Thursday, July 24, 2008

DAPATKAH SUMPAH DI MASJID MENGGUGURKAN JENAYAH FITNAH LIWAT?

Apakah makna dan maksud juak-juak UMNO beria-ia sangat mendesak DS Anwar bersumpah? Adakah, jika DS Anwar bersumpah, maka segala segala jenayah fitnah liwat ke atasnya gugur dengan sendirinya?

Jika DS Anwar bersumpah, dan pada masa yang sama, proses mahkamah diteruskan juga, maka dari sudut perundangan, apa manfaat yang DS Anwar dapat?

Justeru, desakan para juak konspirator UMNO, agar DS Anwar bersumpah, tegasnya bersumpah di Masjid, bukan sahaja tidak masuk akal bahkan jahil ari sudut proses undang-undang yang sedia diterimapakai dan disepakati oleh pengamal perundangan masyarakat sejagat.

Demikianlah agaknya yang dimaksudkan oleh Dato’ Seri Harussani Zakaria, sebagai “cadangan dari orang yang terlebih pandai.” Sementelahan, Mohamed Hanipa Maidin, menyatakan bahawa, hanya si jahil yang bersumpah dengan Al-Quran.

Oleh hal yang demikian, maka saya bersetuju dengan nasihat Dato’ Seri Harussani Zakaria, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa lagi ulama’ lain yang menegaskan bahawa, DS Anwar tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana perbuatan tersebut tidak menepati undang-undang Islam.

Betapa perbuatan Saifool Alkambingi yang menuduh DS Anwar meliwat duburnya adalah suatu jenayah fitnah yang bukan sahaja menjatuhkan maruah DS Anwar, bahkan meranapkan harga diri dan martabat bangsa melayu dari segi kaca mata masyarakat lain di dalam negara ini, bahkan masyarakat antarabangsa, mengotorkan sejarah umat melayu waktu muka.

Dengan ungkapan lain, betapa jenayah fitnah liwat oleh Saifool Alkambingi tidak boleh diselesaikan dengan orientasi bersumpah di Masjid.

Perlu ditegaskan bahawa, DS Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Manakala Saifool Alkambingi pula sah seorang melayu pembohong besar tanpa maruah sehingga dapat mengemukan saksi sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum-hakam jenayah mengikut islam.
Yang demikian, seandainya Saifool Alkambingi gagal, maka sahlah dia seorang pembohong laknat dan wajib disebat 80 kali. Kah kah kah, sakit tu!

Bahawa sanya teori politik dubur ini tidak berbangkit sama sekali dalam kamus umat melayu silam, ia hanya timbul dalam UMNO (United Mendaliar Najis Oraganisation) yang ditimbulkan dan dipelopori oleh Si Mamak Mahathir yang kununnya berlaku di Tivolli Villa yang tarikh tuduhan pertamanya telah diranapkan oleh alibi.

Malang sekali, dengan muka babi si konspirator 6 Jahannam korek korek korek telah beberapa kali meminda pertuduhan mereka tanpa sedikit pun ada perasaan aib dan malu kepada masyarakat sejagat yang melihatnya dengan mata yang terbuka.

Betapa konspirasi akan mengatur logik. Jenayah fitnah jijik dan kotor Saifool Alkambingi boleh diatur oleh instrument negara atau persekongkolan oleh antara polis, mahkamah dan doktor sehingga menjadi kelihatan seolah-olah berlaku dan benar.

Oleh itu, adalah menjadi tugas suci dan kewajipan murni seluruh cendekiawan melayu, sama yang berpati atau tidak berpati untuk mencabar kesahihan tiap-tiap fakta yang bakal dikemukakan oleh ketiga-tiga instrument negara yang saya maksudkan.

“Seruan agung kepada Pimpinan, Peguam dan Doktor Pakatan Rakyat agar mengganyang para konspirator melayu yang begitu kotor dan jijik hingga lumat bagai anjing kepala busuk”.

Monday, July 21, 2008

ANWAR SERAH 8 DOKUMEN KEPADA BPR BABITKAN GANI - MUSA












KUALA LUMPUR, 21 Julai - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan. Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur. Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik. Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail

NIK AZIZ TEGUR MEDIA


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.


Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.


“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak.
BERNAMA

ANWAR INTAI PILIHAN RAYA KECIL KULIM

Jul 18, 08 - Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu.Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.
Selepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu.Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

SEDIA BERI LALUAN


Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.

Sekiranya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, dalam tempoh 60 hari, Zulkifli dijangka memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.Bagaimanapun, terlalu awal untuk dipastikan sama ada Abdul Aziz akan dicalonkan semula bertanding di kerusi tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut mempunyai 51,995 pengundi, yang terdiri daripada 69.50 peratus Melayu, China (18.60 peratus), India (11.70 peratus), lain-lain (0.20 peratus). Zulkifli memberitahu Malaysiakini bahawa yakin dapat memenangi kes tersebut. Menurutnya, Abdul Aziz telah memfail petisyennya di bawah Akta Pilihanraya yang silap.

Ditanya sama ada beliau bersedia memberi laluan kepada Anwar sekiranya pilihanraya kecil diadakan, Zulkifli berkata, beliau sedia berbuat demikian. "Semua ahli Parlimen PKR sebelum ini telah berjanji sedia melepaskan kerusi mereka untuk Anwar, termasuk kerusi saya, di Permatang Pauh, Bandar Tun Razak dan Gombak," katanya.

KULIM : PILIH "BINTANG" ATAU UMNO


Jul 18, 08 - Umno Kulim-Bandar Baharu sedia menghadapi pilihanraya kecil di parlimen tersebut jika mahkamah minggu depan mendapati kemenangan calon PKR, Zulkifli Nordin dalam pilihanraya umum lalu tidak sah.


Bekas calon parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheik Fadzir berkata, Umno bahagian lebih kuat berbanding semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.Secara keseluruhan, katanya, krisis kepimpinan Umno telah selesai apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan menyerahkan kepemimpinan parti dan negara kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.


Timbalan ketua bahagian Baling itu juga menegaskan tiada sebarang perselisihan dalam kepimpinan Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu yang diketuai abangnya Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Umno agak lemah pada pilihanraya umum lalu berikutan suasana politik negara dan kemelesetan ekonomi ketika itu," katanya.Aziz berkata, jika berlaku pilihanraya kecil, pengundi Kulim-Bandar Baharu akan memilih sama ada mereka mahu "seorang bintang yang mencari nama dan kedudukan" atau seorang wakil rakyat yang berkhidmat untuk mereka.


"Orang sudah tahu siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sedang mencari kedudukan untuk dirinya sendiri. "Pakatan Rakyat sendiri tidak sekuat mana, malah kehadiran Anwar juga tidak menambah kekuatan kepada gabungan pembangkang itu," katanya.Beliau berkata, Umno sedia menghadapi Anwar jika ketua umum PKR itu bertanding di parlimen tersebut.Katanya, Umno bersedia kerana ia terus berkhidmat kepada rakyat parlimen tersebut walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya umum kedua belas.Dalam pilihanraya umum lalu, Aziz kalah kepada Zulkifli dengan majoriti 5,583.


Mengulas kekalahannya, Aziz berkata, ia berlaku kerana beliau tidak menjangka akan bertanding di parlimen tersebut. "Saya hanya dapat bersama pengundi di kawasan tersebut selama 12 hari, semasa tempoh berkempen," katanya.

