Headan kata Khairy tabur RM10,000 di majlis Balik Pulau..”
“apa yang Sah Headan tahu? Saya yang bawa beg ini. Saya tahulah berapa saya bagi mereka. Cuma RM5,000 tidak lebih tidak kurang dari itu.”

“Mana cukup. Kedah bukan sama dengan Pulau Pinang. Di sana Khairy boleh bergantung harap pada Salim Bari dan Shah Hedan. Di Kedah pertandingan sengit. Azizi Sheikh Fadzir, Azimi Daim, dan Mukhriz adalah orang besar dan Khairy datang nak bertanding melawan mereka. Kedah bukannya sama dengan Pulau Pinang. Kedah adalah wilayah Mahathir. Pulau Pinang adalah wilayah Paklah. Pulau Pinang akan sokong Paklah kalaulah Paklah tidak melakukan kesilapan yang bodoh. Kedah boleh jatuh kepada Mahathir bila-bila masa. Dan Menteri Besar Kedah yang baru, Mahdzir Khalid bukan suka sangat pada Khairy.”

“OK-lah,” kata Wan Gemuk. “RM8,000 OK?”
“RM15,000 lagi baik.” “Mustahillah kalau RM15,000. Banyak sangat tu. Itulah jumlah yang diagihkan oleh Hishamuddin bagi seluruh Pemuda UMNO Kedah tahun lalu untuk bencana Tsunami. Kalau dia bagi sebanyak RM15,00 untuk mangsa Tsunami masakan Khairy akan bagi sebanyak itu untuk bahagian kamu.”

“Berapa banyak yang ada dalam sampul surat tu?”
“Adalah RM12,000, tapi Boss suruh saya simpan RM4,000,” kata Wan dengan tersenyum

Razak tahu Wan Gemuk sedang berbohong. Khairy memang mahu berikan semua RM12,00 itu sebagai habuan sogokan untuk melicinkan perjalanan jentera bahagiannya. Tetapi Wan Gemuk bukannya seorang pembawa beg yang dungu. Walaupun dia setia kepada Khairy dia tahu peranannya itu bukanlah dapat bertahan lama. Khairy boleh memilih orang lain dan menamatkan khidmatnya bila-bila masa. Apa salahnya dia kelepet sikit habuan yang ada? Memang Wan ‘cukai sedikit duit itu untuk dirinya, dan inilah yang dilakukannya pada hari itu.

Razak faham perkara itu. Dia sedar Wan Gemuk mahu mengambil sedikit habuan tetapi kali ini dia tidak akan memudahkan hasrat itu.

”OK.” kata Razak. “Tetapi kamu simpan sedikit beberapa ratus daripada simpanan kamu”

“No problem,” kata Wan Gemuk sambil mengira RM8,000 dalam bentuk kertas lima puluh ringgit dan seratus ringgit dan menghulurkannya kepada Razak. Sejurus selesai pengagihan wang itu, kereta yang sudah berlegar di merata kampung itu baru sahaja tiba semula di hadapan pintu dewan. Khairy baru sahaja selesai ucapannya. Dia memberitahu anggota Putera Umno bagaimana dia menyukai drama sejarah bikinan Shakespeare yang mengajar beliau sepak terajang politik –walaupun mereka tidak begitu ganas semacam politik UMNO. Khairy telah menarik minat orang yang hadir bagaimana dia seronok dengan permainan bola dan tugasnya dengan FAM. Ucapannya memang singkat tetapi memadai untuk meyakinkan sesiapa yang hadir betapa desas-desus yang menyebut graduan Oxford itu tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu yang mudah ternyata adalah palsu sahaja

Khairy keluar dari dewan untuk memasuki Volvonya dan beredar ke majlis lain pula. Pada waktu yang sama pembawa begnya keluar daripada Volvo itu dan memasuki Waja yang mengekori di belakang. Senario ini berulang lagi merata Kedah dalam sehari itu. Ketika Khairy membuat lawatannya. Anggota Pemuda Umno menamakan hari semacam itu sebagai ‘Hari Salam Khairy’. Berjabat salam dengan Khairy bererti mereka mempunyai belanja sedikit untuk menikmatinya.

Gelagat di atas adalah majlis sebenar yang berulang kali dilakukan di Malaysia di mana sahaja UMNO berkuasa, kecuali di Sarawak. Politik wang memang masih segar bugar dalam UMNO dan ramai yang sudah lupa sekarang ini betapa Abdullah Ahmad Badawi naik ke puncak kuasa atas dasar janji yang beliau akan membersihkan UMNO daripada penyakit yang membarah ini yang disebutnya sebagai ‘barah yang membunuh’.

Kini terbukti bahawa Abdullah Badawi adalah seorang pembohong hanya melalui perbuatan anak menantunya yang sedar bahawa cengkamannya ke atas UMNO hanya akan bertahan kalau ada sifat bermurah hati terhadap anggota biasa dalam parti. Timbunan dana yang dilonggokkan oleh Khairy bukanlah bertujuan untuk temboloknya sendiri, tetapi merupakan satu kemestian apabila berdepan dengan pesaingnya yang mempunyai saku yang dalam pada poketnya.

Selalunya orang yang diberikan status payung itu adalah timbalan Ketua pemuda UMNO di bahagian dan cawangan parti. Ada kalanya, ahli-ahli ini adalah anggota Kelab Naib Ketua Pemuda UMNO yang ditubuhkan oleh Khairy. Lazimnya mereka juga merupakan orang yang pernah berkhidmat bersama Khairy semasa beliau menjadi anggota Exco Pergerakan itu yang bertanggungjawab ke atas bidang pendidikan. Pada lazimnya juga inilah orang yang menjadi pengintip akan pergerakan Ketua Pemuda yang dilihat memberikan tumpuan khas terhadap bakal calon yang akan menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti pada 2007 nanti..

Pembawa beg selalunya berada setakuk bawah kedudukan orang yang berstatus ‘payung’. Mereka ini adalah anggota pemuda UMNO yang memang diberikan kepercayaan khusus oleh Khairy untuk mengagihkan dana. Segelintir manusia seperti Wan Gemuk menjalankan tugas dalam lingkungan puluhan ribu ringgit. Yang lain seperti Rozabil Abdul Rahman diberikan tugas menguruskan ratusan ribu ringgit. Yang di atas lagi adalah yang mempunyai status ‘beg’ pula, Mereka ini seperti Wan Farid Wan Salleh daripada Terengganu, yang bertanggungjawab mengutip ‘tol’ bagi pihak Khairy dan mengarahkan dana itu kepada beberapa akaun khas untuk membolehkan pembawa beg mendapat sumber peruntukannya. Paling tinggi di atas ialah Khairy, yang begitu kebal daripada sebarang perniagaan yang kotor-kotor, namun memang sentiasa mengawasi perjalanan semua urusan itu. Hanya apabila Khairy mengenyitkan mata barulah pembawa beg pergi mendapatkan si payung. Mereka tidak berani bertindak sesuka hati.

Laksana orang istana, Khairy tidak pernah menyentuh dana itu. Dia biarkan orang lain menguruskannya sambil dia menentukan mempunyai tangan yang bersih selalu. Sikap begini memang bukan perkara baru dalam politik UMNO. Sejak zaman Tun Abdul Razak memang sudah menjadi satu kelaziman di kalangan Ketua pemuda UMNO sejak Syed Jaafar Albar kepada Harun Idris, kepada Suhaimi Kamaruddin kepada Anwar Ibrahim kepada Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi. Mereka mempunyai membawa beg dan payung. Yang sudah berubah ialah jumlah dana. Pada masa dahulu, ketika anggota UMNO mudah rasa puas hati dengan menerima sekeping not RM10 sahaja setiap beberapa bulan sekali. Kini mereka hanya akan merasa gembira kalau wang itu muncul setiap bulan dan berwarna biru ataupun ungu.

Memang politik masih segar di Malaysia dan wang terus menjadi darah dagingnnya. Segala kelentungan yang disebut oleh Abdullah Ahmad Badawi semasa mencemuh Isa Samad dan orang lain semacam itu, sudah berulang kembali dengan kelakuan para penasihat sendiri dan amat dipercayainya. Mereka inilah yang mengulang perbuatan terkutuk itu berulang kali. Jawatankuasa Disiplin UMNO yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen yang sudah tua dan tidak bertaring lagi, hanya merupakan sesuatu yang memalukan sahaja.

Apabila berdepan dengan golongan pelapis yang begitu berani mengeluarkan ajarannya, Jawatankuasa disiplin itu tidak mampu berbuat apa-apa. Lagi pun sahabat baik Khairy, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Zaki Zahid boleh terlepas begitu sahaja, walaupun segala perbuatan beliau mengeluarkan habuan secara terbuka boleh dibiarkan sahaja. Kenapa pula orang lain tidak boleh berlagak sama?

Inilah satu gambaran bagaimana politik UMNO bergerak dan wang akan terus datang mencurah melicinkan jentera Khairy sambil dia bertukar untuk menelan sokongan dalam putarannya.


Bersambung ke Bahagian 27: Muslihat Baru: Terhempas Dan Terbakar
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 27
Muslihat Baru: Terhempas dan Terbakar
(A New Deal: Crash and Burn)

Kerajaan Abdullah Badawi memulakan tugasnya dahulu dengan banyak janji yang diperkukuh dengan pelbagai ikrar, resolusi, manifesto dan jaminan. Untuk seketika, rakyat Malaysia menjadi terpesona dengan dongeng bahawa zaman gelap di bawah cengkaman Dr. Mahathir Mohammed sudah pun berlalu dan pelbagai perubahan akan datang melanda laksana hayunan Tsunami untuk membersihkan segala bencana silam dan menguburkan legasi Mahathir ke lembaran buku sejarah.

Memang, mereka membayangkan bahawa zaman ceria akan kembali semula, kononnya dan ada pula yang menganggap isu itu sebagai fantasi semata-mata. Sebagai manusia yang tidak sofistiket dan memilih sangat, kita memberikan ruang dan menepis luang keraguan sebagai memberi laluan kepada seorang insan yang selama itu kita gelarkan sebagai ‘Mr. Clean’ – walaupun tidak ada sebarang alasan kenapa gelaran semacam itu harus dikurniakan ke atas seseorang yang tidak pernah didedahkan kepada nafsu-nafsi menjadi seorang yang rakus. Hakikatnya selama ini Abdullah tidak pernah berupaya menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk meraih kekayaan semata-mata kerana tidak ada kedudukan yang strategik di mana dia boleh mengaut keuntungan yang banyak dan mudah. Dengan demikian dia terus dilihat seolah-olah papa kedana berbanding dengan menteri yang lain, bukan disebabkan itu menjadi pilihannya. Justeru dia dianggap seorang yang mempunyai imej yang bersih lagi bersih. Bukanlah disebabkan ketiadaan usaha mahu mencuba tetapi kerana kurangnya membalun harta karun yang membuatkan Abdullah seolah-olah tercungap menjadi Mr. Clean berbanding rakan lain sekandang dengannya dalam kabinet.

Selepas lebih dua tahun Abdullah memegang tampuk kuasa, segala kelentungan yang disebar oleh pembantu Abdullah, yang dipelopori oleh Khairy Jamaluddin membuatkan masyarakat umum mula naik loya. Sebelum itu kelemahan seorang insan yang tidak mampu menanggung jawatan tinggi di negara ini memang mudah disorok-sorok di sebalik selaput apa yang disebut inisiatif baru dan perbezaan stail pengurusan. Malangnya, buat Abdullah, sesuatu krisis yang remeh pun boleh membesar menjadi satu masalah besar yang dihadapinya. Sesungguhnya ’Abdullah memang tidak berkelayakan langsung untuk menguruskan sebuah kerajaan, tidak kiralah kalau menerajui satu perdebatan dalam kabinet yang rutin di mana dia kerap tertidur di tengah-tengah perbahasan itu, ataupun di forum antarabangsa di mana ada kalanya dia terlupa apakah Presiden negara yang sedang ditemuinya ketika itu. Ada kalanya Abdullah boleh dianggap persis Ronald Reagan Malaysia, yang mudah tersilap, tetapi nyata menawan walaupun memang begitu kekurangan dalam memahami segala dasar, dan sudah pastinya merupakan seorang pemimpin yang begitu rendah inteleknya yang pernah menerajui satu tampuk kuasa negara.

Yang paling menjadi masalah besar kepada Abdullah ialah sikap tidak menepati masa. Walaupun pentadbiran beliau cuba memanjangkan ketokohan kuasanya dengan melambatkan segala-galanya dengan kewaspadaan yang terunggul, orang yang paling rapat dengan beliau --termasuk kaum keluarganya yang terdekat – ternyata tidak sabar lagi, gelojoh dan tamak haloba dalam usaha membesarkan tembolok masing-masing. Abdullah menutup matanya terhadap salah-guna kedudukan kerajaan yang dilakukan oleh suku-sakat Khairy yang berlagak laksana burung unta yang menyorokkan kepala di dasar pasir. Kekayaan mendadak Scomi, ECM Libra, Ethos Consulting, Binafikir dan Dewina boleh dilupakan begitu sahaja kerana Abdullah mudah buka kelentung dengan pembohongan bahawa dia tidak tahu-menahu dan ada kena- mengena dengan Pergerakan ataupun aktiviti mereka semua.

Memang, pada satu tahap ada sedikit kebenaran dalam perkara itu. Abdullah memang tidak terlibat secara langsung dengan usaha adiknya, adik iparnya, anak lelakinya menantu lelaki ataupun perempuannya dalam karenah mereka membalun harta karun selama dua tahun yang berlalu. Akan tetapi tidak pula beliau mengambil inisiatif untuk mewaspadakan mereka agar jangan gelojoh. Abdullah begitu memanjakan mereka sehingga tidak tergamak melihat apa yang mereka lakukan itu sebagai perbuatan yang salah. Malangnya dengan pemergian Endon Mahmood, segala brek untuk melembekkan proses tamak haloba itu sudah tidak ada lagi. Kumpulan yang bergayut di sekeliling Abdullah terdiri daripada anggota keluarga yang masih muda dan rakus serta tamak haloba. Mereka telah menyalahgunakan kedudukan sebagai anggota keluarga pertama negara untuk memaksa jabatan kerajaan memberi mereka kontrak. Seperti dalam kes Khairy Jamaluddin, beliau menggunakan syarikat milik Kementerian Kewangan untuk menyelamatkan perniagaan yang ada kaitan terus dengannya.

Kekecewaan yang dirasakan oleh rakyat tidak pun dapat menyaingi kekecewaan yang dirasakan oleh sahabat lama Abdullah di BTN dan GPMS dahulu. Mereka telah menjangkakan diberi peluang sedikit habuan mengikut kuasa yang ada di tangannya. Malahan, Abdullah telah melantik beberapa sahabat lama di zaman BTN dan GPMS untuk menjadi Setiausaha Sulit kepadanya sebagai tanda bahawa “orang-orang ini harus diberikan kontrak.” Akan tetapi setiap kali mereka membuat lawatan kunjung hormat kepada Thajudeen Abdul Wahab untuk mengendeng habuan mereka, kerap sangat mereka disekat oleh suku-sakat Khairy yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri, terutama sekali Mr. Dua puluh persen, Ahmad Zaki Sahid - Inilah satu-satunya orang yang diberikan kepercayaan penuh oleh Abdullah terhadap urusan ekonomi dan kewangan negara, dan inilah malaun yang telah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO dengan tuduhan korupsi.

Inilah paradoksnya dengan Abdullah Badawi. Dia tidak nampak ada salahnya dengan korupsi di kalangan anggota keluarga beliau, tetapi menentang begitu lantang kalau orang lain membuatnya. Dia menganggap Tan Sri Isa Samad sebagai seorang pembelot UMNO kerana mengagihkan wang untuk memantapkan kedudukan politiknya dalam UMNO. Akan tetapi apabila Ahmad Zaki berbuat perkara yang sama, Abdullah menganggapnya sebagai satu kesilapan yang tidak disedarinya.

Apabila Kasitah Gadam gunakan wang kerajaan untuk membantu syarikat milik keluarganya, Abdullah telah menghambatnya laksana seekor singa lapar. Akan tetapi apabila Kalimullah dan Khairy mendesak Nor Mohamed Yakcop memberi arahan agar Avenue Capital membeli ECM Libra, Abdullah hanya mampu berkata “dia tidak tahu-menahu akan urusan itu.” Sama ada Abdullah adalah seorang pembohong besar ataupun dia memang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling dungu dalam sejarah negara kita.

Cuba kita anggapkan bahawa alasan yang kedua itu adalah yang sebenarnya, bererti Abdullah tidak terlibat dengan korupsi yang membabitkan ahli keluarganya. Jika demikian Abdullah merupakan satu bebanan besar kepada negara ini. Adalah amat teruk keadaannya kalau seseorang itu menjalankan tugas tanpa menyedari bahawa orang yang paling rapat dan amat berharga dalam hidupnya menjadi kaya raya dengan menyauk harta negara.

Memang terlalu banyak kisah mengenai kelemahan Abdullah serta kedunguannya. Terlalu banyak untuk diingat semuanya. Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah mengadu kepada kawan-kawannya bahawa Abdullah terlalu kerap tidur lena walaupun pada ketika dia sepatutnya menghadiri temu janji dengan pelawat dan tetamu negara asing serta pemimpin korporat.

Beberapa orang menteri seperti Syed Hamid Albar menjadi tertekan apabila mendapati Abdullah menyerahkan dokumen rahsia negara kepada menantunya Khairy sedangkan itulah dokumen yang menjadi bahan perundingan antara Malaysia dan Singapura untuk bacaannya sebelum tidur. Kerana tertekan bahawa maklumat mengenai dasar luar kerajaan sudah pun diketahui lebih awal oleh menteri sejawatannya di Singapura, Syed Hamid Albar menjadi begitu curiga terhadap Khairy sehinggakan dia membawa dokumen rahsia itu sendiri ketika berjumpa Perdana Menteri dan tidak lagi mengemukakan dokumen itu lebih awal ke meja Perdana Menteri.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop telah terkejut beruk apabila mengetahui satu senarai kotak-kotak yang menyenaraikan nama pemenang kontrak di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan telah diconteng-conteng dengan nama dan syarikat yang patut diberikan projek itu, walaupun tender mengenai projek belum lagi disiapkan dan tendernya diumumkan. Coretan tangan itu adalah hasil kerja Khairy.

Pada satu hari selepas selesainya satu mesyuarat kabinet, Menteri Luar Bandar Aziz Shamsuddin telah berjumpa dengan pemimpin Pemuda UMNO tertentu daripada Pahang yang datang meminta kontrak. Aziz Samsudin terkejut beruk apabila mengetahui Dato yang muda-muda itu datang untuk menagih kontrak yang baru dua hari sahaja diluluskan oleh kabinet. Setelah menyiasat secara mendalam Aziz terkejut lagi melihatkan salinan mesyuarat kabinet itu ada di tangan tetamunya, yang mendakwa telah diberikan dokumen itu oleh Khairy. Walaupun marah dengan cara pelanggaran protokol dan rahsia negara yang dibocorkan, Aziz tidak mampu berbuat apa-apa lagi, kecuali mengizinkan permohonan mereka.

Aziz sudah lama bersahabat dengan Abdullah, dan memang sudah lama sedar sejak berbulan-bulan dahulu lagi betapa dia sudah kehilangan pengaruh ke atas Perdana Menteri yang kini hanya mendengar suara anak menantunya dan tidak suara orang lain lagi.

Masalah begini menular ke bawah hingga ke tahap pentadbiran negeri. Ada seorang peniaga Cina baru-baru ini memberitahu Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon bahawa Khairy sudahpun memberikan beliau kuasa untuk membangunkan kawasan lapangan terbang Bayan lepas dengan cara menambak tanah – sedangkan projek itu belum lagi dibincangkan oleh kerajaan negeri dengan pihak luar. Sekurang-kurangnya ada dua orang Exco Gerakan yang telah berkata kemungkinan Tsu Koon dipindahkan ke Jabatan Menteri Persekutuan, dan mereka akan menjadi Ketua Menteri yang baru – mengikut apa yang dijanjikan oleh Khairy kepada mereka.

Menteri Besar Perak Tajol Rosli telah menerima satu surat daripada satu syarikat pembinaan yang bermodalkan RM2 dan berpangkalan di Lumut yang mengatakan bahawa Khairy telah memberikan mereka izin untuk menggali pasir daripada pesisiran pantai Lumut untuk dijual di luar Perak. Sedangkan penjualan pasir untuk melepasi sempadan negeri sudah lama diharamkan dan usaha itu melanggar peraturan Perak yang mahu mengekalkan pesisiran pantai sebagai usaha melindungi alam maya. Perkara semacam itu tidak membawa makna kepada Naib Ketua Pemuda Bahagian UMNO itu kerana dia adalah anggota Kelab Naib Ketua Pemuda yang dipelopori oleh Khairy. Apabila Tajol Rosli membantah, Naib Ketua Pemuda itu mengugut mahu membawa perkara itu kepada pengetahuan Khairy dan membawanya terus naik ke atas.

Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah cuba sedaya upaya agar Danaharta menjual projek Sutera Harbour (Pelabuhan Sutera) kepada sekutunya seorang Kadazan bernama Melvin. Usahanya sebelum itu menjadi buntu sehinggalah Musa memberi arahan kepada seorang Ketua Pemuda UMNO bernama Hasnul Ayub Aman, anak lelaki kepada Pengerusi Sabah Times, untuk berjumpa dengan Khairy membawa segala butiran dan menawarkan beliau sedikit komisen. Dengan tawaran agar Khairy mendapat peratus dalam urusniaga itu, tidak lama lagi Kementerian Kewangan akan meluluskan penjualan Sutera dengan harga yang lebih rendah daripada sebutharga yang pernah ditetapkan oleh Danaharta sebelum itu. Penjualan akan berasaskan rundingan tanpa tender.

Semua ini merupakan secebis kisah daripada pelbagai peristiwa yang telah terjadi selama dua tahun melibatkan Khairy Jamaluddin dan pentadbiran kerajaan Abdullah. Ini adalah laksana mencakar di bahagian atasan sahaja. Sebelum ini para menteri dan ahli politik menjadi terlalu takut untuk bercakap. Akan tetapi, mereka kini sudah naik marah dengan Abdullah sehinga berani bersuara lantang mengenai Khairy yang salah-gunakan kuasa. Sedikit demi sedikit, kisah ini dapat bocor juga walaupun media rasmi kerajaan – yang dikawal sepenuhnya oleh pembodek Khairy seperti Kalimullah Masheerul Hassan, Brendan Pereira, Wong Sulong dan Wong Chun Wai - sengaja diam membisu tentang pergerakan anak menantu Perdana Menteri itu. Pihak akar umbi dalam UMNO berjaya juga mendapat berita secara gelap dan melalui mulut ke mulut. Hanya golongan yang begitu bengong dalam UMNO yang tidak sedar bahawa Khairy adalah raja dan dalang boneka yang menguasai Abdullah secara mutlak.

Bahaya yang mendepani Khairy ialah keberanian orang bersuara sekarang ini tanpa takut-takut mengenai korupsi yang begitu membarah dalam keluarga Abdullah. Lagi pun, mereka sudah naik jelak dengan perkara yang sama semasa pemerintahan Mahathir Mohamad dahulu. Akan tetapi Mahathir tidak pernah menjanjikan satu pembaharuan. Jadi, semasa rakyat memang sudah lali dengan karenah kerakusan keluarga Mahathir yang bergelumang dengan rasuah, mereka menjadi lebih kecewa dengan Abdullah, yang berlabelkan keintelektualan Islam tetapi membenarkan perkara yang sama berlaku dengan lebih rancak lagi ligatnya tanpa menghiraukan keresahan rakyat.

Ramai yang berkata bahawa Abdullah adalah merupakan satu ancaman berbahaya kepada UMNO dan harus disingkirkan secepat mungkin. Namun, tidak ada sesiapa yang berani mengorak langkah pertama untuk membuka silat perang. Memang ada beberapa nama yang dipujuk untuk menjadi tukang cara dalam perubahan itu. Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad merupakan calon yang paling diharap oleh ramai anggota UMNO yang tidak puas hati mahukan pihak lain menyokong mereka, dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah harapan mereka juga.

Kalau ada yang menyelamatkan tengkok Khairy masa ini ialah sifat rakyat Malaysia yang sudah lali dengan kegelojohan kerajaan dalam korupsi, setelah dipermudahkan oleh amalan zaman pemerintahan Mahathir dahulu. Sambil mereka masih berhati-hati, Khairy sudah bertindak pantas menimbun harta karunnya dan memantapkan kuasa naungannya terhadap para pemimpin UMNO yang mudah dibelinya. Khairy masih boleh menyandarkan harapan terhadap ketakutan paling besar Mahathir yakni kembalinya Anwar Ibrahim menyertai UMNO semula, yang sudah pasti akan disokong oleh Abdullah. Kalaulah ada antara penyokong Mahathir, contohnya Najib Tun Razak, berani mencabar Abdullah secara terbuka, Anwar akan menjadi bidak yang akan digunakan oleh Khairy dalam peperangannya terhadap Mahathir. Selagi Anwar mampu menarik perhatian rakyat dengan meneruskan dendam kesumatnya terhadap Mahathir dan mereka yang terlibat dengan konspirasi 1998 dahulu, yang menyebabkan kejatuhannya, bererti Khairy akan berada dalam zon selamat.

Akan tetapi, Anwar semakin kehilangan pengaruhnya dan Khairy juga menghadapi dilema yang sama. Mereka berdua berada di penghujung pertarungan dan ramai dalam UMNO yang mahu melihat Khairy dan juga Anwar dipupuskan untuk selama-lamanya. Memang amat menarik kalau pemimpin UMNO yang sudah lanjut usianya, membayangkan satu situasi di mana mereka berjaya menumbangkan Khairy, menjatuhkan Abdullah dan dengan itu menentukan Anwar menjadi seorang pemimpin yang sudah hilang bisanya dan terus kekal di pihak pembangkang yang tidak bertaring lagi. Mereka yang melihat Khairy satu ketika dahulu sebagai seorang tokoh yang sungguh unggulan tentu dapat melihat kini mana perginya permaidani terbangnya. Kalau disediakan rempah ratus yang betul, pesawat Khairy akan terhempas dan terbakar juga.


Bersambung ke Bahagian 28: Muslihat Baru: Rencana Yang Terburai


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 28
Muslihat Baru: Rencana yang Terburai
(A New Deal: Losing the Plot?)

Ia dikatakan sebagai satu rombakan kecil, tetapi dalam beberapa jam selepas pengumuman perubahan kabinet itu, Abdullah Ahmad telah terhumban ke kancah pengelakan bencana. Libasan memang muncul secara mendadak. Para wartawan yang membuat liputan tidak pun tahu apa yang perlu ditanya terhadap Perdana Menteri kerana terlalu tingginya harapan dan jangkaan sebelum pengumuman rombakan itu. Orang telah menjangkakan satu rombakan besar-besaran bersaiz XXL membayangkan pilihan Paklah dan menantunya Khairy Jamaluddin selepas berlalu Pilihan raya Umum. Semua itu ternyata satu kehampaan juga. Segelintir wartawan asing telah menyatakan komen yang sungguh menyindir para menteri yang sungguh korup dan kisah pelbagai skandal yang menghantui kabinet itu. Namun, wartawan tempatan yang hanya minggu lalu diperli kerana terlalu terikut-ikut dengan perangai dan gelagat wartawan asing, terpaksa termangu dengan soalan yang bodoh-bodoh seperti mahu tahu apakah harapan seorang Perdana Menteri terhadap kabinet barunya. Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak mampu menyorokkan geli hatinya melihatkan kelakuan Paklah yang tidak senang dengan pengumuman yang mengecewakan itu. Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang melihat siaran di TV yang terlepas pandang akan perbezaan gaya gerak badan dua pemimpin tertinggi negara, yang memang amat ketara.

Apakah Abdullah sudah tersasar jauh daripada rencana asalnya? Sejak beberapa bulan yang berlalu, beberapa orang rakan rapat Khairy telah diberitahu akan desas-desus bahawa Abdullah berkemungkinan melakukan rombakan besar terhadap kabinetnya sebagai usaha menonjolkan dasarnya yang mahu memerangi korupsi. Khairy telah membocorkan maklumat kepada wartawan asing termasuk kepada beberapa orang wartawan ‘stringers’ di Singapore Straits Times betapa beberapa orang menteri tertentu, seperti Rafidah Aziz akan tersingkir, jika tidak ditukarkan kepada kementerian yang lebih rendah tarafnya daripada yang mereka pegang. Akhirnya keputusan mengekalkan beliau dan beberapa ‘tunggul lapuk’ peninggalan zaman Mahathir dan ditambah pula dengan kemasukan bekas menteri, tengkucelup Adnan Mansur yang menghadapi kes muflis di mahkamah, menampakkan bahawa Abdullah tidak lagi mendengar suara bisikan penasihat pilihannya yang juga merupakan seorang anak menantu.

Hanya beberapa jam selepas pengumuman Abdullah, Khairy telah memanggil Reme Ahmad di The Straits Times untuk menyatakan kekecewaan beliau dengan ‘barisan baru’ itu. Angin kelentungan berputar ligat. Kalimullah Hassan Masheerul Hassan telah diberitahu agar memaklumkan kepada kawan-kawan beliau dalam media asing bahawa Khairy merasa ‘kecewa’ dengan pilihan Abdullah dan dia tidak ada sangkut paut dengan barisan baru itu. Brendan Pereira dan Hishamuddin Aun telah bergerak cergas menggunakan New Straits Times dan Utusan Malaysia untuk membuat kritikan lembut terhadap pilihan Abdullah. Begitu juga dengan Wong Chun Wai di The Star yang mendapat arahan Khairy agar menyindir sedikit barisan baru itu. Semua itu adalah satu pembohongan - satu helah untuk menutup apa yang sebenarnya mungkin merupakan satu tindakan Khairy yang paling bermuslihat.