SIARAN LANSUNG SIDANG DUN PULAU PINANG

Jul 18, 08 - Selaras dengan prinsip ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti (CAT), kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menyiarkan secara langsung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Internet.
Persidangan tersebut akan berlangsung mulai Isnin depan hingga 31 Julai.Exco kerajaan negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, ia selaras dengan fokus kerajaan negeri yang baru, menerapkan prinsip-prinsip tersebut dalam semua urusan pentadbirannya untuk manfaat rakyat negeri tersebut."Siaran langsung ini akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengikuti sendiri sesi soal jawab, perbahasan dan penggubalan dasar sepanjang tempoh persidangan DUN," katanya dalam satu kenyataan.
"Di samping itu, rakyat juga berpeluang menilai sendiri prestasi wakil rakyat dan isu-isu yang dibahaskan serta memperlihatkan kualiti dan kredibiliti 40 wakil rakyat yang mendapat mendapat dari rakyat," tambahnya.
Malik berkata, tujuah utama persidangan DUN Pulau Pinang diadakan secara langsung melalui Internet adalah: Membuka peluang saluran alternatif kepada rakyat di samping saluran semasa melalui televisyen, radio dan surat khabar. Penyiaran persidangan DUN secara langsung tanpa tapisan, membuktikan prinsip keterbukaan dan ketelusan pihak kerajaan negeri yang mendokong CAT. Memastikan setiap wakil rakyat lebih peka dan bersedia memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memikul mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Siaran langsung tersebut boleh disaksikan melalui portal rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang di alamat www.penang.gov.my atau terus ke laman http://dunpenang.ipglobal.tv.
"Memandangkan ini kali pertama kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan siaran langsung melalui Internet, maka maklumbalas dan cadangan amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui kedua-dua laman ini," kata Malik.

RAJA BUKANNYA BUTE, PEKAK DAN BISU

Jul 21, 08 - Raja-raja Melayu mempunyai peranan penting dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap adat-istiadat semata-mata kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Muda Perak.
Pandangan berterus-terang Raja-raja berhubung isu-isu perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berdasarkan hasrat memastikan negara terus kukuh dan aman, dan rakyat terus sejahtera dan makmur, titah Dr Nazrin Shah. "Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidatonya 'Institusi Beraja' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara hari ini.Baginda bertitah, setelah 50 tahun usia kemerdekaan negara, Raja-raja Melayu telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.
Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen pihak-pihak yang bersaing mendapatkan kuasa politik, titah baginda lagi.
"Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi. Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah Raja Nazrin.
Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu. "Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik perdana menteri di peringkat Persekutuan dan melantik menteri besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri." Dalam urusan lantikan perdana menteri demikian juga menteri besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
"Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan," titah baginda, lapor Bernama.

SAIFUL BUKAN "GAY" ?

Jul 21, 08 - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.
"Tidak," kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang "gay."Zamri hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes anaknya. "Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan.
"Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'Azlan juga berkata anaknya (foto fail, kanan) sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka. Beliau juga menyatakan rasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.
"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu. "Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana "ada hal lain."
Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: "Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu."
[Laporan penuh menyusul]

PENDEDAHAN : PERJUMPAN UMNO DAN PAS - BACA BAGI FAHAM


KUALA LUMPUR, 21 Julai - Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.


“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.


Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.


Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana. “Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.


Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu. “Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid. Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.


“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi. Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu. Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.


Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.


Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN. “Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid. “Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.


Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali. “Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.

ANWAR ISI BORANG "MANGSA ROGOL"


Jul 21, 08 - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi "borang mangsa rogol" di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya. Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.


Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan "mempolitikkan" isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.


Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur. Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur "telah diperalatkan untuk mempertahankan" isu tersebut. "Tidak berbangkit persoalan bahawa Anwar telah dibogelkan ketika pemeriksaan kesihatan," katanya. "Tidak juga berbangkit persoalan bahawa apabila beliau bersetuju (diperlakukan begitu) untuk pemeriksaan, beliau waktu itu bawah jagaan polis dan sentiasa tertakluk pada arah mereka untuk tujuan siasatan." "Kami tidak mahu bertekak dengan pihak hospital yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjalankan tugasnya seperti dikehendaki oleh polis dan akan melaporkannya kepada mereka (polis)," tambah Sivarasa.


Sehari selepas ditahan Selasa lalu, penasihat PKR itu berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di hospital.


Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya. Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur apa yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arahan doktor)". "Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua," kata Anwar apabila dibebaskan.Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.


"Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada," katanya.


Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut. Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

PAS AKUI PERTEMUAN DENGAN UMNO

Jul 21, 08 - PAS mendedahkan parti itu memang mengadakan pertemuan dengan perdana menteri seperti pendedahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam melibatkan beberapa pemimpin tertinggi parti "bagi menjayakan muzakarah dengan Umno."
Berbeza dengan tanggapan naib presiden Datuk Husam Musa yang menganggap kenyataan Abdullah itu bertujuan memecah-belahkan PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pertemuan-pertemuan tersebut telah dimaklumkan kepada majlis syura dan jawatankuasa pusat PAS. Menurut kenyataan Abdul Hadi hari ini, pertemuan pertama diadakan tidak lama selepas pilihanraya umum Mac lalu melibatkan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah pilihanraya PAS dan juga pesuruhjaya Terengganu Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.
Tempat pertemuan tidak dinyatakan. "Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sementara pertemuan kedua diadakan di bangunan Parlimen antara Nasharudin dengan Abdullah - masa tidak disebut.
Kenyataan penuh presiden PAS seperti dimuatkan di media web rasmi parti itu Harakahdaily.net hampir tengah malam tadi: PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB perdana menteri yang juga selaku presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB perdana menteri berlaku sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu yang melibatkan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS. Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.
Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan timbalan presiden PAS dan YAB perdana menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.
Presiden PAS
20 Julai 2008

LAPORAN PALSU : ANWAR KE BPR LAGI

Jul 21, 08 - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.
Anwar kelihatan masuk ke BPR di Putrajaya kira-kira 10 pagi dan keluarkan lebih tiga jam kemudian. Keterangan ini sebagai sebahagian siasatan laporan polis Anwar terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporan kesnya pada 1998.
Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar. Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1998, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.
Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.
Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.
Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara. BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara. Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu. Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.
[Laporan penuh menyusul]

SPR PAMER DAFTAR BUKU KE-2 HARI INI

Jul 21, 08 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.
Pada tempoh itu, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi, menurut kenyataan SPR yang dikeluarkan di sini Ahad.
Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara, lapor Bernama.
Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.
Pendaftar pemilih baru yang mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan, kata SPR.
Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.
SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.
Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

PM : SUDAH JUMPA PEMIMPIN TERTINGGI PAS

Jul 20, 08 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui hari ini bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.Beliau yang juga presiden Umno, juga mendedahkan bahawa sebenarnya pertemuan dengan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.
Bagaimanapun, kata beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian menurut laporan Bernama."Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan. "Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdullah menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai muzakarah dengan PAS seperti yang dicadangkan oleh Abdul Hadi menerusi satu wawancara bersama Harakah, lidah rasmi parti itu, minggu lalu.Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa PAS berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam.
TIADA SYARAT
Mengulas lanjut pertemuan berkenaan, Perdana Menteri berkata antara perkara yang menjadi topik perbincangan ialah kewujudan masalah yang pasti akan timbul sekiranya isu mengenai agama dipolitikkan."Kalau hal agama jadi isu politik, ia akan membawa kepada masalah di kalangan orang Islam, itu satu daripada tajuk-tajuknya, ada lagi tajuk yang lain, tak payahlah saya huraikan," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara 2008.Menjawab soalan sama ada Umno bakal mengenakan syarat-syarat tertentu untuk muzakarah berkenaan dan memikirkan kemungkinan untuk melantik pihak ketiga sebagai pengerusi seperti yang disyorkan oleh Nik Aziz, Abdullah berkata sebarang syarat hanya akan menyusahkan.
"Buat apa kita nak letak syarat, menyusahkan sahaja. Kita bincang dengan ikhlas. Apa juga pandangan-pandangan yang kita fikir wajar, kita bincang, kita bincanglah. "Biarlah kita pada peringkat ini cakap pada peringkat kita sahaja, belum lagi memikirkan sama ada orang ketiga itu perlu atau tidak," katanya.Abdullah juga berkata, pertemuan itu berjaya melahirkan pemuafakatan dan persefahaman yang baik antara kedua-dua pihak.

HUSAM: PM MAHU PECAH BELAHKAN PAS

Jul 20, 08 - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau? "Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan. Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MAHU KUKUHKAN KEDUDUKAN

Mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu." "PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau. Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan bukan Melayu. "Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam. Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua. Kepercayaan bukan Melayu "Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu. "PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," katanya.PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati. "Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.