Golongan manusia biasa di kalangan kita mungkin boleh dimaafkan seandainya berfikiran bahawa Abdullah telah bertindak sendirian. Walaupun pudar sahaja barisannya, Abdullah telah melantik anggota kabinet tanpa merujuk kepada Khairy dan menunjukkan kemampuan bertindak bebas daripada cengkaman pemikiran Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang semakin tidak disukai ramai. Sudah tentu Khairy mahu melihat keadaan Abdullah semacam orang yang sudah dikuasainya. Sejak enam bulan yang lalu, salah satu masalah besar Khairy ialah persepsi anggota UMNO dan juga khalayak ramai bahawa dia sudah menjadi terlalu perkasa dan berpengaruh sehingga mampu menyibuk dengan urusan Abdullah. Khairy dilihat sebagai tukang sibuk persis Svengali yang berpengaruh dahulu yang menjadi dalang kepada seorang Perdana Menteri yang mudah tertidur dan sentiasa letih sahaja. Keadaan sudah semakin berbahaya kepada Khairy kerana apa juga kesalahan dan kepincangan Paklah yang besar-besar kerap dihalakan telunjuk kesalahannya terhadap penasihat beliau yang salah dan tinggi kerakusan nafsunya.

Khairy mempunyai masalah dalam hubungan awam disebabkan kesan tiga bentuk persepsi - sama ada betul ataupun tidak. Pentadbiran Abdullah bermula dengan segala gembar-gembur menyerupai kemunculan satu gagasan imperial Presiden Amerika; tetapi kini mengecut dengan segala gambaran haprak perancangan itu. Seorang pegawai perkhidmatan awam yang bertukar menjadi pemimpin politik itu ternyata tidak mampu menggugurkan watak lembiknya dan kini semakin menonjol sebagai seorang badut yang tidak dapat memuaskan keyakinan rakyat setelah mereka menghadiahkan beliau dengan satu kemenangan besar dalam pilihan raya, selepas kemenangan Tunku Abdul Rahman dahulu. Kerana mahu menentukan satu masa depan yang berkesan, Khairy mahu dilihat sebagai tidak lagi berperanan persis Rasputin yang mendalangi Maharajah Czar.

Akan tetapi apabila diteliti dengan halus barisan kabinet itu, memang jelas penglibatan Khairy yang menentukannya. Pertama, pengekalan tunggul lapuk seperti Rafidah Aziz, Azmi Khalid, Aziz Shamsuddin, Rais Yatim, Lim Kheng Yaik dan yang sekandang dengan mereka. Kalau semua itu adalah satu gambaran kegagalan Khairy merobah kabinet, sebenarnya itu adalah satu taktik Khairy untuk mengabui helahnya. Untuk menentukan kesinambungan kerjaya politiknya, Khairy tidak perlu menggugurkan semua menteri itu dan bermusuh dengan mereka lebih dua tahun sebelum pilihan raya UMNO, di mana dia dijangka akan mencabar Hishamuddin bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mencantas tunggul lapuk itu adalah satu tindakan yang tidak bijak kerana ia akan mencetuskan ketegangan dan memperkasakan musuh-musuh Khairy, khususnya Dr. Mahathir Mohamad dan anak emasnya Najib Tun Razak.

Berpandukan taktik itu, Khairy telah bertindak mengekalkan semua menteri itu dan mendesak Abdullah melakukannya. Lagi pun, kalau perlu dia masih mempunyai masa yang terluang untuk menggugurkan mereka di masa depan. Dengan mengekalkan mereka Khairy melonjakkan suhu kemarahan rakyat terhadap tunggul lapuk itu semua yang dilihat sebagai seteru rakyat kerana gelagat mereka yang tamak haloba dan membazirkan wang rakyat sahaja. Khairy tahu, tanpa menyingkirkan mereka setan akan terus bermaharajagila. Lagi pun tunggul lama ini kalau terusik dan tersentuh jiwanya akan merusuh dan membuka peti harta karun mereka untuk berbelanja sakan dan membalas dendam terhadap Khairy. Lantas muncullah taktik mengekalkan mereka, menambahkan kemarahan rakyat terhadap salah laku mereka dan mengusahakan penyingkiran mereka hanya selepas Pilihan Raya Umum ketika segelintir mereka itu sudah pun mencapai usia 70 tahun ataupun lebih.

Dari menggoncang dan merungkai pucuk kepimpinan, Khairy telah memilih usaha memperkasakan pengaruh di kalangan pemimpin pelapis. Beliau telah menyelamatkan seorang loyalis utama, Noh Omar daripada kepanasan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan mengalihkan kepada jawatan Timbalan Menteri Pelajaran ( yang dianggap sebagai satu jawatan selamat dan berpengaruh, dari kacamata UMNO). Noh Omar dilihat sebagai salah seorang yang amat diharap oleh Khairy untuk menyalurkan maklumat akan aktiviti bosnya, Hishamuddin Hussein yang merupakan saingan Khairy. Sesungguhnya cerita sebenar ialah Noh Omar diletakkan di situ untuk memenuhi dua tujuan..

Pertama, Khairy mahu Noh merisik kegiatan Hishamuddin dan mensabotaj apa juga usaha yang mungkin dilakukan oleh Hishamuddin untuk memperkasakan kedudukannya pada pilihan raya UMNO yang akan mendatang. Kedua, Noh ialah seorang ahli Pertubuhan Kelab Alumni UMNO bagi pelajar seberang laut, dan dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri pendidikan, Noh mempunyai kedudukan penting untuk memberikan maklumat kepada Khairy. Dengan hanya setahun sahaja yang tinggal sebelum Pilihan Raya Umum yang lagi satu, Noh akan menjadi berguna untuk memberikan maklumat taktik yang penting dan berstrategik.

Di waktu yang sama Noh diletakkan di satu kedudukan terkanan di kalangan ahli politik Selangor. Dengan pengguguran Shafie Salleh daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Noh kini merupakan calon Selangor yang terkanan yang boleh digunakan oleh Khairy sebagai calon Menteri Besar untuk menggantikan Khir Toyo yang sungguh berbahaya padanya. Khir Toyo boleh menjadi penentang terhebat kepada Khairy.

Seorang lagi loyalis Khairy yang baru dinaikkan pangkat ialah Johari Baharom, bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir yang berpaling tadah setelah menyedari bahawa masa ketuanya akan berlalu juga. Abdullah dan Khairy telah lama menggunakan khidmat Johari sebagai mata dan telinga mereka di pejabat Mahathir di zaman terakhir cengkaman kuasanya. Ketika anak Mahathir, Mukhriz, cuba mencabar Khairy bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy telah memberi arahan kepada Johari untuk memusnahkan usaha Mukhriz dengan mensabotaj pemilihannya dalam bahagian Pemuda UMNO Kubang Pasu. Kejayaan Johari menghancurkan ketokohan Mukhriz memberi suntikan kepada kejayaan Khairy untuk menang jawatan itu tanpa bertanding. Inilah yang membuatkan tercalar imej Mukhriz tercalar sehingga terpaksa menjilat lukanya sebelum menantikan pemilihan UMNO pada tahun depan. Dengan melantik Johari sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Khairy semakin yakin dapat mengawal Setiausaha Agung UMNO, Radzi Sheikh Ahmad. Johari lebih berminat kalau dilantik naik terus menjadi seorang menteri seperti kawannya Aziz Shamsuddin, tetapi Khairy merasakan perlunya Johari berkhidmat terus sebagai agen dan pemuslihat beliau.

Abdullah telah menjelaskan bahawa populariti dalam pemilihan UMNO tidak menjamin keputusan beliau dalam pelantikan seseorang menjadi menteri kabinet. Penurunan pangkat Ahmad Zahid Hamidi kepada salah satu pangkat di Kementerian Penerangan adalah satu taktik Khairy yang penting. Zahid merupakan seorang Ketua Pemuda UMNO yang popular (kepada pemuda UMNO dan bukannya pada dunia sejagat). Malahan, kemantapan Zahid semasa pemilihan Majlis Tertinggi dahulu membuatkan Khairy terkecut telur juga. Seperti bekas Ketua Pemuda UMNO Syed Hamid Albar, Zahid mampu muncul kuat semula seandainya Hishamuddin berhasrat mahu menjawat jawatan Naib Presiden parti. Kalau muncul situasi ini, dan Khir Toyo naik kecut pula, sudah tentu Zahid akan berupaya mencabar dan mengalahkan Khairy. Zahid amat sedar yang dia mendapat sokongan padu kumpulan Najib (beliau pernah menjadi Setiausaha Politik Najib satu ketika dahulu) dan juga para penyokong mantan Timbalan Presiden Anwar Ibrahim (yang kagum melihatkan Zahid ditahan di bawah ISA semasa hari-hari bermulanya Reformasi). Dalam pertandingan semacam ii Zahid mampu meraih 60% undi.

Khairy tidak mampu menghadapi risiko seorang pesaing, seandainya dia adalah seorang menteri. Menjelang pilihan raya UMNO nanti, Khairy mungkin tidak lagi menjadi seorang menteri, kerana ini akan menampakkan jelasnya amalan nepotisme menjadi amalan satu pentadbiran yang lembik. Paling tinggi pun jawatan yang diharapkan oleh Khairy ialah sebagai seorang ahli Parlimen dengan satu jawatan Timbalan Menteri. Ini masih tidak mencukupi kalau diambil kira kedudukan Zahid sebagai seorang anggota Majlis Tertinggi dan bekas Ketua Pemuda UMNO yang popular. Begitu juga dengan kedudukan beliau sebagai bekas Pengerusi BSN, dan peti besar tabung persiapan perang yang dikumpulkannya selama lebih dua setengah dekad menjual dirinya kepada pembida tertinggi di kalangan masyarakat peniaga.

Sekali lagi Zahid terlepas peluang untuk menganggotai kabinet. Dia tidak akan melawan balik kerana masih kekal dengan kedudukan sebagai seorang Timbalan Menteri dan ini adalah kedudukan yang lebih baik berbanding apa yang pernah diberikan oleh bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir kepadanya. Usaha menggoyangkan umpan di depan muka Zahid sudah cukup untuk melekakan si kaldai supaya tidak berkhayal menjadi kuda tangkas yang mampu mencabar takhta impian Khairy.

Satu lagi strategi utama Khairy ialah mengembalikan kedudukan tengku celup Adnan Mansur, seorang kaki gedebe kelahiran Melaka yang berpura-pura berdarah raja. Sebelum itu Khairy telah tersilap menyingkirkan Adnan selepas beliau menang besar kerusi Parlimen Putrajaya. Kerana kecewa dan bersemangat dendam, Adnan telah cuba membunuh sekutu utama Khairy, Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Putrajaya. Walaupun beliau gagal dalam usaha itu melalui nomininya, yang merupakan anak lelaki Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Aseh Che Mat, namun Adnan tidak berdiam diri. Sebagai berdamai, dan memenuhi janji untuk melantik timbalan Adnan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khairy membawa balik Adnan menganggotai kabinet.

Jawatan Menteri Pelancongan memang amat serasi dengan Adnan yang suka berfoya-foya dan main-betina serta urusan perniagaan ‘social escort’ dan syarikat perjudiannya. Khairy sedar apabila muncul pilihan raya akan datang, dia mampu meletakkan Ahmad Zaki Zahdi sebagai MP Putrajaya dan mencampakkan Adnan untuk selama-lamanya. Cuma masanya bukan sesuai sekarang ini. Dia masih mampu membuatkan Adnan selesa untuk sementara waktu. Sementara itu tindakan memilih Zulhasnan sebagai menteri kabinet menepis kemungkinan beliau pergi menyebelahi Najib Tun Razak dan menjadikan beliau terus bersyukur kepada a si anak menantu tadi.

Barisan kabinet Paklah memang nampak suram kerana rakyat menumpukan perhatian hanya kepada barisan utama dan perampas perhatian berita. Akan tetapi segalanya nampak cocok (sesuai dan serasi) di tempatnya apabila kita lihat kepada barisan pelapis yang akan menjadi pemimpin masa depan. Inilah muka yang akan menjadi bahan bakar dan bahan umpan dalam usaha Khairy merangkul jawatan Perdana Menteri sebelum mencecah usia 40 tahun. Sifat kerakusan dan kebuasan seorang pengimpi jawatan tertinggi itu memang amat jelas kelihatan di mana sahaja dalam kabinet Paklah. Mereka yang terfikir bahawa Paklah sudah ketandusan idea memang tepat dengan pemikiran itu, tetapi Khairy ternyata tidak kehilangan wawasannya. Malahan, Khairy mampu memperkasakan kedudukannya. Barisan kabinet baru itu seolah olah menampakkan Paklah sengaja meniru usaha memperkasakan kumpulan Mahathir- Najib dan dengan itu tidak boleh dijangka akan dicabar oleh mereka secepat mungkin - Sedangkan Najib sendiri tidak mampu melangkah jauh ke depan kerana ramai menteri yang sama taraf dengannya ataupun lebih kanan darinya masih berada dalam kabinet dan tidak mungkin mudah tunduk kepada rakan ‘junior’ mereka walaupun dia berperanan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa pun, Khairy merupakan insan yang akan meraih keuntungan di waktu yang panjang. Mungkin kabinet itu diwarnai tunggul lapuk sahaja, tetapi semasa anda membaca nukilan ini Khairy sedang merencana satu muslihat baru semacam ular-ular berbisa yang akan dilepaskannya naik menonjol di persada utama politik UMNO.


Bersambung ke Bahagian 29: Muslihat Baru: Mawarindu- Insan baru dalam Kehidupan Abdullah


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 29
Muslihat Baru: Mawarindu - Insan Baru Dalam Kehidupan Abdullah
(A New Deal: Rosebud – a new person in Abdullah’s life)

Selain dari sama-sama berasal daripada Pulau Pinang, ada satu minat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang turut dikongsi juga oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka berdua adalah peminat Almarhum Tan Sri P. Ramlee, juga anak kelahiran Pulau Pinang. Kalau Anwar Ibrahim amat suka mengalunkan lagu ‘Azizah’, tentunya sebagai merujuk kepada isterinya sendiri; Abdullah gemar akan satu lagi gubahan P. Ramlee yang bertajuk ‘Anak Dara Rindu’. Kawan-kawan lama Abdullah di universiti dahulu pernah menceritakan kisah bagaimana dia kerap meragamkan alunan lagu itu dan senikatanya yang meleret-leret, sambil mengimbau nama seorang kekasih hati yang ditinggalkan jauh kesepian di kampung halaman di tepian sungai yang mengalir lesu ke arah muara dan lautan. Suara Abdullah adalah lebih mirip suara A.R. Tompel daripada menyerupai suara P. Ramlee.

Ketika Abdullah sama-sama berkhidmat bersama ayah Khairy di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, mereka berdua kerap diminta menyanyikan lagi-lagu P. Ramlee sebagai menghibur rakan-rakan tetamu daripada negara jiran. Selalunya Abdullah akan memilih lagu kegemaran yang sama untuk didendangkannya.

Perkara ini sememangnya lebih daripada secara kebetulan sahaja. Pada tahap awalan beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam (PTD), Abdullah telah bersua muka dan mengahwini seorang pegawai kerajaan peringkat bawahan yang merupakan kelahiran keluarga seorang pegawai tinggi Perkhidmatan Negeri Selangor yang terkenal. Nama gadis itu ialah Endon Mahmood Ambak. Itulah perkahwinan yang diiringi satu pakej penuh manfaat kepada seorang pegawai muda yang bermertuakan seorang pegawai tinggi perkhidmatan awam. Abdullah masih lagi mentah dalam meniti tangga pangkat yang sentiasa licin dan lembab langkahnya untuk naik ke atas hierarki PTD. Ketika itu Abdullah dan Endon sentiasa dilihat sebagai sepasang suami isteri laksana pinang dibelah dua. Akan tetapi mereka yang mengenali Abdullah sejak zaman kanak-kanak dahulu, sedar betapa Abdullah telah dibesarkan dengan bayangan ’pondok’ yang menjadi warisan datuknya; seorang ilmuwan hebat pada zaman itu, Sheikh Abdullah Fahim. Mereka masih ingat betapa hati muda Abdullah pernah dicuri oleh seorang gadis sunti kelahiran tempatan. Hanya beberapa lama kemudiannya keadaan sudah berubah menjadikan hati muda Abdullah jatuh tersangkut kepada Endon.

Sememangnya tidak ada sesiapa yang meragukan betapa bahagianya perkahwinan Abdullah kepada Endon Malahan itulah perkahwinan yang mempunyai teras pengukuhan yang amat luar biasa. Endon adalah laksana tongkat sakti yang menjadi tonggak harapan Abdullah. Pada zaman dahulu sebelum munculnya insan bernama Khairy Jamaluddin mewarnai keluarga Abdullah, kehadiran Endon di sisinya dengan kesetiaan Setiausaha Politiknya dahulu Allahyarham Fatah, merupakan laksana jejambat gantung yang mengukuhkan dua menara kembar yang tegak perkasa menyokong ketokohannya. Pemergian Fatah hanya beberapa bulan selepas Abdullah naik takhta Timbalan Perdana Menteri, disusuli kemudiannya dengan pemergian Endon yang dihambat serangan barah, menyebabkan Abdullah menyandarkan harapan ke atas satu kelompok manusia yang menunjukkan kesetiaan lebih berpandukan kepada ganjaran dan habuan yang dapat mereka perah darinya berbanding kesetiaan abadi kepadanya. Inilah keadaan yang membuatkan kedudukan Abdullah menjadi goyah.

Abdullah merupakan seorang hamba Allah yang tidak mempunyai naluri mempercayai jatidiri sendiri. Malahan, bolehlah dikatakan dia amat kurang memiliki naluri demikian. Lantas, dia perlu mewujudkan satu kelompok penasihat yang rapat dengannya dan yang mampu melakar idea pemikiran dan strategi. Memang kerap juga dia sendiri tidak dapat memahami mereka, namun sebaliknya dialah yang menjadi jurucakap kepada pemikiran yang mereka cetuskan. Inilah caranya negara ini sedang ditadbir di bawah pemerintahan Abdullah.

Sesungguhnya para penasihat demikian memang tidak bertindak untuk membawa faedah kepada negara ini, akan tetapi tindakan mereka itu dilaksanakan kerana mereka meraih sedikit manfaat darinya. Malahan dalam keluarga Abdullah sendiri, walaupun dia mengaku kerap mengharapkan pandangan anaknya Kamal dan Nori, pandangan mereka itu kerap diwarnai pelbagai kehendak yang penuh kerakusan daripada rakan perniagaan Kamal dalam syarikat Scomi, dan nafsu membuak Nori yang sering mahu melihat dan melonjakkan impian politik suaminya yang memang terkenal sebagai pelahap yang bijak. Akhirnya para penasihat Abdullah lebih dianggap sebagai burung unta dan bukannya sebagai penasihat bergeliga. Mereka dilihat begitu ganas menyiat dan melahap daging yang ada sehingga tulang sumsumnya.

Beberapa bulan yang lalu, menjelang berakhirnya seratus malam tahlil selepas pemergian Endon, Abdullah sudah mula bertemu kawan-kawan lama daripada Kepala Batas. Salah seorang dari mereka ialah seorang insan yang memang kerap berada menemani beliau pada hari-hari terakhir sebelum pemergian Endon selama-lamanya Lelaki yang bertanggungjawab menyusun-atur majlis membaca Yassin, sepuluh hari sebelum pemergian Endon telah mencadangkan agar Abdullah menerima ketibaan satu rombongan daripada kampung halamannya di Kepala Batas. ”Setakat kawan-kawan lama sahaja.” kata lelaki itu.

Apa yang tidak Abdullah sedari ialah sikap kawan baiknya itu dengan karenah lamanya yang bertindak sebagai seorang pengiring khas dengan harapan untuk menemukan kembali sekuntum ”Mawarindu”. Inilah dia ’gadis-sunti’ daripada Kepala Batas yang pernah berani mencuri hati Abdullah kira-kira lima puluh tahun dahulu semasa Abdullah masih teraba-raba tanpa keruan mencari tempat untuk melakar masa depannya. Memang, si Mawarindu masih bernafas lagi. Segar dan bugar walaupun usia sudah memanjat tangga kelima puluhan dan bergelar seorang balu yang sudah beranak dan bercucu yang kerap menemaninya. Si Mawarindu kerap menghabiskan masanya di khalayak masyarakat setempat -- seperti wanita berumur lain, khususnya dalam bidang kerja kemasyarakatan dan beramal-jariah. Namun, beliau mempunyai ketrampilan yang ceria dan kerap bertanya khabar akan insan istimewa yang kerap duduk tertonggok di tepi jalan di hadapan rumah banglo dua tingkat, menunggu si gadis sunti melintasi rumahnya. Buat ketika ini si Mawarindu memang sibuk dengan kerja sebagai seorang nenek sepenuh masa, tetapi, kalau mengikut kata-kata kawan-kawan lama Abdullah, beliau adalah lebih sesuai memberikan sokongan dengan berada di sisi Abdullah yang lembut dan terlalu berbudi bahasa. Si Mawarindu memang tidak mempunyai impian politik dan tidak berkemungkinan menggunakan peluang hidup sebagai isteri seorang Perdana Menteri untuk mendesak banyak habuan seperti yang dilakukan oleh ramai penggali lombong emas yang kini giat menyibuk dengan rakusnya.

Memang ramai sangat wanita semacam itu. Pelakon wanita, penyanyi, janda menteri-menteri, pemilik bangunan tinggi yang tidak laku lagi dan projek semacam itu, ibu tunggal yang mempunyai anak-anak berusia dua puluhan yang berimpian tinggi, malahan golongan andartu di kalangan warga istana yang sedia menawarkan diri sebagai calon mengisi kekosongan yang nyata. Ada yang sudah berani mengiklankan diri dalam tabloid sambil menonjolkan diri sebagai tokoh ibu utama negara. Semua wanita ini menyandarkan harapan agar Abdullah adalah laksana Azmi dan Effendi, yang akhirnya nanti akan jatuh cinta kepada insan bermata cilik yang akan memintal manja keperibadian Abdullah dengan jejari mereka.

Akan tetapi, Abdullah bukannya laksana Datuk K, walaupun banyak desas-desus yang menyatakan sebaliknya. Selama ini Abdullah merupakan seorang suami yang setia kepada isteri yang satu dan tidak pernah menyimpang jauh lebih satu meter daripada kamar tidur yang dikongsi bersama Endon, kecuali kalau dia perlu masuk bilik mandi.

Entah mana yang satu antara mujur dan malangnya – semua para penggalak, pengurus majlis, pengenal dan orang-tengah, termasuk juga di kalangan mereka itu beberapa anggota kabinet yang ada; semuanya gagal membuatkan Abdullah tersangkut dan jatuh cinta ala Normala-Tiara menjebak kekasih mereka.

Betapa seriuskah percintaan Abdullah dan si Mawarindu? BAIKLAH ANDA INGAT DULU BAHAWA ANDA MENDAPAT BERITA INI AWAL-AWAL LAGI LAKSANA EDISI AWAL DARIPADA LAMAN INI.

Beberapa bulan yang lalu, satu rombongan telah datang ke Putrajaya dan di antara tujuh belas wanita yang diangkut oleh bas hijau-kuning daripada stesen Padang Merdeka Butterworth termasuklah Puan Mawarindu. Abdullah telah mengecam beliau dengan pantas dan begitu ceria melihat ketibaan beliau membawa oleh-oleh yang berisi kueh bahulu yang memang dia masih ingat menjadi kegemaran beliau membuatnya semasa perayaan Hari Raya satu ketika dahulu. Tidak banyak pertukaran kata-kata antara mereka berdua. Tetapi tidak lama selepas itu Abdullah telah mengarahkan seorang anggota risik kepercayaannya untuk melakukan risikan keselamatan ke atas Puan Mawarindu sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Tidak ada yang meragukan dalam siasatan itu. Tidak lama kemudian beberapa memanda dan paman serta sepupu Paklah telah datang mengunjungi rumah Puan Mawarindu di Kepala Batas.

Kehadiran Mawarindu dalam bayangan hidup Abdullah telah terbongkar gara-gara keceluparan seorang ‘datuk’ bekas BTN (memang sahabat baik Abdullah dan kini menjadi seorang Yang Berhormat). Beliau tersasul cakap dan menyebut nama Mawarindu ketika menjamu selera waktu makan tengah hari di kediaman rasmi Perdana Menteri. Inilah yang mengejutkan anak Abdullah. Yang menghairankan tidak ada sesiapa yang begitu prihatin dengan kehadiran nama Mawarindu, kecuali si anak menantu.

Khairy sudah lama sedar antara begitu banyak jenis wanita di dunia ini yang tidak diingininya dikahwini oleh Abdullah, inilah jenis wanitanya. Wanita jenis ini mengikut tanggapannya akan memastikan Abdullah terus berada di landasan yang lurus dan membuatkan Abdullah sentiasa prihatin akan jatidirinya untuk rasa bersalah kerana membiarkan anak menantunya yang rakus membalun harta karun dan memberi peluang kepada segala kroni membalun sama sedangkan pihak yang berhak terpinggir sahaja. Khairy boleh merasa lega kalaulah Abdullah jatuh hati terhadap seorang peragawati (model) yang mudah dipujuk agar menutup matanya terhadap segala kegiatan yang terjalin di belakang suaminya. Khairy mudah membahagi-dua segala habuan yang ada dengan isteri Abdullah itu. Khairy juga tidak merasa gentar kalau ada seorang isteri baru semacam Rosmah Mansor yang mudah dipujuk agar tutup mulut dengan memberikan layanan yang baik dan protokol yang berlebihan untuk menyenangi egonya. Wanita semacam itu memang tidak mengancam Khairy yang yakin dapat menonjolkan ketrampilan ala Hindustan (seperti yang pernah disebut Greg Sheridan) untuk memujuk kaum Hawa mengikut kehendaknya..

Akan tetapi apabila berdepan dengan insan yang takut kepada Allah, Khairy memang tidak punya jawapan. Dia tidak mampu menentang kesucian semacam itu dengan segala kebijaksanaan yang dicanai oleh pensyarahnya di Oxford dahulu..

Itu sebabnya Khairy memujuk isterinya Nori agar Abdullah sedar betapa kurang baik menggantikan Endon dengan menikah seorang wanita lain sebagai isteri barunya; walaupun nyata dan jelas Abdullah memang memerlukan rakan hidup di waktu ini. Nori telah mengemukakan satu hujah yang amat bersahaja dan 'simple’ maknanya: cukuplah dengan kita berempat sahaja – yakni bang beliau Kamal dan isterinya Azrene dan Nori bersama suaminya Khairy. Mereka beranggapan bahawa empat orang itu sudah cukup menjadi tongkat yang menyangga Abdullah. Tidak perlu ditambah lagi bilangan itu dan tidak perlu ada orang lain untuk melangkah masuk dewan sepi di kediaman rasmi Putrajaya.

Pada mulanya memang Abdullah akur kepada desakan anak perempuannya yang digalakkan oleh Khairy kerana Khairy memang takut akan kehadiran seorang bahu (bahasa Hindustan bermakna ibu mertua). Akan tetapi kawan-kawan Abdullah tidak mudah putus asa. Khairy menjadi terkejut beruk bila mengetahui satu kisah yang terjadi sebelum berlakunya rombakan kabinet yang baru berlalu. Ketika itu Abdullah sedang berbincang secara terbuka dengan Kamal di Perth, secara tiba-tiba Abdullah telah terserempak dengan Puan Mawarindu dengan cucu-cucunya di satu kedai ’strudel’ di Perth. Itu bukan alang-alang ’terserempak’. Sesungguhnya beberapa orang anggota sekretariat Abdullah telah mengatur percutian Mawarindu di Perth agar dapat berada sama waktu di Perth dengan ketibaan Abdullah. Sudah tentu Nori dan Khairy naik melenting. Akan tetapi akan tiba juga masanya apabila mereka juga terpaksa akur tidak mampu menguasai pergerakan Abdullah. Lagi pun, siapa boleh teka bahawa kejadian terserempak itu akan berulang banyak kali lagi pada masa hadapan?

Pembaca yang dihormati, tentu ingin sangat mengetahui nama sebenar Puan Mawarindu. Malahan, nama itu memang sudah diketahui umum. Mereka yang mengingati lagu-lagu P.Ramlee tentu sedar kalau Anwar mempunyai ‘Azizah’; nama sebenar Mawarindu ialah terlekat pada satu lagi lagu yang memuji seorang lagi wanita. Cukupkah dulu kalau disebut di sini, seandainya Abdullah tercegat di hadapan jendela di pejabatnya di Putrjaya, besar kemungkinan dia mengulang kembali senikata ‘Anak Dara Rindu’. Bisikannya itu bukan kerana kebosanan, tetapi lebih kepada kesepian, terhadap barang yang lepas dan tidak boleh dicari ganti.

Sama sekampung, sedangkan dirindu
Inikan lagi hai jauh di mata..

Terkini: Atas permintaan ramai, keseluruhan senikara lagu yang pernah didendangan Almarhum Tan Sri P.Ramlee disiarkan di sini:
NAK DARA RINDU
Original Singer : P. Ramlee

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai hai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu
Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu
Tanjung Katong Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata
Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata


Apa yang Allah telah ketemukan, tidak akan dapat dipisahkan oleh keperkasaan Kamal, Azrene, Nori dan Khairy walaupun mereka berganding sama.

Bersambung ke Bahagian 30: Pecah Perang: Budak Pekan Mula Melawan

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 30
Pecah Perang: Budak Pekan Mula Melawan
(The Battle Begins: Pekan Boy Strikes Back)

Malam itu gelap gelita dan dihenyak ribut. Tetamu yang muncul daripada sebuah kereta yang tidak dikenali masuk meluncur di Aman Kota, melepasi pejabat Suruhanjaya Tinggi India, untuk memasuki gerbang rumah kediaman persendirian Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Kereta yang dinaikinya ialah kereta Waja yang sama dengan segala Waja yang kelihatan di jalan raya Malaysia. Namun, tetamu yang duduk di sebelah pemandu kereta itu tidak dapat dicam dari luar kerana tinta cermin kereta yang gelap, dan jelas menyalahi peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan. Sememangnya cermin gelap itu adalah satu kemestian untuk mengaburkan penglihatan orang luar kerana ketibaannya adalah untuk satu pertemuan yang sungguh sensitif. Dua tokoh yang akan bertemu itu adalah pemegang jawatan tinggi dalam UMNO dan dalam pentadbiran kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Mereka berdua tidak mahu dunia sejagat, khususnya Khairy Jamaluddin mengetahui apakah agenda pertemuan itu.