Komen Nik AzizSementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti. Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti. Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri. Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti. "Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

BUKAN ATAS NAMA PARTI

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan. "Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya. Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga. "Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya. Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

PRESIDEN: 32 CAWANGAN CALON KU LI

Jul 20, 08 - Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.Ia terdiri daripada 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan timbalan presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah ahli ahli Umno di cawangan lain di seluruh negara.
Kesemua cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani.Sebelum ini, menurut laporan Bernama, jawatan naib ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno."Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti," katanya.Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu," katanya.Umno minta balik TapahSementara itu di Tapah pula, Ketua Umno bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan bimbang kerusi Parlimen Tapah - yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) - mungkin terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, jika ia tidak dikembalikan kepada calon Umno.
Katanya, Umno telah menyerahkan kerusi berkenaan selama lima penggal kepada parti komponen sejak 1981 dan kini wujud desakan yang kuat dari akar umbi supaya ia dikembalikan kepada Umno."Ini bukan ugutan atau amaran tetapi saya cuma menzahirkan hasrat dan kehendak ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat cawangan Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan hari ini.Samsudin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai usul mendesak BN menyerahkan kerusi Parlimen Tapah kepada calon UMNO pada pilihan raya umum ke-13 yang sebulat suara dipersetujui 83 cawangan UMNO untuk dikemukakan kepada mesyuarat bahagian Oktober depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning itu berkata desakan itu lahir atas kekecewaan anggota UMNO yang telah dijanjikan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-12."Pada pilihan raya umum ke-12 tidak selesai juga isu penyerahan balik kerusi kepada UMNO...kita khuatir pada pilihan raya akan datang kawasan ini tidak lagi menjadi kubu BN," katanya.Pada pilihan raya lepas, calon BN dari MIC Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan memenangi kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 3,020 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Seng Toh.
Samsudin berkata, kawasan Parlimen Tapah yang mempunyai kira-kira 40,000 pengundi adalah kawasan majoriti pengundi Melayu, sebanyak 51 peratus. Selain DUN Ayer Kuning, satu lagi kerusi negeri iaitu Chenderiang diwakili oleh calon BN daripada MCA. "Pengalaman dalam pilihanraya umum lalu amat berguna kepada kami, nasib baik Umno Bahagian Tapah sentiasa bersatu dan setia kepada BN, kalau tidak calon-calon kita mungkin kalah seperti di bahagian lain," katanya merujuk kepada prestasi buruk BN apabila terlepas Perak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum.Kluang: Md Jais tawar diriSementara itu, di Kluang pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menawarkan diri untuk jawatan ketua Umno bahagian, selepas jawatan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Gapar Gurrohu.
Md Jais, 41, yang juga Exco Penerangan, Belia dan Sukan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Mahkota, berkata pengalamannya bertugas di peringkat negeri serta pusat adalah aset yang penting kepada Umno bahagian.Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno dan bekas pegawai khas kepada Datuk Mohamed Khaled Nordin, ketika menjadi Menteri Pembangunan Usahawan. "Dengan pengalaman yang diperoleh di peringkat pusat dan negeri, saya berkeyakinan jika dipilih (sebagai Ketua Umno Bahagian), maka sumbangan kepada Umno Bahagian Kluang dan orang Melayu khususnya akan menjadi lebih berkesan," katanya hari ini.Beliau berpendapat jika jawatan Ketua Umno Bahagian dan Adun dipegang oleh individu yang sama, ia akan memudahkan lagi kesinambungan urusan untuk membangunkan daerah dan taraf ekonomi orang Melayu. Md Jais merupakan ketua pemuda Umno bahagian selama dua penggal. Umno Bahagian Kluang mempunyai 67 buah cawangan.

Sunday, July 20, 2008

ANWAR TETAP DAKWA DITELANJANG

Jul 20, 08 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu lalu.
"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya. Mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikian dalam ceramahnya di kampung Razali, dekat Kuantan, malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Anwar, 61, dibawa ke HKL pada hari beliau ditahan pada 16 Julai lalu untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. Ketua Umum PKR itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada jam 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan tersebut. Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu. Pengarah HKL nafi "Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.
Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.Anwar kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu, kata Dr Zaininah dalam kenyataan kelmarin.Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.
"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar

Saturday, July 19, 2008

PAS AKAN TERUS BERSAMA PAKATAN UNTUK PERJUANGKAN KEADILAN

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.

PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.

Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam.

PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau.

KESAN DEBAT ANWAR - SHABERY KEPADA BN

Jul 18, 08 - Banyak kajian yang dibuat berpendapat, perbahasan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak lebih menyakinkan daripada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang mempertahankan dasar kerajaan menaikkan harga minyak.

Cadangan Anwar menurunkan harga minyak 50 sen seliter walaupun disifatkan Shabery bukan mengikut janji beliau sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu dimana ketika itu petrol berharga RM1.92 seliter, tetap diterima berdasarkan rakyat mempunyai dua pilihan iaitu satu pihak menaikan harga minyak dan satu lagi menawarkan turun harga minyak.

Selain itu, Anwar juga mampu menyakinkan rakyat bahawa harga penurunan itu dibuat berdasarkan langkah awal sekiranya beliau memerintah setelah mengambil kira kerosakkan ekonomi akibat BN menaikkan harga minyak begitu tinggi.

Malah bukan rakyat sahaja yang teruja dengan hujah Anwar bahkan Ahli Parlimen BN juga seolah mengakui kebenarannya apabila mereka pada keesokkan harinya mendesak kerajaan menaikkan jumlah rebet tunai yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian.

Debat antara Anwar dan Shabery di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada malam Selasa lalu, manakala sidang Dewan Rakyat keesokkannya menyaksikan Ahli Parlimen BN yang mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2008, meminta kerajaan meningkat jumlah rebet tersebut bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), Dato' Baharum Mohamad (BN-Sekijang), Dato' Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) dan Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud).

Malah ada perbahasan yang beremorsi seperti Muhammad Aziz (BN-Sri Gading) sehingga menyukarkan Timbalan Speaker, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menghentikan ucapan beliau.

Walaupun perbahasan Muhammad tidak meminta kenaikan rebet tetapi kesan kenaikan harga minyak dan barang menyukarkan kehidupan rakyat miskin. Bagi beliau kerajaan kena tegas memastikan peruntukan tersebut sampai kepada sasaran.

v Sementara Hamim yang menyentuh tentang rebet, menegaskan, peningkatan rebat tunai itu akan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang kebanyakannya menggunakan motosikal dan kereta Proton.

Bagi mengurangkan beban pemilik kenderaan ekoran kenaikan harga minyak, mulai 14 Jun lalu kerajaan telah membayar rebat RM625 kepada pemilik kenderaan di bawah 2,000cc manakala pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai sebanyak RM150.

Bayaran itu dibayar kepada pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Menurut Hamim, polisi rebat tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan amat baik tetapi jumlahnya tidak sesuai kerana penduduk berpendapatan rendah tidak mendapat bantuan sepenuhnya bagi menghadapi beban kenaikan harga petrol dan diesel.

"Seelok-eloknya rebat tunai bagi pemilik motosikal dinaikkan paling kurang RM1,000 kerana mereka merupakan golongan berpendapatan rendah," katanya.

Hamim percaya bantuan rebat tunai yang lebih tinggi kepada pemilik kenderaan terutama motosikal akan memberi insentif kepada mereka untuk memperbaharui cukai jalan yang selama ini tidak diendahkan.

Baharum pula ketika mencelah memberitahu, rebat tunai perlu ditingkatkan kepada pemilik motosikal kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah manakala pemilik kereta merupakan golongan berpendapatan lebih tinggi.

Bung Moktar pula ketika mencelah perbahasan Hamim mahukan kerajaan memasukkan pembayaran rebat tunai ke dalam Bajet 2009 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos ini.

"Kerajaan ada kemampuan dan sebaik-baiknya masukkan perkara ini dalam Bajet 2009. Marilah kita realisasikan perkara ini dan marilah kita bantu rakyat berpendapatan rendah yang memang mengharapkan bantuan daripada kerajaan BN," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahman meminta subsidi pengangkutan awam turut diberi kepada pemilik kenderaan persendirian yang menggunakannya sebagai teksi sapu tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jelasnya, teksi sapu merupakan pengangkutan awam utama di Sabah dan Sarawak yang ketinggalan dari segi kemudahan pengangkutan awam.