Najib Tun Razak yang telah merancang pertemuan itu. Beliau telah muncul daripada dewan utama rumah kediamannya yang kini sudah diubahsuai dijadikan surau sementara untuk para tetamu yang beliau undang pada petang itu untuk makan malam secara tidak formal. Kini, sekitar 40 orang tetamu yang datang sudah pun beransur pulang dan segelintir yang masih ada (termasuk bekas editor The New Straits Times Abdullah Ahmad dan beberapa bekas menteri) telah didesak oleh pegawai-pegawai khas Najib agar mereka juga turut berundur pulang. Najib sedang menunggu ketibaan seorang tetamu penting tidak lama lagi seolah-olah orang yang ditunggu-tunggu itu adalah ketuanya seorang Perdana Menteri. Tetapi bukan itu tetamu beliau yang sebenarnya. Tetamu itu adalah orang yang akan bersama-sama Najib membincangkan cara menjatuhkan Khairy Jamaluddin dalam Persidangan UMNO yang akan datang.

Si tetamu memang orang bergelar, belum sampai setengah umur lagi, tetapi beliau memang sudah lama memendam rasa terhadap Khairy. Setakat ini memang Najib enggan bertemu beliau secara peribadi kerana tidak mahu memberi isyarat kepada Khairy yang dia turut mahu menggagalkan impian anak muda itu naik mencanak dalam UMNO. Tetapi, masanya sudah tiba untuk Najib bertindak segera. Anak Rembau akan menghadapi satu tentangan dalam kerjaya politiknya oleh seorang patriak (orang yang disegani) daripada Pekan, Pahang. Pukulan sulung dalam peperangan UMNO dan pucuk kepimpinan kerajaan Abdullah Badawi sudah pun bermula.

Si tetamu tadi tidak pun keluar daripada keretanya sehinga kereta itu berhenti di tepi anak tangga rumah Najib. Dengan pantas dia melangkah masuk dewan untuk disambut oleh Najib. Memanglah amat mudah mengenali si tetamu itu gara-gara kedudukannya dalam politik Malaysia, lagi pun dia menganggotai Majlis Tertinggi UMNO pimpinan Abdullah. Kalaulah ada desas-desus beliau bertemu Najib dalam keadaan berahsia itu, sudah tentu menggegarkan ibu kota dan menjadikan agenda perbincangan mereka satu berita hangat dalam UMNO.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Najib menerangkan rencana beliau kepada si tetamunya. Pertama, si tetamu, seperti Najib juga, sedar seandainya Khairy terus berpengaruh sebagai kuasa di sebalik takhta Abdullah, bermakna berakhirlah zaman kuasa mereka berdua. Mereka berdua memang sedar ketahanan mereka dalam politik adalah amat bergantung kepada kematian kerjaya politik Khairy. Tidak ada gunanya menyerlah kesetiaan kepada anak muda yang sudah begitu taksub untuk menjadi seorang Perdana Menteri sebaik sahaja dia mencapai usia 40 tahun. Cara terbaik untuk Khairy mencapai impian itu ialah dengan menamatkan kerjaya Najib dan tetamunya. Lagi pun, mereka berdua ini tidak mungkin bermuslihat hanya untuk membodek Khairy.

Memang umum sudah mengetahui betapa bencinya Khairy terhadap Najib. Mengikut mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Khairy telah berani mengugut Najib betapa dia memiliki beberapa bahan bukti rahsia Najib seperti yang dibekalkan kepadanya oleh Perkhidmatan Risikan Singapura. Antara bahan rahsia itu ialah kerja-kerja kotor melibatkan rasuah Najib sepanjang dia menjadi Menteri Pertahanan. Singapura memang ghairah mahu Najib ditolak ke tepi daripada menjadi Perdana Menteri kerana mereka mahu terus menikmati peluang daripada kelemahan Abdullah yang lebih mesra dan mudah mengalah kepada Lee Hsien Loong dan kerajaannya di Singapura. Antara segala bahan bukti itu ialah kisah skandal Najib. Sememangnya selepas Anwar Ibrahim diaibkan, ramai dalam UMNO tidak peduli akan Najib lagi, lagi pun akar umbi Melayu mahukan para pemimpin mereka yang warak.

Antara serangan yang amat menghantui Najib ialah kisah bagaimana beliau menggunakan Razak Baginda dan beberapa orang lain untuk membalun lemak kepala santan daripada peruntukan Kementerian Pertahanan dalam mendapatkan kelengkapan perang. Jumlah yang mereka balun memang berjuta-juta dan dapat dicam dengan mudah kerana Najib memiliki akaun dalam Bank Singapura. Begitu juga dengan beberapa nomini beliau yang tidak semestinya taat kepada tuan politiknya.

Khairy pernah bercakap kepada Kalimullah Hassan Masheerul Hassan bahawa bukan susah sangat untuk mengetepikan Najib. Memang benar apa yang dikatakannya. Dengan pengaruh Khairy menguasai media, yang turut dikagumi oleh Mahathir Mohammad, Najib tidak ada peluang menggunakan media untuk pertahankan diri terhadap sebarang tuduhan oleh Abdullah dan Khairy. Segala kerja busuk Najib memang amat mudah dibuktikan kerana ia amat berbeza dengan usaha Mahathir yang cuba membusukkan Anwar Ibrahim. Najib mungkin cuba pertahankan dirinya tetapi tidak ada sesiapa yang sanggup mendengar dan mempercayainya. Dengan segala bahan bukti yang sudah dibuat oleh lawannya, Najib akan ternyata sama besar pembohong seperti Umi Hafilda yang berkata bahawa beliau masih berstatus dara sunti lagi. Dengan lain perkataan tidak ada sesiapa yang akan mendengar Budak Pekan itu lagi walaupun apa yang disebutnya mengandungi kebenaran.

Mahathir Mohamad sudah dapat tahu melalui orang-orang kepercayaannya, bahawa Khairy sudah bertungkus-lumus mengumpul segala bahan bukti daripada Singapura. Memang banyak yang telah dibelanjakan untuk memperolehi dokumen itu dan kebanyakan kos yang berbangkit telah ditanggung oleh syarikat GLC yang tahu siapa tuan baru mereka. Inilah salah satu sebab kenapa Mahathir begitu berang. Ketika muncul beberapa kenyataan adanya segelintir pemimpin yang menjual negara ini, Mahathir telah membuat kenyataan itu dalam kerangka masa depan. Sepatutnya dia membuatnya dalam kerangka masa silam... Penjualan sudah pun dibuat, harganya telah dibayar oleh Singapura, dan Khairy dapat apa yang diingininya sebagai bahan bukti untuk menguis keluar Najib Tun Razak daripada senario politik Malaysia.

Kumpulan yang rapat dengan Najib, termasuk mereka yang kerap menelefon Malaysia-Today, telah menyebut betapa Najib memang tidak ada tulang belakang untuk melawan sesiapa, waima kucing tempang berkaki dua. Akan tetapi keadaan sudah berubah kini. Najib sedar dia tidak dapat bertahan lebih enam puluh hari dalam penjara kalaulah dia dihenyak tuduhan yang pernah ditanggung oleh Anwar. Memang amat sukar untuk Najib membuat pendirian baru begini kerana selama ini dia memang amat berhati-hati. Pada masa dahulu dia mampu mendapat sokongan padu mahaguru dan bapa angkatnya dan merupakan penyokongnya yang paling setia. Kini keadaan sudah berubah dan ini adalah satu perkara RASMI bahawasanya Mahathir Mohamad tidak lagi memberikan sokongan beliau kepada Najib sebagai alternatif kepada Abdullah Badawi. Najib sudah kehilangan begitu banyak kredibiliti dengan Mahathir membuatkan si tua ganyut itu mencari calon baru untuk mencabar Abdullah. Kini, Mahathir sudah menganggap Najib sebagai seorang ahli politik yang pengecut tidak sama seperti Almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak. Ini membuatkan Mahathir mencapai satu rumusan betapa rencananya selama beberapa tahun ini sudah gagal, segagal-gagalnya. Beliau menganggap Najib tidak layak untuk mewarisi warisan utama yang menjadi legasi Mahathir.

Buat masa ini Mahathir masih lagi mencari calon untuk menggantikan Najib sebagai anak emasnya. Setakat ini dia belum mendapati sesiapa lagi. Apa pun, dia masih memberikan Najib satu peluang terakhir untuk bangun dan mempertahankan legasi perwira lama. Sebarang gelagat Najib melaungkan kesetiaannya secara melulu kepada Abdullah tidak akan disenangi lagi oleh Mahathir dan dia sudah bersedia untuk menguis Najib keluar seperti mana dia menguis Anwar.

Sejurus pulang daripada menziarahi mantan Presiden Indonesia, Suharto yang sedang gering, Mahathir telah berkata adalah baik kalau Najib yang mengambil tempat Ghafar yang baru meninggal dunia itu. Setakat ini Najib tidak pernah berjaya mempertahankan apa pun legasi Mahathir dan kerana itu adalah lebih layak Najib disimpan sahaja di Makam Pahlawan. Itulah hujah beliau semasa bercakap dengan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Mahathir menganggap hujahnya itu memang berasas.

Kini, Najib dan tetamunya sedang merencana satu usaha untuk mensabotaj sifat kenaikan Khairy secara mencanak untuk mengimpikan jawatan Naib Presiden UMNO yang kosong. Itulah beritanya yang anda dengar sekarang!!! Khairy tidak lagi berminat menjadi Ketua Pemuda UMNO. Dia sudah meletakkan sasaran untuk mengisi jawatan Naib Presiden UMNO, yang kosong disebabkan pengunduran Isa Samad. Segala usaha sudah dirancang agar semua calon pesaing seperti Mukhriz, Mokhzani dan Zahidi Zainul Abidin akan memberikan tumpuan mendapatkan sokongan puak Pemuda. Usaha itu tidak akan ke mana-mana kerana bukan golongan muda yang akan menyokong Khairy. Sokongan akan banyak datang daripada golongan tua kerana sudah dijanjikan habuan lumayan dan ada juga yang diugut oleh para penyokong Khairy. Mereka akan mengumumkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pelantikan Naib Presiden UMNO yang paling muda dalam sejarah parti selepas Ghafar ataupun Anwar.

Apakah hebatnya lagi untuk Khairy mengejar jawatan Ketua Pemuda? Apa guna menjadi seekor ikan besar dalam kolam kalau boleh menjadi seekor jerung di lautan? Malahan, Khairy sudah pun memilih orang yang akan menjadi proksi beliau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan sekali lagi anda adalah orang yang mengetahui namanya dahulu; dia bukanlah berada dalam barisan Majlis Tertinggi (Exco) Pemuda UMNO. Akan tetapi memang sudah ada satu perjanjian bahawa insan ini akan mengejar jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mendapatkannya sebagai proksi Khairy, sedangkan si anak muda itu akan cuba mengejar jawatan yang lebih gah sebagai Naib Presiden UMNO.

Najib sudah merancang agar tetamunya malam itu akan memainkan peranan sebagai tukang kacau. Beliau akan memainkan peranan sebagai seekor kuda belang yang akan muncul sebagai pencabar yang paling sesuai untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Segala andaian yang menyongsang sudah dipercayai oleh tukang komen politik termasuk Joceline Tan. Najib tahu semua itu ada sebagai topeng semata-mata. Pada saat akhir nanti tetamu tadi akan mengumumkan dia mahu mencabar Khairy bagi jawatan Naib Presiden. Dan apa juga jawatan lain yang diingininya. Dia menjadikan ini satu jihad bagi menyekat kemaraan Khairy dan terus mengekori beliau sehinggalah dia menjadi penghalang pertama kepada peluang Khairy naik ke atas. Setakat ini tentu para pembaca mahu tahu siapa dia si tetamu itu. Siapa pula mantan Timbalan Ketua Menteri, dan siapa pula yang akan menjadi proksi Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ini merupakan permulaan kepada satu siri baru dalam Hikayat Khairy Jamaluddin yang akan melakar aturcara peperangan antara Orang Lama dalam parti dengan golongan muda pelapis pemimpin UMNO, seperti yang berlaku kini. Untuk beberapa minggu mendatang, semua nama itu akan kita dedahkan. Buat masa ini masih terlalu awal lagi untuk merosakkan keseronokan kita. UMNO sedang menuju arah yang akan berantakan, seperti PKR sebelum ini. Kalau kita dedahkan nama itu semua akan menyenangkan Khairy sahaja. Cuma ada satu perkara yang mahu kita dedahkan sekarang; bahawa dalam peperangan antara Khairy dan Najib, Najib akan gagal dan kalah. Malahan dalam mainan terbaru Najib sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada peluang terakhir yang diserahkan kepadanya oleh mantan Perdana Menteri. Akan tetapi ini satu aspek peperangan itu juga. Masih ada Bapa-segala-pertempuran antara Orang Tua Yang Lama Berkuasa itu dengan Penggantinya yang dianggap sebagai penderhaka.


Bersambung ke Bahagian 31: Pecah Perang: Budak Pekan Mula Melawan


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 31
Pecah Perang: Budak Pekan Mula Melawan
(The Battle Begins: Pekan Boy Strikes Back)

Malam itu gelap gelita dan dihenyak ribut. Tetamu yang muncul daripada sebuah kereta yang tidak dikenali masuk meluncur di Aman Kota, melepasi pejabat Suruhanjaya Tinggi India, untuk memasuki gerbang rumah kediaman persendirian Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Kereta yang dinaikinya ialah kereta Waja yang sama dengan segala Waja yang kelihatan di jalan raya Malaysia. Namun, tetamu yang duduk di sebelah pemandu kereta itu tidak dapat dicam dari luar kerana tinta cermin kereta yang gelap, dan jelas menyalahi peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan. Sememangnya cermin gelap itu adalah satu kemestian untuk mengaburkan penglihatan orang luar kerana ketibaannya adalah untuk satu pertemuan yang sungguh sensitif. Dua tokoh yang akan bertemu itu adalah pemegang jawatan tinggi dalam UMNO dan dalam pentadbiran kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Mereka berdua tidak mahu dunia sejagat, khususnya Khairy Jamaluddin mengetahui apakah agenda pertemuan itu.

Najib Tun Razak yang telah merancang pertemuan itu. Beliau telah muncul daripada dewan utama rumah kediamannya yang kini sudah diubahsuai dijadikan surau sementara untuk para tetamu yang beliau undang pada petang itu untuk makan malam secara tidak formal. Kini, sekitar 40 orang tetamu yang datang sudah pun beransur pulang dan segelintir yang masih ada (termasuk bekas editor The New Straits Times Abdullah Ahmad dan beberapa bekas menteri) telah didesak oleh pegawai-pegawai khas Najib agar mereka juga turut berundur pulang. Najib sedang menunggu ketibaan seorang tetamu penting tidak lama lagi seolah-olah orang yang ditunggu-tunggu itu adalah ketuanya seorang Perdana Menteri. Tetapi bukan itu tetamu beliau yang sebenarnya. Tetamu itu adalah orang yang akan bersama-sama Najib membincangkan cara menjatuhkan Khairy Jamaluddin dalam Persidangan UMNO yang akan datang.

Si tetamu memang orang bergelar, belum sampai setengah umur lagi, tetapi beliau memang sudah lama memendam rasa terhadap Khairy. Setakat ini memang Najib enggan bertemu beliau secara peribadi kerana tidak mahu memberi isyarat kepada Khairy yang dia turut mahu menggagalkan impian anak muda itu naik mencanak dalam UMNO. Tetapi, masanya sudah tiba untuk Najib bertindak segera. Anak Rembau akan menghadapi satu tentangan dalam kerjaya politiknya oleh seorang patriak (orang yang disegani) daripada Pekan, Pahang. Pukulan sulung dalam peperangan UMNO dan pucuk kepimpinan kerajaan Abdullah Badawi sudah pun bermula.