"Saya harap pemandu teksi sapu ini diberi kelonggaran agar mereka dapat subsidi minyak bagi kepentingan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Bagaimanapun, Jamaluddin ketika menyentuh isu yang sama meminta rebat tunai tidak diberikan kepada rakyat yang memiliki sehingga empat atau lima buah kenderaan.

Jelasnya, rakyat yang memiliki kenderaan yang banyak semestinya mempunyai pendapatan yang tinggi.
"Kalau mereka mempunyai empat kenderaan, dua daripadanya jenis BMW serta dua buah Proton, mereka ini dikira mempunyai pendapatan tinggi dan tidak sepatutnya menerima rebat walaupun untuk dua buah kereta Proton itu," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen, Tian Chua (PKR-Batu) ketika mengambil bahagian perbahasan yang sama, menyangkal hujah Shabery bahawa Iran dan Venezuela walaupun harga minyak rendah tetapi inflasi negara tersebut tetap tinggi.

"Kita kena ambil kira keadaan semasa di negara terbabit. Iran umpamanya mendapat tekanan embargo Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara tersebut," ujarnya.
Halaman internet pro BN tidak banyak mengulas tentang debat tersebut berbanding sesawang pro pakatan rakyat dan bebas.

Posting halaman Puteri Umno hanya mengambil salinan daripada laporan Bernama manakala sesawang pemuda Umno pula bertajuk `Kantoi' dengan karikatur berwajah Anwar.

Bagaimanapun dailognya: "Tak sangka temberang aku boleh pakai lagi. Janji manifesto pakatan rakyat BA** pun dah kantoi. Apa susahnya nak jual air liur basi? Kalau ada orang nak 'free' pun boleh!" mengundang pelbagai pertanyaan.

Ini kerana sesiapa yang mengikuti debat tersebut tahu siapa yang berbuih air liur berhujah? Apakah sindiran pemuda Umno itu bermaksud serampang dua mata? Sekiranya itulah yang dimaksudkan bermakna Shabery tidak lagi popular bagi pemuda Umno dan kedudukan beliau dalam Umno mungkin sudah ke penghujung.

ANWAR: LEBIH 6 KALI DARAH SAYA DIAMBIL





Jul 19 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil. "(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya, " katanya. Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun. "Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi. Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama. Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu. Sambung keteranganAnwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999. Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini. Ia berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya. Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis. Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat. "Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar. Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

MUSA, GANI TIDAK TERBABIT DALAM SIASATAN KES ANWAR

Jul 19, 08 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap ketua umum PKR itu.
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini. Menurut laporan Bernama, Rabu lalu, Anwar memberikan keterangan kepada BPR di Putrajaya, yang meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik, yang membabitkan Musa dan Abdul Gani.
Sebelum itu pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat memalsukan keterangan dalam siasatan kes beliau dipukul pada tahun 1998, oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor. Abdul Gani ketika itu merupakan Timbalan Pendakwaraya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes.
Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya Rabu lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya, bagi membantu siasatan berhubung laporan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, kepada polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu. etika ditanya sama ada Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap mereka, Abdullah berkata beliau tidak nampak keperluan untuk menggantung perkhidmatan mereka.
Abdullah berkata pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka. "Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," katanya.

ISTANA TERENGGANU TIDAK ANUGERAH DARJAH KEBESARAN

Jul 19, 08 - Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini. "Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini. Menurut Bernama, penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Mengulas lanjut, Mokhtar berkata majlis tahlil dan doa selamat tetap diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri itu, mulai malam ini serta di Istana Maziah tengah hari esok. Beliau berkata sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana.

ANWAR: BUKTIKAN SIAPA "ROGOL" SIAPA?

Jul 19, 08 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil. "Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat."Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya. Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999. Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.Ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah. 'Beralas simen' Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan). "Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lalu.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" . "Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya. Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

KURANG KORUM, MESYUARAT CAWANGAN DIBATALKAN

Jul 19, 08 - Mesyuarat Umno cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu, bahagian Wangsa Maju yang dijadualkan berlangsung di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat hari ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.Ketua Umno cawangan merangkap pemangku ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Mejar (K) Datuk Zainal Nazeri Zainuddin berkata mesyuarat kali kelima itu sepatutnya bermula hari Sabtu selepas perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan minggu lepas.Bagaimanapun, mesyuarat itu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran ahli tidak memenuhi korum - 25 peratus dari jumlah seluruh keahlian. Yang hadir ialah 68 anggota dari jumlah 71 yang ditetapkan."Kita akan menunda mesyuarat itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak sejajar dengan peraturan Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan mesyuarat dijalankan jika korum tidak mencukupi," katanya kepada Bernama.Umno cawangan itu mempunyai 281 ahli yang berbayar dan merupakan salah satu daripada 40 cawangan dalam bahagian berkenaan.Sebanyak 571 cawangan Umno di Wilayah Persekutuan mula mengadakan mesyuarat pemilihan masing-masing mulai 17 Julai hingga 24 Ogos ini.

PM: DNA YANG ADA, SUDAH LAMA

Jul 18, 08 - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama."Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel. Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999. Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.

Perdana Menteri berkata Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi untuk menganiayai Anwar dalam siasatan kes ini."Kalau beliau rasa tidak bersalah, mengapa perlu risau dengan DNA yang baru? Yang penting, kalau tidak bersalah, berikanlah DNA itu. "Saya memberi jaminan, isu ini hendak diselesaikan dengan segera," katanya.Beliau berkata Malaysia tidak dapat membetulkan semua tanggapan antarabangsa terhadap isu ini yang didakwa mempunyai unsur konspirasi."Pada bila-bila masa, saya memberi jaminan siasatan terhadap isu Anwar dibuat secara profesional."Saya telah menyatakan perkara siasatan ini kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya datang jumpa saya," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar hari ini berkata penasihat PKR enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas.Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami
penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner."Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa."Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."Pada 1998, Anwar dituduh menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya.

Thursday, July 17, 2008

KRONOLOGI GERAKAN ANWAR - SEJAK HADIR DI BPR, PUTRAJAYA DAN DI IPK KUALA LUMPUR

16 Julai

10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.

1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.

2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Dr. Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.

10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.

11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.

11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.

17 Julai

12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.

12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.

9.45 pagi: Anwar dibebaskan dan dibawa pulang ke Mahkamah, beliau dikehendaki untuk melapor diri di IPK KL bulan hadapan. Beliau yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sekiranya polis menjalankan tugas secara profesional dan telus.

Isu Altantuya, Anwar cabar polis siasat Najib berkaitan pembunahan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu





ANWAR BEBAS DENGAN IKAT JAMIN

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan ikatjamin pagi ini. Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.

Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.Awal pagi ini, peguam Sankara Nair memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.

Menurutnya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen malam tadi. Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur. Mereka beredar bersama Anwar 15 minit kemudiannya.

Anwar sedang berihat di rumahnya manakala para petugas media, termasuk media asing, sedang menunggu di luar.

Pada kira-kira jam 10.45 pagi, Wan Azizah dan anak sulungnya, Nurul Izzah keluar dari rumah tersebut."Suami saya dalam kesakitan," kata presiden PKR itu sebelum beredar keluar

WAN AZIZAH & HANAN TERPERANGKAP DALAM LIF DI IPK


Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bersama anak perempuannya Hanan kini sedang bergadai nyawa setelah terperangkap dalam lif di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) di Jalan Hang Tuah. Kejadian itu berlaku setengah jam tadi, demikian menurut Naib Presiden Mohd Azmin Ali yang dihubungi menerusi telefon.Katanya lif yang dinaiki Wan Azizah dan Hanan tiba-tiba meletup dan berasap. Usaha untuk mengeluarkan Azizah dan Hana sedang dilakukan. Lif berkenaan sedang dikopek, demikian menurut Azmi dalam nafas tercungap-cungap. Manakala pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil untuk membantu baru tiba sejurus tadi. Wan Azizah dan Hanan masuk ke dalam lif untuk naik ke satu tingkat bagi menyerahkan tuala dan berus gigi dan sabun kepada suaminya Anwar Ibrahim yang ditahan di ibu pejabat polis itu.