Si tetamu tadi tidak pun keluar daripada keretanya sehinga kereta itu berhenti di tepi anak tangga rumah Najib. Dengan pantas dia melangkah masuk dewan untuk disambut oleh Najib. Memanglah amat mudah mengenali si tetamu itu gara-gara kedudukannya dalam politik Malaysia, lagi pun dia menganggotai Majlis Tertinggi UMNO pimpinan Abdullah. Kalaulah ada desas-desus beliau bertemu Najib dalam keadaan berahsia itu, sudah tentu menggegarkan ibu kota dan menjadikan agenda perbincangan mereka satu berita hangat dalam UMNO.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Najib menerangkan rencana beliau kepada si tetamunya. Pertama, si tetamu, seperti Najib juga, sedar seandainya Khairy terus berpengaruh sebagai kuasa di sebalik takhta Abdullah, bermakna berakhirlah zaman kuasa mereka berdua. Mereka berdua memang sedar ketahanan mereka dalam politik adalah amat bergantung kepada kematian kerjaya politik Khairy. Tidak ada gunanya menyerlah kesetiaan kepada anak muda yang sudah begitu taksub untuk menjadi seorang Perdana Menteri sebaik sahaja dia mencapai usia 40 tahun. Cara terbaik untuk Khairy mencapai impian itu ialah dengan menamatkan kerjaya Najib dan tetamunya. Lagi pun, mereka berdua ini tidak mungkin bermuslihat hanya untuk membodek Khairy.

Memang umum sudah mengetahui betapa bencinya Khairy terhadap Najib. Mengikut mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Khairy telah berani mengugut Najib betapa dia memiliki beberapa bahan bukti rahsia Najib seperti yang dibekalkan kepadanya oleh Perkhidmatan Risikan Singapura. Antara bahan rahsia itu ialah kerja-kerja kotor melibatkan rasuah Najib sepanjang dia menjadi Menteri Pertahanan. Singapura memang ghairah mahu Najib ditolak ke tepi daripada menjadi Perdana Menteri kerana mereka mahu terus menikmati peluang daripada kelemahan Abdullah yang lebih mesra dan mudah mengalah kepada Lee Hsien Loong dan kerajaannya di Singapura. Antara segala bahan bukti itu ialah kisah skandal Najib. Sememangnya selepas Anwar Ibrahim diaibkan, ramai dalam UMNO tidak peduli akan Najib lagi, lagi pun akar umbi Melayu mahukan para pemimpin mereka yang warak.

Antara serangan yang amat menghantui Najib ialah kisah bagaimana beliau menggunakan Razak Baginda dan beberapa orang lain untuk membalun lemak kepala santan daripada peruntukan Kementerian Pertahanan dalam mendapatkan kelengkapan perang. Jumlah yang mereka balun memang berjuta-juta dan dapat dicam dengan mudah kerana Najib memiliki akaun dalam Bank Singapura. Begitu juga dengan beberapa nomini beliau yang tidak semestinya taat kepada tuan politiknya.

Khairy pernah bercakap kepada Kalimullah Hassan Masheerul Hassan bahawa bukan susah sangat untuk mengetepikan Najib. Memang benar apa yang dikatakannya. Dengan pengaruh Khairy menguasai media, yang turut dikagumi oleh Mahathir Mohammad, Najib tidak ada peluang menggunakan media untuk pertahankan diri terhadap sebarang tuduhan oleh Abdullah dan Khairy. Segala kerja busuk Najib memang amat mudah dibuktikan kerana ia amat berbeza dengan usaha Mahathir yang cuba membusukkan Anwar Ibrahim. Najib mungkin cuba pertahankan dirinya tetapi tidak ada sesiapa yang sanggup mendengar dan mempercayainya. Dengan segala bahan bukti yang sudah dibuat oleh lawannya, Najib akan ternyata sama besar pembohong seperti Umi Hafilda yang berkata bahawa beliau masih berstatus dara sunti lagi. Dengan lain perkataan tidak ada sesiapa yang akan mendengar Budak Pekan itu lagi walaupun apa yang disebutnya mengandungi kebenaran.

Mahathir Mohamad sudah dapat tahu melalui orang-orang kepercayaannya, bahawa Khairy sudah bertungkus-lumus mengumpul segala bahan bukti daripada Singapura. Memang banyak yang telah dibelanjakan untuk memperolehi dokumen itu dan kebanyakan kos yang berbangkit telah ditanggung oleh syarikat GLC yang tahu siapa tuan baru mereka. Inilah salah satu sebab kenapa Mahathir begitu berang. Ketika muncul beberapa kenyataan adanya segelintir pemimpin yang menjual negara ini, Mahathir telah membuat kenyataan itu dalam kerangka masa depan. Sepatutnya dia membuatnya dalam kerangka masa silam... Penjualan sudah pun dibuat, harganya telah dibayar oleh Singapura, dan Khairy dapat apa yang diingininya sebagai bahan bukti untuk menguis keluar Najib Tun Razak daripada senario politik Malaysia.

Kumpulan yang rapat dengan Najib, termasuk mereka yang kerap menelefon Malaysia-Today, telah menyebut betapa Najib memang tidak ada tulang belakang untuk melawan sesiapa, waima kucing tempang berkaki dua. Akan tetapi keadaan sudah berubah kini. Najib sedar dia tidak dapat bertahan lebih enam puluh hari dalam penjara kalaulah dia dihenyak tuduhan yang pernah ditanggung oleh Anwar. Memang amat sukar untuk Najib membuat pendirian baru begini kerana selama ini dia memang amat berhati-hati. Pada masa dahulu dia mampu mendapat sokongan padu mahaguru dan bapa angkatnya dan merupakan penyokongnya yang paling setia. Kini keadaan sudah berubah dan ini adalah satu perkara RASMI bahawasanya Mahathir Mohamad tidak lagi memberikan sokongan beliau kepada Najib sebagai alternatif kepada Abdullah Badawi. Najib sudah kehilangan begitu banyak kredibiliti dengan Mahathir membuatkan si tua ganyut itu mencari calon baru untuk mencabar Abdullah. Kini, Mahathir sudah menganggap Najib sebagai seorang ahli politik yang pengecut tidak sama seperti Almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak. Ini membuatkan Mahathir mencapai satu rumusan betapa rencananya selama beberapa tahun ini sudah gagal, segagal-gagalnya. Beliau menganggap Najib tidak layak untuk mewarisi warisan utama yang menjadi legasi Mahathir.

Buat masa ini Mahathir masih lagi mencari calon untuk menggantikan Najib sebagai anak emasnya. Setakat ini dia belum mendapati sesiapa lagi. Apa pun, dia masih memberikan Najib satu peluang terakhir untuk bangun dan mempertahankan legasi perwira lama. Sebarang gelagat Najib melaungkan kesetiaannya secara melulu kepada Abdullah tidak akan disenangi lagi oleh Mahathir dan dia sudah bersedia untuk menguis Najib keluar seperti mana dia menguis Anwar.

Sejurus pulang daripada menziarahi mantan Presiden Indonesia, Suharto yang sedang gering, Mahathir telah berkata adalah baik kalau Najib yang mengambil tempat Ghafar yang baru meninggal dunia itu. Setakat ini Najib tidak pernah berjaya mempertahankan apa pun legasi Mahathir dan kerana itu adalah lebih layak Najib disimpan sahaja di Makam Pahlawan. Itulah hujah beliau semasa bercakap dengan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Mahathir menganggap hujahnya itu memang berasas.

Kini, Najib dan tetamunya sedang merencana satu usaha untuk mensabotaj sifat kenaikan Khairy secara mencanak untuk mengimpikan jawatan Naib Presiden UMNO yang kosong. Itulah beritanya yang anda dengar sekarang!!! Khairy tidak lagi berminat menjadi Ketua Pemuda UMNO. Dia sudah meletakkan sasaran untuk mengisi jawatan Naib Presiden UMNO, yang kosong disebabkan pengunduran Isa Samad. Segala usaha sudah dirancang agar semua calon pesaing seperti Mukhriz, Mokhzani dan Zahidi Zainul Abidin akan memberikan tumpuan mendapatkan sokongan puak Pemuda. Usaha itu tidak akan ke mana-mana kerana bukan golongan muda yang akan menyokong Khairy. Sokongan akan banyak datang daripada golongan tua kerana sudah dijanjikan habuan lumayan dan ada juga yang diugut oleh para penyokong Khairy. Mereka akan mengumumkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pelantikan Naib Presiden UMNO yang paling muda dalam sejarah parti selepas Ghafar ataupun Anwar.

Apakah hebatnya lagi untuk Khairy mengejar jawatan Ketua Pemuda? Apa guna menjadi seekor ikan besar dalam kolam kalau boleh menjadi seekor jerung di lautan? Malahan, Khairy sudah pun memilih orang yang akan menjadi proksi beliau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan sekali lagi anda adalah orang yang mengetahui namanya dahulu; dia bukanlah berada dalam barisan Majlis Tertinggi (Exco) Pemuda UMNO. Akan tetapi memang sudah ada satu perjanjian bahawa insan ini akan mengejar jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mendapatkannya sebagai proksi Khairy, sedangkan si anak muda itu akan cuba mengejar jawatan yang lebih gah sebagai Naib Presiden UMNO.

Najib sudah merancang agar tetamunya malam itu akan memainkan peranan sebagai tukang kacau. Beliau akan memainkan peranan sebagai seekor kuda belang yang akan muncul sebagai pencabar yang paling sesuai untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Segala andaian yang menyongsang sudah dipercayai oleh tukang komen politik termasuk Joceline Tan. Najib tahu semua itu ada sebagai topeng semata-mata. Pada saat akhir nanti tetamu tadi akan mengumumkan dia mahu mencabar Khairy bagi jawatan Naib Presiden. Dan apa juga jawatan lain yang diingininya. Dia menjadikan ini satu jihad bagi menyekat kemaraan Khairy dan terus mengekori beliau sehinggalah dia menjadi penghalang pertama kepada peluang Khairy naik ke atas. Setakat ini tentu para pembaca mahu tahu siapa dia si tetamu itu. Siapa pula mantan Timbalan Ketua Menteri, dan siapa pula yang akan menjadi proksi Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ini merupakan permulaan kepada satu siri baru dalam Hikayat Khairy Jamaluddin yang akan melakar aturcara peperangan antara Orang Lama dalam parti dengan golongan muda pelapis pemimpin UMNO, seperti yang berlaku kini. Untuk beberapa minggu mendatang, semua nama itu akan kita dedahkan. Buat masa ini masih terlalu awal lagi untuk merosakkan keseronokan kita. UMNO sedang menuju arah yang akan berantakan, seperti PKR sebelum ini. Kalau kita dedahkan nama itu semua akan menyenangkan Khairy sahaja. Cuma ada satu perkara yang mahu kita dedahkan sekarang; bahawa dalam peperangan antara Khairy dan Najib, Najib akan gagal dan kalah. Malahan dalam mainan terbaru Najib sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada peluang terakhir yang diserahkan kepadanya oleh mantan Perdana Menteri. Akan tetapi ini satu aspek peperangan itu juga. Masih ada Bapa-segala-pertempuran antara Orang Tua Yang Lama Berkuasa itu dengan Penggantinya yang dianggap sebagai penderhaka.


Bersambung ke Bahagian 32: Bila Perang Bermula: Mahathir Pilih Senjatanya


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 32
Bila Perang Bermula: Mahathir Pilih Senjatanya
(The Battle Begins: Mahathir chooses his weapon)

Pada Disember 1990, ketika masih terbaring di katilnya, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, telah menerima berita bahawa Perdana Menteri ketika itu sedang dalam perjalanan menziarahi beliau. Mengikut kata-kata kakitangan Dr. Mahathir, itulah lawatan hormat ke atas Bapa Malaysia yang sedang gering dan sedang menikmati saat-saat terakhir sebelum kembali ke alam baqa. Beliau ternyata tenang dengan dirinya selepas meninggalkan pesan terakhir kepada rakyat jelata di satu perhimpunan di Kuching beberapa hari sebelum itu. Tunku mahu pergi meninggalkan dunia ini dengan suasana yang tenang.

Akan tetapi kemunculan Mahathir dianggap menyulitkan ketenangan itu. Mahathir mahu berdamai dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia yang sedang gering. Namun, Tunku bukannya seorang yang munafik. Almarhum tidak bersedia untuk berpura-pura dengan begitu pantas dan berubah sikap yang terpendam selama 25 tahun terhadap orang yang pernah mencela beliau dan menggelarnya sebagai ‘penderhaka orang Melayu’. Tunku tidak mahu berpura-pura yang beliau (Almarhum) mudah memaafkan Mahathir atas apa yang telah dilakukannya – termasuk apa yang Tunku percaya kisah merungkai demokrasi Malaysia yang pernah diasaskannya dengan penuh keperitan.

Lantas, dengan sifat lagaknya yang semula jadi, Tunku berpura-pura sedang ‘nyenyak tidur’. Mahathir muncul di sisi katilnya dan memberikan salam hormatnya sambil bercakap meleret-leret betapa beliau amat menghormati orang tua yang gering itu. Sepanjang beliau berceloteh itu Tunku terus ‘berdengkur’ seolah-olah sedang memang nyenyak tidurnya. Dengan berbuat demikian beliau tidak perlu menerima kedatangan Mahathir, apa lagi menerima hakikat bahawa seorang Perdana Menteri ada di sisinya. Tunku telah berpura-pura berdengkur untuk mengelakkan beliau terpaksa menyatakan sesuatu bahawa beliau sudah memaaf dan melupakan segala-galanya.

Enam belas tahun kemudiannya, tiba giliran Mahathir melakukan perkara yang sama kepada pengganti beliau, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Memang, Mahathir belum pun menghampiri gerbang nazaknya. Malahan dia belum sakit lagi, tetapi dia juga tidak mahu berpura-pura bahawa ‘segala-galanya sudah dimaafkan’ maksudnya ‘bukan segalanya berjalan baik’ antara beliau dan Abdullah.

Apabila Abdullah menggunakan khidmat seorang kawan lama yang sama baik dengan Mahathir (salah seorang doktor dalam rombongannya) untuk mengatur pertemuan dengan Mahathir di Tokyo dalam persidangan Nikkei pada akhir Mei lalu, sudah tentu Mahathir enggan menerimanya. Akan tetapi dia tidak boleh menolak pertemuan dengan seorang Perdana Menteri kerana dia telah diberitahu bahawa Abdullah sudah pun dalam perjalanan daripada kamar hotel dan tidak mungkin berpatah balik. Namun, itu tidak menghentikan Mahathir ‘mengulangi semula lakonan Tunku’. Beliau berlakon seolah-olah begitu sibuk dan selepas menyambut Abdullah secara tergesa-gesa dengan sedikit hello, aaah dan umph.... lawatan hormat itu pun tamat dalam masa kurang dari sepuluh minit. Walaupun Kalimullah Hassan Masheerul Hasan dan Brendan Pereira telah pecah kelentung bahawa berlaku satu pertemuan untuk berdamai antara dua orang gergasi politik UMNO, pertemuan itu hanya mempunyai suasana keriangan laksana yang terdapat di bilik mayat sebuah hospital sahaja.

Kepada Mahathir, pertemuan dengan Abdullah adalah satu kerja tidak berguna. Beliau memang tidak pernah terfikir mahu berdamai dengan Abdullah. Mahathir memang sudah buat keputusan menyeberang jambatan dengan tidak akan berpatah balik – malahan dia membakar jambatan itu setelah berpisah dengan Abdullah. Mahathir tidak lagi berfikir bagaimana menggulingkan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri tetapi sebaliknya telah merencana satu muslihat bagaimana mahu menjatuhkan seseorang yang dianggapnya kini sebagai pengganti yang paling tidak berkelayakan. Mahathir kini bukan lagi seorang pengkritik kerajaan tetapi seorang musuh yang taksub mahu menggulingkannya. Mantan Perdana Menteri itu kini merupakan secara rasminya Pemimpin Pembangkang kepada pemerintahan Abdullah.

Memang ramai yang percaya bahawa Mahathir menyandarkan harapan kepada Najib. Tetapi tidak lagi, kerana Najib sudah lama tidak diambil kira walaupun terdapat beberapa usaha kali terakhir untuk membuktikan dia adalah seorang pewaris yang berkelayakan untuk meneruskan Legasi Mahathir. Sebagai contoh, setelah menyedari bahawa dia telah dituduh oleh Kem (fraksi) Mahathir sebagai tidak mampu menggunakan peluang daripada beberapa kesilapan Abdullah termasuk kelemahan strateginya, baru-baru ini Najib telah cuba menggembleng sokongan daripada kalangan fraksi anti-Khairy. Beliau telah memberikan peluang kepada Reezal Merican Naina Merican untuk memimpin GPMS walaupun sudah nyata kini betapa Reezal adalah musuh ketat Khairy yang ada di pejabat Abdullah. Najib juga berjaya mendapatkan persetujuan si belut Suhaimi Ibrahim dengan menyuntik semangat baru kepada jasad politik yang sudah longlai. Najib berharap tindakan begitu akan mempamerkan keupayaan dan kebijaksanaan menyelesaikan satu masalah dalam satu masyarakat di mana pemimpin tradisinya ialah Abdullah sendiri.

Akan tetapi Mahathir sedar bahawa Najib adalah seekor kuda tempang yang kakinya sudah begitu terseliuh oleh pelbagai bahan bukti yang sungguh melumpuhkannya. Khairy telah berjaya mengumpulkan semua bukti itu daripada perkhidmatan risikan Singapura yang akhirnya akan digunakan untuk menyembelih Najib dan menamatkan kerjaya politik beliau dengan pelbagai bentuk skandal. Kerana itu, sambil Mahathir bersedia menerima hakikat bahawa kejatuhan Abdullah akan menyebabkan kenaikan Najib secara sementara, beliau tidak lagi menyandarkan harapan kepada Najib untuk mengepalai pergerakan menjatuhkan Abdullah.

Senjata rahsia Mahathir terletak pada tiga bidang yang khusus. Pertama ia berada secara pelik juga, pada Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi tidak melalui anaknya Mukhriz. Ramai pihak beranggapan bahawa Mahathir akan melancarkan serangan terhadap Khairy yang merupakan sasaran yang paling dibenci, melalui salah seorang anak lelaki yang memang aktif berpolitik; Mukhriz dan Mokhzani. Walaupun mereka berdua mungkin bertanding jawatan utama dalam pemilihan UMNO bulan depan, sebenarnya Mahathir sudah pun melatih orang lain yang mempunyai kaliber yang standing Khairy untuk menggantikan tempatnya dalam satu serangan pukulan maut. Mahathir telah memilih seorang lulusan OxBridge yang juga anak lelaki seorang bekas menteri kabinet. Anak muda ini sedang berusaha menimbun tabung perangnya yang sudah pun berjumlah beberapa juta untuk mengongkosi perbelanjaan dalam pertandingan jawatan UMNO. Calon terbaru Mahathir ini adalah ahli keluarga politik yang memang terkenal. Sebagai kuda perang Mahathir beliau masih muda, berupaya dan kaya-raya. Unsur kejutan ialah komponen terpenting senjata ini kerana tokoh yang dipilih oleh Mahathir masih belum menonjol di arena nasional.

Khairy beranggapan bahawa calon pilihan Mahathir adalah seorang yang dungu. Itu adalah satu perkara biasa kerana Khairy sendiri pun semasa mula-mula meniti dunia politik dianggap orang sebagai budak mentah yang tidak mampu meraih sokongan seperti yang dinikmatinya sekarang. Namun, pilihan Mahathir mempunyai kelebihan kerana tidak dikenali langsung dan tidak membawa bebanan berlebihan yang akan meruntun gerakannya. Dalam pemilihan jawatan UMNO yang akan datang, seandainya Khairy memilih untuk terus kekal dalam Pergerakan Pemuda UMNO, dia akan mendapati dirinya berdepan dengan seorang tokoh (personaliti) yang memiliki segala bakatnya tanpa segala publisiti berkarat yang selama ini dikumpulnya gara-gara karenah perniagaan dan politik. Cara calon Mahathir membina sokongannya bukanlah semata-mata melalui Pergerakan Pemuda UMNO tetapi melalui pelbagai organisasi yang semakin rapat dengan Kem Mahathir. Antaranya ialah beberapa pertubuhan professional yang mempunyai anggota terlalu sakit hati dengan kehaprakan Abdullah ataupun terlalu cemburu dengan penonjolan Khairy. Mereka merasakan mempunyai kelayakan yang sama kalau tidak lebih baik daripada Khairy dan bersedia memberikan khidmat kepada Mahathir dengan harapan bila tiba masanya, mereka dapat menukar tempat di tangga bawahan kepada awan impian dan khayalan yang kini dikuasai Khairy.

Secara rahsia Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa kontemporari Khairy, sambil mengumpul data mengenai cara hidup Khairy dan segala maklumat pergerakannya. Walaupun dia punyai segala peluang itu semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, Mahathir telah tersilap taktik memperlekehkan segala maklumat itu dulu ketika mempunyai segala peluangnya. Kini, dia sedang aktif mengumpulkannya sambil bertemu mereka yang menganggap Khairy sebagai kawan rapat ataupun bekas sahabatnya. Mereka merasa ceria menjaja maklumat sambil bersedia menerima tepukan tahniah daripada mahaguru politik Malaysia yang semakin tua.

Satu lagi rangkaian senjata Mahathir ialah pegawai kerajaan yang bertugas di pejabat Abdullah dan beberapa kementerian yang relevan seperti Kementerian Kewangan. Memang sudah tidak menjadi rahsia lagi betapa ramai pegawai tinggi kerajaan sudah begitu mual dengan apa yang mereka anggap sebagai campurtangan melulu Khairy dalam dasar kerajaan dan tagihan beliau selalu mahukan projek melalui badut-badut seperti Ahmad Zaki Zahid dan mereka yang sekandang dengannya. Semua pegawai kerajaan ini masih menyediakan laporan kepada Mahathir mengenai segala skandal dan salahlaku yang ada kaitan dengan Khairy – termasuklah satu kes terbaru di mana Khairy telah mempengaruhi penjualan asset kerajaan Malaysia kepada satu konsortium milik Singapura yang merupakan syarikat proksi yang beroperasi daripada Israel. Maklumat seperti ini tidak mungkin timbul kalau tidak dengan persekongkolan orang dalam, seperti juga beberapa maklumat dalam Hikayat Khairy Jamaluddin yang dipetik daripada pegawai yang tertekan dan putus asa di banyak agensi kerajaan.

Semua skandal ini memang kompleks dan sukar untuk difahami dengan mudah oleh rakyat marhaen. Akan tetapi ada satu kesaktian yang masih tidak dilepaskan oleh Mahathir. Ia ada kena mengena dengan kepintaran beliau menyalurkan maklumat kepada rakyat marhaen secara paling mudah apa sahaja yang mungkin dianggap kabur dan isu yang mencabar minda. Di sinilah terletaknya masalah terbesar Abdullah. Kecuali mengulangi (laksana) lagak tiong segala kata-kata Khairy, Abdullah bukanlah seorang pakar komunikasi seperti Mahathir. Apabila berdepan dengan Abdullah, ahli-ahli UMNO mudah terlelap dan berdengkur sedangkan Mahathir pandai membuatkan para hadirin terpegun dan terpesona daripada awal hingga akhirnya. Seandainya Mahathir mencabar Abdullah secara terbuka, memang tidak syak lagi Abdullah akan dilihat sebagai orang yang lemah, tergagap-gagap mencari kata-katanya, tidak mampu menyusun ayat yang sempurna untuk meyakinkan hadirinnya.

Pada waktu yang sama, sesiapa yang pernah meneliti Mahathir selama 25 tahun yang lepas akan sedar betapa dia memang pakar bercakap dengan lidah bercabang. Baru-baru ini Mahathir telah ditemubual dan wawancara itu tidak seharusnya dilihat pada yang tersurat, tetapi harus dilihat pada apa yang tersirat. Mahathir sedang berjihad KONONNYA. Beliau mempunyai keyakinan bahawa hanya dialah yang boleh menyelamatkan Negara ini daripada bencana. Dalam berjihad itu semua bentuk pakatan harus diambil kira. Malahan, mereka yang dianggap oleh Mahathir sebagai anak pinak syaitan akan mendapati diri mereka dipertimbangkan dalam pertarungan besar menentang Abdullah. Para pembaca mungkin beranggapan bahawa kami mencadangkan satu bentuk pakatan antara tokoh-tokoh yang bertarung ini yang selama lapan tahun dahulu sudah mewarnai dunia politik Melayu. Semua ini adalah serba mungkin apa yang sebenarnya ialah wujudnya tukang atur dan tukang karut sebagai suruhan pelbagai kem yang berkemungkinan mengaturkan jodoh antara anjing dan kucing sebelum muncul fajar baru tahun depan.


Bersambung ke Bahagian 33: Bila Perang Bermula: Mahathir Menyerang – Caesar Menjadi Brutus


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 33
Bila Perang Bermula: Mahathir Menyerang – Caesar Menjadi Brutus
(The Battle Begins: Caesar becomes Brutus)
Jarum jam menunjukkan pukul empat pagi. Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam, masih tidak dapat melelapkan mata. Kepanasan hari itu masih mengganggu beliau walaupun pendingin udara ligat berputar di bahagian kepala, dalam kamar tidurnya. Pada usia 72 tahun, Musa sudah lama meninggalkan dunia politik, menyisihkan diri daripada segala bahaya politik yang pernah disenangi ketika beliau mencabar kekuatan ketuanya dahulu, Dr. Mahathir Mohamad. Hampir 20 tahun sudah pun berlalu. Sejak gagal merampas kuasa daripada Mahathir, Musa sudah menghilang diri menjadi senyap. Ada juga sekali sekala mengaut apa juga yang berbasi di meja korporat dan berpura-pura laksana seorang diplomat. Memang terdapat juga beberapa malam sebelum itu yang membuatkan Musa tidak boleh tidur lena. Tetapi malam itu adalah amat jauh bezanya. Dahinya dipenuhi peluh dingin. Dia seolah-olah dihantui igauan ngeri yang menyebabkan dia tidak boleh tidur lena. Kepalanya kerap diketuk bunyi deringan loceng penggera, menyebabkan beliau mengimbau kepada zaman dahulu kala ketika kerjaya politiknya malahan hala tuju negara berada di atas neraca.

Pada sebelah siangnya Musa telah menghadiri satu jamuan ulang tahun UMNO ke-60 tahun. Sebagai seorang bekas pemimpin kanan, Musa telah diberikan tempat terhormat duduk bersama beberapa veteran supaya kelihatan semacam potret Cina purba. Mereka duduk di tempat tinggi untuk mudah melihat ke bawah kepada pelakon semasa yang menyanyi lagu dewa yang memuja pengorbanan pemimpin lama dan pada waktu yang sama cuba mengaitkannya kepada peranan mereka untuk faedah masa depan sendiri juga. Musa telah ditempatkan bersebelahan dewa utama UMNO, Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan satu-satunya bekas Presiden UMNO, yang mash bernyawa dan hampir menikmati status laksana dewata berbanding bekas pemimpin lain semuanya. Akan tetapi bukannya sambutan majlis itu yang telah membuatkan Musa tidak boleh tidur lena. Dia digugat oleh bisikan Mahathir ketika mereka duduk bersebelahan sepanjang hari itu. Bisikan itulah yang menyekatnya dari menutupkan mata.

Sebenarnya apa yang disebut oleh Mahathir tidak boleh dianggap satu bisikan. Memang jelas Mahathir tidak senang hati, malahan mungkin juga marah. Sasaran amarahnya itu ialah tokoh yang berdiri tegak di Istana Besar Johor Bahru, yang kini menjadi Perdana Menteri. Memang Mahathir tidak mampu menyorok kebenciannya terhadap Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir kerap menyumpah-seranah Abdullah kerana tindakan beliau yang dianggap Mahathir sebagai merungkai bukan sahaja legasi pemerintahannya bahkan juga masa depan negara. Mahathir terus merengek hinggakan Musa tidak dapat menahannya lagi. Musa telah bertanya Mahathir apa yang mahu dibuatnya. Jawapan yang didengarnya telah mengejutkan Musa sehinggakan kini dia tidak dapat tidur sekelip mata pun. Mahathir memberitahu Musa rencana beliau kenapa mahu menggulingkan Abdullah.

Musa sedar apa yang disebut oleh Mahathir adalah sesuatu yang gergasi UMNO itu tidak akan menarik balik. Laksana Caesar selepas memasuki kawasan Rubicon, Mahathir telah menepis segala keraguannya dan menjadi begitu tegas untuk melancarkan perang terakhir yang akan menjulang namanya sebagai penyelamat negara ataupun menjahanamkan nama sendiri dengan panggilan “Penderhaka”. Mahathir sudah membuat keputusan mahu memainkan peranan ketua konspirator dalam satu plot besar membunuh kerjaya politik Abdullah Badawi, untuk selamanya. Hanya dengan cara itu dia dapat menjamin tidak akan menutup mata bila dia nazak nanti.

Musa mencapai gagang telefon dan mendial satu nombor, cuba mendapatkan seorang Anggota Parlimen tertentu daripada Johor yang dipercayai boleh menyampaikan pesanan kepada Abdullah. Walaupun Musa tidak berapa bersetuju keseluruhannya kepada apa yang dilakukan oleh Abdullah – malahan, Musa merupakan salah seorang yang pertama menyuarakan kerisauannya kepada Abdullah, tentang anak menantunya, Khairy Jamaluddin yang telah menjadi terlampau perkasa dan kaya-raya – Musa tidak mahu melihat politik Malaysia menjadi begitu berkecamuk dalam kebuasan yang pernah disaksikannya pada 1987 dan sekali lagi pada 1998.

Sebagai rakyat Johor daripada sekolah politik lama, jampi serapah Musa, sama ada benar ataupun salah, sentiasa membuat pilihan antara dua momok – alternatif yang lagi satu merupakan peperangan menyeluruh di mana kedua-dua pihak menanggung bencananya dan setiap pemimpin tertinggi turut terkorban. Musa fikir adalah lebih baik berlagak penakut dan berhati-hati daripada mati katak dalam peperangan di mana orang lain akan turut merasakan bencana mautnya.

Jadi, Musa mengambil tindakan memberitahu awal secara menelefon anggota Parlimen itu. Musa mahu beri tip maklumat yang secara khususnya merupakan satu mesej penting kepada Abdullah. Pesanan itu memang mudah dan terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, Mahathir sedang merancang untuk menyerang Abdullah dan menggulingnya daripada puncak kuasa. Kedua, tindakan Mahathir itu sudah difikirkannya masak-masak dan sebarang usaha untuk meredakan keadaan dengan cara berunding dahulu tidak akan membawa sebarang makna. Ketiga, Musa telah membuat pilihan sendiri untuk menyebelahi siapa kali ini. Dia memilih Abdullah menentang Mahathir yang satu ketika dahulu membuat beliau rimas kerana keganasannya.

Abdullah Badawi telah menerima mesej itu pada keesokan paginya. Dia masih tidak faham kenapa Musa beranggapan serangan itu akan berlaku. Lagi pun dia telah lama memberi ruang dan mencuba mendinginkan kemarahan Mahathir dengan segala tingkah laku yang selalunya boleh meredakan kemarahan Tokoh Tua itu. Akan tetapi, memang sudah lama Abdullah memainkan peranan talam dua muka. Walaupun dia lama mencuba memaparkan ketokohan yang dianggap Musa sebagai ‘diam berisi”. Semua orang bawahannya daripada anggota kabinet yang ‘yang paling haprak hinggalah kepada pemimpin bahagian UMNO yang paling sarat gelarannya telah kerap diberitahu betapa banyak dasar Mahathir tidak lagi dianggap dapat diamalkan dan Abdullah pula tidak berminat dengan projek sedemikian, lebih memilih membuat sesuatu yang baik untuk semua orang sebelum terlambat masanya.

Pihak akhbar yang dikuasai oleh Kalimullah Hassan Masheerul Hassan telah sengaja diandam untuk kelihatan lebih terbuka untuk persiapan bila mereka berdaya, seperti menyempurnakan ramalan diri, mengisytiharkan betapa mereka lebih bebas dan lebih kritis kini berbanding di zaman Mahathir dahulu. Apa pun, apabila serangan itu muncul akhirnya, akhbar yang dikuasai oleh Khairy jadi gelabah untuk menyerang balik Dr. Mahathir. Ada antara usaha mereka itu ternyata melucukan juga. Sebagai contoh, Datuk Kamarulzaman daripada TV3, telah mengadakan satu program menemubual ketua kampung dan penghulu untuk menayangkan gelagat mereka menyokong Abdullah. Malahan, Rahman Rashid yang selalunya kelihatan berilmu-pengetahuan boleh pula menunjukkan kemahuan hanya mampu menulis apa yang disebut satu surat terbuka kepada Dr. Mahathir, sambil memuji Abdullah kerana mempunyai apa yang disebutnya secara memualkan satu ‘dasar terbuka akhbar’. Pada waktu yang sama Rehman Rashid lupa membuat satu pengisytiharan betapa dasar itu sudah memberikan padanya peluang pekerjaan sedangkan kedudukannya itu yang pernah disingkir oleh Abdullah satu ketika dahulu. Dengan lain perkataan, pelakon tambahan ini semuanya menggunakan pisau lipat mereka untuk mencarik kulit Mahathir dan ketawa keriangan melihatkan darah yang mengalir. Kisah yang sebenarnya ialah segala usaha untuk memperlekehkan Mahathir telah digerakkan dari hari pertama pentadbiran Abdullah bermula. Ini merupakan satu strategi berpadu yang sengaja dirancang oleh Khairy, dan diserahkannya beberapa bulan sebelum pasukan peralihan yang ditubuhkannya memainkan peranan untuk menyangga Abdullah.

Dalam bahagian pertama Hikayat Khairy dahulu, kami telah memberikan bayangan bagaimana Khairy berura-ura mahu menghancurkan legasi Mahathir satu demi satu. Dua tahun sudah pun berlalu, tetapi rencana yang dilakar beberapa bulan sebelum itu sudah pun menggelegak. Rencana kejatuhan Mahathir akan disungkup sebagai satu pergerakan reformasi yang dikepalai oleh Abdullah, ataupun sekurang-kurangnya diperakukan oleh pentadbiran beliau.

Keluaran buah pertama sudah pun mula ranum. Karenah Mahathir menyalahgunakan badan kehakiman, ketaksubannya mementingkan perniagaan tertentu, salahguna dana kerajaan untuk projek mega dan pelbagai salahguna dan pembaziran, kini ditimbulkan dan didedahkan untuk pemerhatian umum. Peringkat kedua akan muncul seperti yang pernah dinyatakan oleh Khairy sebelum ini kepada kawan-kawan rapatnya (dan seperti yang pernah ditulis dalam Hikayat sebelum ini): bahawa segelintir tokoh daripada pentadbiran Mahathir dahulu akan dihambat untuk dibicarakan kerana ‘dosa’ mereka dan dikenakan hukuman yang ‘sepatutnya’. Sudah tentu tindakan itu memberikan andaian sebagai tuduhan rasmi ke atas kepimpinan menengah di bawah pemerintahan Mahathir, sedangkan tujuan dan sasaran sebenar ialah terhadap si Arkitek Tua itu sendiri. Nama Mahathir akan disebut-sebut dalam mahkamah di merata negara dan dia akan digambarkan sebagai seorang ‘evil genius’ (momok bijaksana) yang telah menjadi sutradara ke atas segala aksi korupsi dan salahguna kuasa orang bawahannya selama 22 tahun beliau mencengkam kuasa sebagai Perdana Menteri.

Akhirnya nanti, sasaran Khairy ialah menyumbat sekurang-kurangnya seorang-dua bekas pembantu utama Mahathir dalam penjara. Yang menonjol di kalangan mereka adalah sekumpulan manusia yang pernah melakonkan peranan sebagai orang poster kepada agenda korporat Mahathir – yakni mereka yang rapat kepada bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Daim memang sudah lama menjadi sasaran paling utama Khairy. Sungguhpun ramai yang memberi pujian kepada beliau kerana merancang pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 1980-an dan 1990-an, oleh kerana Daim selalu memuji Mahathir kerana pertumbuhan itu, adalah amat mudah mencemarkan nama beliau sebagai penyangak tanpa perasaan silu dan malu. Lagi pun rekod prestasi Daim bukanlah bersih sangat kalau dibandingkan dengan Menteri Kewangan yang lain, kecuali Anwar Ibrahim. Memang menjadi pengetahuan umum bahawa Daim mempunyai satu kumpulan orang kepercayaan yang disuapkan wang, kedudukan dan kontrak.

Akan tetapi, sudah tentu Mahathir tahu cerita ini semua, dan itulah yang sebenarnya. Salah satu faktor yang menyebabkan Mahathir naik berang ialah penemuan terbaru yang dibawa kepada perhatiannya oleh salah seorang bekas Setiausaha beliau. Kononnya, Khairy telah mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa bekas hakim yang merancang satu serangan terhadap rakan sejawatan mereka yang telah dinaikkan pangkat oleh Mahathir hanya kerana kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi. Akan tetapi, jangan pula ada sesiapa yang syak lagi bahawa kebanyakan yang lain itu adalah sama rasuahnya seperti bakal mangsa mereka dan mereka hanya mahu memberikan sokongan kepada Khairy untuk menyelamatkan diri sendiri. Dalam badan kehakiman negara bukannya ada ketentuan mana satu yang hitam dan mana satu yang putih, segalanya berupa kelabu asap sahaja. Semua hakim yang bersih telah lama ditendang keluar bersama Salleh Abas sedangkan ramai yang lain sudah lama terkubur ataupun tertekan dan patah hati ataupun sengaja ghaib entah ke mana.

Bolehkah sesiapa berkata bahawa rencana reformasi Abdullah menerima sokongan tangan yang bersih? Kita tidak perlu seorang bijak bestari untuk menyedari bahawa kebanyakan suara yang menyokong Perdana Menteri Abdullah terhadap Mahathir adalah mereka yang naik menikmati kedudukan mewah melalui rasuah. Mereka itu termasuklah hampir semua menteri kabinet yang ada, yang merupakan saki-baki pemerintahan Mahathir. Semua malaun ini bukannya bersih. Segelintir di kalangan mereka seperti Nazri Aziz memang begitu korup-tegar sehingga anda boleh menghidu rasuahnya itu laksana seekor anjing menghidu kehangatan pasangan betinanya yang sudah naik syahwat di musim mengawan. Yang lain, khususnya Muhyiddin Yassin adalah sama terlibat dengan politik wang persis Isa Samad yang telah digugurkan. Muhiyuddin sengaja tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dia dianggap tidak berbahaya terhadap kerjaya politik Khairy. Tentulah melucukan bagaimana orang-orang ini semuanya menyokong ‘program reformasi’ Abdullah kini. Mereka sanggup menyokong mana-mana Perdana Menteri, bila-bila masa. Kalaulah Hadi Awang naik menjadi Perdana Menteri, mereka akan berubah kulit dan melaungkan namanya.

Apa yang merungsingkan orang-orang begini, ialah tidak lagi dapat berlakon sebagai anak setia Mahathir sedangkan mereka berkhidmat dengan Abdullah. Dengan bermulanya peperangan ini mereka mesti dilihat sebagai askar yang penuh kesetiaan kepada panglima utama mereka. Inilah yang diharapkan dari mereka kerana inilah budaya UMNO. Namun demikian terdapat tiga orang antara mereka yang terus memberikan sokongan kepada Mahathir secara berahsia. Itulah hakikatnya dan kehidupan ini akan menjadi lebih menarik. Tiga orang yang telah bertemu Mahathir untuk memberikan sokongan mereka ialah Tengku Palsu Adnan Mansor, Azmi Khalid dan Mustapha Mohamad.

Akan tetapi perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebaliknya yang mengejutkan itu muncul daripada reaksi Mahathir dan tindak-balasnya. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang begitu ngok berfikir bahawa Mahathir berdiam diri mendengar semua ini, sambil menelan Panadol ketika memberikan komen yang berbisa itu. Seperti dengan episod Anwar, Mahathir telah lama berfikir panjang. Inilah yang menjadi tindakannya kemudian. Mahathir telah menjatuhkan Anwar dengan merancang agar orang lain memantau pergerakannya. Akan tetapi, pada kali ini beliau akan melaksanakannya sendiri. Inilah yang dikatakannya pada orang lain. Malahan anaknya Mukhriz mengaku kepada akhbar betapa marahnya ayah beliau sehingga merancang sendiri tindakannya tanpa mahu menyerahkan tugas itu pada orang lain.

Akan tetapi, yang pertama diperlukan ialah satu pergerakan dalam UMNO yang tidak yakin (kepada pucuk kepimpinan pentadbiran Paklah) perlu diwujudkan. Seperti masa dahulu, Mahathir akan menyandarkan harapan ke atas jentera UMNO peringkat negeri untuk melakukan kerja ini. Daripada begitu ramai Menteri Besar, hanya dua orang yang masih setia kepada Abdullah. Mereka adalah Mahadzir Khalid daripada Kedah dan Mohamad Hassan daripada Negeri Sembilan. Mahdzir Khalid adalah laksana melukut di tepi gantang di Kedah. Beliau masih baru dan bertaraf hingusan untuk mendapat sokongan padu akar umbi dan telah bermusuhan pula dengan Ahmad Lebai Sudin, Aziz Sheikh Fadzir dan juga bekas Menteri Besar Syed Razak Syed Zain. Lagi pun lagak pembaziran beliau sejak beberapa bulan yang berlalu sehingga menjadi satu-satunya Menteri Besar yang menggunakan jet peribadi untuk melawat ke luar negara telah menaikkan amarah pemimpin UMNO di Kedah. Beliau marahkan mereka secara terbuka seolah-olah mereka adalah anak sekolah – mungkin mengulangi gelagat marahkan anak murid isterinya ketika dia merewang dalam dunia politik dahulu. Mahadzir bukanlah orangnya yang boleh diharap memajukan sesuatu yang penting kepada Kedah.

Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan adalah laksana seorang penyangak dalam filem Tamil keluaran 1970-an dahulu. Beliau inipun laksana melukut di tepi gantang juga. Dia dilompatkan mengisi kerusi untuk sementara sehingga satu masa Khairy sudah bersedia memegang pucuk kepimpinan Negri Sembilan. Mohamad telah bermusuhan dengan Isa Samad, Menteri Besar yang digantinya dan ramai anggota Exco lain yang mempunyai banyak pengalaman berbanding dirinya. Pengetahuan beliau mentadbir negeri itu adalah baik sikit dari pengetahuan mekanik kereta yang mudah kelihatan di merata Seremban. Menyatakan sokongan padu terhadap Abdullah adalah satu-satunya cara yang dia tahu untuk terus bergayut pada jawatannya.

Sesungguhnya ada lagi calon lain seperti Idris Jusoh daripada Terengganu dan Musa Aman daripada Sabah yang sedia memberikan sokongan kepada sesiapa yang mereka jangka akan menang. Kalau mereka fikir Mahathir akan menang, mereka akan menolak Abdullah laksana dia diserang penyakit kusta dan melompat memasuki kumpulan Mahathir. Antara yang lain-lain pula, dua orang sudah pun menyatakan sokongan rahsia terhadap Mahathir – Shahidan Kassim, opportunis unggulan yang menganggap dirinya adalah ciptaan Tuhan pada kerja perdamaian dan Adnan Yaakob, yang masih marah terhadap Khairy kerana tidak menyokong usaha beliau bertanding jawatan Naib Presiden semasa pilihan UMNO tahun lalu.

Akan tetapi dua orang Menteri Besar itu hanya bertaraf badut sahaja. Mahathir menyandarkan harapan ke atas orang lain sebagai pengurus kempen untuk peringkat negeri. Calonnya itu adalah seseorang yang memang sudah lama berdendam bukan sahaja terhadap Abdullah, tetapi terhadap Khairy. Semasa Pilihan Raya Umum dahulu, nama beliau telah tersenarai untuk disingkirkan. Yang lebih penting lagi, Khairy telah memijak kepalanya menentukan projek di negerinya. Ada ketikanya bila dia diberitahu oleh peniaga bahawa Khairy telah memberikan konsesi tertentu—dan dia tidak dibenarkan untuk memprotes. Amarahnya terhadap Khairy memang berasas dan penyingkiran Abdullah serta anak menantu beliau adalah kemuncak impian unggulannya.

Mahathir akan menyandarkan harapan kepada orang ini untuk menggerakkan UMNO secara perlahan tetapi penuh keyakinan arah menggulingkan Abdullah. Dengan apa cara pun, UMNO akan dipersiap untuk menghadapi satu pertandingan yang melihat sama ada Abdullah berjaya ke atas Mahathir ataupun Mahathir berjaya meletakkan orang baru di pucuk kepimpinan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 nanti. Oleh kerana Mahathir sudah begitu taksub dalam usaha menggulingkan Abdullah dan Khairy, Malaysia Today tidak akan kacau daun mendedahkan rencana beliau setakat ini. Memadailah kalau kami sebutkan senjata Mahathir ini dengan panggilan ‘MB X.’ Terpulanglah kepada ‘MB X’ memperkenalkan dirinya kepada umum tidak lama lagi.

Siri Hikayat Khairy ini telah ditamatkan oleh penulis Raja Petra Kamarudin hingga ke bilangan ke-33 ini sahaja.

No comments: